Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Sunday, January 31, 2010

Saturday, January 30, 2010

munajat meminta ALLAH memberi keadilan.

TELUK INTAN, 28 Januari - Atas arahan PAS Pusat melalui Ketua Penerangan PAS Pusat maka PAS Kawasan Teluk Intan telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Munajat untuk negeri Perak dalam penentuan siapa MB sah pada 9 Februari depan dan Kelantan atas isu tuntutan royalti minyak.



anatara yang hadir memohon agar allah member keadilan bermula dengan solat isyak berjemaah dan diikuti dengan solat hajat dan berdoa agar allah menghapuskan kezaliman sedangkan kami rakyat sedang ditindas oleh mereka yang rakus mengejar pangkat dan tahta. mereka memerintah untuk mempertahankan diri mereka, keluarga mereka dan kroni-kroni mereka sedangkan rakyat diminta untuk menanggung derita dan susah atas pemerintahan mereka.
atas segala kezaliman yang dilakukan mereka sebagai pemerintah dan rakyat teraniaya sewajarnya berdoa bagi pertolongan dari yang satu ALLAH...
agar apa yang mereka lakukan mendapat pembalasan yang sesuainya.






hj azhar rafaie(pengarah pilihan raya pas kaw teluk intan) dalam gambar sedang berdoa.

Thursday, January 28, 2010

pemuda pas kutuk umno /bn kezaliman penggunaan areana square


Pemuda pas teluk intan amat kesal kerana ketakutan umno/bn dalam memberi kami sebagai parti islam menggunakan kemudahan awam dengan cara yang terhormat dan baik tetapi dilayan sebaliknya. sedang mereka boleh berlawan dengan pas ini secara profesional kerana ini bukan jalan untuk dibuat kepada pas khususnya kerana seagama dengan mereka. umno/bn perlu tahu kita berpolitik bukan kita bermusuh, adakah pas ini bukan islam dan bangsa melayu sehingga hak kami tiada dalam mengunakan kemudahan awam yang terang-terang adalah hak rakyat?
tiada dalam undang-undang bahawa tidak boleh mana-mana parti politik menggunakan kemudahan awam??? pas bukan ingin menggunakan untuk berpolitik?
umno/bn betul-betul terdesak dengan suasana politik hari ini, mereka lupa sesungguhnya manusia merancang dan allah jua merancang sesungguhnya perancangan allah itu adalah lebih tepat. bukan manusia menentukan akan tetapi allah yang satu menentukan. bukan mempertahankan hanya kalimah allah tetapi sebagai manusia kita perlu membesar dan mengesakannya.
sesungguhnya umno/bn zalim mereka buat semua ini kerana takut dengan rakyat mendekati islam dan parti melayu ini iaitu pas. kerana pas akan adil dalam melaksanakan apa yang rakyat mahu.
peristiwa ini bukan sahaja untuk pas muhasabah tetapi rakyat perlu tahu umno/bn ini zalim kerana tidak pernah adil.

KENYATAAN KP PAS TELUK INTAN BERKENAAN SEKATAN PENGUNAAN ARENA SQUARE



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya sebagai KP DPPKTI meluahkan rasa terkilan dan cukup tidak berpuashati dengan keputusan MPTI menolak permohonan PAS kawasan Teluk Intan utk menyewa Arena Square Teluk Intan utk program Majlis Makan Malam bersama DS Nizar Jamaluddin yang dijadualkan pd 26 Feb 2010. Bagi DPPKTI, apapun alasan yang diberikan ianya tetap menggambarkan suasana DISKRIMINASI melampau yg masih diamalkan oleh UMNO-BN yang mendakwa sebagai pemerintah yang "SAH" di Perak.

Saya secara peribadi dan semestinya semua penyokong PAS dan PR di Teluk Intan ( buat ingatan : PR rakyat menang di dua DUN dan Parlimen Teluk Intan ) sebagai pembayar cukai kpd PBT merasakan sangat terkilan dgn tindakan MPTI tersebut. Kenapa apabila cukai dituntut, kami 'dipaksa' membayarnya dgn berbagai arahan dan amaran serta tindakan tegas!. Namun apabila hasil cukai yang dibayar oleh KAMI ingin dimanfaatkan oleh KAMI....tiba-tiba hak kami dinafikan! Undang-undang apakah ini? undang-undang rimba? mungkin lebih teruk! Pihak terbabit sepatutnya merasa malu dgn tindakan mereka yg tidak bertamadun itu. Kita bukan lagi hidup dizaman primitif, di mana... tiada undang-undang, tiada tanggungjawab dan tiada hak. Saya percaya, rakyat Malaysia sebahagian besarnya sudah faham apa itu HAK mereka! Menolak permohonan ini, bermakna menafikan hak kami sebagai pembayar cukai, sebagai rakyat Malaysia dan penduduk di Negeri Perak! Mana dia Slogan 1 Malaysia : Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan? Nampaknya bukan Rakyat Didahulukan, tetapi kepentingan UMNO-BN didahulukan dan diutamakan!

Saya ada satu soalan kpd MPTI : Apa pendapat MPTI jika semua orang yang dinafikan hak mereka ini "tidak mahu" membayar cukai kpd PBT? Mungkin tindakan mereka dianggap satu jenayah dan tidak wajar dibuat. Tapi bagaimanaa sebaliknya.... apabila pihak PBT pula yang enggan memberikan khidmat dan hak kpd pembayar cukai dgn berbagai alasan yang tidak munasabah?

Saya juga merasa hairan... kalau benar UMNO-BN sudah Sah berkuasa dan mereka diterima oleh majoriti rakyat Perak, mengapa masih takut kepada bayang-bayang sendiri? Mana Demokrasi yang dicanang sana-sini? atau Demokrasi hanya untuk ahli UMNO-BN sahaja?

Jika kita rasa kita tidak takut dgn undang-undang/mahkamah dunia - mungkin kerana ada orang yang merasakan undang-undang dalam tangan mereka - namun sebagai seorang muslim ; takutlah kepada mahkamah Allah di akhirat kelak. setiap perkara yang kita lakukan samada kebaikan atau kejahatan pasti akan dibalas dgn setimpal di sana. tanyalah diri sendiri : banyak sangatkah pahala kebaikan kita untuk membayar penganiayaan kita kepada beribu manusia yang dinafikan hak mereka tadi?

Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan dengan ini mengecam keputusan MPTI yang menolak permohonan PAS Kawasan Teluk Intan tersebut, dan menganggap keputusan tersebut sebagai suatu diskriminasi yang melampau dan menafikan hak kami sebagai rakyat Malaysia yang bermastautin di Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.

Salam perjuangan,

Ustaz Hj Abdul Fatah Awang
Ketua Dewan Pemuda PAS kaw Teluk Intan
27 Januari 2010

Monday, January 25, 2010

bulan turun ke kawasan selamat dilaksanakan

24.01.10(AHAD) PROGRAM BULAN TURUN KE KAWASAN TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA. APA YANG PENTING DAPAT MERAPATKAN HUBUNGAN DAN MEMAHAMI BIDANG TUGAS MASING-MASING DENGAN LEBIH TERPEINCI DAN SEKALI GUS DAPAT MEMBAHAGIKAN KERJA-KERJA UNTUK PEMBUBARAN DUN DAN KITA DIPERINGLKAT TELUK INTAN AKAN LEBIH PRO AKTIF DAN BERSEDIA BILA-BILA MASA UNTUK PEMBUBARAN DUN SEKALI GUS MEMPERTAHANKAN DUN CANGKAT JONG INI. LAWATAN INI DIHADIRI 2 ORANG PENTING DALAM PEMUDA NEGERI, 1. UST NURI AL-AMIN(TIMB KETU PEMUDA) 2. UST ABDULLAH ADAM( PEN SETIAUSAHA3) DAN PELBAGAI SESI DIADAKAN BAGI SEFAHAMAN NEGERI, KAWASAN DAN CAW2. SESI YANG BERMULA JAM 3.30 PETANG DAN BERAKHIR PADA PUKUL 6.00 PETANG.



k.pemuda memberi kata-kata aluan dan pembuka majlis dalam program ini beliau yang merupakan salah seorang exco pemuda neg perak mengucapkan selamat datang dan mengalukan kedatangan rombongan negeri ke teluk intan terutama dalam susana menguatkan jentera pemuda parti diperingkat teluk intan khususnya cangkat jong ini yang merupakan salah satu antara dun yang memenangkan calon pas pada pilihanraya yang lalu secara tidak langsung dapat mengekalkan kemenangan ini... agar apa kekurangan kami dapat diperbetulkan dan dibaiki...



ust muhammad mahyuddin(s.u dppk teluk intan) memberi laporan berkenaan pemuda pas kaw teluk intan kepada yang hadir dan kepada pimpinan pemuda negeri yang hadir. antara yang disebut pekara yang terdekat yang diambil berat pemuda teluk intan, iaitu mobilise berkenaan himpunan pemuda(hempap) dan bola piala yb cangkat jong tidak lama lagi.




sesi dialog bermula. sesi yang begitu sihat dan banyak persoalan ditanya dan semua soalan diberi respon yang cukup baik. timb ketua pemuda pas negeri perak merangkap pemangku ketua pemuda banyak menyentuh perihal peribadi didalam parti tidak boleh dimasukkan apabila kita membuat kerja, perlu lah dingatkan semua perkara haruslah diselesaikan dengan baik dan tidak bolehlah pekara-pekara yang membabitkan memburukkan parti dibawa keluar dari kalangan ahli dan jemaah ini sendiri apa yang perlu kita tahu sesungguhnya umno memang suka akan melagakan kita dan kita perlulah ketepikan hal-hal kecil supaya kita dapat menumpukan sepenuhnya terhadap mempertahankan dun ini.
respon dari setiausaha 3 pemuda negeri perak, berkenaan blog pemuda yang tidak teratur untuk diselenggara. apa yang kita tahu apabila kita disebukkan dengan rampasan kuasa maka kesibukan yang tidak terhingga dikalangan ajk pemuda neg dan masing-masing mempunyai tugas yang perlu dilaksanakan dan pemuda neg nampak akan kelemahan itu dan akan cuba diperbaiki. dan buat seketika blog pemuda neg akan dihentikan seketika kerana kesibukan untuk persiapan himpunan pemuda negeri perak pada 31.01.10 yang tidak berapa lama lagi.



saf pimpinan dihadapan yang menjawap dalam sesi soal jawap. diantara nya 2 pimpinan dari pemuda negeri perak dan 2 lagi dari pemuda pas kaw.

Sunday, January 24, 2010

bekas perjuang pas meninggal dunia

Hj. Rashidi, nama yang terukir sebaris dengan Wak Johar telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Insyallah jenazah akan disolat pada pukul 11.00 pagi di Masjid Kampung Banjar pagi ini. Beliau akan disemadikan di kampung asalnya disana.


JENAZAH SELESAI DISEMBAHYANGKAN DIMASJID KG.BANJAR DAN DIKEBUMIKAN DI TANAH PERKUBURAN BERDEKATAN.
MENGIMAMKAN MAJLIS UST.HALIMUDDIN DAN TURUT HADIR TYDP PAS KAW TELUK INTAN(sedara rostam malik), ADUN CANGKAT JONG(YB ANUAR BIN SUDIN) DAN KETUA PEMUDA TELUK INTAN(ust abd fatah awang)...
DEWAN PEMUDA TELUK INTAN MENGUCAPKAN TAKZIAH PADA KAUM KELUARGA.

Saturday, January 23, 2010

selamat datang ke lawatan pemuda neg perak




SALAM PERJUANGAN, 24.10.2010(AHAD)
LAWATAN KERJA PEMUDA NEGERI PERAK KE TELUK INTAN.
DIHARAP DAPAT MENGHADIRKAN DIRI SEGALA MAKLUMAT LANJUT RUJUK MAKLUMAT DIATAS...

Friday, January 22, 2010

kaji dengan teliti daftar secara automatik


ALOR SETAR, 22 Jan: Cadangan untuk menetapkan mereka yang berusia 21 tahun didaftarkan secara automatik sebagai pemilih dalam pilihan raya umum yang akan datang perlu dikaji secara terperinci sebelum ia dilaksanakan.

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, terdapat pro dan kontra dalam mengaplikasikan sistem tersebut.

"Sistem tersebut haruslah lebih telus dan mampu untuk meyakinkan rakyat kerana ia boleh disalah gunakan. Apa yang membimbangkan sekiranya daftar secara automatik ini dilaksanakan maka seseorang itu boleh berpindah ke merata tempat.

"Yang baiknya pula ialah tidak perlu untuk beratur panjang bagi mendaftar kerana ia didaftarkan secara automatik apabila genap berusia 21 tahun," katanya.

Menurut beliau lagi samada sistem tersebut dapat dilaksanakan dengan telus atau sebaliknya belum dapat dipastikan.

Namun begitu adalah menjadi harapan rakyat supaya sistem ini sekiranya dilaksanakan maka kerajaan perlulah bersikap lebih adil dan dapat diterima oleh semua pihak.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri Kedah.

Beliau mengulas cadangan Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman yang mencadangkan supaya masalah golongan muda yang genap 21 tahun tidak mendaftar diatasi melalui sistem daftar secara automatik ini.

CO KD INDERAPURA TLDM DIHADAP KE MAHKAMAH. BAGAIMANA NASIB JET F5E


Bekas CO KD Seri Inderapura milik TLDM yang terbakar pada 8 okt lalu akan dihadapkan kemahkamah Tentera dipengkalan TLDM lumut. Menurut Panglima tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Jaafar seorang Pegawai pemerintah perlu dipertanggunhjawab dengan apa yang berlaku keatas kapalnya termasuk menentukan aset hak milik negara berada dalam keadaan selamat.

Tahniah pada TLDM yang mengekal dan membudayakan ketua mesti pikul tanggungjawab,Ini suatu amalan dan budaya yang akan memastikan seorang ketua akan melaksanakan tugas dengan baik,adil dan beramanah. Amalan ini akan dapat mengelak dari berlakunya penyelewengan,penyalahgunaan kuasa serta menghindari dan membenteras amalan rasuah. Tapi bukanlah bermakna orang diperingkat bawah boleh buat salah, tetapi amalan ini untuk pastikan ketua akan bertanggunjawab terhadap apa yang diamanahkan kepadanya termasuk untuk pastikan orang bawah bekerja dengan betul dan amanah.

Tapi kenapakah amalan ini hanya diamal kan dalam angkatan tentera kususnya TLDM,Tidak pulak berlaku dalam TUDM bila injen Jet F5E hilang. Sedangkan isu kehilangan enjin Jet F5E sangat memalukan negara,kerana ini menunjukan soal tahap keselamatan negara yang berkaitan dengan sektor dan industri pertahanan tersangat buruk.

Sepatut bekas Panglima TUDM dan bekas Menteri Pertahanan yang wajar dihadapkan kemahkamah tentera atau mahkamah awam kerana mereka menyembunyikan kehilangan ini dari pengetahuan umum selama dua tahun.Sebaliknya AG hanya mengumumkan hasil siasatan Polis tiada pegawai kanan atasan TUDM dan KEMENTAH yang terlibat dalam kehilangan enjin Jet.Hanya yang terlibat yang berpangkat sarjan. Kalau ikut kes KD Inderapura pegawai pemerentah KD yg dipertanggungjawab,takkan dalam TUDM sarjan yang jadi pegawai yang bertanggungjawab terhadap Jet F5E.Pelik sungguh, agaknya di kementerian pertahanan yang bertanggungjawab hanya budak pejabat atau pun prebet tentera yang jadi Menteri pertahanan.

Saya mohon penjelasan dari menteri pertahanan siapakah pegawai pemerentah kem TUDM waktu dimana enjin Jet F5E hilang.Adakah pegawai pemerentah tersebut dihadapkan kemahkamah tentera sepertimana kes kebakaran kapal KD Inderapura.

Wednesday, January 20, 2010

mereka tidak diberi cahaya oleh allah


Allah berfirman yang bermaksud, "atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap gelita di lautan yang dalam, yang diluputi ombak bertindih ombak, di sebelah atasnya pula awan tebal; (demikian keadaanya) gelap gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengelurkan tangannya tidak dapat ia melihatnya sama sekali.

"Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah - menurut undang-undang peraturan-Nya - mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka tidaklah ia akan memperolehi sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar)." (Surah al-Nur:40)

Oleh kerana itulah Allah menyatakan dalam ayat ini yang bermaksud, sesiapa yang Allah kehendaki akan disesatkannya dan sesiapa yang ia kehendaki akan dijadikannya berada di atas jalan yang betul." (Surah al-An'am:30)

Sesiapa pun tidak boleh memberi hidayah kepada seseorang melainkan Allah sahaja. Sebab itulah kita disuruh sentiasa meminta petunjuk daripada Allah SWT.

Islam telah mengajar umatnya supaya melakukan perkara ini dalam solat mereka di mana di dalam Suratul Fatihah (yang menjadi rukun dan wajib dibaca di dalam solat), setiap orang islam membaca ayat yang bermaksud, "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.) (Surah al-Fatihah:6)

Orang Islam yang mengerjakan sembahyang pasti membaca surah ini sekali gus bererti mereka sentiasa memohon petunjuk daripada Allah SWT.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, "katakanlah (hai Muhammad):"khabarkanlah kepada aku, jika datang kepada kamu azab Allah, atau datang kepada kamu hari kiamat, adakah kamu akan menyeru selain Allah (untuk menolong kamu) jika betul kamu adalah orang-orang yang benar?" (Surah al-An'am :40)

Dalam ayat ini Allah menjelaskan bagaimana segala ketentuan Allah tidak boleh sesiapa pun mengubahnya. Allah akan buat apa yang Dia kehendaki dan setiap urusannya apabila Dia berkata jadilah maka jadilah perkara itu dengan kehendak-Nya jua tanpa ada sesiapa pun boleh menghalangnya walau sedikit pun.

Begitulah dalam urusan menurunkan azab dan berlakunya hari kiamat. Ayat ini Allah memerintahkan nabi Muhammad supaya bertanyakan orang-orang kafir itu tentang siapakah yang sebenarnya berkuasa untuk menghalang semua itu berlaku ke atas mereka, adakah berhala-berhala yang disembah selain Allah atau orang-orang yang berkuasa di muka bumi boleh menghalang semua itu berlaku. Adakah mereka sanggup menyeru tuhan atau sembahan atau orang yang berkuasa selain Allah untuk menghalang dari semua itu berlaku?

Soalan yang diperintahkan ini sebenarnya adalah soalan menghina atau menempelak perbuatan orang kafir yang sengaja tidak mahu kembali kepada ajaran Allah sekali gus menyembah dan mengabdikan diri hanya kepada Allah yang Maha Berkuasa atas segala-galanya.

Mereka sebenarnya mengetahui apa yang disembah itu atau manusia yang dipatuhi perintahnya selain Allah itu tidak berkuasa menghalang semuanya berlaku di hadapan mata mereka.

Allah berfirman yang bermaksud, "Bahkan Dialah (Allah) yang kamu serukan lalu ia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepadanya (supaya dihapuskan), jika ia dikehendaki dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan Allah, dalam masa kamu ditimpa bahaya itu)." (surah al-An'am :41)

Yakni apabila mereka ditimpa musibah mereka tidak ingat lagi kepada berhala atau sesuatu yang mereka sembah dan patuh selain Allah, melainkan mereka akan minta pertolongan dari Allah, berhadap hati mereka kepada Allah, mengharapkan Allah membebaskan mereka dari bencana itu tidak lagi berharap kepada sembahan-sembahan mereka selama ini.

Saat itu mereka lupa kepada berhala dan tuhan-tuhan selain Allah. Penganut komunis pun ingat kepada Tuhan ketika mereka ditimpa azab atau nazak hampir mati sebagaimana berlaku kepada Lenin pemimpin besar komunis Rusia.

Apabila komunis hampir kalah pemimpin tersebut pernah meminta imam-imam masjid di Rusia sembahyang hajat memohon Allah memberi kemenangan kepada komunis. Inilah ragam mausia apabila kesempitan dan terdesak dihimpit musibah dan bencana dunia, mereka akan ingat kepada Allah.

