Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Saturday, November 28, 2009

pas kaw teluk intan korban 10 ekor lembu

28.11.09(sabtu)/ hari raya ke-2 aiduladha pas kaw teluk intan menjalankan ibadah korban seperti tahun-tahun yang lain berbezanya dari segi jumlah yang cukup mendapat sambutan berbanding dari sebelumnya. sebanyak 10 ekor lembu jumlah yang cukup besar yang telah diamanah kepada kaw dan semuanya dilaksanakan dan diagihkan melalui lujnah kebajikan pas kaw untuk diagihkan kepada umum. ibadah korban adalah suatu ibadah yang dituntut tidak kira sebagai orang yang mahu berkorban ataupun bagi yang menjalankan amananh untuk mengagihkannya. semua mempunyai bidang tugas masing-masing.



veteran juga tidak ketinggalan menunjukkan bakat dan ketika ini lah mereka tidak takut malah memberikan lotmitmen kepada parti, ngok 2 sorang pun boleh yop. teruskan berjuang...




mari kita melapah...





proses tulang-tulang untuk dimasak. orang-orang kuat sedang berusaha untuk memecahkan tulang-tulang tersebut, hentakan yang kuat diperlukan untuk meleraikan tulang tersebut.


golongan muda memerhatikan cara-cara penembelihan dan melapah yang sedang dijalankan...



kempen RM1 selamatkan pasukan bola sepak perak juga turut diberitahu kepada yang hadir dan dirasmikan dengan gimiknya ydp pas kaw teluk intan(ust ismail cik nik) memasukkan derma beliau bagi kaw teluk intan dan bagi hasrat bersama-sama kita membantu meringankan beban yang ditanggung pafa dan ds nizar jamaluddin selaku pengurus pafa. selepas ini tabung ini akan pemuda kaw gerakkan dalam setiap prog yang diadakan disekitar kaw teluk intan...




bahagian agihan sedang bertungkus lumus mengagihkan bahagian kepada panggu dan petugas




masa untuk menjamu selera. sup gear box disedikan untuk menghilangkan penat petugas sambil dibungkus untuk dibahagikan. kelihatan sedara samsuddin mahmood(timb ketua pemuda pas kaw teluk intan/ ketua lujnah kebajikan kaw teluk intan) sedang menikmati sup tersebut. sup tersebut habis sehingga tinggal tulang, pandai sape yang masak nye yop...



agihan kepada petugas dan hadirin yang hadir disampaikan ydp pas kaw teluk intan(ust ismail cik nik) mewakili pas kaw teluk inTAN dan selebih baki nya pas kaw teluk intan akan mengagihkan mengikut caw-caw dan diberikan kepada yang memerlukan.

pas kaw teluk intan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakannya.

hentikan tekanan pada mursyidul am dalam media


KUALA LUMPUR, 28 Nov: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak sepatutnya ditekan untuk menamakan penggantinya dan semua kenyataan pemimpin PAS mengenai perkara itu mesti dihentikan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Jangan paksa Tuan Guru mencadangkan penggantinya. Beliau tentu mempunyai perkiraan, perhitungan dan kebijaksanaan sendiri untuk memilih masa yang sesuai untuk mencadangkan siapa penggantinya," kata beliau.

Mahfuz menyifatkan tindakan berbalas-balas kenyataan mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media memberi tekanan kepada Tuan Guru menamakan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Walaupun tindakan menyuarakan pandangan mengenai perkara itu adalah hak demokratik masing-masing, kata beliau, tetapi berbalas-balas kenyataan sesama sendiri mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media boleh mengakibatkan implikasi yang lain.

"Lebih dari itu, semua pihak jangan membelakangi tertib organisasi di dalam PAS.

"Dari segi peraturan berorganisasi di dalam PAS, Tuan Guru atas sifatnya sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan boleh mencadangkan nama penggantinya kepada dan di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk dipertimbangkan.

"Begitu juga, ahli-ahli mesyuarat yang lain di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat juga boleh mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan.

"Tetapi, dari segi kaedah berjemaah di dalam PAS, keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang dipilih oleh muktamar," katanya.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, pandangan dan hasrat Tuan Guru sebagai pemegang jawatan itu kini dan lebih dari itu sebagai Mursyidul Am biasanya diberi keutamaan untuk dipertimbangkan oleh mesyuarat tersebut.

