Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Saturday, October 30, 2010

penyokong kelantan diminta beretika -kp kelantan-


Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman mengingatkan 200 penyokong bola sepak Kelantan dari Dun Galas yang akan ke Bukit Jalil supaya menjaga disiplin sebagai seorang penyokong yang berhemah.

para penyokong seharusnya menjaga kewajipan sebagai seorang Islam sebagaimana tuntutan agama.

"Islam tidak menghalang umatnya menyertai apa-apa aktiviti termasuklah bermain atau menonton apa jua bentuk permainan sukan termasuk bola sepak asalkan ia tidak bercanggah dengan norma-norma agama.

"Sebab itu kerajaan PAS sentiasa menyokong aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat kepada semua ummah. Cuma satu perkara yang perlu kita jaga ialah, elakkan diri daripada keghairahan yang melampau sehingga menyebabkan kita lalai terhadap kewajipan kita sebagai umat Islam,"

Beliau berkata demikian ketika melakukan pelepasan konvoi lima buah bas membawa 200 penyokong bola sepak Kelantan ke Stadium Nasional Bukit Jalil pagi tadi, untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan.

Hadir sama calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed serta barisan kepimpinan Pemuda PAS negeri.

Abdul Latiff mengharapkan Kelantan dapat mencipta sejarah menerusi aksi perlawanan akhir yang akan berlangsung malam ini untuk menjulang juara piala Malaysia yang sememangnya menjadi idaman rakyat Kelantan.

"Insya Allah kita akan bertemu dengan dua kemenangan selepas ini. Satu, menang Piala Malaysia. Kedua menang Pilihan Raya Kecil di Galas.

"Jadi, hari kita pergi dengan memakai baju merah sebagai tanda sokongan kepada skuad bola sepak kita, insya Allah pulang nanti dengan memakai baju hijau,"

Beliau turut mengingatkan para penyokong yang mengikuti rombongan tersebut agar selain pergi dengan semangat kesukanan tetapi tidak lupa untuk menjaga sembahyang sebagai ibadat fardhu.

Pemuda akan menempatkan seorang wakilnya sebagai ketua pada setiap buah bas yang membawa rombongan bagi menjaga segala keperluan yang berkaitan.

"Wakil Pemuda ini akan menyusun segala perisian yang perlu kepada penyokong seperti menjaga waktu sembahyang dan tazkirah semasa dalam perjalanan,"

ucapan ringkas Dr Zulkefli berpesan kepada para penyokong supaya menjaga akhlak diri ketika menyaksikan perlawanan akhir yang dilihat agak sengit ini.

"Jaga disiplin. Jaga nama baik negeri kita, negeri Kelantan. Saya doakan selamat pergi dan selamat kembali untuk meneruskan perjuangan bagi memastikan pilihan raya kecil Galas menjadi milik kita,"

Wednesday, October 27, 2010

lalai petaka rasuah -penerangan-

PAS kesal terhadap cadangan kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ini adalah petanda pemimpin negara sudah bankrap idea dan muflis akhlak sehingga sanggup memperjudikan moral rakyat di negara ini.

“Kenapa pemimpin BN sanggup untuk mencadangkan idea yang melawan arus dan berpaling ke belakang seolah-olah tidak ada jalan lain untuk menjana kewangan di negara ini?”

ketika semua pihak memikirkan mengenai keruntuhan akhlak seperti buang bayi, perzinaan, gadis hilang, gadis lari rumah, pembunuhan, lumba haram dan sebagainya, tiba-tiba kerajaan boleh mencadangkan program yang boleh diibaratkan seperti meletak baja di sebelah tangan kanan dan mencurah racun di sebelah kiri.

“Apakah ini sabahagian daripada cadangan APCO Yahudi yang memang hendak menawan dunia melalui penaklukan moden tanpa pertumpahan darah sebaliknya dengan membunuh benih iman dan akhlak di negara ini,”

ujarnya, mereka mencari jalan pintas dengan mencadangkan perkara tersebut untuk meningkatkan pendapatan negara sebagai sebuah negara maju 2020.

Tambahnya, lebih mengejutkan lagi Projek Penggerak Ekonomi (EPP) juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

“Walaupun projek ini untuk menarik pelancong luar negara berhibur dan berbelanja, namun kesannya tetap akan dirasai oleh rakyat di negara ini.

“Sebenarnya rancangan ini untuk menjadikan rakyat lalai dengan hidangan ‘candu hiburan’ dan melupakan malapetaka rasuah yang terus mencengkam negara di tangga ke 56,” ujarnya.

Buktinya, kata beliau Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4. Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.

Laporan Ketua Audit Negara 2009, ujarnya menggambarkan kegagalan kerajaan umno BN berterusan tidak menunjukkan kebolehan mengurus sehingga banyak berlaku ketirisan di banyak kementerian.

Menurutnya, walaupun dengan berbagai slogan yang dikemukakan seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), namun hasilnya adalah sama sahaja.

semuanya akibat kejahilan dan rosaknya integriti di kalangan pemimpin negara menyebabkan pelabur luar meluat untuk datang ke negara ini.

laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara Asean, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD1,381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD7,318 juta pada 2008.

kejatuhan nilai pelaburan itu adalah yang tertinggi berbanding negara Asean lain.

Monday, October 25, 2010

tinjau-tinjau isu semasa..


Umno, Gerakan dan MCA sama saja dari segi sikap rasis mereka. Di Pulau Pinang Umno memberitahu orang Melayu bahawa PAS ikut telunjuk DAP yang disifatkan mereka anti Melayu.

Lain pula halnya di Kedah, Gerakan dan MCA memberitahu masyarakat Cina bahawa DAP dan pemimpin Cina dari parti KeADILan menjadi lembu yang dicucuk hidung oleh PAS.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Gerakan Kedah, Dr. Cheah Soon Hai, beliau menyifatkan DAP dan KeADILan bacul kerana kononnya berdiam diri dalam menangani isu kenaikan kuota perumahan Bumiputera dari 50 peratus kepada 70 peratus oleh Kerajaan Negeri Kedah pimpinan PAS.

Tambahnya, sikap DAP dan KeADILan tentu berbeza jika kenaikan kuota itu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di bawah BN. Senario ini menunjukkan kedua parti dalam Pakatan Rakyat itu tidak konsisten membuat kritikan dan bersikap berat sebelah.

“Saya juga menyifatkan pemimpin KeADILan dan DAP menipu rakyat Kedah kerana membiarkan rakan parti komponen mereka melaksanakan polisi berat sebelah yang merugikan rakyat,” ujarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan Dato’ Ir. Phahrolrazi Zawawi menjelaskan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Dr. Cheah Soon Hai serta MCA dan Gerakan Kedah bahawa syarat pemilikan untuk Bumiputera dinaikkan sehingga 70 peratus adalah tidak benar sama sekali.

“Polisi asal kekal,” tegasnya. “Apa yang sebenarnya berlaku ialah terdapat syarikat pemaju membuat permohonan kepada saya untuk menjual 30 peratus kepada bukan Bumiputera, syarat yang dibuat adalah atas permintaan pemaju tersebut sendiri, itu yang kita luluskan.”

Isu kuota perumahan 50-50 adalah satu-satunya isu yang dimainkan secara konsisten oleh MCA dan Gerakan di negeri kedah.

Keputusan menaikkan kuota perumahan untuk Bumiputera daripada 30 peratus kepada 50 peratus bagi tanah-tanah Simpanan Melayu yang ditukarganti (swapping) dibuat serta diputuskan dalam mesyuarat Exco.

Exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal masyarakat Cina ketika itu ialah Tan Wei Su (KeADILan Bakar Arang) yang sekarang sudah menjadi ADUN bebas. Kelemahan Tan sebagai Exco ialah dia tidak begitu memahami apa juga isu yang ‘berat-berat’ terutama melibatkan fakta dan angka. Kadang-kadang dia keluar dari bilik mesyuarat hanya untuk merokok. Sudahlah tidak faham, banyak perkara pula yang dia terlepas dari mengikuti.

Apabila isu kuota perumahan 50-50 ini dimainkan oleh Gerakan dan MCA (dari perspektif perkauman) di peringkat awal kelulusan dulu, Tan yang termanggu-manggu apabila diserang, lalu terikut dengan rentak pembangkang. Dalam waktu yang sama, dia tidak dapat menjawab soalan, “Mengapa YB tak lawan dalam mesyuarat Exco?”. Agak kelakar untuk menjelaskan, bagaimana dia nak lawan, faham pun tidak.

Dato’ Ir. Phahrolrazi menjelaskan bahawa tanah Simpanan Melayu yang diswapping cuma sekitar 15 peratus dari tanah perumahan yang akan dimajukan.

“Kira-kira 70 peratus lagi adalah berstatus milikan bebas (free hold) di mana kuota untuk Bumiputera hanya 30 peratus, bermakna bukan Bumiputera boleh membeli sehingga 70 peratus.

“Memandangkan bukan Bumiputera hanya merupakan 22.6 peratus dari penduduk Kedah, dari jumlah itu Cina adalah 14 peratus; maka mereka tiada masalah langsung untuk membeli rumah di negeri kedah, kerana peluang untuk mereka memiliki rumah sangatlah besar,” katanya.

Timbul pula persoalan mengapa kuota Melayu untuk tanah Simpanan Melayu yang ditukarganti itu sehingga 50 peratus sedangkan di zaman BN dulu cuma 30 peratus?

“Kerana tanah yang ditukarganti itu dibuat berdasarkan keluasan semata-mata, bukannya berdasarkan nilai tanah,” terang Phahrolrazi.
Maksudnya begini; apabila pemaju mahu menukar status tanah Simpanan Melayu di pinggir Bandaraya Alor Setar (contohnya) untuk dijadikan free hold, pemaju perlu mencari tanah ganti dengan keluasan yang sama. Pasti pemaju akan mencari tanah yang nilainya lebih murah untuk swapping, asalkan keluasannya sama. Maka berlaku susutan nilai terhadap tanah Simpanan Melayu. Jadi adillah, jika susutan nilai itu ditampung oleh kenaikan lagi 20 peratus dalam kuota pemilikan rumah bagi tanah Simpanan Melayu yang diswapping.

Isu kuota perumahan 50-50 ini bukan isu besar bagi bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina. Orang Cina tiada masalah untuk beli rumah di Kedah. Belilah seberapa banyak pun asalkan ada duit.

Ia menjadi besar kerana diputarbelit oleh Gerakan dan MCA yang rasis macam Umno. Tunggulah sehingga pilihanraya umum ke 13 nanti, di mana kita akan menyaksikan semua parti-parti rasis ini akan dihumban ke laut oleh rakyat. Rakyat dak muak dengan sentimen perkauman yang tak habis-habiskan ditiup oleh parti-parti komponen BN.

Sunday, October 17, 2010

Saturday, October 16, 2010

gaji minimum mengikut pandangan islam -kp-


Pengertian Barat:-

Upah merupakan sesuatu yang berkait dengan pemberian imbalan kepada pekerja tidak tetap, atau tenaga buruh lepas, secara mudahnya konsep upah ini banyak diadaptasikan di dalam upah buruh lepas di dalam buruh pertanian, buruh binaan yang dibayar mingguan atau bahkan harian.

Gaji menurut kaca mata Barat pula adalah sesuatu yang berkait dengan finansi ataupun transaksi wang yang diterima oleh pekerja tetap dan dibayarkan sebulan sekali. Tuntasnya, konsep upah dan gaji ini diklasifikasikan oleh Barat mengikut jenis pekerjaan itu samada tetap ataupun tidak dan juga cara pembayarannya samada secara bulanan ataupun harian/mingguan.

Pengertian Islam

105. dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan".

Dr. Quraish Shihab menulis di dalam tafsirnya[1]


“Bekerjalah kamu kerana Allah semata dengan pelbagai amal yang soleh dan bermanfaat, baik untuk diri kamu mahupun untuk masyarakat umum, maka Allah akan melihat yakni menilai dan memberi ganjaran amal kamu itu”


Tafsir dari perkataan melihat dalam terjemahan ayat di atas adalah menilai dan memberi ganjaran terhadap amal-amal itu. Kata erti bagi ganjaran di dalam Islam adalah imbalan atau upah atau pampasan.

97. sesiapa Yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan.


Surah al-Nahl : 97


Tafsiran لنحزينهم adalah balasan di dunia dan di akhirat. Ayat ini menegaskan bahawa balasan atau imbalan buat mereka yang beramal soleh adalah imbalan (balasan) dunia dan juga di akhirat kelak. Amalan Soleh yang didefinisikan oleh Syeikh Muhammad Abduh adalah sebagai segala perbuatan yang berguna untuk peribadi, keluarga, kelompok dan manusia secara keseluruhan.

Sementara menurut Imam al-Zamakhsari, amal Soleh adalah segala perbuatan yang sesuai dengan dalil akal, al-Qur’an dan atau Sunnah Nabi Muhammad Saw. Menurut pendefinisian Sheikh Muhammad Abduh dan Imam al Zamakhsari diatas, maka seorang yang bekerja dalam satu-satu perusahaan, syarikat dapat dikategorikan sebagai amal saleh, dengan syarat perusahaannya tidak memproduksi/menjual atau mengusahakan barang-barang yang haram. Dengan demikian, maka seorang pekerja yang bekerja dengan benar, akan menerima dua balasan, iaitu balasan di dunia dan balasan di akhirat.

Konklusinya, di dalam Islam sebutan “ Upah dan Gaji “ itu tidak dibezakan kerana kedua-duanya merupakan imbalan (balasan) dari kerja yang dihasilkan oleh pekerja.


Tahap gaji Minimum di dalam Islam


Etika kerja dalam Islam mengharuskan bahwasanya gaji dan bayaran serta spesifikasi dari sebuah pekerjaan yang akan dikerjakan hendaknya jelas disetujui pada saat mengadakan kesepakatan awal. Ini juga mengharuskan bahwa gaji yang telah ditentukan, dan juga bayaran-bayaran yang lain hendaknya dibayarkan pada saat pekerjaan itu telah selesai tanpa ada sedikit pun penundaan dan pengurangan. Al Quran mengakui adanya perbedaan di antara pekerja atas adar kualitas dan kuantitas kerja yang dilakukan . Ini memberikan bukti bahwa gaji yang didapat oleh para pekerja tidak harus sama dan rata seperti firman Allah swt di dalam surah al-Ahqaf ayat 19

19. dan bagi mereka masing-masing (dari puak jin dan manusia - Yang berbuat baik dan Yang berbuat jahat) disediakan berbagai peringkat (balasan) Yang sesuai Dengan apa Yang mereka telah kerjakan, dan (Ketetapan Yang demikian ialah) supaya Allah menyempurnakan bagi mereka balasan amal-amal mereka, sedang mereka tidak dirugikan (sedikitpun).


Dalam hal ini al-Mubarak menyatakan bahwa pemberian gaji yang sama atas sebuah pekerjaan yang berbeda dan variatif adalah bentuk kezaliman. Islam telah menetapkan hukum untuk perlindungan hak-hak dan kewajiban mutualistik ( yang saling terikat ) antara para pekerja dan yang mempekerjakan.

Institusi Hisbah menunjukkan pada kita bahawa aturan-aturan hukum itu telah dipraktikkan dalam kata dan makna. Dimana tujuan hisbah itu sendiri adalah untuk membanteras kezaliman, eksploitas dan korupsi. Manakala kontrak kesepakatan yang berdasarkan suka sama suka antara orang yang mempekerjakan harus berlaku adil dan jujur dalam membayar gaji pekerja, sebagaimana para pekerja juga memiliki kewajiban untuk melakukan pekerjaannya dengan cara yang benar dan efisien.


Seseorang yang bekerja untuk orang lain, baik perusahaan ataupun institusi, telah Allah perintahkan untuk melakukan pekerjaannya dengan cara yang efisien dan sebaik mungkin. Pekerjaan yang diberikan seorang pada dirinya adalah sebagai amanah, penerimaan kerja itu hendaknya dilakukan dengan cara yang amanah dan kemudian dia harus memenuhi amanah itu dengan sebaik-baiknya.

Secara khususnya, Islam tidak membahaskan dengan terperinci mengenai tahap minimum bagi gaji atau upah seseorang pekerja oleh majikan mereka. Ini kerana matawang itu berubah mengikut peredaran zaman dan keperluan dan kehendak juga berubah mengikut zaman. Dasar kapitalis yang menjadi nadi utama dunia sekarang adalah bukti bahawa keperluan dan kehendak seseorang itu berubah nilainya dari semasa ke semasa.

Walaupun Islam tidak membahaskan perkara ini secara jelas, akan tetapi Islam cukup jelas menyatakan hukum-hakam yang berkaitan di antara manusia sesama manusia. Apatah lagi perkara yang melibatkan dengan transaksi wang di antara manusia sesama manusia. Sehinggakan Nabi saw pernah bersabda di dalam masalah yang berkait dengan gaji ini di dalam sabda Baginda saw yang bermaksud

Berikanlah gaji kepada pekerja sebelum kering keringatnya, dan beritahukan ketentuan gajinya, terhadap apa yang dikerjakan”

(Hadith riwayat Imam al-Baihaqi)

Berikutan ini, Islam mengajarkan kepada penganutnya untuk bersifat adil di dalam segala hal yang berkaitan dengan aqad terutama yang melibatkan transaksi di antara manusia sesama manusia yang lain. Allah swt meningatkan kepada umat Muhammad saw untuk melaksanakan kontrak perjanjian yang telah dimeterai. Hal ini Allah swt ingatkan di dalam Surah al-Maidah ayat 1

Wahai orang-orang Yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.

Islam tidak membiarkan upah berada dibawah tingkat minimum yang ditetapkan berdasarkan keperluan asas kelompok pekerja yang tertentu, tetapi islam juga tidak membiarkan adanya kenaikan upah melebihi tingkat tertentu yang ditentukan berdasarkan sumbangannya terhadap produksi.

Kondisi ekonomi yang berubah mengakibatkan perubahan dalam hal penjualan dan tentunya akan mengakibatkan perubahan dalam hal pendapatan termasuk diantaranya pekerja. Secara sunnatullah setiap manusia memiliki keperluan asas yang mesti dipenuhi dan hal ini telah dijelaskan oleh Allah swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 233

“..dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf”.

Dalam ayat tesebut dikatakan bahwa kewajiban ayah adalah makan dan pakaian. Hal ini bukan berarti ayah tidak memiliki kewajiban lainnya, namun konteks tersebut mengacu pada hal yang minimal. Jika ayah adalah seorang pekerja yang mendapatkan upah/gaji, maka dapat disimpulkan bahwa upah/gaji tersebut haruslah memenuhi keperluan asas iaitu makan, minum dan pakaian, juga perumahan. Hal yang sama juga Allah swt tegaskan di dalam Surah An-Nisaa ayat 5.

5. dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang Yang belum sempurna akalnya akan harta (Mereka Yang ada Dalam jagaan) kamu, (harta) Yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka Dengan kata-kata Yang baik.

