Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH

Wednesday, October 05, 2011

pemuda pas malaysia ucap tahniah bajet pakatan rakyat terbaik

KENYATAAN AKHBAR JABATAN PILIHANRAYA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

BAJET PAKATAN RAKYAT TERBAIK


Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengalu-alukan pengumuman Bajet Alternatif Pakatan Rakyat yang bertema “Kesejahteraan Untuk Semua” seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Pembangkang Malaysia, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam di Bilik Taklimat Bangunan Parlimen. Bajet Alternatif Pakatan Rakyat memperuntukkan RM 220 bilion bagi belanjawan tahun 2012 dengan usaha untuk mengurang defisit pada kadar 4.4 peratus berbanding 6 peratus daripada KDNK.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan Bajet Alternatif ini benar-benar menepati aspirasi dan perjuangan Pakatan Rakyat di dalam memberikan pembelaan dan mendahulukan kesejahteraan rakyat. Bajet Alternatif ini juga merangkumkan secara menyeluruh kumpulan-kumpulan sasar yang benar-benar memerlukan bantuan dan galakan untuk mereka meneruskan penghidupan yang lebih baik dan berimbang dan membanteras sebarang amalan salah laku dan pembolotan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia cukup yakin dengan keupayaan pakar-pakar ekonomi Pakatan Rakyat di dalam menyediakan Bajet Alternatif ini kerana sudah pasti mereka telah mempertimbang dan membuat rujukan yang teliti terhadap ekonomi, sumber-sumber kewangan dan simpanan kewangan negara sebelum membentangkan Bajet Alternatif ini. Oleh itu rakyat perlu memberikan kepercayaan penuh kepada Pakatan Rakyat untuk merealisasikan kemampuan melaksanakan Bajet Alternatif ini dengan mengangkat Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Pusat menggantikan Barisan Nasional.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya seluruh rakyat Malaysia akan dapat menerima pembentangan Bajet Alternatif ini kerana ianya adalah sesuatau yang boleh dilaksanakan berdasarkan ketelusan dan kebertanggungjawaban serta intergriti pimpinan Pakatan Rakyat di dalam menjalankan amanah yang telah diberikan oleh rakyat di Negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Bajet Alternatif Pakatan Rakyat adalah benar-benar mesra rakyat dengan imbuhan yang akan memberikan penhidupan yang lebih baik kepada rakyat. Pakatan Rakyat juga bertegas untuk menghentikan segala amalan-amalan salah urus kewangan, ketirisan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang telah membabitkan kehilangan kewangan yang cukup banyak semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

Jabatan pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan semoga rakyat Malaysia akan bangkit menolak Barisan Nasional yang telah lama menindas rakyat dengan cukai-cukai yang zalim dan memberikan peluang kepada kroni mereka mengaut keuntungan hasil mahsul negara ini dengan memberikan satu peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional memerintah negara ini dan mengembalikan hak dan kemuliaan rakyat pada tempat yang sepatutnya. Ayuh, BANGKIT TOLAK B.N.

MOHD SANY BIN HAMZAN

PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA