Saturday, November 21, 2009

ikhtifal pasti kaw teluk intan

21.11.09(sabtu) IKHTIFAL PASTI KAW TELUK INTAN TELAH DIADAKAN DENGAN MERIAHNYA, MAJLIS YANG DIRASMIKAN TYDP PAS KAW TELUK INTAN(sdr.rostam malik) BERMULA PADA 9.00PG DAN ORANG RAMAI TIDAK JEMU DENGAN PERSEMBAHAN PELAJAR-PELAJAR DARI KESEMUA PASTI DISEKITAR KAW TELUK INTAN. turut hadir pengarah pasti kaw teluk intan( sdr. samsuddin mahmood).



tetamu yang hadir pada hari tersebut, kelihatan perasmi prog(sdr rostam malik) tydp pas kaw teluk intan.



penyampaian hadiah yang disampaikan ust. sobri jusoh(ketua dewan ulama kaw)




antara persembahan yang disampaikan sepanjang prog berlangsung dan persembahan ini membawa imej setiap pasti yang berlainan. satu pasti satu persembahan yang berlainan.


pa sistem.

ikhtifal pasti unit kg.banjar

19november2009(khamis) majlis iktifal/ penyampaian sijil dan hadiah bagi unit caw kg.banjar telah diadakan. majlis yang dirasmikan sdr. basyir selaku ketua penerangan pemuda pas kaw menggantikan pengarah dan ketua pemuda pas kaw. majlis yang diadakan pada hari pekerjaan/persekolahan turut mendapat sambutan terutama dikalangan ibu bapa pelajar.



antara ibu bapa dan tetamu yang hadir memeriahkan majlis walaupun ia dibuat diwaktu dan hari yang biasa.


kata aluan oleh naib ketua caw kg.banjar(hj.derus)-gambar diatas dan ucapan perasmian oleh ketua penerangan pemuda pas kaw teluk intan( sdr.basyir) -tiada dalam gambar



persembahan dari murid 4 tahun turut mencuit hati.




persembahan murid 5/6 tahun yang cukup menarik perhatian para hadirin...



naib ketua caw pas kg.banjar(hj.derus) menyampaikan hadiah pada pelajar cemerlang.


penyampaian sijil dan saguhati kepada pelajar, yang disampaikan oleh ketua penerangan pemuda teluk intan( sdr. basyir) meggantikan pengerusi pasti yang tidak dapat hadir sebagai perasmi dihari tersebut.

Wednesday, November 18, 2009

Tuesday, November 17, 2009

pemuda pas pandang surius sokongan muda


KUALA LUMPUR, 17 Nov: Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat sedang serius mengkaji dakwaan kemerosotan sokongan anak muda terhadap parti itu seperti yang didedahkan Dr. Abu Hassan Hasbullah pada seminar politik 7 November lalu.

Ketuanya, Nasarudin Hassan berkata, Institut Kajian Polisi (IPS) dewan itu telah diarah membuat kajian terperinci terhadap perkara itu sebelum tampil dengan pelan strategik baru menarik anak muda bersama parti itu.

"Kita mengarahkan Institute Policies Study Dewan Pemuda PAS untuk membuat kajian susulan sebab dia (Dr. Abu Hassan Hasbullah) hanya menyebut angka tetapi tidak menyebut faktor, jadi kita nak tahu faktornya apa.

"Lepas tahu faktor, baru kita boleh menyusun pendekatan strategik," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Hasil kajian yang bakal diperolehi dalam sedikit masa lagi itu katanya, akan melihat sejauh mana keseriusan dakwaan itu dan pendekatan bagaimana harus diguna oleh DPP bagi memperbetulkan keadaan.

"Dalam masa terdekat IPS akan menyediakan laporan untuk melihat angka dan faktornya, sejauh mana kajian itu bertepatan.

