Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Thursday, February 24, 2011

maher zain insyaAllah versi melayu

himpunan PTPTN dan MARA


Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan satu majlis pertemuan dengan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mengalami masalah pembayaran balik pinjaman mereka.

Himpunan tersebut dijadualkan pada hari Sabtu ini, 26hb Februari 2011 \ jam 2 petang di Dewan Semantan Perdana, Hotel Sri Malaysia, Temerloh, Pahang.

Menurut Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiat, Pemuda PAS mengambil inisiatif tersebut kerana perihatin dengan nasib mereka yang tidak mampu membayar balik pinjaman kerana faktor kekangan ekonomi negara.

"Mereka dalam keadaan tertekan kerana mereka tidak mampu membuat bayaran. "Faktor utama adalah kerana tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan kos hidup yang meningkat setiap tahun khususnya di bandar," katanya.

Menurutnya sehingga kini terdapat 1.7 juta peminjam PTPTN yang mengalami masalah tersebut. Dari Jumlah itu terdapat 191,262 orang peminjam yang langsung tidak mampu membuat bayaran balik pinjaman. PTPTN telah membelanjakan sebanyak RM 37 bilion sejak 13 tahun yang lalu.

Agensi itu juga telah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% kepada peminjam dan ianya didakwa membebankan. Masalah yang dihadi peminjam ketika ini katanya berkaitan jumlah pinjaman mereka yang meningkat setiap tahun jika mereka tidak membuat pembayaran. Mereka juga tidak dibenarkan pergi ke luar negara jika tidak membuat pembayaran yang ditetapkan oleh PTPTN.

Sebahagian mereka menghadapi kesukaran untuk mendapat pinjaman lain khususnya pinjaman perniagaan. Selain PTPTN, masalah sama turut menimpa peminjam MARA yang ada diantara mereka terpaksa membayar balik jumlah pinjaman terlalu besar sehingga RM80 ribu.

"Pihak PTPTN pula sedang berusaha untuk membuat pindaan terhadap akta PTPTN yang berkemungkinan pada sidang parlimen akan datang bagi mengetatkan lagi kawalan pembayaran balik pinjaman. Tindakan ini sudah semestinya akan memberikan lebih tekanan kepada mereka.

"Dalam usia mereka yang masih muda mereka telah dibebankan dengan hutang yang banyak. Hidup mereka menjadi tidak tenteram dengan hutang tersebut," tambahnya lagi. Menurutnya juga, pertemuan itu turut akan dihadiri ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang akan sama-sama mendengar rintihan mereka.

Semua pandangan mereka akan dirumuskan dalam persidangan meja bulat dan akan diserahkan kepada pihak kerajaan dalam sidang parlimen akan datang. Sehubungan itu, beliau menjemput semua peminjam PTPTN dan MARA untuk hadir ke program itu.

Monday, February 21, 2011

pemuda pas serah memorendum bantahan kezaliman kerajaan libya rabu ini


Dewan Pemuda PAS Pusat melalui lajnah antarabangsa akan menyerah memorandum membantah kekejaman yang telah mengorbankan rakyat tanpa senjata ke kedutaan Libya pada Rabu 23 Februari, jam 11.00 pagi.

Nasrudin Hasan At-Tantawi berkata, kebangkitan rakyat yang meletus di negara-negara Arab mutakhir ini yang telah pun menumbangkan rejim pemerintahan Tunisia dan Mesir, kini semarak kebangkitan itu terus menjalar deras seperti lahar yang sedang menuruni lurah dari puncak gunung berapi.

suara dan himpunan kebangkitan rakyat itu telah melintasi sempadan Yemen, Bahrain dan Libya.

“Suatu kebangkitan yang saya sifatkan sebagai time bomb setelah mereka selama ini mendekam penuh sengsara dan derita berada di bawah sistem pemerintahan separa diktator,”

kerajaan Bahrain dan Libya menggunakan kekerasan dalam menangani kebangkitan rakyat dengan menggunakan pihak keselamatan untuk menembak rakyat dan orang ramai yang menyertai rally kebangkitan rakyat tersebut.

“Sehingga kini saya difahamkan telah ratusan orang ramai yang terdiri dari masyarakat awam yang tidak bersenjata menyertai himpunan kebangkitan itu ditembak mati,”.

Pemuda PAS Pusat mengecam sekeras-kerasnya cara kerajaan Bahrain dan Libya menangani kebangkitan rakyat tanpa senjata dengan kekejaman yang menumpahkan darah dan nyawa rakyat mereka sendiri.

tegas beliau rejim yang telah berkuasa dan memerintah sewajarnya mendengar suara rakyat mereka dan bertindak sewajar tanpa pertumpahan darah sekalipun mereka terpaksa berkorban meninggalkan takhta.

