Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Wednesday, September 30, 2009

BERTINDAK LAH POLIS



30.09.09(RABU) SINAR HARIAN RUANGAN HILIR PERAK SEKALI LAGI MENUNJUKKAN ISU SIMBAHAN CAT KALI INI YANG TERKENA ADALAH MUKA ORANG PENTING YANG SELALU TURUN TELUK INTAN IAITU ZAINOL FADZI DAN BELIAU JUGA MENYATAKAN BAHAWANYA UMNO TIDAK AKAN MENSABOTAJ PARTI ITU SENDIRI KERANA UMNO CUKUP DI TABBIAH. APAKAH YANG DIMAKSUD DENGAN TARBIAH DAN APA CARA UMNO MENTARBIAH AHLINYA?
JIKALAU KITA MENYINGKAP KEMBALI APA YANG BERLAKU PADA PERSIDANGAN DUN YANG AKHIRNYA DIBUAT DI HOTEL YANG LALU MEREKA UMNO/BN MEMAKAI BAJU KUNING DATANG DAN MEMAKI YB2 PR DAN MEREKA MEMBUAT KACAU UNTUK MENGUNDANG SUASANA YANG KURANG SENANG DIKALANGAN PENYOKONG-PENYOKONG PR YANG HADIR DAN BOLEH MENYEBABKAN PERGADUHAN? INI KAH YANG DIKATAKAN TARBIAH?

KAMI DARI PIHAK PEMUDA TIDAK MAHU MENGULAS PANJANG AKAN APA YANG BERLAKU AKAN TETAPI KAMI MAHU AGAR POLIS MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA AGAR TIDAK PERLU PEKARA TUDUH MENUDUH INI BERPANJANGAN. INI ADALAH JALAN PENYELESAIAN KAMI DARI PIHAK PAS TELUS DALAM MENERIMA DAN JIKALAU IA DIKALANGAN AHLI KAMI IA PERLU MENERIMA HUKUMAN DAN SALAH TETAP AKAN SALAH DAN CARA NYA BUKAN KITA MENDIAM KAN DIRI. INI MEMBUKTIKAN PAS TELUS DALAM PEKARA-PEKARA SEPERTI INI.
SEPERTI PERNAH DIUCAPKAN OLEH SPEKER DUN KELANTAN SEKARANG(UST NASARUDIN DAUD) SATU KETIKA DAHULU KETIKA ISU PEMBAKARAN BENDERA YANG DITUDUH PAS MENDALANGI PEKARA TERSEBUT DAN MEREKA MENYETAKAN YANG MEMBAKAR BENDERA ITU ADALAH AHLI PAS, BELIAU MINTA SIASATAN DIADAKAN TERLEBIH DAHULU DAN SEHINGGA HARI INI TIDAK DAPAT DIBUKTIKAN YANG MEMBAKAR ITU ADALAH AHLI PAS? SEHINGGA HARI INI APBILA UMNO/BN MENUDUH PAS IA TIDAK PERNAH ADA BUKTI YANG KUKUH DAN PEKARA INI DIAM SAHAJA.
DAN BELIAU JUGA BERKATA KETIKA PERGULUNGAN BAJET DAHULU BELIAU MENYATAKAN
"PAS KALAU NAK BERTINDAK TIDAK AKAN BERTINDAK KEATAS BENDA TERSEBUT DAN KAMI BUKAN MARAH BENDA(BENDERA) ITU AKAN TETAPI IA BERTINDAK KE ATAS ORANG TERSEBUT"

BARU LAH BETUL PUAS KAN? KALAU KITA BUAT PADA BANER TAK JADI APA TAPI KALAU ATAS TUAN NYA KALU BUAT PUN BERBALOI. KAMI NIE PEJUANG DAN KERJA KAMI TIDAK LAH SEBACUL INI. ITU YANG PERNAH DIUNGKAP OLEH BELIAU KETIKA ITU BELIAU ADALAH TIMB SPEKER DUN KELANTAN.

SETELAH APA YANG BERLAKU, PEMUDA BERHARAP DENGAN KECERDASAN POLIS DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH TERSEBUT.

biodata calon pas



NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR
PROFESION: AHLI PERNIAGAAN
UMUR: 45 TAHUN TARIKH LAHIR: 14/5/1964
KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)
NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI ANAK:6 ORANG AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN FARAH WAHIDAH 18 TAHUN MOHAMAD FADLI 14 TAHUN MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN
JAWATAN DALAM PAS: PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)
TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)
SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN(2001-2005) EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005) PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005) TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004) KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001) BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)

PEMUDA SOKONG PENUH CALON PAS



1. Tahniah ... Dewan Pemuda PAS Pusat ucapkan selamat berjuang dengan penuh taqwa dan memikul tanggungjawab dengan penuh dedikasi kepada Tuan Hj. Zulkefli Mohd Omar Pesuruhjaya PAS Negeri 9 yang diamanahkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat .

2. Bakal berhadapan dengan calon UMNO dan BN dalam pilihanraya kecil N.31 Bagan Pinang bermula 3 hb Oktober ini dan penentuannya pada 11 Oktober kelak .

3. Cabaran kini agak sengit dengan adanya jumlah undi pos yang hampir mencecah angka 5000 . Namun bagi kami pemuda menghadapi realiti ini dengan semangat juang yang tinggi dan optimis untuk sekali lagi membawa pulang tropi kemenangan insyaallah .

4. Kesukaran dan cabaran yang semakin sengit menjadikan pemuda lebih proaktif dan progresif . Kami bersedia menghadapi apa jua kemungkinan dan telah siap menggerakkan strategi mencongak kemenangan berganda di Bagan Pinang .

5. Buat pertama kalinya Jentera Pilihanraya Pemuda PAS menubuhkan skuad khas untuk menangani undi pos yang diketuai oleh sdr Suhaizan kaiat Ketua Penerangan DPPP . Pelbagai startegi dan taktikal telah diambil dan kita yakin Pakatan Rakyat mampu menang lagi dalam pilihanraya kecil kali ini .

6. Justeru itu , tanpa mengabaikan segala aktiviti dan agenda perjuangan yang telah ditetapkan , semua pemuda diharap memberikan komitmen tinggi dan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi guna mengulangi kecemerlangan yang telah dilakar .

7. Kemenangan PAS mewakili Pakatan Rakyat kali ini adalah sangat penting untuk membetul arah laluan Pakatan Rakyat menuju garis destinasi sebagai sebuah Kerajaan Menanti . Namun janganlah pula dipengaruhi oleh bisikan syaithan yang membuatkan kita over confident lalu bertindak sambil lewa .

8. Kepada yang mampu turun bertugas , hadhirlah dengan segala keupayaan tenaga yang bersisa untuk menggarap aktiviti dan mengolah strategi memburu kemenangan bersama petunjuk Allah swt . Mereka yang diberi kelebihan wang ringgit , hulurkan lah sebanyak yang boleh untuk membiayai gerakkerja dakwah dan bahan - bahannya . Ianya boleh disalurkan terus kepada Bendahari DPPP saudara Adram Musa [ 013 384 5555 ] .

9. Tanpa lupa doa dan munajat untuk mengundang Nusrah Allah swt agar kemenangan yang diperkaya dengan petunjuk Allah swt berjaya dirangkul .

10. Selamat berjuang Hj. Zul , semoga Allah swt bersama saudara memberi pedoman dan kekuatan diri mengharung medan yang getir guna membawa pulang harapan rakyat yang menanti sejak 50 tahun yang lalu . Dewan Pemuda PAS akan memberikan komitmen yang tinggi . Siiru A'la Barakatillah !

Bagan Pinang bukan kubu UMNO dan BN , justeru itu tiada sebab UMNO dan BN tidak boleh ditumpaskan .

dipetik dari blog k.p.pusat: ust nasarudin bin at-tantawi
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Monday, September 28, 2009

rumah terbuka ketua pemuda kaw



semalam(27.09.09) rumah terbuka ketua pemuda pas kaw teluk intan yang dibuat dirumahnya sendiri iaitu di perumahan awam batak rabit semalam mendapat sambutan terutama dikalangan pemuda dan ahli pas caw tersebut dan turut hadir juga orang-orang disekitar tempat tersebut. majlis ini secara tidak langsung menggantikan prog rumah terbuka anjuran pemuda kerana bajet yang terhad dan pemuda lebih menumpukan kepada pekara-pekara dan hal-hal lain yang berkaitan dengan bantuan pemuda untuk menyemarakkan semangat bubarkan dun perak kepada orang ramai yang masih melupakan.