Sebagai contoh apabila manusia ditimpa bencana dilambung ombak besar meggunung di lautan terbentang luas tidak bertepi, mereka merasakan mereka akan mati dengan bencana itu, di saat ini mereka lupa segala-gala yang lain melainkan Tuhan Yang Berkuasa Mentadbir Alam ini.

Tetapi selepas hilangnya musibah mereka kembali semula mengkufuri Allah SWT. Allah berfirman yang bermaksud, "Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk yang kamu seru selain Allah, maka apabila ia menyelamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatinya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat Allah)." (Surah al-Isra':67)

perluas undi pos, ada kepentingan kepada umno/bn


KUALA LUMPUR, 20 Jan: PAS menyifatkan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memperluaskan hak pengundi pos kepada mereka yang berada dalam perkhidmatan-perkhidmatan penting sebagai mengarut dan tidak masuk akal serta tindakan undur ke belakang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, langkah itu undur ke belakang kerana sistem undi pos yang ada sudah banyak menimbulkan masalah dan mahu dibuang apatah lagi dengan tindakan mahu menambahkan golongan yang layak mengundi pos.

"Saya mengesyaki ada agenda tersirat dalam langkah ini jika benar SPR bercadang berbuat demikian," kata beliau kepada Harakahdaily.

Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pula berkata, prinsip PAS jelas untuk memansuhkan undi pos di kalangan anggota polis dan tentera dan tidak akan bersetuju jika ianya mahu diperluaskan kepada pengundi selain mereka.

"Ini cadangan yang mengarut. Pada dasarnya PAS memang tidak bersetuju sebab kita berjuang selama ini untuk hapuskan undi pos di kalangan polis dan tentera, tiba-tiba SPR nak luaskan hak pengundi pos," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, sebentar tadi.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu juga berkata, cadangan itu hanyalah rancangan politik Barisan Nasional (BN) untuk meningkatkan jumlah undi mereka.

"Ini rancangan politik Kerajaan BN untuk mengawal pengundi supaya mengundi mereka, tidak lebih dari itu. Tidak munasabah SPR membuat cadangan itu," katanya.

PAS, katanya akan meminta penjelasan daripada SPR berhubung perkara itu dan bersedia mengadakan pertemuan untuk berdialog.

"Kita akan dapatkan maklumat terperinci dan minta penjelasan dari pihak SPR berkenaan perkara ini. Kalau perlu kepada pertemuan, kita akan bertemu mereka," katanya lagi.

Sementara itu, salah seorang jurucakap Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih), Mohamad Sabu berkata, cadangan itu merupakan satu lagi cara yang membolehkan Umno/BN memanipusi undi pos untuk kemenangan mereka.

"Kita memang tidak setuju. Kalau semua orang boleh mengundi pos, lagi banyak berlaku manipulasi undi pos," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau juga menegaskan, cadangan SPR itu menunjukkan mereka sedang cuba menghapuskan kebebasan para pengundi kerana undi pos memang diragui ketelusannya.

Sebelum ini, salah satu daripada empat tuntutan Bersih ialah menghapuskan undi pos.

"Lagi teruk demokrasi kalau laksanakan cadangan ini. Ini usaha ke arah nak tutup ruang kebebasan dan demokrasi dalam pilihan raya," tegasnya.

Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof berkata, doktor, jururawat dan wartawan mungkin dipertimbang untuk dibenarkan mengundi secara pos pada pilihan raya umum akan datang.

Ia akan dibuat menerusi pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang sedang diteliti oleh SPR.

mursyidul am baru ikhwan


KAHERAH, 20 Jan: Ikhwan Muslimin telah mengumumkan Mursyid Am barunya iaitu Dr Muhammad Badi’ Abdul Majid Samy, 67 tahun(gambar)

Beliau adalah Mursyid Am kelapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Mursyid Am Pertama, Imam Hasan Al-Banna pada tahun 1928.

Dr Muhammad Badi’menggantikan Mursyid Am KeTujuh, Ustaz Mahdi Akef yang tidak berhasrat menyambung jawatannya apabila umurnya melebihi 80 tahun.

Dr Muhammad Badi’ dilahirkan pada 7 Ogos 1943 di Al-Mahalla Al-Kubra, negeri Al-Gharbiyah, Mesir. Isteri beliau bernama Sumaiyah Asy-Syanawy, bekas pengetua Madrasah Ad-Dakwah Al-Islamiyah di Bani Suef, Mesir.

Beliau adalah anak kepada Haji Muhammad Ali Asy-Syanawy yang merupakan generasi awal Ikhwan Muslimin dan termasuk yang dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan taghut Mesir dibawah Presiden Jamal Abdul Nasir pada tahun 1954 tetapi kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup. Mereka dikurniakan tiga orang anak, Ammar, Bilal dan Dhuha.

Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin kelapan dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) tadi.

