Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Wednesday, March 31, 2010

ganesan tidak ikut perintah tetap dewan


Ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat bertindak meninggalkan dewan setelah speaker R Ganesan berulang-kali menolak permohonan mereka bagi menimbulkan peraturan dewan.

Pada sidang media kemudiannya, menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (PAS - Pasir Panjang) berkata tindakan Ganesan tidak menghormati peraturan dewan.

“Kita bertalu-talu minta supaya Perintah Tetap dihormati. Tetapi kita lihat ia dilacur dan diliwat oleh Ganesan dan Umno-Barisan Nasional,” kata Nizar.

"Perintah Tetap bukan sahaja diabaikan tetapi tidak digunakan sebagai panduan untuk perjalanan dewan,” tambah beliau.

Menurut
Nizar, wakil rakyat Pakatan dinafikan hak mereka sebahgai ahli dewan undangan negeri.

Pada sidang pagi ini, Nga Kor Ming (DAP - Setiawan) cuba membangkitkan Peraturan 3, 4 dan 6 bagi mencabar kesahihan Ganesan sebagai speaker.

Kata Nga, Peraturan Tetap mensyaratkan bahawa pelantikan speaker baru hanya boleh dibuat jika berlaku keksongan dan ia mesti dijalankan menerusi pengundian.

Bagaimanapun
sebelum Nga boleh menghabiskan bacaannya mengenai Peraturan Tetap, Ganesan mencelah dan mendakwa pelantikannya pada 7 Mei tahun lalu adalah sah. Dia kemudiannya mengarahkan Nga supaya duduk.

Ganesan kemudian bertindak menutup mikrofon Nga dan meneruskan sidang dengan sessi soal-jawap.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata tindakanpembangkang yang menimbulkan kekecohan serta bertindak keluar beramai-ramai itu seperti sudah dirancang dari awal.

“Ini boleh dilihat daripada tindakan sebahagian besar mereka yang berpakaian serba hitam dan membawa poster dalam dewan. Pembangkang cuba jadikan DUN sebagai kandang dan tempat demonstrasi," katanya pada sidang media berasingan.

Pada sidang pagi tadi, adun Rungkup, Datuk Shaarani Mohamad mencadangkan kepada dewan agar memohon kepada Sultan Perak bagi menarik semula gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepada Nizar dan 'Datuk' kepada Datuk Ngeh Koo Ham (Sitiawan).

rakyat perlu berani menolak pemimpin yang korup


Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat perlu berani bertindak menamatkan amalan korupsi yang dilakukan pemimpin Umno/BN sehingga menyebabkan negara berada dalam kehancuran.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menyeru ahli PAS berusaha memberikan kefahaman kepada rakyat terhadap isu yang berlaku dan mendidik rakyat agar berani membuat perubahan pada pilihan raya umum yang akan datang bagi menamatkan amalan korupsi itu dan menyelamatkan negara daripada terus berada dalam kehancuran.

Ingatan itu terkandung dalam perutusannya yang ditujukan kepada seluruh ahli PAS bagi menghadapi mesyuarat agung di peringkat kawasan seluruh negeri khasnya dan negara amnya.

Katanya, adalah perkara yang amat malang bagi rakyat di negara ini jika pemimpin Umno yang terkenal dengan amalan korup terus dibiarkan menguasai pemerintahan negara.

Justeru, katanya perubahan rakyat adalah suatu tuntutan.

“Mesyuarat agung tahunan pada tahun ini perlu dijadikan medan untuk menilai pencapaian gerak kerja parti untuk memperkukuhkan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

“Justeru, kepimpinan dan semua petugas parti wajar memastikan agenda menambah ahli dan pengundi baru, penubuhan cawangan di seberapa banyak lokaliti, persediaan kewangan yang mapan, penebaran mesej parti kepada segenap segmen masyarakat dan pengukuhan tarbiah terus menerus menjadi keutamaan,” katanya.