ini adalah wakil pemuda yang dapat diambil yang kebetulan hadir bersama. kelihatan naib ketua pemuda(naziruddin) sedang tekun bersama k.p mendengar cerita daripada bekas ketua penerangan pemuda teluk intan akan peristiwa yang berlaku berkenaan rombangan mufti dan umno menggunakan duit baitul mal dan sekali gus beliau menceritakan beliau telah ditukar kan tempat bertugas oleh pengarah jaipk yang telah dipolitikkan jawatanya pada zaman pemerintahan umno/bn ini.



antara pemuda yang hadir dalam jamuan tersebut. kelihatan bendahari pemuda tengah selera menjamu selera tidak mengendahkan langsung gambar beliau diambil. turut hadir adalah ust firdaus yang masih lagi berbalut tangan akibat dari kemalangan yang lalu yang pernah pemuda ceritakan dahulu, malah beliau baru sahaja pergi ke hospital dan pihak hospital menyatakan tempat yang dahulu mereka kata untuk disambung besi tidak perlu lagi kerana tulang tersebut telah pun bersambung hanya belum sembuh sepenuhnya.

Sunday, September 27, 2009

LAWATAN KEBAJIKAN PEMUDA NEG PERAK

kami dari dewan pemuda terpaksa mengulang akan apa yang kami buat sebelum raya atas kesibukan dan tidak sempat untuk update kepada semua sebelum raya. prog yang dibuat 2 hari sebelum raya pada 18.09.09(jumaat). prog pemuda dekat dihati, lawatan kebajikan pemuda neg perak ke kaw teluk intan dan pemuda teluk intan telah mengatur tempat-tempat yang perlu dilawati bagi bersama-sama merasai apa yang dialami akan mereka yang kurang kemampuan. bersama-sama pada hari tersebut adalah exco pemuda ,pengarah jab amal perak(sdr zamarul aini). ketua pemuda pas teluk intan(ust abd fatah). yb anuar sudin(yb n56 c.jong) dan turut hadir pemimpin dari pas kaw dan pemuda pas kaw untuk memeriahkan suasana. bagi pemuda prog sebegini amat bagus bagi membolehkan kekerapan dalam mengurangkan dan membantu meringankan miskin tegar yang berada di sekitar teluk intan khususnya. pemuda bawakan semua lawatan kami pada hari tersebut untuk tatapan bersama.



rombangan pemuda yang diketuai oleh ketua pemuda yang merupakan exco pemuda neg bersama exco pemuda neg iaitu pengarah jabatan amal perak(sdr zamarul aini) turut hadir memberi sumbangan yb anuar sudin(adun cangkat jong) memberi sumbngan kepada seorang oku(orang kurang upaya) kg selabak yang tidak mempunyai kaki sebelah kanan dan beliau begitu gigih dalam kehidupan kerana beliau memakai kaki palsu yang dibuat sendiri menggunakan kayu untuk berkerja dan menyara keluarga. ini adalah rumah pertama rombangan kebajikan pemuda ke teluk intan lawati semperna dengan slogan pemuda dekat di hati.




kami hadir disebuah rumah yang amat daif mata melihat. rumah tersebut dihuni oleh keluarga yang begitu ramai anaknya. anak beliau seramai 9orang dan dalam keluarga tersebut hanya bapa beliau bekerja iaitu mengambil upah bertukang dan kerja beliau tidak tetap pendapatannya. malah rumah ini telah dipotong bekalan air kerana tidak menjelaskannya. dan beberapa minggu telah terputus bekalan air tesebut, mereka sekeluarga bergantung kepada bekalan air hujan semata dan mereka tidak mampu membayar. apa yang dapat pemuda beri tahu ini adalah salah sebuah rumah yang bekalan air yang digunakan tidak lah banyak akan tetapai tidak mampu membyarnya kerana kesempitan hidup dan kira-kira rm20 sebulan yang dahulunya masa pr memerintah golongan ini di kecualikan membyar bil tersebut dan bil tersebut tertunggak sebanyak rm200 kerana tidak mampu menanggungnya atas pekara ini berterusan. pekara ini kemudian didengar oleh adun cangkat jong dan kemudian tindakan segera diambil. apa yang perlu diceritakan hari pemuda membuat lawatan tersebut adalah hari terkhir kerja sebelum raya.apa mereka ini akan menyambut hari raya tanpa air kerana kemiskinan mereka? mereka ini juga insamn biasa dan perlu untuk bergembira. tanpa mengira apa parti dan pangkat mereka pekara ini selesai dan beberpa hari yang lalu kisah ini ada diceritakan oleh sinar ruangan hilir perak.




