Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Saturday, January 31, 2009

KERAJAAN PERAK BERI CUTI.


CUTI UMUM DI NEGERI PERAK PADA 3 FEBRUARI


IPOH: Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin mengiystiharkan cuti umum kepada seluruh warga kerja di negeri Perak Darul Ridzuan pada 3 Februari 2009, Selasa depan sebagai menyambut Sambutan Perayaan Jubli Perak pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Sultan Perak.
Menurut kenyataan akhbarnya hari ini, cuti umum itu adalah bagi membolehkan rakyat turut sama menghormati dan meraikan 25 tahun pemerintahan Seri Paduka Sultan Azlan Shah di negeri Perak Darul Ridzuan.
Ia juga bertujuan bagi membolehkan seluruh rakyat Perak mengikuti upacara penganugerahan Darjah Kebesaran Azlanii yang diadakan hanya dalam tempoh 25 tahun sekali, yang diperkenan dianugerahi Paduka Tuanku Sultan Azlan Shahpada hari berkenaan. Seramai 25 orang akan menerima anugerah itu.
Nizar turut meminta agar semua premis kerajaan dan perniagaan turut mengibarkan bendera negeri bermula hari berkenaan sepanjang tempoh perayaan sebagai menghormati dan menunjukkan kasih sayang rakyat pada Seri Paduka Sultan Perak.

CERAMAH PERDANA



CERAMAH PERDANA, ISU SEMASA NEGARA.

esok 1 feb 2009(ahad), 9.15 mlm

dewan serbaguna mpti, rpa karentina kg batak rabit teluk intan.


penceramah: ust nasaruddin al-tantawi
(timbalan ketua pemuda pusat, merangkap ketua pemuda pahang)


yb che abdullah mat nawi
( exco kerajaan negeri kelantan darul naim)


semua dijemput hadir...

Monday, January 26, 2009

JANGAN TUNGGU LAMA NAJIB!




tinggal beberapa hari lagi, penggal yang diimpi-impi oleh manusia sombong nie untuk menjadi pm. selepas kekalahan bn di prk p036 kuala terengganu, najib ketandusan idea. penangkapan anak-anak bilis(ketua-ketua umno bahagian) dah muak didengar rakyat. setiap kali nak bertukar tampok pemerintahan, barulah keluar muka-muka yang kena tangkap pasal politik wang parti. tapi selama ini adakah umno nie bersih? bile nak naik p.m baru ke baru nak bersih? betul ke dah bersih? ni semua sandiwara umno dan bn. sama lar kita lihat telatah mereka kali ini, tapi kamu jangan lupa najib rakyat sekarang bukan macam dulu untuk diperbodohkan. silap langkah pru13 menanti.

TINDAKAN YANG BIJAK


Jan 25, 09 3:33pm :Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Nasarudin Hashim keluar dari Umno untuk menyertai PKR. Berikutan itu, Pakatan Rakyat kini menguasai 32 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, demikian menurut The Star. Barisan Nasional (BN), yang tewas kepada Pakatan dalam pilihanraya umum Mac lalu, kini tinggal 27 kerusi negeri. (malaysiakini.com)
kami daripada pemuda mengucapkan tahniah kepada (adun) bota atas tindakan beliau untuk meniggalkan bn. agar apa yang berlaku dapat membuka mata para penyokong bn yang masih berada dalam bn atau baru berhasrat menyertai bn. agar bersama-sama membuat tindakan seperti beliau iaitu menyertai pakatan rakyat(pr) yang terdiri daripada parti-parti yang bersih didalam politik. (pas, pkr&dap) parti-parti ini sentiasa menunggu dalam penyertaan ahli dari parti komponen bn. `allah sentiasa memberi hidayah kepada mereka yang mencari jalan untuk menemukannya'

Thursday, January 22, 2009

Khairul faizi ahmad kamil

ketua lujnah perpaduan dan masyarakat pemuda pusat dan juga ketua pemuda johor akan datang ke teluk intan pada 07.03.2009(sabtu), program ini pemuda telah serahkan sepenuhnya kepada pihak pas kaw teluk intan untuk menguruskannya. kerana tarikh yang digunakan sama dengan tarikh setahun kemenagan pas di n56 cngkat jong. mungkin prog ini dibuat secara besar-besaran semperna sambutan tersebut. sama-sama kita mendoakan prog ini berjalan dengan lancar.