"Atau masih kekal ataupun ianya adalah lebih kepada satu persepsi yang boleh diubah oleh beberapa tindakan politik dan seumpamanya," katanya lagi.

Kajian ini juga katanya sebagai respon dewan itu bertindak berdasarkan pandangan dari orang luar termasuk ahli akademik.

Ianya juga menunjukkan bukti mereka bersikap terbuka dan mendengar sebarang pandangan dari luar.

DPP Pusat pada waktu ini juga beritahunya sedang giat mempromosikan slogan "Orang Muda Geng Kita" bagi menarik lebih ramai anak muda negara ini bersama dengan PAS.

Semua lajnah dan jabatan dewan itu sedang digerakkan secara maksimum bagi mencapai matlamat tersebut.

Selain menarik anak muda menyokong PAS, kempen itu juga bertujuan memastikan mereka yang layak mengundi, didaftarkan dengan SRP dan pada masa yang sama dialu-alukan mendaftar sebagai ahli PAS

Sehingga kini, kempen tersebut telah berjaya dilancarkan di Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Kedah dengan penyertaan yang sangat memberangsangkan.

Pada seminar memperkasa PAS, 7 November lalu, Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa UIA, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari dan Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya (UM) Dr Abu Hassan Hasbullah telah dijemput sebagai panel memberi pandangan terhadap PAS.

Mereka antara lain mendedahkan bahawa sedang berlaku kemerosotan sokongan terhadap PAS khususnya dari kalangan orang muda dan memerlukan perubahan segera sebelum berlaku Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sehubungan itu, DPP Pusat sekali lagi mahu menjemput kedua-dua tokoh tersebut bagi mendapat gambaran lebih jelas berhubung dakwaan mereka.

Pertemuan susulan dengan Abdul Aziz bagaimanapun telah selesai diadakan pada minggu lalu.

Manakala pertemuan dengan Abu Hassan Hassan pula dijadual Disember ini.

majlis pelancaran orang muda geng kita peringkat teluk intan


alhamdulillah syukur selesai sudah pelancaran orang muda geng kita peringkat teluk intan. pemuda mengharapkan suasana politik di teluk intan akan berubah sedikit sebanyak di teluk intan khususnya orang muda agar lebih bersemangat dan istiqamah dalam perjuangan. walaupun halangan dan dugaan harap dapat hadapi dengan sabar dan berkhemah. agar islam ini akan dapat dinaikkan. segala masalah yang tidak dapat diselesaikan sendiri harap dapat melalui pimpinan dan dekati lah kami. kami sentiasa bersama. apa yang dapat kami bantu sebagai pimpinan dan sahabat kami akan cuba bantu sedaya mungkin.


ceramah pada malam tadi dimulakan dengan ceramah sedara azhar rafai(pengarah pilihanraya teluk intan) dengan ucpan alu-aluan mewakili kaw teluk intan dan diberi sedikit ruang pada pengerusi kelab penyokong pas perak(tiada dalam gambar) sedara suria yang menyatakan bahawa kalau india boleh menyokong pemerintahan islam kenapa tidak orang melayu dan islam? tuan-tuan pikir lah.


ust. mustafa saari yang merupakan tpj3 pas perak menyampaikan ucapan dan beliau banyak menyentuh suasana diperak dan dikaitkan dengan ayat al-quran. lebih kepada kesimpulan apa yang dicanang oleh umno/bn dalam media masa tidak sama apa yang dibuatnya ini terbukti apabila setelah 52tahun mereka memerintah mereka banyak menangguhkan fail-fail rakyat dikampung-kampung dan fail-fail ini akan dikeluarkan apabila menjelang pilihan raya, mereka pun berjanji akan menunaikannya apabila menang dalam pru itu nanti akan tetapi apabila menang mereka(umno/bn) membuat seribu macam alasan untuk menagguh pekara tersebut dan akan dibuat pada pru-pru akan datang dan seterusnya. ini berbeza apabila kita(pr) memerintah 11 bulan dalam pada itu mereka yang menuggu begitu lama pekara ini terkejut akan penyelesaian perkara tersebut dengan mudah malah diberitahu nya lagi mereka bukan tidak boleh buat dan selesaikan masalah ini akan tetapi mereka simpan untuk bertemu pru nanti dan antara yang banyak timbul di kaw2 kg adalah berkaitan tanah. sesuai dengan hujahnya kerana ceramah pada malam tadi adalah kubu kuat umno/bn dikaw teluk intan.