Tambahnya, adalah terlalu penting bagi ahli PAS menumpukan usaha bagaimana untuk menguasai suasana politik melalui berbagai agenda yang dirancang bertujuan menarik penyertaan rakyat untuk menyertai PAS dan menyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum akan datang.

“PRU 13 dipercayai medan terbaik bagi PAS bersama PR untuk mengajak rakyat melakukan perubahan demi menyelamatkan negara ini daripada kehancuran akibat pemerintahan korup BN. Kefahaman dan keberanian rakyat untuk berubah mesti digembleng mulai sekarang sehingga ke saat hari mengundi akan datang,” katanya

Sementara itu, pada persidangan Dewan Rakyat yang sedang berjalan sekarang terus dikejutkan dengan berberapa isu besar yang melanda negara termasuklah kehilangan RM52 bilion ekuiti saham Bumiputera sebagaimana dibangkitkan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dan kerugian RM546 juta dalam pelaburan Pos Malaysia yang ditimbulkan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

Monday, March 29, 2010

tahniah pada kerajaan negeri kelantan -pj-



IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak menyatakan bahawa Kejayaan Kelantan menganjurkan Karnival Jom Heboh di Kelantan membuktikan keterbukaan kerajaan Islam yang dipimpin PAS untuk menerima hiburan yang menepati syara’ yang digariskan oleh Islam.

Menurut beliau kejayaan Kelantan ini mengubah persepsi masyarakat umum yang menganggap Islam sebagai agama yang jumud dan mengongkong.

Karnival ini membuktikan Islam merupakan cara hidup yang syumul, dan sesuai sepanjang zaman. Berbeza dengan karnival Jom Heboh di negeri-negeri lain yang mengutamakan hiburan, karnival Jom Heboh di Kelantan menampilkan kelainan dengan menitik beratkan aspek halal haram dalam karnival tersebut, jelas beliau.

Beliau menyatakan lagi bahawa pendekatan Karnival Jom Heboh di Kelantan hanya menetapkan artis lelaki sebagai penghibur dan mengasingkan kedudukan lelaki dan perempuan bagi mengelak pergaulan bebas antara bukan mahram. Enakmen Kawalan Hiburan 1998 yang diamalkan di Kelantan terbukti bukan suatu undang-undang yang menolak hiburan secara membuta tuli.

Menurut beliau lagi apa yang menambahkan keunikan karnival ini, apabila produk-produk Islam menjadi penyeri utama karnival tersebut yang merupakan kali pertama diadakan di Kelantan.

Kejayaan ini membuktikan kerajaan Islam yang cuba ditubuhkan oleh Islam merupakan kerajaan yang sesuai dengan semua lapisan masyarakat dan bersifat mendidik. Tahniah diucapkan kepada kerajaan Kelantan pimpinan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz di atas satu lagi kejayaan negeri.

Semoga kejayaan Kelantan memulakan langkah pertama ini dapat dicontohi oleh kerajaan-kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat yang lain, tegas beliau.

Saturday, March 27, 2010

PERKAHWINAN EXCO PEMUDA PAS KAWASAN

27.03.2010(sabtu) mohd esham zaiton exco pemuda pas kawasan teluk intan selamat diijab kabul kan.
beliau yang merupakan salah seoarang exco pemuda kawasan dan merupakan ketua pemuda pas cawangan batak rabit.
pemuda pas teluk intan mengucapkan tahniah bergelar suami
jadilah seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga dalam masa yang sama tudak melupai jemaah islam.

turut hadir dalam majlis tersebut pimpinan pas kawasan teluk intan.

















yb anuar sudin hadir bersama isteri.




ketibaan ketua pemuda pas kawasan teluk intan disambut seorang anggota unit amal bertugas.




sidang batak rabit turut bekerja bersama untuk membantu melancarkan kenduri.




yb sempat mensantuni ahli pemuda.