Berdasarkan ayat al-Quran di atas dan hadith sebelum ini, merupakan satu garis pandu dalam melaksanakan keadilan di dalam aqad itu adalah kejelasan aqad yang dimeterai. Lihat sahaja bagaimana nilai keadilan ini dinilai pentingkan oleh Allah swt tatkala mana Allah swt menjelaskan hukum berkaitan dengan hutang di dalam Surah al-Baqarah ayat 282

Jadi, imbalan antara pekerja dan pengusaha atau majikan sepatutnya disertai dengan satu kontrak / aqad yang jelas di antara dua pihak.

Sistem penetapan gaji di dalam Kerajaan Malaysia seharusnya mempunyai penetapan yang tertentu berdasarkan kerja dan gerak kerja berdasarkan kelulusan masing-masing. Hal ini telah dilakukan dengan meletakkan satu garis pandu nilai minimum gaji melalui tahap persijilan yang ada pada pekerja. Jadi mengapa tidak had minimum garis pandu dikaji semula oleh Kerajaan kerana sebab-sebab utama yang telah disenaraikan di atas.

Islam tidak pernah mengabaikan kebajikan yang perlu diutamakan kepada pekerja-pekerja yang bekerja di bawah satu-satu pengusaha. Bahkan mereka-mereka ini sepatutnya di bawah jaminan majikan mereka dari sudut kebajikan dan sebagainya. Nabi saw pernah bersabda :

“Mereka (para budak dan pelayanmu) adalah saudaramu, Allah menempatkan mereka di bawah asuhanmu; sehingga barang siapa mempunyai saudara di bawah asuhannya maka harus diberinya makan seperti apa yang dimakannya (sendiri) dan memberi pakaian seperti apa yang dipakainya (sendiri); dan tidak membebankan pada mereka dengan tugas yang sangat berat, dan jika kamu membebankannya dengan tugas seperti itu, maka hendaklah membantu mereka (mengerjakannya).”[2]

Ini adalah jaminan Islam buat pekerja yang makan gaji di bawah seliaan majikan masing-masing. Perkara yang perlu diperhati oleh kerajaan sepatutnya adalah lebih besar mengenai pekerja-pekerja yang menerima upah atau gaji dari majikan mereka. Adapun tahap minimum bagi Tuntutan Minimum Gaji pekerja Malaysia ini adalah kerana bertujuan supaya kebajikan pekerja itu terjamin dengan kewangan (upah/gaji) yang boleh menampung pembiayaan keperluan mereka.
Pandangan saya , walaupun Islam tidak membahas secara jelas mengenai gaji minima atau had gaji minima ini, tetapi Islam tidaklah meninggalkan hak sepatutnya yang diberikan kepada pekerja-pekerja yang makan gaji ini. Contohnya melalui lisan Nabi saw di dalam al-Hadith

Siapa yang menjadi pekerja bagi kita, hendaklah ia mencarikan isteri (untuknya); seorang pembantu bila tidak memilikinya, hendaklah ia mencarikannya untuk pembantunya. Bila ia tidak mempunyai tempat tinggal, hendaklah ia mencarikan tempat tinggal. Abu Bakar mengatakan: Diberitakan kepadaku bahwa Nabi Muhammad Saw. bersabda: “Siapa yang mengambil sikap selain itu, maka ia adalah seorang yang keterlaluan atau pencuri.” [3]
Jadi sekiranya pekerja yang diberi gaji walaupun dengan RM 900.00 dengan nilai pada tahun 2010 dan kebajikan seperti tempat tinggal dan segala keperluan hariannya ataupun keluarganya disediakan itu sebenarnya sudah mencukupi walaupun kadar tuntutan gaji minimum yang dibuat adalah dengan nilai RM 1200.00.

Kesimpulan saya, tuntutan terhadap gaji minima ini tiadalah hukum yang khusus mengatakan ianya wajib secara qoth’ie cumanya sememangnya yang ada dan menjadi kewajipan majikan adalah memastikan kebajikan pekerjanya dijamin dan paling tidak keperluan asasnya.