Kenapa Bob Lokman sertai PAS

himpunan 30k pemuda pas malaysia

Wednesday, February 16, 2011

perutusan maulidur rasul ketua pemuda pas pusat


Rasulullah saw Pencetus Transformasi Ummah

1. Dunia ini pernah gelap gelita tanpa cahaya hidayah. Penghuninya hidup berpelitakan nafsu dan syahwat. Sang perkasa menindas marhaen sementara sikaya menguasai fuqara' . Manusia berpetualang dengan hukum rimba. Tiada nilai kemanusiaan jauh sekali nilai intergriti . Arak membuih merosakkan aqal, pelacur dilanggan meruntuhkan maruah. Penipuan dan penindas menjadi rutin bermasyarakat. Siapa licik dialah cerdik. Kualiti orang kenamaan mereka terletak pada ketajaman lidah yang mampu melukakan hati dan perasaan insan yang lain.

2. Dunia kala itu dijolok sebagai jahiliyah. Biar kaya, biar pandai, biar kuat, biar berkuasa penghuninya, namun mereka adalah jahiliyyah. Justeru mereka tiada pedoman dan terhindar dari petunjuk Tuhan yang Mencipta, agar hidup mereka sejahtera, harmoni, aman, selamat dan bahagia.

3. Kasih sayang dan kasihan belas Tuhan yang Maha Pencipta telah mengutuskan Muhammad saw sebagai Rasul ummah untuk membawa satu perubahan dasar dan prinsip yang utama dalam kehidupan manusia. Berbekalkan Kitab Petunjuk [Al Quranul Karim] dan kemuliaan peribadi [akhlak] , Rasul al Amin ini meredah cabaran dan halangan yang bertolak dari dendam Yahudi dan Nasara serta kebodohan golongan Musyrikin .

4. Rasulullah saw hadhir sebagai Duta Penyelamat dan Kasih sayang bersama agenda menyelamatkan ummah dari murka Allah swt sekaligus mengangkat martabat kemanusiaan mereka agar tidak lagi terperangkap di bawah tempurung jahiliyyah. Sekurang - kurangnya 10 agenda perubahan besar digerakkan oleh Rasulullah saw :

Pertama : Aspek Aqidah, dari syirik kepada tauhid
Kedua : Aspek Akhlak, dari fasiq kepada soleh
Ketiga : Aspek Ideologi, dari jahiliyyah kepada Islam
Keempat : Aspek Tamadun, dari hamba kepada daulat
Kelima : Aspek Sosial, dari bathil kepada haq
Keenam : Aspek Pemerintahan, dari zalim kepada adil.
Ketujuh : Aspek Ekonomi, dari monopoli kepada agihan
Kelapan : Aspek Politik, dari rakus kepada kesaksamaan
Kesembilan : Aspek Ilmu,dari jahil kepada membaca [alim]
Kesepuluh : Aspek Kekeluargaan, dari kebencian kepada kasih sayang [mawaddah]

5. Menggerakkan agenda perubahan ini, Rasulullah saw berdepan dengan 1001 tekanan dan ancaman seperti :
  • buang daerah
  • penjara
  • bunuh
  • sukar
  • jauh perjalanan.
Namun Rasulullah saw tidak pernah menyerah kalah sebaliknya mengorbankan segalanya demi melihat tercetusnya satu perubahan besar dalam hidup masyarakat jahiliyyah pada waktu itu.

6. Pelbagai pendekatan dan kaedah dakwah digerakkan oleh Rasulullah saw untuk meledak satu kebangkitan total dari ummat manusia agar berani dan nekad untuk bangkit menolak cara hidup 'lama" yang bergelumang dengan rasuah, riba, arak, judi, khurafat, penindasan, kezaliman, penipuan dan 1001 kepincangan hidup yang tidak berlandaskan sistem moral yang baik.

7. Rasulullah saw terpaksa menelan segala kepahitan berjuang, sungguhpun demikian Baginda saw tidak pernah mengalah justeru menyedari bahawa inilah sunnatullah dalam perjuangan untuk mendaulatkan syariat Allah swt. Nabi - nabi terdahulu telah melakar sejarah dalam episod perjuangan mereka yang matlamat dan cabarannya serupa untuk mentauhidkan Allah Jalla wa A'ala.

8. Sempena menyambut ulangtahun keputeraan Rasul saw, sayugianya kita menghayati ruh perjuangan Baginda saw dalam menggerakkan kesedaran dan membangkitkan keinsafan menolak regim jahiliyyah moden yang masih mengekalkan warisan jahiliyah kuno dalam corak kehidupan hari ini.