kompang mengiringi pengantin memeriahkan majlis, terdiri daripada ahli-ahli pas yang meraikan pengantin.




kehadiran ketua penerangan teluk intan



yb anuar sudin sempat bersama pengantin.




turut kelihatan hadir ydp pas kawasan teluk intan, s/u pas kawasan dan ketua pemuda bagan datoh.






pengantin sedang menjamu jamuan istemewa di hari sehari.
selamat pengantin baru daripada semua ajk pemuda pas kawasan teluk intan.
setelah bergelar suami dan isteri contohi peribadi rasul dengan siti khadijah mahupun siti aisyah.
mudah-mudahan allah memberkati perkahwinan ini.
TERUSKAN BERJUANG WAHAI PEJUANG ALLAH...

demo bantah penghinaan NABI

26.03.2010(jumaat) himpunan membantah penerbitan salah sebuah surat khabar sweden yang menerbitkan kembali karikarton nabi.
bermula berkumpul di masjid tabung haji dan terus berarak ke kedutaan sweden.
menghantar memorendum menyatakan hasrat rakyat muslim malaysia dan memberi peringatan kepada kuasa barat sensitifnya umat islam terhadap nabi.





suasana orang yang kasihkan nabi mula memenuhi ruang masjid tabung haji.








suasana perjalanan dari masjid tabung haji ke kedutaan sweden.










tulisan-tulisan dan bendera yang dibawa bersama.



wakil pemuda selangor cukup bersemangat dan meminta agar kepimpinan negara menghalau mereka keluar, najib perlu mengambil tindakan tegas agar tidak bersekongkol bersama sweden.





wakil pemuda wilayah berucap dalam kecaman dan menaikkan semangat semua yang hadir.




wakil gamis berucap dan mengecam sweden dan sekutunya agar menghentikan penghinaan terhadap nabi.


ust nur azli musa sedang mengutuk sweden dan meminta agar mereka keluar dari malaysia.




sdr sabki yusuf(naib ketua pemuda pas pusat) sedang menerangkan apa kah kandungan dan apa reaksi wakil sweden di kedutaannya.
beliau yang menyerahkan memorendum di kedutaan bersama ketua pemuda pas pusat dan seorang lagi wakil gpms.






wakil gpms turut berucap dan sensitif terhadap penghinaan terhadap islam dan nabi.





ucapan ketua pemuda pas bagi menyatakan hasrat umat islam terhadap sensitifnya kita apabila kekasih kita dihina.
wakil bukan sahaja untuk pas tetapi seluruh umat islam agar mereka barat tidak mengulangi perkara berikut.




majlis diakhiri doa yang diketuai dari wakil pelajar yaman




ketua pemuda pas pusat membakar bendera sweden menandakan kemarahan umat islam terhadap sweden yang menghina nabi.

Friday, March 26, 2010

takziah mp meninggal -anwar ibrahim-


Saya menerima khabar sedih kembalinya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad; Ahli Parlimen Hulu Selangor ke sisi Allah SWT hari ini. Pemergian beliau, seorang sahabat dan rakan seperjuangan, pastinya amat dirasai. Persahabatan kami bermula tatkala di Universiti Malaya lagi.

Kami bersama-sama bergiat dalam PBMUM memperjuangkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Allahyarham merupakan sosok sederhana dan murah dengan senyuman. Namun ketegasan menentang kezaliman membuatkan beliau memilih wadah Keadilan. Ketika Allahyarham diberitakan sakit, saya dan Azizah berkesempatan mengunjungi beliau dan berharap agar cepat sembuh untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Saya dan Azizah merakamkan ucapan takziah buat keluarga beliau dan tetaplah bersabar menerima ujian Allah SWT. Marilah kita memanjatkan doa moga ruh beliau ditempatkan di kalangan mereka yang soleh. Al Fatihah.