penerima ini adalah daripada lorong keluarga kg selabak yang pernah dahulu kaw ini juga yb turun padang untuk membantu ketika ribut menerbangkan bumbung rumah-rumah mereka dan kehadiran yb disambut meriah oleh orang-orang sekitar. yang dahulu nya mereka ini adalah penyokong kuat dan tidak seorang pun kepada pembangkang, setia pada umno/bn.




rumah akhir lawatan pertama iaitu dirumah seorang penerima yang anaknya ramai dan beliau juga tiada dirumah kerana membuat kerja kg. yang mengambil barang-barang bantuan tersebut adalah anak kepada beliau. turut kelihatan adalah rumah mereka duduki yang begitu daif dan terpencil di pendalaman.
prog ini di teruskan lagi dengan pemuda pergi ke beberapa tempat lagi iaitu di sekitar cangkat jong dan air hitam. semua tempat tersebut adalah tempat anak emas bn/umno seperti dwar-warkan dalam pilihan raya manik urai. warga manik urai adalah anak emas pada kerajaan persekutuan(pimpinan umno/bn) apa yang kita lihat di manik urai sama lah apa yang kita lawat pada hari ini. sama kita saksi kan.

isu simbah cat adalah sabotaj.



isu ini berlaku menjelang hari raya dan semua balik ke kampung untuk berhari raya termasuk lah sebahagian pengundi di perantauan di perak yang balik berhari raya dikampung halaman, sesiapa yang berkesempatan untuk meninjau suasana ini seolah-olah pekara ini dirancang dan ada pekara atau target kepada perbuatan ini dilakukan. mungkin kita lambat dalam mengenal bau dan strategi kerajaan haram ini tapi ini lah hakikatnya, mereka tiada isu untuk dibangkitkan setelah kerjaan yang sah dirampas secara kotor yang disaksikan oleh seluruh negara malah bukan sahaja malaysia sampai seluruh negara menyaksikan apa yang mereka lakukan kepada kerajaan sah terdahulu daripada pr(yang dipimpin oleh ds nizar jamaluddin) apa yang kita tahu mereka telah nampak bahawa rakyat semakin benci akan mereka setelah peristiwa di perak ini. oleh kerana itu mereka mula merancang untuk memburukkan imej pr itu sendiri terutama pas agar pas tidak lah diagap baik dan bagus seperti apa yang rakyat dengar sebelum ini.
pemuda merasakan ini pekara yang pelik apabila polis lansung tidak mengambil tindakan atas apa yang berlaku, apa yang kita tahu bukan bawa cat tapi kalau cerita pasal umno/bn polis akan tapis dan menjadi mata dan mulut umno/bn dengan baik. tapi kali ini tidak malah ia sama seperti apa yang berlaku di shah alam iaitu kisah perarakan kepala lembu yang mengisahkan kononya pas menjadi dalang tetapi apabila mp shah alam menyatakan hishamudin adalah dalang kerana apa yang kita tahu polis tidak di tempatkan baru lah mereka tidak boleh berterusan menuduh pas kalau tidak rakyat akan tahu plan buruk selama ini.

Wednesday, September 23, 2009

SALAM SYAWAL 1430H


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI



selamat hari raya aidul fitri daripada kami saf dewan pemuda teluk intan bagi syawal 1430h. maaf zahir dan batin daripada kami.
atas kelewatan kami dewan pemuda menyampaikan ucapan kerana atas urusan dan kerja yang tidak dapat dielakkan. kepada semua pemuda berharap mendapat ketaqwaan hasil dari tarbiah dalam bulan ramadhan. pemuda dalam suasana bulan ramadhan sudah cuba sedaya upaya untuk mendekati mereka dikalangan yang memerlukan bukan sahaja yang memerlukan bantuan jasmani dan rohani. atas sebab-sebab itu pemuda dan saf nya diteluk intan amat memerlukan doa dari semua pihak agar saf kami lebit rapat dan berada dalam kekuatan yang tidak dapat digugat selama kami diberi amanah didunia.
pemuda juga berharap dalam hari yang mulia ini kita dapat bertukar pendapat demi mendapat keputusan dan hasil yang baik.
akhir qalam pemuda amat berharap semua pemuda yang berada diluar sentiasa bersama kami pas(parti islam semalaysia) dan tidak jemu dengan nya, terutama yang berada di teluk intan ini.
wasalam...



ketua dewan pemuda teluk intan. ust. abdul fatah awang.