9. Mudahnya menafsirkan asas perjuangan Baginda saw ialah menentang mungkar dan menegakkan syariat dengan dakwah yang penuh hikmah. Sementara kemungkaran itu bukan sahaja pada keruntuhan moral seperti pergaulan dan seks bebas tetapi juga kemungkaran di dalam ekonomi yang memerangkap masyarakat dalam riba, rasuah, monopoli dan lingkaran kekayaan negara dikalangan pembesar. Kemungkaran juga berlaku dalam politik seperti penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan amanah rakyat.

10. Negara kita turut menerima kesan tempias dengan kemungkaran - kemungkaran tersebut. Oleh kerana terlalu lama membiarkan ia berlaku sehingga mengjangkau lebih 50 tahun sejak negara ini merdeka, akhirnya tempias itu telah membuatkan negara kita kini basah kuyup dengan kemungkaran tersebut. Ummat yang menyambut ulangtahun keputeraan Rasul saw mesti bangkit menjiwai dan melandasi perjuangan Rasul saw meledak gelombang perubahan total ke arah peradaban yang diredhai oleh Allah swt. Tidak hanya berselawat dan berarak dengan sampin dan tanjak yang tidak mempunyai nilai sebuah transformasi.

Monday, February 14, 2011

HIMPUNAN 30K


kata kan tidak kepada valentine


Pemuda Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru masyarakat menghayati kefahaman sebenar Maulidur Rasul menolak sambutan Hari Valentine.

Justeru, pengerusinya , Mohd Fadzil Saleh menyeru pihak kerajaan dan institusi berkenaan memberi kesedaran kepada para pelajar sekolah mengenai budaya songsang hari Valentine dan membuat penguatkuasaan agar ianya tidak menjadi satu budaya yang diraikan sejak peringkat sekolah.

Katanya, virus sosial yang dibawa Hari Valentine di semua IPT perlu diperangi habis-habisan di samping menggembleng tenaga, membuat penguatkuasaan dan mengambil tindakan untuk melumpuhkan sebarang aktiviti dan usaha-usaha untuk memeriahkan atau menyambut Hari Valentine itu.

kata beliau masyarakat Islam menghayati semangat dan kefahaman sebenar perayaan bersempena Maulidur Rasul sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah saw.

belia dan remaja mengalihkan sudut pandang mereka kepada mencontohi Rasulullah s.a.w. sebagai qudwah hasanah (contoh teladan terbaik) dalam konteks menzahirkan kasih sayang selain melibat diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membina akhlak dan intelektual mereka.

beliau juga menyeru belia dan remaja agar mengetahui latar belakang dan matlamat Hari Valentine, agar tidak terikut-ikut budaya liar yang langsung tiada kaitan dengan Islam; malah tersasar darinya.

mereka hendaklah mengelakkan terbabit dalam sebarang bentuk aktiviti meraikan hari tersebut seperti ‘dating’ yang akhirnya membawa kepada keruntuhan akhlak seperti penzinaan, arak dan pembuangan bayi.

Bagi keluarga dan ibu bapa pula, katanya mereka perlu mendapatkan maklumat yang betul mengenai Hari Valentine dan menyampaikannya kepada anak-anak, menghidupkan budaya kasih sayang dalam kehidupan berkeluarga.

“Memastikan anak-anak tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang merosakkan ini dan mewujudkan aktiviti-aktiviti alternatif agar anak-anak dapat dijauhkan dan tidak terlibat dengan sambutan Hari Valentine,”.

Beliau juga menyeru media massa menyampaikan maklumat sebenar mengenai Hari Valentine agar masyarakat menjauhi sebarang aktiviti-aktiviti berkaitan dengan sambutannya di samping menghentikan sebarang bentuk promosi yang menjurus kepada mempopularkan sambutan Hari Valentine.

saban tahun, 14 Februari merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih, malahan seminggu sebelum tarikh tersebut, ianya hangat diwar-warkan di media massa mahupun di laman sosial.

“Saban tahun juga, kita menyaksikan ramai belia dan remaja ternoda,”.

Laporan Polis Diraja Malaysia yang dikongsikan di dada akhbar bertarikh 10 Februari 2011 (Sinar Harian, hlm N15) menunjukkan sebanyak 517 kes pembuangan bayi yang dilaporkan dari 2005 sehingga Januari lalu.

Manakala dalam tempoh Januari sahaja, sebanyak 19 kes pembuangan bayi telah dilaporkan yang amat membimbangkan.

