Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH

Monday, February 21, 2011

pemuda pas serah memorendum bantahan kezaliman kerajaan libya rabu ini


Dewan Pemuda PAS Pusat melalui lajnah antarabangsa akan menyerah memorandum membantah kekejaman yang telah mengorbankan rakyat tanpa senjata ke kedutaan Libya pada Rabu 23 Februari, jam 11.00 pagi.

Nasrudin Hasan At-Tantawi berkata, kebangkitan rakyat yang meletus di negara-negara Arab mutakhir ini yang telah pun menumbangkan rejim pemerintahan Tunisia dan Mesir, kini semarak kebangkitan itu terus menjalar deras seperti lahar yang sedang menuruni lurah dari puncak gunung berapi.

suara dan himpunan kebangkitan rakyat itu telah melintasi sempadan Yemen, Bahrain dan Libya.

“Suatu kebangkitan yang saya sifatkan sebagai time bomb setelah mereka selama ini mendekam penuh sengsara dan derita berada di bawah sistem pemerintahan separa diktator,”

kerajaan Bahrain dan Libya menggunakan kekerasan dalam menangani kebangkitan rakyat dengan menggunakan pihak keselamatan untuk menembak rakyat dan orang ramai yang menyertai rally kebangkitan rakyat tersebut.

“Sehingga kini saya difahamkan telah ratusan orang ramai yang terdiri dari masyarakat awam yang tidak bersenjata menyertai himpunan kebangkitan itu ditembak mati,”.

Pemuda PAS Pusat mengecam sekeras-kerasnya cara kerajaan Bahrain dan Libya menangani kebangkitan rakyat tanpa senjata dengan kekejaman yang menumpahkan darah dan nyawa rakyat mereka sendiri.

tegas beliau rejim yang telah berkuasa dan memerintah sewajarnya mendengar suara rakyat mereka dan bertindak sewajar tanpa pertumpahan darah sekalipun mereka terpaksa berkorban meninggalkan takhta.