ANWAR IBRAHIM
(ketua pembangkang)

Thursday, March 25, 2010

HIMPUNAN SEJUTA UMMAH




1. Dewan Pemuda PAS Pusat membantah sekeras – kerasnya tindakan akhbar di Sweden yang telah menghina Nabi Muhammad SAW.

2. Sebelum ini beberapa karikatur Rasulullah telah dikeluarkan oleh Akhbar di Denmark dan kini pula di akhbar Sweden. Penghinaan seperti ini tidak boleh dipandang ringan oleh ummat Islam bahkan juga non muslim, justeru ia satu pencabulan terhadap kesucian agama.

3. Pemuda PAS juga memandang serius isu yang sedang berlaku di Baitulmuqaddis pada ketika ini. Berikutan pembinaan Kuil Al-Kharab di sebelah Barat Masjid Al-Aqsa yang mencemarkan kehormatan kota suci Ummat Islam. Pihak penjajah Zionis juga mengumumkan pembukaan kuil tersebut sebagai langkah permulaan untuk membina Kuil Haikal Sulaiman di atas tapak Masjid al-Aqsa yang akan diruntuhkan kelak. Ummat Islam di seluruh dunia diseru agar mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam dan bumi Israk Mikraj Rasulullah SAW.

4. Bagi membantah tindakan tersebut, Pemuda PAS akan mengadakan satu himpunan aman bagi membantah tindakan tersebut pada butiran berikut:

Tarikh : 26 Mac 2010 (Jumaat)

Masa : 01.15 pm : - solat Jumaat di Masjid Tabung Haji.

02.00 : - berkumpul dan berarak ke Kedutaan Sweden.

5. Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan agar semua rakyat Malaysia yang prihatin, sama ada muslim dan non-muslim serta seluruh NGO – NGO yang cintakan keamanan dapat bersama hadir membantah tindakan Akhbar Sweden dan Rejim Zionis yang mencabul kesucian agama Islam.

Semua para wartawan dijemput hadir untuk membuat liputan.


Wednesday, March 24, 2010

PEMUDA umno tidak jujur terhadap rakyat


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) terkejut dengan keberanian yang di tunjukkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak yang diketuai oleh Maslin Sham Haji Razman walaupun hampir 18 Pemuda Umno Bahagian tidak menyokong kepimpinannya hari semalam telah berani tampil membuat laporan Polis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bahkan dengan gaya lantang mencadangkan Datuk Seri Anwar ditahan di bawah ISA.

DPPN Pk cukup hairan dengan hujah yang di kemukakan oleh Maslin berkaitan Datuk Seri Anwar di dalam isu 16 September. Sepatutnya laporan Polis tersebut di buat terhadap Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru yang mendedahkan perkara tersebut yang bersifat tuduhan dan bukannya terhadap Datuk Seri Anwar.

Belum lagi penyasiatan Polis di lakukan, terus Pemuda Umno Perak meminta supaya pingat Datuk Seri ditarik semula daripada Datuk Seri Anwar. DPPN Pk curiga dengan laporan Polis yang telah dibuat kerana bukan tujuan mencari kebenaran tetapi di dalam usaha memburukkan imej Datuk Seri Anwar semata-mata.

Jesteru, DPPN Pk meminta agar Pemuda Umno Perak jangan hanya berani di belakang payung perundangan yang mereka kuasai semata-mata dan tidak berani berhadapan dengan pentas kebenaran beralaskan keadilan hujah dan rasional sama seperti kes isu rampasan kuasa di Negeri Perak.


MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tuesday, March 23, 2010

kerajaan tidak bersungguh tangani masalah rakyat


Fenomena pembuangan bayi yang berleluasa berlaku kebelakangan ini menunjukkan gejala yang tidak bermoral itu semakin parah dan menggambarkan kegagalan kerajaan yang ada pada hari ini mendidik rakyat menjadi manusia yang berguna dan tahu tentang nilai hidup mereka.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS melihat bahawa kerajaan Umno/BN pada hari ini tidak serius dalam menangani masalah itu yang bukan mencari jalan untuk menutup punca supaya gejala itu tidak berlaku tetapi lebih kepada program yang bersifat menyapu sampah di bawah karpet.

