Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH

Monday, January 12, 2009

BN PURA-PURA DALAM ISU PALESTIN


apa yang kita lihat pada hari ini seperti satu kesungguhan isu untuk memboikot barang-barang yahudi yang dianjurkan oleh persatuan pengguna islam malaysia(ppim), kita patut berterima kasih malah memang kita perlu menyokong perkara ini 100% dan memang kita perlu memboikot yahudi ini lebih awal. sekurang-kurangnya ppim dah nampak selama ini pembangkang mendesak bukan lah pekara yang remeh, mereka memberi pelbagai alasan kerana takut akan kerajaan yang seaakan-akan zionis ini. tidak mustahil perkara ini berlaku kerana orang kuat ppim sendiri pun menyokong sepenuhnya agar undang-undang isa(ikut suka aku) diteruskan walaupun ia sama zalim dengan yahudi, bezanya yahudi menghukum palestin dan bukan kaum seaagama dengannya mahupun senegara tapi dimalaysia sasarannya adalah terhadap orang yang seagama dan senegara dengannya asalkan pembangkang.

yang menjadi tanda tanya kepada kita sejauh mana boikot ini akan berterusan, betul kah perkara ini bersungguh-sugguh untuk dilakukan dimalaysia. apakah penerangan ini meluas? yang kita nampak sambil memboikot, sambil promot. contohnya, ppim minta boikot dengan senarai yang diberikan tapi masih ada lagi iklan-iklan didalam tv negara yang masih mengiklan barang-barang dalam senarai boikot. walaupun bukan semua tapi sekurang-kurangnya masih ada lagi. sejauh mana keberkesanannya?