Tuesday, January 19, 2010

SATU LAGI BERITA YANG MENGEMPARKAN



slogan rakyat didahulukan hanya satu retorik. diatas kami sediakan salah satu lantikan yang dibuat disebuah masjid diteluk intan akan tetapi satu negeri perak begini lah rupanya.
nama lantikan yang ditandatangan kelulusan tiga orang, orang besar jajahan, pengarah jabatan agama daerah dan tok penghulu mukim. ini menjadi tanda tanya apabila dilantik ada yang telah mati, orang yang dah ada masalah(salah laku dan senbagainya), tidak pernah hadir masjid malah ada yang memusuhi ahli khairiah sendiri.

banyak aduan yang pemuda dengar dari cerita ini, ada yang menyatakan semua imam, bilal dan siak masjid tersebut letak jawatan. malah ada yang memberitahu siapa nak duduk masjid, syaitan?
kadang kita ngok betul juga mereka cakap, nie rumah allah. kamu mempolitikkan rumah allah, kamu letak ajk untuk merosakkan khairiah tersebut malah kamu huru-hara kan imarahnya institusi masjid tersebut. kuasa rakyat dimana, kenapa khairiah setempat tidak boleh memilih ajk yang dilantik?
jangan jaga kepentingan, rakyat dizalimi malah doa mereka maqbul.

RAKYAT PERAK, DOAKAN MEREKA... MEREKA ADALAH GOLONGAN YANG TIDAK TAKUT PADA ALLAH.

orang baca quran kacau tidak kira lah kafir atau islam selagi hendak mendaulatkan islam, orang islam nak imarah rumah ibadah sendiri mereka kacau.
yahudi kacau dan sekat orang islam di palestin dari menggunakan masjid al-aqsa pada masa yang sama rejim zamri walaupun islam melarang menggunakan masjid dengan imarah dan ke hadapan.

TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA PADA PARA PENYOKONG UMNO/BN.
SEKARANG BUKAN MEREKA DERHAKA SULTAN, MEREKA DERHAKA PADA ALLAH.
MEREKA MEMBUAT DEMONTRASI UNTUK PENGGUNAAN NAMA ALLAH, TIDAK MUSTAHIL KITA LAYAK UNTUK MEMBUAT DEMONTRASI KERANA MEREKA MENYEKAT INSTITUSI RUMAH IBADAH ORANG ISLAM DARI TERUS IMARAH...

pas perak minta ahli peka


KUALA LUMPUR, 19 Jan: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain meminta semua ahli peka dengan maklumat berhubung usaha tersusun pihak-pihak tertentu untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya di Perak melalui pendaftaran pemilih berganda.

Beliau ketika diminta mengulas mengenai pendedahan satu sumber di Perak bahawa terdapat pihak-pihak tertentu mengarahkan semua anggota polis membuat kad pengenalan awam bagi membolehkan mereka mengundi dua kali berkata, PAS Perak sedang berusaha mendapatkan kesahihan dan mengumpul bukti mengenai maklumat yang didedahkan sumber itu.

"Kita sedang berusaha mengumpul maklumat dan bukti untuk mengesahkan perkara itu. Bila kita dengar cerita, kena cari maklumatlah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Abu Bakar juga berkata, PAS Perak memandang serius pendedahan sumber itu kerana ianya timbul ketika ura-ura pilihan raya akan diadakan dalam masa terdekat ini, kemungkinan besar pada penghujung tahun ini juga khasnya di Perak.

"Kita tak boleh abaikan apa yang kita dengar ini begitu sahaja.Kita kena pastikan tindakan ini memang merupakan keperluan kepada anggota polis atau ianya memang satu strategi pilihan raya yang digunakan Umno BN," katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau menyeru seluruh ahli agar tidak terburu-buru dalam membuat sebarang tindakan berhubung maklumat yang didedahkan itu

"Saya pesan kepada semua ahli di setiap kawasan agar berhati-hati dengan sebarang maklumat yang diterima dan berusaha mencari bukti berkaitan perkara yang didedahkan itu," ujarnya.

Satu sumber memaklumkan Harakahdaily pagi tadi bahawa beberapa pegawai polis di satu kawasan di Perak dalam perbualan mereka memberitahu, kesemua 14 anggotanya diarahkan agar membuat kad pengenalan biasa walaupun tempoh perkhidmatan mereka masih panjang.

Menurut sumber berkenaan, pegawai polis itu memberitahu, kesemua mereka diarahkan membuat kad pengenalan itu di pejabat pendaftaran secara berperingkat.

Pembantu peribadi Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Amran Harun yang dihubungi sumber berkenaan juga memberitahu, beliau turut mendapat maklumat tersebut malam tadi daripada pihak polis.

Cara yang dilakukan pihak-pihak berkenaan membolehkan anggota polis mengundi dua kali iaitu satu menggunakan kad pengenalan polis dan satu lagi kad pengenalan awam.