Mahfuz juga menjelaskan, setiap kali PAS mendapat kerusi majoriti di mana-mana negeri selepas pilihan raya, nama orang yang mendapat kepercayaan parti untuk menjadi Menteri Besar di kemukakan oleh Presiden PAS kepada Sultan negeri yang berkenaan.

"Presiden PAS pula mengemukakan nama tersebut kepada Sultan yang berkenaan setelah dipersetujui oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat,"kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz meminta semua pihak agar memberikan kepercayaan kepada Tuan Guru untuk memilih masa yang sesuai bagi mencadangkan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan dan juga kepada mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat untuk mempertimbangkan cadangan beliau dan membuat keputusan mengenainya.

"Saya yakin semuanya akan berjalan dengan lancar mengikut tertib berjemaah dan berorganisasi di dalam PAS," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Wednesday, November 25, 2009

BOIKOT MEDIA YANG MEMBURUKKAN PEMIMPIN PAS


KOTA BHARU, 25 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyeru rakyat Kelantan khasnya dan Malaysia amnya supaya bertindak proaktif secara besar-besaran memboikot media massa arus perdana termasuk Mingguan Malaysia kerana laporannya kian hebat menyerang kepimpinan PAS khususnya di negeri ini.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Baihaki Atiqullah dalam satu kenyataan medianya tengahari ini melahirkan kekesalan yang teramat sangat terhadap sikap media massa arus perdana yang melaporkan berita berunsur khabar angin dan spekulasi.

“Kejadian terbaru berita muka hadapan Mingguan Malaysia 22 November 2009 yang memuatkan berita “Husam Letak Jawatan?”. Memuatkan berita berunsur provokasi dan murahan dengan hanya memetik dari sumber yang didakwa sebagai (sumber) ‘dalaman’, sedangkan pada hakikatnya isu berkenaan tidak pernah timbul dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan.

“DPPNK merakamkan kekesalan yang teramat sangat terhadap akhbar tersebut, lantaran tindakan media massa berkenaan melanggar etika kewartawanan apabila tidak melaporkan berita yang benar dan mempunyai integriti, bahkan ‘melacurkan’ dunia kewartawanan serta memalukan pengamal kewartawanan umumnya,” katanya.

Ahmad Baihaki yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri menyifatkat akhbar berkenaan sebagai melampau dan keterlaluan di dalam mencari publisiti murahan serta bertujuan melariskan jualan akhbarnya.

“Ini bukan kali pertama kepimpinan negeri Kelantan khususnya diserang dengan laporan sedemikian, bahkan sebelum ini Menteri Besar Kelantan Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri difitnah dengan isu ‘Tidak Masuk Syurga’ dan ‘Islam Plastik’ di mana terbukti akhirnya (diakui mereka) sebagai salah lapor dari akhbar.

“Dengan ini DPPNK menyeru supaya boikot besar-besaran terhadap akhbar berkenaan dilakukan.

“Ini sebagai hukuman daripada rakyat dan pengajaran kepada mereka bahawa rakyat Kelantan khususnya dan Malaysia amnya adalah bangsa yang bertamadun dan cerdik dalam membezakan yang mana (story berdasarkan) fakta dan (yang mana pula berdasarkan) khabar angin,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Demit

Selain dari itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Demit menyatakan bahawa DPPNK menyambut baik keputusan Menteri Besar semalam berhubung dengan kontroversi yang melanda Kerajaan Negeri mutakhir ini.

“DPPNK berharap dengan keputusan itu, segala kontroversi dapat dipadamkan dan jentera Kerajaan Negeri dapat ditumpukan bagi menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

sah tetap sah dan haram tetap haram.


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal kemelut Persatuan Bolasepak Negeri Perak di ambil kesempatan oleh Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir cuma memburukkan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin di dalam perkara ini.

Datuk Seri Zambry yang masih belum disahkan sebagai Menteri Besar Perak cuba membayangkan kepada rakyat bahawa beliau sekarang berkuasa dan menunjukkan kuasanya serta bersikap angkuh dengan jawatan pintu belakangnya. Belum ada jaminan semua janji-janji Datuk Seri Zambry ini boleh digunapakai kerana Mahkamah Persekutuan belum memutuskan siapakah Menteri Besar yang sah lagi.