Pergaulan bebas tanpa kawalan antara puncanya.

Pengurusan institusi Raudatus Sakinah mendapati bahawa punca fenomena tersebut adalah hasil daripada kemaksiatan dan penzinaan yang berlaku bersempena dengan sambutan Hari Valentine dan juga sambutan Hari Kemerdekaan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 pada 24hb November 2005 telah memutuskan bahawa amalan merayakan ‘Valentine’s Day’ bukan amalan Islam. Malah, ia menegaskan bahawa, roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur agama Kristian dan amalannya bercampurbaur dengan perbuatan maksiat yang bercanggah dan terlarang dalam Islam.

sehingga kini, ia masih lagi menjadi budaya dalam masyarakat dan diamalkan oleh penganut-penganut beragama Islam – khususnya dalam kalangan belia dan remaja. Tahun lepas, misalnya, ada pihak telah mencetuskan kempen ‘No Panties’ pada Hari Valentine.

“Ini jelas menggambarkan betapa kroniknya budaya songsang telah menular dalam masyarakat kita,”.

Saturday, February 12, 2011

perlu dialog antara agama untuk selesai isu hari kekasih


Pemuda PAS Pusat yakin melalui dialog tertutup mampu mengatasi masalah yang berkaitan dengan isu Hari Valentine.

Ketua Penerangannya, Suhaizan Kayat berkata demikian ekoran isu berkenaan semakin panas.

isu itu agak panas antara Pemuda PAS dengan Pemuda Gerakan dan DAPSY sementara hari ini antara Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dengan Pemuda Majlis Gereja Malaysia.

perkara itu berlaku kerana kurangnya dialog antara agama dalam negara ini.

“Saya mengajak semua pihak mari kita berdialog mengatasi masalah ini.

“Kita tidak boleh biarkan pertembungan ini tidak diurus dengan baik,”.

Pemuda PAS bersedia menjadi sekretariat majlis dialog itu.

Beliau berkata, Pemuda PAS berpengalaman menjadi orang tengah dalam isu-isu pertembungan, contohnya mengatasi masalah isu Interlok sehingga sebahagian cadangan pihaknya telah diterima oleh Kementerian Pendidikan.

“Saya yakin dengan dialog tertutup mampu mengatasi masalah yang dihadapi,”.

Friday, February 11, 2011

MASA UNTUK BERUBAH, himpunan 30k siap sedia


Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah bersiap sedia menjadi tuan rumah Himpunan 30 000 Pemuda PAS seluruh negara yang akan diadakan pada 19 Februari 2011.

Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Ahmad Yahya berkata, persiapan untuk menganjurkan himpunan tersebut telah dilakukan dengan baik.

"Pemuda PAS Kedah dah buat beberapa persiapan dan sekarang hampir 70 peratus persiapan itu dah siap.

"Antaranya kita buat persiapan dari segi tempat berhimpun, dan kita juga membuat persiapan dari segi tempat tinggal peserta himpunan yang datang dari jauh. Makan minum juga kita sediakan untuk makan tengahari,".

Menurut Ustaz Ahmad, Negeri Kedah di jadikan tuan rumah perhimpunan ini adalah sebagai isyarat bahawa Kedah mesti di pertahankan pada PRU-13 nanti.

Himpunan 30 000 Pemuda itu merupakan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat adalah untuk menyemarakkan semangat jihad pemuda dalam menghadapi PRU-13 serta menonjolkan kekuatan pemuda.

Himpunan tersebut akan diadakan di Kompleks PAS Negeri Kedah, Simpang Empat pada hari Sabtu, 19 Februari nanti menggunakan tema 'Masa Untuk Berubah'.

Pelbagai program telah dirangka untuk program ini untuk dijadikan pengisian.

kami berdakwah bukan menghukum -kp-


1. Biarpun berdepan kritikan pedas dari pelbagai pihak, saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS Malaysia akan terus berjuang dan berdakwah bagi menyelamatkan generasi muda dari terus dimangsakan oleh pelbagai aktiviti tidak bermoral di dalam negara ini. Kami akan turun sebagai Duta penyelamat dan Kasih Sayang dengan membawa misi dakwah untuk mendidik serta membimbing masyarakat khasnya generasi muda muslim hari ini agar tidak hanyut dibawa arus keruntuhan moral.

2. Gerakan dakwah ini akan disemarakkan oleh Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS Malaysia di seluruh negara melalui Dewan Pemuda PAS Negeri - Negeri dengan memilih beberapa lokasi sasaran yang berpotensi berlakunya kegiatan tidak bermoral sempena sambutan Valentine Day .