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Al-Taubah 9: 41)

Monday, January 12, 2009

JANGAN PERMAINKAN ISU PALESTIN UNTUK RAIH UNDI P036

apa yang kita tahu semalam tv3, tv no 1 malaysia memberi tahu kita tentang pembangkang menfitnah tabung ihsan palestin ada penyelewengan. keluar lah muka naib presiden pas mohd sabu atau lebih dikenali abg mat sedang berceramah di prk p036 kuala terengganu. mereka hanya menyatakan jangan fitnah tapi mereka tidak menunjukkan mana saluran yang mereka salurkan, pembangkang juga membuat tabung ini tetapi kita membawa terus wakil dari negara palestin itu sendiri. kita tukut setengah dari duit ini terlepas kepada tangan orang yang tidak bertanggungjawap. sedangkan rakyat palestin amat memerlukan bantuan didalam kesusahan yang mereka alami.
isu ini menjadi begitu prihatin oleh semua pihak apabila prk p036 kuala terengganu semakin hampir, walaupun mereka tidak turun berdemotrasi untuk kezaliman israel mereka tetap menyatakan marah kepada zionis ini. setakat mana kemarahan mereka, adakah sehingga habis prk kecil ini? sama-sama kita lihat. sepatutnya isu ini tidak dipolitikkan dan menjadi kesugguhan kepada kerajaan yang ada untuk membantu saudara islam yang didalam kesusahan, bantuan demi bantuan perlu disalurkan. agar memastikan rakyat palestin berada dalam keadaan tidak tertekan dengan kesusahan ini.

BN PURA-PURA DALAM ISU PALESTIN


apa yang kita lihat pada hari ini seperti satu kesungguhan isu untuk memboikot barang-barang yahudi yang dianjurkan oleh persatuan pengguna islam malaysia(ppim), kita patut berterima kasih malah memang kita perlu menyokong perkara ini 100% dan memang kita perlu memboikot yahudi ini lebih awal. sekurang-kurangnya ppim dah nampak selama ini pembangkang mendesak bukan lah pekara yang remeh, mereka memberi pelbagai alasan kerana takut akan kerajaan yang seaakan-akan zionis ini. tidak mustahil perkara ini berlaku kerana orang kuat ppim sendiri pun menyokong sepenuhnya agar undang-undang isa(ikut suka aku) diteruskan walaupun ia sama zalim dengan yahudi, bezanya yahudi menghukum palestin dan bukan kaum seaagama dengannya mahupun senegara tapi dimalaysia sasarannya adalah terhadap orang yang seagama dan senegara dengannya asalkan pembangkang.

yang menjadi tanda tanya kepada kita sejauh mana boikot ini akan berterusan, betul kah perkara ini bersungguh-sugguh untuk dilakukan dimalaysia. apakah penerangan ini meluas? yang kita nampak sambil memboikot, sambil promot. contohnya, ppim minta boikot dengan senarai yang diberikan tapi masih ada lagi iklan-iklan didalam tv negara yang masih mengiklan barang-barang dalam senarai boikot. walaupun bukan semua tapi sekurang-kurangnya masih ada lagi. sejauh mana keberkesanannya?

Saturday, January 10, 2009

NAJIB TAKUT PADA PR(pakatan rakyat)


timbalan perdana menteri malayasia, datuk seri mohd najib tun razak. yang akan menjadi perdana menteri pada mac ini takut akan kemenangan di prk p036 kuala terengganu, yang akan menyebelahi pada pembangkang. didalam sidang media beliau beberapa kali menyerang terhadap pakatan rakyat tidak mampu memerintah negara, dia juga memperjelaskan pr sedang mengalami masalah sesama sendiri. sedangkan apa yang kita tahu sesama pimpinan umno di kuala terengganu sendiri pun tidak sehaluan, diantaranya mb terengganu sekarang(ahmad said) dan mb terdahulu(idris jusoh) tidak sehaluan. dalam tv rtm1 selalu mereka menemubual ahmad said tapi dalam astro siaran 501&502 (awani&bernama) mereka bertanya atau meminta idris jusoh memberi pandangan. seakan-akan ada 2 mb diterengganu dan ada di kalangan pemimpin umno yang masih tidak menerima ahmad said sebagai mb.
apakah yang dimaksudkan pr sedang mengalami masalah? apakah beliau lupa tentang konfliks dalam umno yang tiada kesudahan ataupun lonfliks itu perlu ditutup dengan kenyataan tersebut? sama-sama kita fikirkan propaganda beliau.