Apa yang cuba Datuk Seri Zambry lakukan kini adalah bersifat menyerang semua reputasi Datuk Seri Nizar secara peribadi disemua keadaan walaupun Datuk Seri Nizar lah yang telah menyelamatkan Persatuan Bolasepak Negeri Perak dari terus dilanda hutang lapuk disamping menjaga kebajikan pemain dan kakitangan. Dengan usaha beliau ini, andaian UMNO dan BN mungkin menyebabkan rakyat tidak lagi menyokong Pakatan Rakyat (PR) jika keputusan Mahkamah Persekutuan nanti berpihak kepada PR dan setelah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selepas itu.

DPPN Pk meminta rakyat supaya jangan terpedaya dengan usaha jahat Datuk Seri Zambry yang terus menerus memburukkan peribadi Datuk Seri Nizar walaupun di dalam sukan bolasepak. Datuk Seri Zambry sepatutnya tidak menggunakan medan sukan ini untuk terus menambahkan kelukaan hati rakyat terhadap beliau.

Tuesday, November 24, 2009

SATU PETANDA ALLAH MEMBANTU PEKARA YANG BENAR


speaker dun kedah,YB Dr. Abd Isa Bin Ismail(gambar di atas)

APA YANG SEMUA SEMALAM MAHKAMAH TINGGI TELAH MENOLAK RAYUAN SPR UNTUK MENGGUHKAN PILIHANRAYA DI N3(KOTA SEPUTEH), APA YANG PERLU DI LIHAT DISINI ADALAH MEREKA SENTIASA SALAH DALAM MENGAMALKAN UNDANG-UNDANG DAN MEREKA MENYATAKAN UNDANG-UNDANG PADA HARI INI TELUS SEBALIKNYA MALAH MEREKA JUGA TERUS MENYALAHKAN UNDANG-UNDANG APABILA TIDAK MENYEBELAHI MEREKA SEMALAM. INI TERBUKTI APABILA SPR YANG SEPATUTNYA TIDAK MENYEBELAHI MANA-MANA PARTI POLITIK TELAH MEMBANTU UMNO/BN DALAM MERAYU UNTUK DITANGGUHKAN PILIHAN RAYA SEKALI GUS MENAFIKAN TINDAKAN SPEAKER KEDAH.

APA PUN KAMI PAS MENERAHKAN SEGALA KEPADA ALLAH AGAR SEGALA PERANCANGAN JAHAT MEREKA TIDAK AKAN MENANG. APA PUN SEMUA JENTERA PAS BERSIAP SEDIA DENGAN PILIHAN RAYA YANG AKAN DIADAKAN TERUTAMA DI KOTA SEPUTIH INI WALAU SESIPA PUN YANG BERTANDING KAMI JENTERA PAS SENTIASA MEMBANTU BAGI MEMENANGKAN CALON PR DI KOTA SEPUTIH SEKALI GUS MENGUATKAN KEKUATAN NEG KEDAH YANG DIBAWAH PEMERINTAHAN MB KEDAH(DS UST AZIZAN ABD RAZAK).

KUATKAN SEMANGAT DAN BANYAKKAN BERMOHON PADA ALLAH... AGAR KEADILAN TERTEGAK!

aktivis mahasiswa bantah penahanan muhammad saufi dan pelajar lain


KUALA LUMPUR, 24 Nov: Aktivis mahasiswa Universiti Malaya semalam membantah penahanan Muhammad Saufi Jelani berhubung siasatan kes menconteng perkataan 'bini puaka' di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Saufi ditahan sebaik sahaja selesai menjalani peperiksaan akhir semesternya Khamis lepas.

Gabungan mahasiswa Universiti Malaya itu disertai oleh beberapa persatuan antaranya Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) dan Komuniti Mahasiswa Prihatin (KMP).

Dalam sidang media yang dibuat di hadapan bangunan peperiksaan UM itu pagi semalam, wakil PMIUM, Mohd Sabri mendakwa, penahanan ahli PMIUM tersebut sebagai tidak sah berikutan menyabitkannya dengan isu 'kepala babi' yang diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam pada pilihan raya kampus lepas.

“Kita dimaklumkan yang dia (Saufi) ditahan bagi membantu siasatan kes contengan dinding di API, namun (sebaliknya) beliau ditahan kerana isu kepala babi.

“Sedangkan isu itu telah pun ditutup dan kita (mahasiswa) langsung tidak terlibat dalam perkara tersebut,”jelasnya.