Friday, January 15, 2010

sebutan kes kali ke-2

jumaat(15.01.10) panggilan sebutan kes kali ke-2 kepada mereka yang ditangkap pada ketika himpunan mansuhkan isa tahun lepas. sebutan yang ditukar dari pertubuhan haram kepada niat menyertai himpunan adalah salah satu cara menunjukkan mereka tiada akta untuk menghukum dan mendakwa apabila himpunan diadakan, mereka pihak pendakwa sengaja mengadakan helah bagi menyusahkan mereka semua yang terlibat. pendakwa yang mewakili pdrm sekaligus adalah kerajaan malaysia telah menyusahkan rakyat...






suasana dalam mahkamah semua okt begitu tenang kerana mereka yakin akan mereka tidak langsung bersalah. maka mereka pihak yang benar mesti berani...


peguam sedang membahagikan kumpulan hakim yang akan mewakili beberapa orang dalam setiap kumpulan, kali ini peguam bela terdiri dari 4 orang untuk pengurusan yang lebih sistematik dan hujah yang berbeza.


serikandi pas yang ditahan atas alasan tidak memberikan kad pengenalan mereka, tenang hadirkan diri dan bersedia menghadapi perbicaraan.


syed ibrahim syed nor(pengerusi gerakan mansuhkan isa) sedang ditemuramah media.




suasana diluar mahkamah setelah 2 orang okt tidak hadir dan perlu tunjuk sebab nape mereka tidak hadir. perbicaraan ditunda pada 03.02.2010 ditempat yang sama.

Thursday, January 14, 2010

pro mahasiswa tekad untuk menang.


KUALA LUMPUR, 13 Jan: Menjelang Pilihan Raya Kampus (PRK) sesi 09/10 yang dijangka penghujung Januari ini, kumpulan Pro-Mahasiswa kini mula serius menggerakkan jentera mereka dalam usaha memenangi kerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) di kampus masing-masing.

Semalam kumpulan yang terdiri dari beberapa front mahasiswa itu melancarkan misi 'Mahasiswa Tawan Kampus' (MiSi-10) dalam satu majlis di Kompleks Perdana Siswa Gazebo Universiti Malaya.

MiSi-10 terdiri daripada gabungan beberapa front yang di ketuai oleh PRO-Mahasiswa bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) , Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS), Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA), Kesatuan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) , Skrikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA) dan Gabungan Mahasiswa Bantah E-voting (BANTAH).

Mereka juga turut disokong olek kumpulan Pro-Mahasiswa di 10 kampus utama seluruh negara.

Dalam satu kenyataan bersama mereka memberitahu, Pelancaran MiSi-10 sebagai isyarat awal mereka menuntut ruang pemilihan yang adil.

"Ini isyarat awal menunjukan bahawa keseriusan kami di peringkat mahasiswa untuk memastikan pilihan raya kampus yang akan berlansung dilaksanakan dalam satu ruang padang yang adil demi melahirkan kepimpinan mahasiswa yang berkualiti bagi membela nasib mahasiswa yang lain khasnya dan nasib rakyat Malaysia umumnya," kenyataan mereka dipetik.

Mereka juga turut mengemukakan beberapa tuntutan kepada pihak universiti melihat kepada beberapa kronologi kes yang berlaku sepanjang tahun 2009 yang didakwa mereka sebagai kongkongan terhadap demokrasi kampus.

Kes yang dijadikan rujukan termasuklah prosiding lapan mahasiswa UM yang disabitkan di bawah AUKU kerana menjemput ahli politik merasmikan program mahasiswa serta kes pendakwaan terhadap lima mahasiswa dalam kes conteng 'bini puaka' di dinding Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam APIUM.

Selain itu isu halangan penganjuran Forum E-Undi dan tuduhan mahasiswa UKM sebagai Pro-Israel juga ujar mereka suatu yang menghalang mahasiswa beridealisme.

"MiSi-10 melihat bahawa isu-isu yang berlaku telah mencalarkan imej dan fungsi sebuah universiti yang seharusnya disuburkan dengan budaya dan suasana demokrasi yang memberikan keselesaan kepada mahasiswa untuk beridealisme dan melaksanakan aktiviti kemahasiswaan mereka sendiri," kata mereka lagi.

Sehubungan itu mereka menuntut pihak universiti bertindak telus dan adil pada PRK akan datang dengan membenarkan kehadiran pemantau bebas dari luar.

Ianya juga termasuk menghapuskan sistem pengundian elektronik (e-undi) pada PRK kali ini dan akan datang.

Selain itu mereka turut menggesa agar pihak universiti mengembalikan autonomi kampus khususnya hak mahasiswa untuk berhimpun, bersuara, berpersatuan dan kebebasan akademik.

Pihak universiti juga gesa mereka perlu menjaga keselamatan calon dan mahasiswa daripada ancaman pihak-pihak tertentu semasa proses pilihanraya berlangsung.