Thursday, January 08, 2009

MALAM SOLIDARITI KEMANUSIAAN




Warga Perak dijemput untuk hadir beramai-ramai ke majlis Malam Solidariti Kemanusiaan Untuk Palestin yang akan diadakan pada :
Tarikh : 9 Januari 2009
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 malam
Tempat : Stadium Indera Mulia, Ipoh (bersebelahan Stadium Perak)
Tetamu Khas : YAB Dato' Seri Ir. Haji Mohamad Nizar Jamaludddin (MB Perak)
Program tersebut adalah anjuran bersama Kerajaan Negeri Perak dan Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jamai'y).

KERAJAAN SELANGOR, MISI KEMANUSIAAN PALESTIN


Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan menghantar bantuan misi kemanusiaan ke Palestin yang diterajui Yayasan Amal salah satu Ngo yang mempunyai pengalaman luas di seluruh dunia.
Iklan

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor telah memutuskan menghantar misi itu yang berpangkalan di sempadan Mesir bagi memberi bantuan perubatan dan sosial kepada penduduk Gaza.
Segala bantuan yang diberikan dalam misi itu akan dibiayai penuh oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Sehubungan itu, kerajaan negeri turut mengalu-alukan NGO yang ingin menyertai misi dan mereka yang berminat hendaklah menghubungi terus Exco Kebajikan Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dak Komunikasi Rodziah Ismail atau Adun Meru Dr Abdul Rani Osman.
"Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan kini menghadapi serangan bertubi-tubi yang telah mengorbankan beribu-ribu orang awam yang tidak bersalah," demikian menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya.

Monday, January 05, 2009

AMANAT PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU


Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

"Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah SWT. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS"

Firman Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 1-4; " "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."

Dari ayat di atas, Allah menurunkan ayat ini bermula dengan sebab yang berlaku di kalangan para sahabat r.a sebelum diwajibkan perintah berjihad. Lalu mereka bercakap dgn penuh semangat, "bilalah lagi kita hendak berjihad. Sekiranya Allah mewajibkan jihad, kami akan melibatkan diri untuk buat apa sahaja."
Apabila Allah swt menurunkan ayat mewajibkan jihad, rupa-rupanya jihad ini bukan sahaja satu kewajipan, tetapi ianya penuh dengan cubaan dalam diri seseorang. Samada jihad di medan perang atau jihad di medan pilihanraya, berdakwah, ianya penuh dengn ujian dan cubaan. Merek yang berperang di Gaza, tidak putus-putus dihujani oleh roket dan peluru.
Sehingga kini sudah hampir 400 orang mati syahid dan 1000 orang yang cedere.Setelah mereka dikepung beberapa bulan, mereka hadapai ujian dengan penuh semangat. Ada orang yang tahan dengan ujian kelaparan, kesusahan dan kesakitan. Makin sakit, makin lapar, makin ditentang oleh musuh, maka makin meninggi semangatnya.
Ada yang tidak tahan dengan ujian-ujian ini, lalu mereka berundur. Kadang-kadang, pejuang Islam ini diuji dengan cara menyedapkan, mengembirakan dan ujian perasaan yang ada di dalam hati. Kadangkala ada yang tidak tahan menghadapi ujian di dalam hati ini. Oleh itu, janganlah bercakap besar. Ini kerana akan tersungkur di tengah jalan.
Perjuangan Islam, merupakan satu perjuangan yang tidak nampak akan upah atau balasannya. Upah dan balasan ini adalah perkara ghaib. Ia janji dari Allah swt. Firman Allah swt, " Kalaulah sekiranya perjalanan perjuangan Islam itu merupakan benda yang dekat, yang boleh dicapai atau diambil dgn mudah, dan perjalanan yang dekat yang diketahui beberapa hari akan menang, nescaya ramailah yg ikutmu wahai Muhammad." Tetapi perjuangn ini jauh dan banyak kesulitan-kesulitan dan kepayahan-kepayahan.
Yang paling sulit ialah tekanan dalam jiwa dan hati yang sering kali di was-waskan oleh syaitan yang ghaib di kalangan jin dan sebagainya yang mengalir dalam darah kita. Dan juga was-was ini datangnya dari syaitan-syaitan di kalangan manusia itu sendiri.
Bisikan ini merupakan bisikan keraguan bukan hanya berlaku dalam solat tetapi juga ketika berjihad dalam perjuangan. Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah swt. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS Tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS.
Presiden mengingatkan kepada orang ramai yang hadir, siapa yang hadir ke cemarah malam ini adalah untuk mendengar nama calon, sama ada menyokong calon atau tidak, ia tidak ada pahala. Tidak ada fadhilat dan kelebihan. Tetapi sekiranya datang ke majlis ceramah itu untuk mendengar arahan dan panduan di dalam perjuangan menegakkan Islam yang bakal diamalkan, maka ia berada di dalam majlis ilmu, dan malaikat bersama-sama. Dan juga mereka ini berada di medan jihad yang ada fadhilat yg besar yang telah dijanjikan oleh Allah.
Oleh kerana perjuangan ini banyak dengan cabaran, bukan hanya berdepan dengan Umno atau Barisan Nasional tetapi berhadapan degan satu kerajaan yang berkuasa di peringkat pusat dan negeri. Dimana kerajaan ini mendapat sokongan dari pelbagai kumpulan yang boleh memberi dan mendapat sumbangan apa sahaja. Jangan sesekali menganggap ini merupakan satu perjuangan yang kecil walaupun ianya pilihanraya kecil, tetapi pada cabarannya sanggat besar.
Oleh itu, ingatlah peringatan yang diberikan oleh Nabi s.a.w kepada golongan Ansar, inilah asas kepada perjuangan Islam yg mesti difahami supaya mendapat fadhilat dan pertolongan dari Allah swt. Mereka yang sanggup memikul tanggungjawab yang disebut di dalam ucapan Rasulullah ini,mereka merupakan orang yang sanggup menyahut seruan Allah dalam Al-Quran " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dalam menghadapi penyakit-penyakit yang ada dalam diri kamu sendiri, dan bersabarlah kamu dalam menghadapi musuh-musuh kamu dan beradalah kamu di tempat dimana kamu ditugaskan dan bertakwa kepada Allah supaya kamu dapat kemenangan.