Pengerusi Komuniti Mahasiswa Prihatin (KMP), Mohd Syahid Mohd Zaini mengecam tindakan pihak polis yang dianggap tidak rasional di dalam menjalankan tugas.

Beliau mengambil contoh tindakan polis yang tidak profesional menahan mahasiswa, dalam keadaan ketika itu sedang berlangsungnya peperiksaan akhir semester.

Penahanan tersebut tegasnya lagi, mengganggu emosi dan tumpuan Saufi dalam menjalani peperiksaannya.

Gabungan mahasiswa itu juga mendesak agar pihak polis dan kerajaan memberhentikan segera penindasan terhadap mahasiswa melalui tangkapan serta akta-akta yang ‘kejam’.

“AUKU misalnya, ia akta yang menyekat hak mahasiswa daripada bersuara dan menyatakan pandangan,” ujar Syahid.

“Sebab itu tidak mustahil kesannya, mahasiswa bertindak radikal kerana hak mereka diganggu,” kata beliau lagi sambil merujuk isu yang berlaku baru-baru ini.

Sidang media itu turut dihadiri oleh wakil PMIUM Izzuddin Helmi Bin Mohd Zaini, Timb. Pengerusi Komuniti Mahasiswa Prihatin (KMP) Mohd Amiruddin Mohd Suhaimi, jurucakap KMP Mohd Taufiq Abdul serta wakil MPMUM, Mohd Aizat Salleh.

Sidang media di hadapan Bangunan Peperiksaan (BP) Universiti Malaya berkenaan adalah bertujuan memperingati insiden penangkapan Saufi yang didakwa mereka sebagai ‘zalim’ selain membantah penahanan Saufi yang ditangkap di bangunan tersebut ketika musim peperiksaan sedang berlangsung di Universiti Malaya.

Monday, November 23, 2009

perlancaran kempen `RM1 selamatkan pasukan bola sepak perak

22.11.09(ahad) pelancaran kempen RM1 selamatkan bola sepak perak telah pun dijalankan bagi mengelilingi seluruh perak semalam dan diserahkan bunting-bunting untuk setiap pemuda kaw menjalankan tabung ke kaw masing dan sekali gus memberitahu rakyat perak apa yang berlaku pada pafa dan boleh disalurkaN terus ke akaun bank pemuda neg yang tetera.


penyerahan bunting kempen rm1 selamatkan bola sepak perak diserahkan kepada ust abd fattah awang(ketua pemuda pas kaw teluk intan) bagi mewakili pemuda pas kaw teluk intan. penyerahan disampaikan sdr. salman salleh(naib ketua pemuda pas perak) bersama raja al-hiss(s.u pemuda pas neg perak).



simbolik kempen apabila prof abu hassan hasbullah memasukkan duitnya kedalam tabung rm1 selamatkan bola sepak perak...


gambar diatas ketua pemuda pas kaw teluk intan(ust. abd fattah awang) sedang menyumbang ke tabung RM1.


bagi sesiapa yang ingin menyumbang terus melalui akaun yang tertera.

sepanjang inkues pilihan raya pemuda perak

22.11.09(ahad) Dewan Pemuda Pas Negeri Perak telah mengorak langkah untuk menyusun kekuatan dalam mendepani pilihanraya pada masa yang terdekat ini.
Program ini berlangsung di Markas Tarbiyah Pas Air Kuning, Taiping dan bermula jam 10.00 pagi dan disertai oleh seluruh Jentera Dewan Pemuda Pas setiap kawasan.
Yang menariknya adalah penampilan khas dari Prof Madya Abu Hassan Hasbullah, seorang tokoh akademik yang telah terlibat dalam seminar khas Pas yang berlangsung lebih kurang dua minggu lalu.
Program ini dirasmikan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Perak, Saudara Salman Salleh dan diteruskan oleh taklimat ringkas oleh Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Negeri Perak, Ustaz Nazri Din.
Dalam ucapan perasmian oleh saudara Salman, beliau menekankan kepentingan untuk menggerakkan semula jentera pemuda dalam pilihanraya yang berlaku.


sedara salman salleh merasmikan inkues pada hari tersebut, beliau sempat memberi tahu suasana politik di perak yang pemuda sedang usahakan untuk menanganinya dan bersama-sama pemuda kaw ambil berat. antara yang terdekat adalah `kempen rm1 selamatkan bola sepak perak...