3. Dakwah atau gerakan mengedar "risalah didikan" serta menyantuni mereka yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral sebenarnya telah menjadi aktiviti rutin Dewan Pemuda PAS Malaysia sejak berzaman lamanya. Sebagaimana Pemuda PAS tegas membenteras kegiatan tidak bermoral didalam politik seperti penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, juga membenteras aktiviti tidak bermoral didalam ekonomi seperti pembaziran dan rasuah, maka Dewan Pemuda PAS juga istiqamah membenteras perlakuan tidak bermoral didalam sosial seperti pergaulan bebas, seks bebas dan vandalisme.

4. Namun kami bukan penghukum, kami juga bukan Polis Moral malah kami bukan penguatkuasa. Kami adalah pendakwah yang bertanggungjawab untuk mendidik rakyat agar tidak terjebak dalam sebarang kegiatan, aktiviti dan perlakuan yang tidak bermoral justeru implikasinya merosakkan maruah diri, nilai tamadun dan nama baik negara.

5. Kami Pemuda PAS sedia menghulurkan kerjasama malah mengharapkan kerjasama dari pihak berkuasa kerajaan negeri khasnya negeri - negeri Pakatan Rakyat untuk turun ke padang menyelamatkan generasi muda dari terjebak dalam kancah moral yang negatif. Kempen No Panties For Valentine Day pada tahun lalu, sebagai contoh kegiatan tidak bermoral yang dibimbangi masih berterusan dalam aktiviti yang pelbagai dan nama yang berbeza untuk mengelirukan orang ramai serta pihak berkuasa.

6. Saya masih percaya bahawa kerajaan negeri - negeri Pakatan Rakyat tidak mahu membiarkan generasi mudanya yang bakal mewarisi kepimpinan negeri dan negara pada masa akan datang terperangkap dalam perlecehan moral yang merosakkan reputasi diri dan nilai maruah mereka. Justeru itulah saya menawarkan kerjasama antara Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan pihak Kerajaan negeri untuk memantau perkembangan dan kegiatan tidak bermoral lalu tampil memberi didikan kepada mereka yang terjebak agar insaf dan tidak membiarkan diri mereka lemas dalam pengaruh nafsu dan syahwat.

7. Suatu sikap yang sangat tidak adil, apabila kita begitu keras dan tegas menentang kegiatan yang tidak bermoral dipentas politik dan ekonomi seperti penyalahgunaan kuasa, pembaziran, rasuah, penipuan dan penindasan tapi kita berdolak dalih dalam usaha memurnikan iklim sosial negara dari kegiatan tidak bermoral seperti seks bebas, vandalism, penyalahgunaan dadah dan sebagainya sedang ia turut membawa kesan yang buruk kepada kesejahteraan, keamanan keharmonian negara.

8. Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak hanya turun pada Valentine Day, tetapi juga pada malam sambutan Ulangtahun Kemerdekaan, Sambutan Tahun Baru dan hari - hari yang dianjurkan pesta atau karnival yang mempromosi atau menggalakkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan tanpa batas . Kami turun sebagai Duta Penyelamat dan Kasih Sayang. Ini adalah sikap Dewan pemuda PAS Malaysia yang diwarisi sejak dulu dan ia bukan pandangan peribadi saya.

9. Kami pemuda PAS tekad akan selamatkan generasi muda muslim dan siapa jua yang mahu dari hanyut dibawa arus maksiat seta mungkar dengan penuh kasih sayang demi masa depan mereka dan juga masa depan negara, biarpun berdepan dengan pihak yang terus mahu menyuburkan aktiviti tidak bermoral dan sengaja tidak mahu memahami hasrat dan tindakan kami.

10. Akhirnya saya terus menyimpan harapan agar Kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat menjadi contoh kepada negara untuk mendidik rakyat bukan sahaja dalam aspek politik dan ekonomi tetapi juga kearah membentuk iklim sosial yang jernih dan harmoni. Bebas dari kegiatan yang tidak bermoral serta meruntuhkan maruah negeri dan negara. Sementara saya tiada authoriti untuk memberi arahan kepada sebuah kerajaan negeri sebagaimana saya juga bukan polis untuk menangkap pesalah. Saya hanya pendakwah bukan penghukum .

Wednesday, February 09, 2011

tunjukkan protes anda di merlimau


Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Kintan Man menyeru seluruh pengundi Dun Merlimau supaya menjadikan pilihan raya kecil Dun tersebut sebagai medan untuk melakukan protes terhadap kenaikan harga minyak dan barangan yang semakin menghimpit rakyat sekarang.