Saturday, September 19, 2009

zon 2 lawatan kebajikan pemuda

pemuda menyambung xpdc kebajikan yang dibuat sebelum hari raya yang lalu dan tempat yang pemuda dan juga yb anuar sudin adun c.jong pergi sebanyak 3 tempat dan rata-rata adalah penyokong kuat umno/bn. dan ini adalah lawatan ke-2 pemuda iaitu pemuda pergi dan menziarahi yang memerlukan sekitar kaw cangkat jong dan pemuda hanya sempat melawat hanya 5 buah rumah setiap tempat atas fakto masa.



rumah yang pertama pemuda sampai adalah rumah keluarga yang cukup ramai dan anak perempuan nya yang sulong selah berkahwin dan mempunyai seorang anak baru sahaja kehilangan suami atas nahas jalan raya. jadi keluarga ini bertambah tangungan dan suami beliau hanya seorang pengawal keselamatan dan beliau tidak berkerja.



seorang penerima yang sungguh terharu akan kehadiran yb dan juga bantuan daripada pemuda dirumahnya. beliau yang hidup berseorangan dan tidak mempunyai keluarga merasakan masih ada yang mengambil berat dan bersimpati akan beliau.



mak cik nie pula adalah ibu tunggal yang minta pertolongan yang tidak tahu pada siapa lagi perlu diminta. beliau yang pernah memhon agar kebajikan masyarakat membetulkan dapur beliau kerana bocor ketika pr memrintah telah datang mengambil gambar tetapi apabila bertukar tangan pemerintah mereka terus mendiamkan diri. malah aduan mak cik ini setiap kali hujan beliau tidak boleh memasak dengan suasana sperti ini dan perlu tunggu hujan reda. beliau juga memberi tahu kerana pekara ini dah sirius dan mana-mana orang boleh memasuki rumah beliau pada bila-bila masa begitu juga dengan binatang-binatang yang tidak di undang.




pak cik ini dahulu ketika pr memerintah mendapat perhatian oleh tok sidang pr yang lama dan membawa pegawai pejabat kebajikan untuk membantu beliau dan beliau sehingga kini masih belum mendapat jawapan, pak cik ini cacat ditangan kirinya dan isteri beliau pula sakit dan selalu berulang ke hospital dan beliau mempunyai ramai tanggungan. anak beliau yang kerja pun hanya berkerja pekerjaan kg. rumaah beliau cukup daif, macam nie tempat yang dikatakan cangkat jong yang umno/bn bangga kerana kaw ini kaw yang paling banyak undi kepada mereka tapi kenapa mereka tidak membantu kerana mereka rasa selesa. malah kami sempat menerangkan kepada pak cik ini kuasa kami apabila memerintah sahaja jikalau kami tidak memerintah kami hanya dapat tolong setakat mana kemampuan kami seperti mana hari ini "ujar yb". cuma nasihat yb beliau harus ke pejabat kebajikan untuk mendesak mereka agar meneruskan apa yang telah dilaporkan dahulu... satu gambar lagi menunjukkan keadaan rumah yang begitu menyentuh hati dan diceritakan atap ini bocor setiap kali hujan.



mak cik ini dahulu tiada masalah hidup dan boleh lihat rumah beliau juga o.k tapi masalahnya beberapa bulan yang lepas suami beliau jatuh sakit dan sehingga hari ini tidak mampu bekerja, kami sebagai orang yang bersimpati menghulurkan bantuan dan ini adalah rumah yang terakhir bagi zon 2 ini. kami berharap atas bantuan kami mereka dapat menikmati hari raya dengan penuh kesyukuran dan bertaqwa kepada allah atas kesusahan yang diberi.

Friday, September 18, 2009

xpdc kebajikan pemuda zon 3



prog diteruskan daripad 3 tempat yang ditetapkan, ini adalah tempat yang terakhir dan semuanya dalam 3 kaw, zon yang terakhir ini kita melawat ke air hitam dan yang menjadi petunjuk kepada pergerakan kami adalah tok sidang air hitam yang sah(mat noor) setiap tempat kita anggap zon yang berbeza. kita telah sampai ke penghujungnya. prog yang berunsur kebajikan dan juga berunsur pantauan atau bertemu rakyat pemuda bersama yb anuar sudin adun c.jong walau pun hujan kami tetap menyampaikan sumbangan kerana kita tiada masa lagi untuk ditangguh malah beberapa hari lagi umat islam akan beraya.