Thursday, January 01, 2009

USRAH PEMUDA NEGERI PERAK


MAKLUMAN!!!
perhatian kepada semua pemuda dimaklumkan, tarikh usrah pada bulan ini iaitu 2.1.2009(jumaat), bertempat dipejabat perhubungan negeri perak, ipoh perak. bermula pada jam 9.00mlm, bergerak dari teluk intan jam 6.30ptang. kehadiran adalah wajib bagi semua ajk pemuda kaw dan pemuda yang lain digalakkan untuk bersama didalam usrah ini.
sebarang maklumat boleh melalui no tel ini (0125912760)

WAHAI PEJUANG-PEJUANG ALLAH MARI KITA BERDEMONSTRASI...


YA ALLAH, HANCURKAN LAH MEREKA YANG MENZALIMI SAUDARA-SAUDARA ISLAM KAMI. YA ALLAH BANTU LAH DAN MENANGKAN LAH TENTERA-TENTERA YANG MEMPERTAHANKAN AGAMA ISLAM INI.

SESUNGGUHNYA DARAH-DARAH YANG MENGALIR HARI INI DAN SETERUSNYA ADALAH SYAHID DAN MEMBERIKAN SEMANGAT AGAR PEJUANG-PEJUANG TERUS BERTEMPUR DIDALAM MELAWAN MUSUH YAHUDI LAKNATULLAH YANG ZALIM DIDALAM DUNIA.

ADAKAH KITA PERLU BERDIAM???
MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGECAM KEKEJAMAN INI. TUNJUKKAN KEPERIHATINAN KITA TERHADAP SAUDARA-SAUDARA KITA DI PALESTIN...
DEMONTRASI bantahan serangan kejam israel.
tarikh: 2.1.2009 (jumaat)
tempat: perkarangan masjid daerah teluk intan
masa: selepas solat jumaat, hadirkan diri dan hebahkan kepada kawan-kawan kita.
bawalah peralatan untuk berdemontrasi, bagi menunjukkan marah kita kepada israel dan kekejamannya.