Kintan berkata bahawa kerunsingan terhadap kenaikan harga minyak dan barangan keperluan harian sememangnya bersarang di hati rakyat namun rakyat khususnya orang Melayu tiada kekuatan untuk mengalihkan undi mereka kepada Pakatan Rakyat.

"Minda orang Melayu telah didoktrinkan oleh Umno BN bahawa kenaikan harga barang ini tidak dapat dibendung dan ianya merupakan perkara biasa yang tidak dapat dielakkan.

"PAS dan PR mesti berusaha gigih untuk memberikan penerangan kepada rakyat bahawa kerajaan BN hari ini gagal menguruskan kenaikan harga barang ini dengan baik sehingga rakyat semakin terhimpit dan sengsara,"
Rakyat khususnya pengundi Dun Merlimau mesti diberi kefahaman bahawa antara sebab berlakunya kenaikan harga barang ialah kerana meningkat kos pengeluaran dan pengangkutan disebabkan kenaikan harga minyak yang sebenarnya boleh dielak oleh kerajaan.

"Malangnya kerajaan BN sendiri yang menaikkan harga minyak dengan menghentikan subsidi walaupun pada masa yang sama keuntungan Petronas dan kerajaan meningkat disebabkan kenaikan harga minyak dunia.

"Selain itu kerajaan juga gagal mengawal dan menangani masalah kenaikan harga barang yang dilakukan oleh pengeluar dan pemborong barangan keperluan sehingga semua tuntutan untuk menaikkan harga dipersetujui oleh kerajaan tanpa sebarang tindakan yang konkrit untuk menanganinya," tambah Kintan ketika ditemui di bilik operasi pilihanraya kecil Dun Merlimau.

Kintan mengajak seluruh pengundi Merlimau supaya bangkit memprotes kegagalan kerajaan menangani isu ini dengan memberikan undi kepada calon PAS pada pilihanraya kecil Dun Merlimau yang akan berlangsung pada 6 Mac ini.

PEMUDA PAS TELUK INTAN MENGAJAK DAN MENJEMPUT PEMUDA KE HIMPUNAN 30K





DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TELUK INTAN


MENJEMPUT/MENGAJAK SEMUA REMAJA DAN PEMUDA KE HIMPUNAN 30,000 YANG AKAN DIADAKAN DI KEDAH PADA 19.02.2011


KAMI MENYEDIAKAN PENGANGKUTAN
(BUS) UNTUK HADIR KESANA DENGAN BAYARAN SEMURAH RM10.00 DAN BOLEH MENDAPATKAN SPONSER DARI PERINGKAT CAWANGAN MASING-MASING BAGI MERINGAN KAN BEBAN ANDA YANG BERJUANG DI JALAN ALLAH…
PELBAGAI AKTIVITI MENARIK DI ADAKAN DI ANTARANYA


-MOTIVASI DARI MB KEDAH YAB DATO` SERI UST AZIZAN ABDUL RAZAK


-PERSEMBAHAN KONSERT DARI ARTIS TERKENAL


-PERLAWANAN BOLA SEPAK
DI ANTARA PASUKAN PEMUDA PAS PUSAT VS PASUKAN BEKAS BOLA SEPAK KEBANGSAAN

DAN PELBAGAI LAGI…


SILA HUBUNGI KETUA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TELUK INTAN
0194663775

Monday, February 07, 2011

pelajar di bawa balik, siapa tanggung mereka pulang ke mesir


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta jaminan kerajaan negeri berhubung kos tambang pemergian kembali pelajar-pelajar negeri ini yang kini dalam proses pulang ke tanah air akibat pergolakan di Mesir.

Zawawi Hassan berkata dalam masa yang sama tidak menafikan usaha membawa semua pelajar tersebut kembali ke tanah air sebagai usaha yang terbaik.

perkara tersebut seperti terlepas pandang kerajaan negeri walaupun Kerajaan Pusat kini sedang berusaha membawa pulang semua rakyat Malaysia.

“Tetapi selepas ini akan timbul pula persoalan tentang kos tambang pelajar yang ingin kembali semula ke Mesir di atas tanggungan siapa?

“Apakah pendirian Kerajaan Negeri Perak bagi menjaga kebajikan pelajar Perak yang masih belum menamatkan pengajian mereka di sana?”

DPPN Pk inginkan jaminan, bahawa Kerajaan Negeri Perak akan membayai kos tambang pergi semula mereka ke sana setelah kemelut Mesir berakhir.

DPPN Pk, amat bimbang dengan ketidak prihatinan kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan semua pelajar Perak yang masih tertangguh pengajian mereka akan terabai akibat menanggung kos tambang di luar jangkaan mereka.