Monday, January 11, 2010

takziah diucapkan kepada 2 pelajar upsi





al-fatihah buat pelajar upsi,mohd faizol b. abd rahman dan mohd fadhiri b. mohd arif. yang terlibat dalam nahas jalan raya seawal 5pagi tadi disekitar slim river ke upsi. mohd fadhiri yang baru balik beramai menaiki keretapi dari kedah ke slim river dan mohd faizol mengambil beliau dengan motosikal kemudian tiba di satu lampu isyarat mereka mungkin kurang jelas dan melanggar lampu isyarat tersebut. sahabat pelajar upsi yang lain juga bersama-sama hendak balik ke kampus mereka dan meminta kawan yang lain mengambilnya, maka kedua-dua mereka dibawa terus ke hospital slim river dan mohd disahkan meninggal dunia di wad kecemasan hospital slim river dan mohd fadhiri didapati kritikal kerana organ dalaman badannya telah cedera dan terus dibawa ke hospital teluk intan untuk mendapat rawatan susulan. beliau tiba dihospital teluk intan dalam lingkungan waktu 9.30 pagi.


semua sedang menunggu khabar berita apa kah yang terjadi kerana mohd fadhiri dibawa dari hospital slim river ke hospital teluk intan.



yb anuar b sudin(adun c.jong) sempat meluangkan masa untuk menziarah jenazah selepas disahkan bahawa beliau telah meninggal dunia, lebih kurang pada jam 10.30a.m






ketibaan pj dan rombangan pas neg melawat jenazah di bilik mayat hospital teluk intan. turut hadir bersama ydp pas teluk intan(ust. ismail cik nik).
gambar diatas, pj cuba untuk menutupkan mata dan mulutnya yang terbuka menggunakan pengalaman! alhamdulillah selesai.


selesai disolatkan dan jenazah dibawa mengunakan van jenazah upsi. kami daripada pemuda dan pas kaw teluk intan mengucapkan takziah kepada keluarga dan seluruh warga upsi. apa yang kekurangan atas layanan kami, itu sahaja kami terdaya sebagai hamba allah. daripada adun cangkat jong dan seluruh warga ajk pas teluk intan...

taklimat berhubung penubuhan himpunan penyokong pas


yb zainuddin(lujnah perpaduan pas neg perak) menceritakan pemahaman agar kita jangan cepat melatah dengan apa yang orang luar katakan. kita mengkaji baik buruk penubuhan ini dari semasa ke semasa, biasa lah mereka baru mula. kita yang dah menjadi abang harus lebih memahami.


muslimat yang hadir...



meja pendaftaran, sambil menuggu kehadiran yang lain sambil mendengar...


dr.mujahid yusuf rawa menyampaikan pemahaman kepada yang hadir, taklimat berkenaan kelab penokong diangkat menjadi himpunan penyokong pas. sekali gus mencerminkan pas tidak sama seperti umno/bn yang tidak boleh menerima orang yang bukan sebangsa dengan kita(melayu) walaubagaimana pun mereka ini lah menjadi mulut dan telinga pas kepada orang bukan islam bahawa apa yang umno/bn cerita akan buruknya islam akan dibetulkan oleh mereka. malah pas dapat melihat mereka ini lebih memahami pas berbanding umno/bn. berbeza umno/bn mereka menakutkan orang bukan islam agar jangan menyokong parti islam kerana islam ini dengan pelbagai pekara buruk. -ujar beliau-




antara yang hadir bagi mewakili Zon Selatan yang melibatkan kawasan Teluk Intan, Bagan Datoh, Pasir Salak, Tanjung Malim dan Lumut.

Saturday, January 09, 2010

suasana di masjid tabung haji dan demo jalanan

08.01.10(jumaat),selepas solat jumaat. kompleks tabung haji malaysia yang terletak dijalan ampang sesak dengan ribuan rakyat malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan terutama dalam menuntut hak saudara seislamnya dipalestin dari kekejaman zionis dan sekutunya. demo bantahan aman binaan tembok sempadan mesir-palestin yang ditaja barat untuk mesir menghalang dari bantuan terus memasuki palestin...


kelihatan unit amal sedang membahagikan tugas dan orang ramai dah mula untuk berkumpul.


ayat wehdah dibaca beramai-ramai bagi menaikkan semangat diketuai ust.ridwan mohd noor(ajk pemuda pusat)


pelbagai kecaman yang ditujukan kepada kerajaan mesir dan seluruh dunia yang terlibat dalam menindas palestin(umat islam).



ucapan dari timb ketua pemuda kepada semua yang sekali gus menyatakan tidak puasan hati mana-mana manusia islam yang beriman kepada allah melihat kezaliman itu datang dan membiarkan pergi...



perarakan mula bergerak dari masjid tabung haji ke kedutaan mesir bagi memberitahu seluruh rakyat agar bersama dengan pas mengecam kezaliman.


perarakan yang penuh dengan cemuhan terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap negara islam dan kiblat kedua(masjid al-aqsa)


ketua pemuda pas pusat(ust nasruddin tantawi) sedang menyampaikan hasrat kita sebagai orang mukmin dan seagama dengan mereka yang ditindas dan pendirian islam dalam keadaan ini.


pengerusi persatuan mahasiswa menyatakan kecaman terhadap kerajaan mesir sekali gus beliau juga menyatakan terima kasih kepada isteri pm kerana membebaskan seorang remaja malaysia dalam tahanan kerajaan mesir tetapi tidak cukup dengan sekadar membebaskan sahaja.



ust abd fatah awang(k.pemuda pas teluk intan) bersemangat bersama-sama berarak dan menandakan protes terhadap yahudi dan kerajaan mesir yang menjadi boneka kepada mereka.


perarakan menuju ke kediaman rasmi kedutaan mesir di malaysia.