Katanya, program yang dilaksanakan untuk mengatasi masalah akhlak lebih beroreintasikan perniagaan sesama kroni.

Justeru, tambahnya projek Rakan Muda dan PLKN semuanya beroreintasikan untuk mengkayakan kroni sahaja yang akhirnya matlamat tidak tercapai, sebaliknya wang negara lesap begitu sahaja walau terpaksa membelanjakan berbilion ringgit.

Gejala pembuangan bayi amat memalukan masyarakat Melayu kerana mereka mewakili penduduk yang beragama Islam yang secara tidak langsung akan merosakkan imej Islam pada pandangan orang bukan Islam di negara ini.

Sehubungan itu, PAS memandang berat gejala perbuatan durjana itu yang lebih teruk daripada zaman jahiliah sebelum Nabi Muhammad s.a.w. dibangkitkan menjadi rasul.

“Gejala ini amat memalukan negara, kebetulan majoriti yang terlibat ialah orang Melayu Islam,” katanya.

Sepatutnya, kata beliau dalam menangani masalah pembuangan bayi, ia mesti bertindak sebagai mana kaedah Islam iaitu saddu zara’ik menutup pintu kerosakan.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya mengawal pusat hiburan, memperkatatkan peraturan iklan yang mengghairahkan, mewajibkan pelajar Islam memakai tudung, mengawal pergaulan bebas, kempen menutup aurat, kempen jauhi zina dan sebagainya.

“Selain daripada mendidik dan mengawal, maka kaedah yang paling berkesan ialah mesti kembali kepada hukum yang Allah kenakan kerana hukum Allah mempunyai roh iaitu nakalaminallah yang Allah akan melontarkan kegerunan untuk pelaku maksiat menjauhkan perbuatan zina.

“Sudah banyak cadangan yang kerajaan cadangkan, kita tidak dengar satu pun cadangan untuk kembali kepada apa yang diajar oleh Islam,” ujarnya.

kepercayaan kepada ALLAH



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pemimpin Islam gagal menangani isu penggunaan kalimah Allah sehingga menyebabkan berlakunya serangan ke atas rumah-rumah ibadat.

Beliau yang juga wakil PAS berkata dari segi hukum, Islam tidak melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah berkenaan.

"Apa yang penting ialah penjelasan, dialog di antara pemimpin-pemimpin agama, bukan diserahkan kepada mereka yang bebal dan menggunakan hukum akal, tidak menggunakan nas.

"Malangnya perkara ini dibawa ke mahkamah, berlakunya pembakaran gereja, berlaku pembakaran masjid, berlaku perkara negatif.

"(Ini) menunjukkan kita tidak menangani perkara ini dengan baik," katanya ketika membahaskan usul menjunjung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, peluang itu juga seharusnya digunakan untuk berdakwah dan memberi penerangan mengenai Islam kepada golongan bukan Islam.

"Mereka guna perkataan Allah, dan sepatutnya peluang ini digunakan untuk masuk ke gelanggang mereka untuk menjelaskan.

"Saya minta supaya kerajaan meminda Rukun Negara yang pertama, kepada kepercayaan kepada Allah," tegas Hadi.

Katanya lagi, al-Quran tidak pernah menghalang penganut agama lain daripada menggunakan kalimah Allah semasa hayat Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya, pendirian seperti itu boleh dilihat dalam surat yang dikirim oleh Nabi Muhammad kepada Raja Mesir yang menganut Kristian.

"Tanpa memaksa mereka menerima agama kita, kita berhujah sekiranya berlaku kekeliruan," katanya lagi.

Jelasnya, dalam warkah berkenaan, Nabi Muhammad memberitahu Raja Mesir bahawa umat manusia tidak boleh menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sama ada di kalangan pemimpin mahupun di kalangan paderi.