“DPPN Pk berharap Kerajaan Negeri Perak dapat menjelaskan kedudukan sebenar, agar semua ibu bapa lega dengan jaminan bahawa kerajaan negeri akan menanggung kos perbelanjaan kecemasan ini untuk semua pelajar Perak pulang semula menyambung pengajian mereka selepas berakhirnya kemelut di Mesir jika Kerajaan Pusat tidak menguruskan pemergian kembali mereka ke sana,”

Saturday, February 05, 2011

kebangkitan rakyat mesir inspirasi rakyat malaysia


Air kuning, 5 Februari, dalam mengulas isu kebangkitan rakyat di Mesir dan dunia arab yang lain, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar memulakan dengan memetik firman Allah SWT. dalam Surah Ali-Imran:

“Katakanlah: `Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (QS. 3:26)

Memetik ucapan beliau “ Dalam ayat ini, Allah sebut bahawa Allah yang memberi kerajaan kepada sesiapa yang Dia khendaki dan menggulingkan sesiapa yang dikhendaki”

“ Ayat ini merupakan suatu renungan kepada mana-mana kerajaan bahawa mereka hanya berkuasa atas pemberian Allah dan bukan atas kehebatan mereka sendiri. Buatlah tembok besi ke, tentera yang canggih dan ramai ke, pengaruh yang luas ke, semua itu hanya kecil dibandingkan dengan kekuasaan Allah”

“ Benda-benda itu tak dapat menyelamatkan mereka daripada ketentuan Allah. Apabila kita faham konsep ini, sepatutnya pemerintah bersifat adil dan saksama. Kena bertanggungjawab kepada rakyat dan membantu hidup mereka.”

Menurut beliau, di Mesir kita lihat rakyat di sana sudah tidak tahan ditindas. Bagaikan air panas yang terpendam dalam bumi, tunggu masa sahaja hendak keluar dan meletus. Jurang taraf hidup antara golongan berada dan golongan berpendapatan rendah semakin luas. Kerajaan Hosni Mubarak dengan zalim menangkap dan menghancurkan musuh politik mereka untuk memastikan mereka terus berkuasa. Lebih zalim lagi, pemimpin Mesir bekerjasama dengan musuh utama umat islam iaitu israel. Mereka membantu israel menyerang Gaza dengan menutup sempadan untuk membawa bekalan makanan. Tindakan mereka ini sangat kejam dan zalim. Selain itu, pempimpin mesir mengambil amerika dan israel sebagai wakil mereka sedangkan Allah telah melarang perbuatan tersebut

Beliau juga menyatakan bahawa, semua perkara yang berlaku ini di bawah kekuasaan Allah. Peristiwa yang berlaku ini Allah nak jadikan ikhtibar kepada pemimpin zalim di negara lain. Mereka yang kononnya memperjuangkan demokrasi dan kebebasan padahal menindas dan menipu rakyat. Berwaspadalah sebab Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran sebelum ini bahawa jika pemimpin tidak melaksanakan kandungan Al-Quran, Allah akan wujudkan perbalahan di kalangan mereka.

Selain itu beliau juga menyatakan, suatu perkara lain yang menjadi ikhtibar ialah kesanggupan rakyat Mesir menentang pemimpin zalim mereka walaupun mereka tahu nyawa dan ketenteraman hidup mereka mungkin terganggu. Kalaulah rakyat Mesir mengambil sikap tak kisah, dan tak sanggup keluar daripada zon selesa, tentulah mereka akan duduk di rumah dan membiarkan kerajaan zalim mereka terus memerintah. Inilah sikap yang perlu dicontohi rakyat Malaysia.

Sikap sanggup keluar daripada zon selesa demi menegakkan keadilan. Manfaat kesusahan kita hari ini akan membantu anak cucu kita merasa kesenangan di masa hadapan.