gambar diatas ketua pemuda pas teluk intan(ust. abd fatah awang) sedang menampalkan stiker salah sebuah motor pada malam tadi. pada masa yang sama ust azman sedang menyampaikan ucapan/amanat beliau.



ust azman membakar semangat pemuda yang hadir dengan memberi amanat agar pemuda mesti bersama dengan pas dan kita membuktikan dengan hujah-hujah yang bahawa pemuda masa kini yang lebih berpengetahuan tidak akan terpengaruh dengan umno/bn. mereka yang juga menyayangi masa depan negara, bangsa dan agama tidak akan sesekali bersama umno/bn. ini yang perlu jelas apa yang pemuda pas lancar ini agar mereka tidak akan boleh membuat apa pada pemuda kita kerana kita telah ikat mereka dengan melancarkan orang muda geng kita.

Monday, November 16, 2009

hebahkan!!!


Sunday, November 15, 2009

penghargaan kepada pemuda


pemuda pas kawasan teluk intan telah menyediakan stiker motor bagi sesiapa yang menaiki motor pada malam 16 november ini disamping itu kita menjemput timb ketua pemuda pas pusat untuk memberikan amanat kepada orang muda dan semangat baru dalam menghadapi politik pada masa sekarang dan terus kehadapan. perasmian ini amat penting bagi pemuda-pemuda khususnya yang berada disekitar teluk intan.
pemuda berharap akan mendapat sambutan yang luar biasa dan semakin ramai pemuda-pemuda baru yang mengikuti aktiviti dan program pemuda.

Friday, November 13, 2009

lawatan pas negeri perak ke teluk intan

teluk intan, semalam lawatan rombangan perhubungan pas neg perak ke teluk intan.

yb c.jong(yb anuar sudin) turut sama menjamu selera.


pimpinan pas kaw teluk intan menjamu selera.


orang ramai menjamu selera.


kehadiran pj perak(ust. abu bakar hussein) dengan rombangan.


pengerusi majlis, saudara rostam malik(tydp pas kaw teluk intan)


masa untuk pimpinan perhubungan neg perak memberi respon terhadap pas kaw teluk intan. antara yang hadir mewakili perhubungan pj perak, s.u dan bendahari. yang berucap hanya 2orang mereka iaitu pj dan s.u perhubungan.



Malam tadi PJ, Setiausaha dan Bendahari PAS Perak berada di Teluk Intan bersama dengan pimpinan PAS kawasan dan cawangan-cawangan Teluk Intan. Dalam ucapan Pesuruhjaya & Setiausaha PAS Perak, PAS Teluk Intan dianggap antara contoh kawasan yang terbaik di Perak berdasarkan komitmennya yang tinggi kepada Badan Perhubungan PAS Perak dan juga dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

Ahli Kelab Penyokong PAS dari kalangan masyarakat Cina dan India sahaja berjumlah 1500 orang. Kelab Penyokong PAS juga antara yang paling aktif di Teluk Intan. Kehadiran Pengerusi dan salah seorang AJK Kelab Penyokong PAS malam tadi menunjukkan komitmen mereka juga tinggi.

Thursday, November 12, 2009



STIKER AKAN DIBERI PERCUMA KEPADA SESIAPA YANG MENAIKI MOTOR PADA MALAM TERSEBUT.

MINTA MAAF DAN TARIK BALIK KENYATAAN `wang ehsan`



KUALA LUMPUR, 12 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menuntut agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik keputusan pusat membayar wang ihsan kepada karajaan negeri itu.

Sebaliknya Najib tegas mereka harus membuat pengumuman baru bahawa Kerajaan Persekutuan akan membayar wang royalti seperti yang telah termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Pemuda Kelantan turut menuntut agar Najib membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Kelantan di atas tindakan kerajaan merampas royalti rakyat negeri itu.

Tiga tuntutan tersebut dibuat dalam satu penyerahan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di bangunan parlimen tengahari tadi.

Ketua Pemuda Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman dalam satu sidang media di lobi parlimen selepas penyerahan tersebut berkata, penyerahan memorandum berkenaan bagi menunjukkan kesungguhan mereka mewakili rakyat Kelantan menuntut agar kerajaan memberikan royalti, bukannya wang ihsan seperti yang diumumkan.

"Kami dari Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini dapat menyerahkan memorandum kepada Datuk Seri Nazri Aziz, dan memorandum ini kami tujukan kepada Perdana Menteri sebagai usaha kami untuk menuntut supaya Kerajaan Pusat melalui Petronas mengkaji balik keputusan untuk memberi wang ihsan kepada rakyat Kelantan serta syarat tiga batu nautika plantar minyak dari pesisir pantai untuk melayakkan negeri pengeluar mendapat royalti,". katanya.

Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dalam satu sidang media yang sama berkata, ahli Parlimen Pakatan Rakyat khususnya dari Kelantan akan menanti penjelasan yang terperinci daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Nor Ya'kob.

Nor Ya'kob sewaktu sesi perbahasan di peringkat dasar enggan menjawab walaupun sepatah berkenaan isu ini.

"Kami ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat khususnya dari Kelantan akan meneruskan perjuangan ini di parlimen dan kami berjanji dalam sesi perbahasan bajet di peringkat jawatankuasa kita akan terus membahaskan isu royalti ini.Bagi kami kerajaan pusat seharusnya akur kepada perlembagaan negara dan mengikuti dengan serius apa-apa perkara yang terkandung dalam akta 144,"

Menurutnya juga, ahli parlimen dari Kelantan dan kerajaan negeri sendiri bersedia membuka pintu rundingan berkenaan pemberian royalti ini dengan Kerajaan Pusat
"Atas nama pemberian royalti kami sedia pada bila-bila masa membuka pintu rundingan dengan kerajaan pusat," Ujarnya.

Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) kesal dengan jawapan Nazri yang meminta mereka merujuk perkara itu ke mahkamah yang disifatkan sebagai angkuh.

Ujarnya, jawapan Nazri itu menunjukkan Kerajaan Pusat tidak menghormati perjanjian di antara Petronas dan negeri pengeluar petroleum bahawa tiap-tiap negeri akan menerima lima peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai atau diperoleh dalam kawasan atau di luar perairan negeri tersebut.

Nazri sewaktu menerima penyerahan memorandum itu meminta kerajaan Kelantan menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan samaada Kelantan berhak mendapat royalti atau pun tidak.

"Saya nak meluahkan rasa kecewa saya terhadap respon yang diberikan Datuk Nazri tadi kepada kami.Bagi saya respon yang diberikan kerajaan seperti yang disebut oleh beliau (adalah) satu benda yang tidak sihat kepada konsep federalisme dalam negara kita.Ini akan memberi kesan buruk kepada pertumbuhan ekonomi dalam negara kita.

Kerajaan akan dilihat begitu angkuh apabila sudah jelas mengenai pemberian royalti itu dari sudut akta dan perjanjian kerajaan negeri dengan Petronas," katanya.

Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah Dr. Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Khalid Samad (PAS-Shah Alam), Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) dan Ketua Penerangan PAS Kelantan Ustaz Baihaqi Atiqullah yang juga Adun Pasir Tumboh.