Katanya, Nabi Muhammad juga tidak menghalang penganut Kristian itu menggunakan kalimah Allah.

"Di sinilah mengapa Islam membenarkan penganutnya makan sembelihan daripada penganut agama lain (ahli kitab).

"Sembelihan mereka halal kerana mereka menyembelih dengan menyebut nama Allah.

"Ini menunjukkan keizinan itu berlaku," kata Abdul Hadi lagi.
Ketika ditemui media selepas itu, Abdul Hadi berkata beliau turut mencadangkan supaya perkara 'kepercayaan kepada tuhan' dalam Rukunegara diubah dengan 'kepercayaan kepada Allah.'

Jelasnya perkara tersebut boleh dilakukan memandangkan masyarakat bukan Islam sudah boleh menerima Islam sebagai sebahagian daripada agama mereka.

"Kerajaan perlu terima positif dalam tangani isu ini, bukan negatif. Penganut agama Kristian dan agama lain sudah sedar Allah diberi nama unggul, perkataan lain yang mereka guna sebelum ini, God, Lord dan lain-lain tidak tepat," katanya.

"Ini menunjukkan mereka sudah terima Allah sebagaimana mereka terima Islam sebagai agama. (Jadi perlu) ubah Rukun Negara kepada lebih pro-aktif dalam masa sama tuju ke arah perpaduan rakyat," katanya lagi dan menambah kekeliruan yang berlaku adalah akibat kejahilan orang Islam sendiri dalam membuat penafsiran.

Monday, March 22, 2010

PRESIDEN PAS lawat keluarga kelab penyokong ditembak.


ketika lawatan dirumah mangsa. sedang bertanya khabar kepada balu dan anak2 mangsa.














AHAD, 21 MAC.
Tuan Guru Haji Hadi menegaskan bahawa PAS tidak akan mengambil kekuatan daripada parti yang berpenyakit ; parti yang sedang melalui kelemahan.

Beliau juga menganggap bekerjasama dengan Umno adalah laksana memikul biawak hidup.

“Pepatah Melayu mengatakan, kalau memikul biawak hidup, menyakitkan kita, kuku dia, dia gigit kita …lebih baik kita bersendirian , kita lapah biawak , ambil kulit dia tu, boleh tak?” Tanyanya dengan disambut sorak ketawa para penyokong di pejabat Dewan Penyokong PAS di sini tengahari tadi.

Demikian riaksi TGHA terhadap seorang wartawan akhbar bahasa Cina yang bertanyakan samada PAS akan bekerjasama dengan Umno.

TGHA ditemani PJ Ust Abu Bakar Hussin dan Timbalannya,
Ust Mustafa Shaari bersama balu dan anak-anak mendiang Siva

TGHA tiba dipekan kecil ini tengahari tadi untuk menyampaikan ucapan takziah dan sedikit sumbangan PAS Pusat kepada keluarga mendiang Siva , Ketua Pemuda Dewan Penyokong PAS Perak yang ditembak mati pada minggu lalu.

Menurut TGHA, PAS sudah berpengalaman bersama dengan Barisan Nasional.Pada tahun 1974-1978, PAS menyertai kerajaan Barisan Nasional dan telah mengalami pengalaman yang banyak dan telah menjadi pelajaran kepada PAS.

Beliau menjelaskan, bahawa selagi Umno tidak boleh membuat perubahan, tidak menerima matlamat untuk mengubah sistem kehakiman, mengubah SPR, mengubah amalan demokrasi yang betul-betul demokratik yang adil; kalau Umno tidak sanggup membuat perubahan ini, tidak ada guna PAS mengadakan kerjasama dengan mereka.

“Mereka mesti terbuka untuk mengembalikan Kehakiman,mengembalikan Demokrasi, mengembalikan Kebebasan Media dan mesti dibuktikan dahulu dengan menunjuk sikap yang positif terhadap kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dimana mereka rampas royalti Terengganu, yang menafikan royalti Kelantan, yang menafikan hak PulauPinang, hak Kedah …,” katanya.