Tuesday, February 01, 2011

himpunan 30k pemuda pas MALAYSIA



1.0 PENDAHULUAN
Himpunan 15 K pemuda yang dirancang dan dijayakan pada tahun 2006 telah meletakkan tanda aras serta ukuran melalui sistem Komuniti UKJ yang dibangunkan setahun sebelum itu. Seramai 5 orang pemuda di setiap cawangan yang telah didaftarkan melalui Sistem Komuniti UKJ telah menyertai Himpunan tersebut. Mengikut rekod, Himpunan tersebut dihadiri seramai 12,600 peserta dari seluruh negara kecuali dari Johor dan Melaka (kerana musibah besar berlaku di duna negeri tersebut).
Kini setelah 4 tahun berlalu Himpunan yang sama dirancang dengan jangkaan peserta yang lebih besar sekali ganda dari jumlah pada tahun 2006 (30,000 pemuda). Ukurannya adalah seramai 10 orang pemuda yang didaftarkan melalui sistem Komuniti UKJ. Jika dikumpulkan sebanyak 3000 cawangan yang berdaftar, seramai 30,000 pemuda mampu dihimpunkan.
Himpunan ini memerlukan pengorbanan yang besar serta komitmen yang tinggi dari semua Ahli jawatankuasa serta pimpinan bagi merealisasikannya. Sudah pasti, tujuan kehadiran peserta adalah untuk melihat kemampuan dan kekuatan pemuda di seluruh negara di samping menggempur Parlimen dan DUN yang disasarkan sebagai persediaan menghadapi PRU ke 13 dan menambah motivasi petugas-petugas PAS di seluruh negara.

2.0 OBJEKTIF
2.1. Mengumpulkan kekuatan pemuda seramai mungkin sebagai persiapan menghadapi PRU ke 13.
2.2. Mempertahankan kerajaan negeri Kedah pada pilihanraya umum ke 13.
2.3. Menonjolkan pemuda PAS sebagai pendokong utama kerajaan negeri Kedah Darul Aman.

3.0 TARIKH/ MASA/ TEMPAT

Tarikh : 19 Februari 2011 / bersamaan 16 Rabiulawal 1432 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 12.00 malam
Tempat: Kompleks PAS Kedah, KM 13, Jalan Alor Setar – Sungai Petani, 06650 Simpang
Empat, Alor Setar, Kedah.

5.0 PESERTA
5.1. Ahli sistem Komuniti UKJ yang telah didaftarkan dan disenarai pendek dan bukan Exco DPPK (Minimum 10 orang 1 cawangan x 3000 cawangan)
5.2. Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (Pemuda) = 100 setiap negeri
5.3. Exco DPPK (20 orang x 150 kawasan)
5.4. Exco DPPN (15 orang x 14 negeri)
5.5. Exco DPPP ( 35 orang)
Yuran Penyertaan : RM 10 seorang

12.0 PENUTUP
Semoga program ini mendapat sokongan yang padu dari semua pihak. Sesungguhnya kejayaan yang kita dambakan menuntut komitmen dan pengorbanan serta rasa kebersamaan yang tinggi seluruh ahli pemuda. Mudah-mudahan dengan segala usaha ini menjadi satu persiapan untuk kita menghadapi mehnah PRU 13 yang bakal tiba tidak lama lagi. Hanya padaNya kita berserah dan hanya padaNya kita mohon pertolongan. Wallahu’alam.

ATURCARA PROGRAM

(19 Februari 2011 – SABTU)
PAGI
6.30 pagi – 9.30 pagi : Pendaftaran dan sarapan pagi
9.45 pagi : Ketibaan tetamu-tetamu kehormat
9.50 pagi : Ketibaan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah
10.00 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
- Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu PAS dan AMAL.
: Ucapan Aluan Ketua DPPN Kedah
: Ucapan Aluan Pengarah Himpunan
: Ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
: Ucapan Perasmian
Oleh : YAB Dato’ Seri Ustaz Hj Azizan Abdul Razak
– Menteri Besar Kedah.
11.00 pagi : Pidato Khas : Motivasi Pilihanraya Pemuda
Ybhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man – Naib Presiden PAS
YB Salahuddin Ayub – Naib Presiden PAS
Ybhg Ustaz Idris Hj Ahmad - Ketua Penerangan PAS Pusat
YBhg Dato’ Abu Bakar Chik – AJK PAS Pusat
YBHg Hj Mohamad Sabu – AJK PAS Pusat

PETANG
1.30ptg : Makan tengahari / Solat Zuhur
2.30 ptg : Program Anak Muda - KONSERT
4.00 ptg : Ucapan Penutup
Oleh : Ustaz Nasharuddin Mat Isa – Timbalan Presiden PAS
5.00 ptg : Perlawanan Bolasepak Persahabatan
Pasukan Pemuda PAS vs Pasukan Bekas Pemain Bolasepak Kebangsaan
6.45 ptg : Rehat

MALAM
7.30 malam : Solat Maghrib dan Munajat Perdana bersama
YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
9.00 malam : Ceramah Umum
YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Ybhg Ustaz Nasharuddin Mat Isa
YBhg Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
YAB Dato’ Seri Ustaz Hj Azizan Abd

sekutu israil mula di jatuhkan

Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambing kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut.
Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.
Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariqdan tafsir Fil Zilal al-Quran. Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama terkemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Syed Qutb pasti akan diikuti dengan rahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).