sdr. nazri din(pengarah pilihanraya pemuda perak) sedang memaklumkan situasi pencapaian persediaan menjelang pilhanraya yang akan dibubarkan ataupun pru akan datang. segala cabaran yang akan kita petugas-petugas di perak hadapi dengan tabahnya. beliau juga menyentuh akan melapangkan dada dengan segala persepsi yang akan diberikan dari prof abu hassan hasbullah. kita akan buat posmotem di peringkat neg dan akan dimkalumkan kepada kaw-kaw. diminta pemuda-pemuda tidak harus melatah dan menunggu arahan pemuda neg...


kehadiran prof madya abu hassan hasbullah yang duduk bersama pimpinan pemuda neg perak...




prof madya abu hassan hasbullah menyampaikan penyelidikan yang dibuat terhadap parti politik di malaysia dan beliau banyak menyentuh keadaan pas di kurun ke-21. suasana yang digambarkan bukan untuk memburukkan pas akan tetapi beliau minta agar pas dapat menerima kenyataan dan dapat mengubah strategi berpolitik yang tidak menggadaikan prinsip yang dibawa pas selama ini dalam abad ini agar tidak kecundang pada pilihanraya akan datang, kata beliau. beliau juga merasakan pemuda pas perlu lebih efektif dalam menangani kemelut politik yang melanda negara.



antara pemuda yang hadir sedang kusyuk mendengar persepsi dan pandangan orang luar terhadap pas khususnya intutusi pemuda.




gambar diatas antara pemuda-pemuda yang bertanya akan perkara yang kurang jelas terhadap prof. majlis selesai dan pemuda setiap kaw memberikan masalah-masalah yang dihadapi pada pilihanraya yang lepas untuk diambil tindakan oleh pemuda neg untuk ditangani.

Saturday, November 21, 2009

ikhtifal pasti kaw teluk intan

21.11.09(sabtu) IKHTIFAL PASTI KAW TELUK INTAN TELAH DIADAKAN DENGAN MERIAHNYA, MAJLIS YANG DIRASMIKAN TYDP PAS KAW TELUK INTAN(sdr.rostam malik) BERMULA PADA 9.00PG DAN ORANG RAMAI TIDAK JEMU DENGAN PERSEMBAHAN PELAJAR-PELAJAR DARI KESEMUA PASTI DISEKITAR KAW TELUK INTAN. turut hadir pengarah pasti kaw teluk intan( sdr. samsuddin mahmood).



tetamu yang hadir pada hari tersebut, kelihatan perasmi prog(sdr rostam malik) tydp pas kaw teluk intan.



penyampaian hadiah yang disampaikan ust. sobri jusoh(ketua dewan ulama kaw)




antara persembahan yang disampaikan sepanjang prog berlangsung dan persembahan ini membawa imej setiap pasti yang berlainan. satu pasti satu persembahan yang berlainan.


pa sistem.

ikhtifal pasti unit kg.banjar

19november2009(khamis) majlis iktifal/ penyampaian sijil dan hadiah bagi unit caw kg.banjar telah diadakan. majlis yang dirasmikan sdr. basyir selaku ketua penerangan pemuda pas kaw menggantikan pengarah dan ketua pemuda pas kaw. majlis yang diadakan pada hari pekerjaan/persekolahan turut mendapat sambutan terutama dikalangan ibu bapa pelajar.



antara ibu bapa dan tetamu yang hadir memeriahkan majlis walaupun ia dibuat diwaktu dan hari yang biasa.


kata aluan oleh naib ketua caw kg.banjar(hj.derus)-gambar diatas dan ucapan perasmian oleh ketua penerangan pemuda pas kaw teluk intan( sdr.basyir) -tiada dalam gambar



persembahan dari murid 4 tahun turut mencuit hati.




persembahan murid 5/6 tahun yang cukup menarik perhatian para hadirin...



naib ketua caw pas kg.banjar(hj.derus) menyampaikan hadiah pada pelajar cemerlang.


penyampaian sijil dan saguhati kepada pelajar, yang disampaikan oleh ketua penerangan pemuda teluk intan( sdr. basyir) meggantikan pengerusi pasti yang tidak dapat hadir sebagai perasmi dihari tersebut.

Wednesday, November 18, 2009