Beliau juga berkata, “Kalau Umno nak bekerjasama , media-media mesti diberikan peluang kepada semua hak dan tunjukan dahulu cara-cara yang baik termasuklah Federalisma, yakni konsep mengikut perlembagaan.”

“Tidak ada penunujuk-penunjuk arah yang positif. Bagaimana nak bekerjasama? Apa yang berlaku, makin hari makin merosot,” katanya lagi.

Seorang wartawan akhbar Sin Chew telah memuji kenyataan TGHA tersebut dengan mengatakan bahawa kaum Cina dan India tentu akan bertambah yakin terhadap apa yang dinyatakan itu, Tuan Guru menjawab :

“Ya supaya kaum India dan Cina melihat kerajaan kita di negeri-negeri Pakatan Rakyat apa yang kita buat walaupun kita menghadapi pelbagai kepayahan, kita laksanakan seboleh mungkin yang kita buat.

Kepada pertanyaan wartawan yang sama , mungkinkah kaum Cina , India dan bukan-Muslim diterima terus menjadi ahli PAS selepas ini? Tuan Guru berkata:

“Ya, kita telah membuat satu anjakan paradigma dengan memasukan peruntukan di dalam perlembagaan PAS, menubuh Dewan Penyokong PAS dan menjadikannya sebagai satu cabang daripada PAS.

Thursday, March 18, 2010

PERHATIAN!!! KEPADA SEMUA YANG CINTAKAN RASULALLAH.


Dewan Pemuda PAS Pusat ingin memaklumkan kepada semua bahawa Himpunan Aman membantah akhbar di Sweden yang telah menghina Nabi Muhammad saw yang dijadualkan pada hari Jumaat 19 Mac 2010 bertempat di hadapan Kedutaan Sweden Kuala Lumpur TELAH DITUKARKAN ke hari Jumaat 26 Mac 2010 . [ Masa dan Tempat dikekalkan ]

Pertukaran tarikh ini adalah disebabkan masaalah teknikal dan beberapa faktor penting yang tidak dapat dielakkan . Pihak Dewan Pemuda PAS Pusat semua pihak mengambil maklum dan seterusnya hadhir seperti yang dijadualkan iaitu [ 26 Mac 2010 ] .

Ummat Islam digalakkan berhimpun di Masjid Tabung Haji [ solat Jumaat ] Kuala Lumpur dan selepas itu akan berarak ke Kedutaan Sweden bersama - sama bagi menunjukkan solidariti dan kemarahan ummat Islam terhadap penghinaan atau pencabulan maruah yang dilakukan oleh Akhbar Sweden terhadap Ummat Islam dan Rasul mereka saw.

Sebelum ini beberapa karikatur Nabi saw telah dikeluarkan oleh Akhbar di Denmark dan kini pula di akhbar Sweden . Penghinaan seperti ini tidak boleh dipandang ringan oleh ummat Islam bahkan juga non muslim justeru ia satu pencabulan terhadap kesucian agama .

Ayuh buat seluruh Ummah yang prihatin khasnya ummat Islam , buat persiapan dan pastikan 26 Mac 2010 semua dapat hadhir .

kenapa perlu tangguh lagi, automatikkan daftar pengundi segera.


Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) memberitahu sejumlah 4.39 juta pengundi belum berdaftar, sebaliknya menteri pula kata kerajaan tidak akan memaksa rakyat untuk mengundi.

“Ini bermakna hanya SPR sahaja yang bersungguh-sungguh untuk mendaftar pemilih belum berdaftar, sedangkan kerajaan tidak berminat berbuat demikian.

“Mungkinkah ada sesuatu yang kerajaan cuba sembunyikan apabila tuntutan rakyat dan parti-parti pembangkang supaya mengguna daftar secara automatik tidak dihiraukan,” kata Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dilaporkan memberitahu persidangan parlimen, kerajaan tidak bercadang mengadakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik bagi rakyat yang mencapai umur 21 tahun.