mak cik ini baru meninggal suaminya dalam beberapa bulan yang lepas dan beliau duduk berseorangan. anak-anak beliau keluar untuk mencari kerja, malah beliau sempat memberi tahu bahawanya semua akan balik mulai malam ini dan beraya bersama sekurang-kurangnya beliau menyatakan jikalau tiada alah melintang mereka semua akan selamat sampai ke rumah beliau pagi esok.




kami pergi ke sebuah rumah dimana mak cik nie kenal dato onn bila ditanye naper kenal dulu dia penah datang masa 2 dia betul atap rumah ini dan mak cik lupa nak cakap mereka tak datang dah selepas itu. mak cik ni lupa bahawa mereka dahulu adalah duduk kawasan onn memang lah diambil berat agar undi tidak lari dan memang itu tabiat umno/bn membantu apabila perlu dan berkepentingan. sekarang mak cik nak kata apa lagi mereka tak akan datang. malah ketua pemuda menghulurkan bantuan dan memberi tahu bahawa kita bawa yb yang baru. mereka pun ntah-ntah tak tahu bahawa onn tidak bertanding pe yang lepas. mak cik nie juga sempat berposing di hadapan bendera malaysia. macam ini pun umno/bn tak mahu tolong? kalau mereka buh bendera pas mereka kata nie pembangkang tapi ble ada bendera seperti ini apa?



seorang anak kepada ibu tunggal menerima bantuan mewakili ibunya yang bekerja. mudah-mudahan dengan kehadiran pemuda dapat meringan kan beban dan mengurang kan kesedihan sebagai seorang ibu yang menaggung anak-anak. pemuda amat berharap anak-anak beliau mendapat hidayah dan menjadi orang yang bertaqwa. aminnnnn.....



buat pengetahuan semua ini adalah saudagar baru dan mereka tinggal di belakang klinik bt 12 pekan cina, kematian bapanya baru-baru ini telah menambah berat tanggungjawab seorang ibu iaitu ibu kepada 5 beradik dan dengan keperihatinan pemuda pas dan bersama adun c.jong kami meredah hujan untuk meninjau dan memberi bantuan.
ini adalah rumah terakhir bagi lawatan pemuda neg ke kaw teluk intan/ xpdc kebajikan dengan selogan "pemuda dekat di hati" mungkin pada masa akan datang pemuda akan hadir dengan wajah baru dan berbeza akan tetapi prog ini akan diadakan setiap tahun hanya bentuk sahaja berubah.

PEMUDA TIDAK LUPA MEREKA YANG MEMERLUKAN

16.09.09 pemuda pas kaw teluk intan dengan beberapa ajk nya telah turun padang untuk menyampaikan bantuan merupakan sebungkus beras 10kg dan rm200 kerana atas dasar memahami keperluan rakyat setempat pemuda yang deketuai pemudanya sendiri ust abd fatah awang dan telah pergi ke 10 buah rumah yang begitu daif dan yang begitu memerlukan dan tidak diendahkan oleh pemimpin tempatan yang sama agama dan kaum. kami bawa kan kedaifan mereka dibawah.




kelihatan k.pemuda teluk intan menyampaikan kepada mereka yang tidak mampu berjalan dan begitu daif. pemuda mendekati mereka setakat mana kemampuan dan kali ini kami mendekati adalah dikalangan miskin tegar dan memang memerlukan bantuan yang sepatutnya. sepatutnya ini adalah mereka yang mentadbir negara dan negeri perlu mengambil berat dan bantulah mereka agar orang melayu/islam tidak dipandang hina.




turut hadir dan membantu dalam melancarkan bantuan tersebut iaialah ketua pemuda pas caw batak rabit(saudara hisyam), ajk pemuda kaw t.intan yang memegang luj antara kaum(sedr ejat) gambar diatas adalah gambar bersama selepas memberi sumbangan.



kelihatan ust abd fattah(ketua pemuda teluk intan) menyampaikan sejumlah wang yang bernilai rm200 dan sekampit beras 10kg kepada seorang penerima yang agak tua dan uzur. dalam prog turun padang pemuda kaw teluk intan ini dalam 10 rumah orang yang memerlukan bantuan, kita pergi ke rumah mereka untuk melihat keadaan mereka dan mereka dapat merasakan kehadiran kami. itu yang perlu kita nyatakan kerana apa yang kita tahu apabila kita nyatakan kepada mereka bahawa jikalau kita memerintah cukup berlainan dengan umno/bn mereka mahu kan bukti dan ini lah bukti kita.

100 ORANG MENERIMA BANTUAN

16.09.09(rabu) 3.00 ptng, perkarangan masjid batak rabit diadakan agihan kepada fakir miskin tajaan pas caw batak rabit dan disampaikan oleh yb hj anuar sudin(adun c.jong) seramai 100 penerima yang disampaikan. prog ini adalah prog tahunan bagi pas caw batak rabit bagi meringan kan beban golongan kurang upaya dalam persiapan hari raya. barangan yang diserahkan adalah berupa barangan keperluan dan sejumlah duit untuk berhari raya setiap seorang daripada 100 penerima mendapat yang sama.



yb anuar sudin adun n56 cangkat jong menyampaikan ucapan, beliau sempat menyentuh peranan pemimpin terhadap rakyat, jangan tahu apabila tiba pilihan raya baru turun melihat rakyat itu bukan pemimpin malah mereka adalah pekerja pilihan raya. malah beliau juga mengingatkan kepada yang hadir akan peranan kita malah dia juga meminta agar yang ada menyampaikan kepada yang lain iaitu ketika memilih pemimpin perlu lah berhati-hati kerana apabila kita ditimpa musibah pemimpin memainkan peranan penting.




turut kelihatan yang hadir pada hari tersebut untuk menerima bantuan dan tekun mendengar apa yang disampaikan oleh yb mereka sendiri, malah mereka patut bersyukur akan apa yang dikatakan sebagai pemimpin berjiwa rakyat yang sanggup turun padang bertemu dengan rakyat dan sanggup menyampaikan bantuan dengan tangan sendiri seramai 100 orang.



ust abdul fattah awang yang mempengerusikan majlis tersebut yang berpakaian serba lengkap akan baju koprat dewan pemuda pas. ust fattah yang merupakan ketua pemuda pas kaw teluk intan dan beliau juga salah seorang daripada ajk pas caw batak rabit.




kelihatan yb anuar sedang memberi bantuan kepada penerima lelaki dan isteri nya memberikan kepada penerima perempuan masing-masing di teman bersama ketua caw dan ketua muslimat caw batak rabit. diantara 100 penerima yang menerima bantuan. bantuan ini diadakan sebagai upacara tahunan dari dahulu lagi dan sebelum kita memenangi kaw tersebut. buat pengetahuan dikalangan yang menerima bantuan iaitu miskin tegar adalah dikalangan penyokong-penyokong setia umno/bn dan kelihatan ada dikalangan mereka yang tidak hadir dan kita hantar kerumah dan kita dapati kebanyakan mempunyai bendera umno/bn. apa yang umno/bn buat kepada penyokong mereka yang rata-rata adalah daripada melayu/islam itu sendiri.

Thursday, September 17, 2009

RM 5351.20



RM5351.20
15.09.09(selasa) prog bersama wakil palestin daripada ghaza shiekh dr mahmood as-siami(bekas imam besar masjid al-aqsa) ini lah jumlah kutipan pada malam tersebut yang luar biasa selepas rampasan kuasa neg perak ini. prog yang cukup meriah. prog yang dihadiri oleh pimpinan pas neg dan ngo yang bersimpati akan penderitaan warga palestin atas kekejaman rejim zionis/israil laknatullah. prog ini diatur diawal ramadhan untuk mengelilingi seluruh malaysia semperna bantuan terhadap saudara kita untuk menyambut syawal dengan penuh ketaqwaan, segala urusan telah diatur oleh malaysia care dan prog ini telah dibuat di dewan bandaraya ipoh bersebelahan masjid neg.




pesuruhjaya pas perak(ust abu bakar husein) sedang memberi penerangan kepada yang hadir apa pentingnya kehadiran seperti ini yang terus dari palestin dan apa tanggungjawab kita sebagai saudara seislam dan sepatutnya kita yang duduk didalam parti islam ini lebih memahami kerana perjuangan yang dibawa adalah matlamat yang sama dan sebagai parti islam kita lebih memahami segala halangan yang dihadapi mereka.



wakil palestin tersebut sedang menyampaikan hasrat beliau dan pejuang/pemimpin palestin di ghaza dan semua pertuturan beliau dibahasakan dalam bahasa arab dan di terjemah oleh seorang ust dari malaysia dalam bahasa melayu. turut hadir mb perak(ds nizar jamaluddin) dan beliau begitu kusyuk mendengar apa yang dikatakan, ust yang menjadi penterjemah itu sempat mengusik "awak depan nie naik mengeletar mb duk kusyuk dengar"




MAHMOOD SIAMI baru selesai majlis malam tersebut dan ingin turun dari pada pentas dan bertemu dengan semua untuk bersalaman. beliau yang berumur 73tahun masih sanggup untuk mengililingi seluruh malaysia untuk meminta simpati daripada rakyat malaysia atas kekejaman israel kepada palestin. ini lah contoh perjuangan islam, mahu pun ia berjalan bertongkat ia tetap menjalankan tugas dan amanah sebagai perjuang setakat mana ia mampu.

