Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH

Monday, November 23, 2009

sepanjang inkues pilihan raya pemuda perak

22.11.09(ahad) Dewan Pemuda Pas Negeri Perak telah mengorak langkah untuk menyusun kekuatan dalam mendepani pilihanraya pada masa yang terdekat ini.
Program ini berlangsung di Markas Tarbiyah Pas Air Kuning, Taiping dan bermula jam 10.00 pagi dan disertai oleh seluruh Jentera Dewan Pemuda Pas setiap kawasan.
Yang menariknya adalah penampilan khas dari Prof Madya Abu Hassan Hasbullah, seorang tokoh akademik yang telah terlibat dalam seminar khas Pas yang berlangsung lebih kurang dua minggu lalu.
Program ini dirasmikan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Perak, Saudara Salman Salleh dan diteruskan oleh taklimat ringkas oleh Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Negeri Perak, Ustaz Nazri Din.
Dalam ucapan perasmian oleh saudara Salman, beliau menekankan kepentingan untuk menggerakkan semula jentera pemuda dalam pilihanraya yang berlaku.


sedara salman salleh merasmikan inkues pada hari tersebut, beliau sempat memberi tahu suasana politik di perak yang pemuda sedang usahakan untuk menanganinya dan bersama-sama pemuda kaw ambil berat. antara yang terdekat adalah `kempen rm1 selamatkan bola sepak perak...


sdr. nazri din(pengarah pilihanraya pemuda perak) sedang memaklumkan situasi pencapaian persediaan menjelang pilhanraya yang akan dibubarkan ataupun pru akan datang. segala cabaran yang akan kita petugas-petugas di perak hadapi dengan tabahnya. beliau juga menyentuh akan melapangkan dada dengan segala persepsi yang akan diberikan dari prof abu hassan hasbullah. kita akan buat posmotem di peringkat neg dan akan dimkalumkan kepada kaw-kaw. diminta pemuda-pemuda tidak harus melatah dan menunggu arahan pemuda neg...


kehadiran prof madya abu hassan hasbullah yang duduk bersama pimpinan pemuda neg perak...




prof madya abu hassan hasbullah menyampaikan penyelidikan yang dibuat terhadap parti politik di malaysia dan beliau banyak menyentuh keadaan pas di kurun ke-21. suasana yang digambarkan bukan untuk memburukkan pas akan tetapi beliau minta agar pas dapat menerima kenyataan dan dapat mengubah strategi berpolitik yang tidak menggadaikan prinsip yang dibawa pas selama ini dalam abad ini agar tidak kecundang pada pilihanraya akan datang, kata beliau. beliau juga merasakan pemuda pas perlu lebih efektif dalam menangani kemelut politik yang melanda negara.



antara pemuda yang hadir sedang kusyuk mendengar persepsi dan pandangan orang luar terhadap pas khususnya intutusi pemuda.




gambar diatas antara pemuda-pemuda yang bertanya akan perkara yang kurang jelas terhadap prof. majlis selesai dan pemuda setiap kaw memberikan masalah-masalah yang dihadapi pada pilihanraya yang lepas untuk diambil tindakan oleh pemuda neg untuk ditangani.