Sebaliknya, kata beliau kerajaan akan meneruskan dasar-dasar yang sedia ada dan tidak akan memaksa rakyat melakukan perkara di luar kerelaan mereka.

"Dalam pilihan raya, tak boleh paksa orang. Kita mengamalkan kebebasan berpersatuan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah).

Sedangkan sebelum ini Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan memberitahu SPR bercadang mendaftarkan pemilih secara automatik bagi menjimatkan masa, kos dan mengurangkan birokrasi.

SPR juga dalam kenyataan menyebut sejumlah 4.39 juta pengundi atau 28 peratus dari jumlah pemilih yang layak tetapi belum mendaftar.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, sebanyak 72 peratus atau 7,878,875 pemilih keluar mengundi daripada 10,922,139 jumlah pemilih yang berdaftar di seluruh negara.

Mohd Khir yang juga Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali memberi analogi mudah, mana lebih baik menangkap ayam dan dikurung dalam reban sebelum disembelih atau menangkap ayam di luar kandang sebelum dikorbankan.

“Kerajaan sudah ada jalan yang begitu mudah dan menjimatkan masa bagi mendaftar pengundi, namun kerajaan masih enggan melakukan.

“Ini menimbulkan satu persoalan. Kalau tidak ada agenda sulit yang tidak diketahui umum, sudah tentu pendaftaran pengundi secara automatik yang lebih telus dan menjimatkan wang kerajaan diterima pakai,” katanya.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yussof berkata, setiap kali pengerusi baru SPR dilantik tentunya ada cadangan pembaharuan yang cuba dibawa bagi mengelakkan badan itu daripada terus dikritik pembangkang.

Katanya, begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap Tan Sri Aziz, beliau cuba untuk melakukan reformasi, namun kerajaan enggan menerimanya.

“Ini bermakna kita terpaksa menunggu pengerusi baru SPR lain pula untuk melihat ada ketelusan dalam sistem pengendalian pilihan raya di negara ini.

“Mungkin juga kenyataan pengerusi SPR baru sekarang hanya sekadar untuk meredakan kemarahan dan mengelakkan menjadi sasaran kritikan pembangkang,” katanya.

Anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir berkata, kerajaan Barisan Nasional ternyata takut dengan kehadiran pengundi muda sehingga cadangan daftar automatik tidak dihiraukan kerajaan.

“BN takut tidak lagi dapat memanipulasi daftar pemilih kalau dilakukan pendaftaran secara automatik. Itulah sebabnya kerajaan tolak untuk leksanakan daftar itu,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat negeri.

Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustapha berkata, kerajaan nampak berminat membelanjakan lebih banyak wang untuk mengadakan kempen daftar pemilih, sedangkan kaedah yang menjimatkan diketepikan.

“Penantian begitu lama rakyat untuk melihat pengendalian pilihan raya berlaku secara benar-benar telus belum mampu menjadi kenyataan,” Adun Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Wednesday, March 17, 2010

malaysia bersama-sama produk yahudi


pm malaysia yang penuh dengan pelbagai tuduhan jenayah terhadap beliau yang masih belum selesai.
semalam telah merasmikan kilang pembotolan syarikat utama ekonomi yahudi yang sekaligus membantu pembunuhan berterusan terhadap rakyat palestin.
apa dah jadi perkataan boikot!!!
bantuan apa yang bersama islam yang najib buat adakah najib buat perkara ini kerana terdesak???
kalau betullah kerana perkara tersebut maknanya betullah tiada pelabur yang ingin masuk melabur ke malaysia???
yahudi pun yahudi lah...

kerajaan zionis
israil dikutuk seluruh dunia atas tindakan kejam mereka membedal negara palestin di gaza. malah gencatan senjata yang dibuat pun dilanggar.