Wednesday, September 16, 2009

umno lihat mesti CEMBURU




14.09.09(isnin)kehadiran yb adun cangkat jong dan rombongan pas kaw teluk intan pada jam 6 petang sampai di ganda bagi menghadirkan diri untuk memberi bantuan semperna aidilfitri semakin hampir dan rombongan tersebut dinanti dan disambut dengan penuh kemesraan oleh penduduk tempatan sebahagiannya kerana sebahagian yang lain sedang sibuk bergotong royong memasak masakan untuk berbuka puasa. seramai 20 bantuan diberikan kepada penduduk tempatan sekitar kaw tersebut yang memerlukan.

















yb anuar sudin sedang menyampaikan amanat/tazkirah untuk renungan bersama bagi mereka tidak lupa akan mengagongkan allah walau pun mereka ini miskin. malah beliau sempat menyatakan bahawa kemiskinan bukan lah penghalang untuk kita beribadat pada allah dan sepatutnya orang miskin lagi lah merasakan bahawa ia rapat dengan allah kerana ia kurang di layan dengan kesibukan atau pun yang mengganggu ia dari terus beribadat. malah beliau mengajak semua yang hadir pada hari tersebut kembali kepada al-quran segala sisyem hidup harian kita mesti lah diserah pada allah kerana allah telah lengkap kan didalam al-quran dan hadith nabi dan kita perlu lah mengamalkan dan tidak perlulah menyanggahnya kerana apabila kita menyanggah al-quran dan hadith nabi secara tidak langsung akan membatalkan iman kita. dan tidak boleh lah ia diambil secara memilih kerana semua sudah dilengkapkan didalamnya, masih ada yang mengambilnya secara separu-separuh sama lah seperti tidak menambilnya langsung ibarat baju kalau tidak pakai seluar boleh kah? tidak sempurna orang tersebut, sama lah dengan islam





















sijil keahlian pas yang baru dari ganda diserahkan kepada ketua caw daripada pas bersama baju-baju terpakai yang dibawa terus dari teluk intan. baju yang dibawa masih elok cuma mungkin si pemakai tidak muat dan daripada buang begitu kita bagi kepada orang yang memerlukan dan ada sifat saling bantu membantu yang dipupuk, ydp pas menyerahkan sijil dan baju.


















tahlil dimulakan sebelum berbuka puasa. gambar yang lain kaum muslimat sedang menyediakan hidangan bagi dinikmati untuk berbuka.

















siapa nie? macam kenal? lah tengok sekali tidak percaya kan tapi ini lah dia yb kita, yb anuar sudin adun n56 c.jong. tidak ada persoalan lagi lah yang umno persoalkan betul ka gambar nik aziz(mb kelantan) makan nasi lauk ikan sahaja, umno nak ngok buktinya? ngok lah nie, kami paparkan kepada kamu wahai umno/bn. malah yb cukup berselera makan ketika itu. bukan apa pun umno hanya ikan sepat cili, ayam kampung masak kari, dan juga kerabu. umno pemuda nak tanya mu makan ka?

lauk yang disediakan oleh orang setempat dalam prog tersebut, hingga menjilat jari lah nampak cam tiada apa pun dekat lauk nie. kalau orang-orang umno tengok genti tidak makan kan nak wat camnea mereka lama dah didik macam itu. kami lak dalam pas dah didik dari dahulu lagi. nie dah cukup nikmat berbanding dengan nabi sebab nabi pernah makan 3 biji tamar sahaja untuk berbuka puasa itu pun diminta oleh orang miskin dan nabi bahagi kan sebiji itu kepada 3. maknanya nabi ajar kita walau pun 3 biji tamar/kurma ia dianggap mewah daripada orang yang tiada. kalau kita jadi baginda pemuda rasa mesti halau orang miskin tadi kan, tinggal 3 biji apa nak mintak lagi kami nak makan apa? tapi napa nabi buat? renungan/ pengajaran bagi kita bersama.