Oleh itu, gaji yang diberi mestilah tidak kurang daripada had keperluan asasinya dan tidak pula melampaui kadar usaha terhadap produksi. Analoginya mudah apabila kini kerajaan mengisytiharkan rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM 1000 berada di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan.

Jadi majikan seharusnya meningkatkan gaji ke tahap yang paling minima iaitu pada tahap gaji yang membolehkan pekerjanya melansungkan survival hidup dengan kelayakannya. Maksima gaji juga perlu diletakkan supaya pembayaran gaji dilakukan mengikut bidang tugas dan kelayakkan masing-masing yang menyumbang kepada produksi syarikat.

Rasional tuntutan minima gaji pekerja pada pandangan saya adalah :

  • Memastikan kelansungan hidup pekerja terjamin dengan gaji minima mengikut kondusi ekonomi yang berlaku di Malaysia sekarang

  • Menyedarkan kepada majikan yang sikapnya “mahukan mutu kerja yang professional tetapi dengan bayaran seperti seorang jaga” untuk mengambil berat kehidupan dan kebajikan pekerja di bawahnya.

  • Tuntutan gaji minima ini seharusnya dipandang positif kerana masih berlaku di Malaysia majikan yang memikirkan diri sendiri tanpa melihat kesusahan pekerjanya yang gigih memajukan syarikatnya. Akan tetapi, sebagai imbalan, pekerja tersebut hanya menerima sejumlah gaji yang tidak dapat menampung keperluan bulanan dia dan keluarganya.

Friday, October 15, 2010

pemuda pas/mahasiswa bantah konsert penyanyi gay

Dipetik dari harakahdaily.net

Peserta XPDC dakwah membantah konsert artis Gay, Adam Lambert, malam tadi berjaya melepasi halangan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk berkumpul di hadapan perkarangan Stadium Putra Bukit Jalil.

Peserta berkumpul beramai-ramai sambil melaungkan "Tolak Adam Lambert" dan "tolak homoseksual" di samping mengedarkan risalah kesedaran yang mendedahkan kehidupan gay Adam Lambert.

Wakil mahasiswa, yang dihantar meninjau di dalam stadium melaporkan bahawa suasana sangat teruk sehingga ada yang pengsan kerana sesak nafas.

Peminat-peminat juga berkelakuan sangat teruk umpama diserang histeria.

Pakaian juga terlalu menjolok mata terutamanya penari-penari.

Nasrudin Hasan yang mengetuai peserta pada malam tadi berkata, konsert itu sangat bertentangan dengan nilai-nilai hidup Melayu dan Islam kerana umum mengetahui budaya gay yang dibawa oleh Adam Lambert.

"Selain mempromosi muzik, beliau turut mempromosi budaya gay, budaya yang bertentangan dengan gaya hidup oleh fitrah manusia.

"Kita tak mahu negara menghadapi kehancuran disebabkan konsert ,"

Menurut beliau, DPPP tidak menolak hiburan tetapi biarlah hiburan itu membina dan tidak melalaikan.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar yang turut hadir mengecam kerajaan kerana memberi kebenaran konsert Adam Lambert diadakan di negara ini.

"Di parlimen kerajaan berbahas dan bercakap soal keruntuhan moral (tetapi) pada masa yang sama memberi kebenaran kepada punca keruntuhan moral.

"Pemimpin negara mesti bertanggungjawab jika konsert malam ini mengahasilkan artis yang seperti ini (Adam Lambert),"

Peserta XPDC turut memijak dan mengoyak poster artis American Idol itu sebagai simbolik bantahan penganjuran konsert berkenaan.

Peserta mula beredar kira-kira jam 10.30 malam.

Sebelum itu, lebih 200 anggota Pemuda PAS dan mahasiswa menyertai ekspedisi dakwah membantah konsert penyanyi homoseksual Amerika itu.

Nasrudin Hassan mengetuai solat hajat selepas solat Maghrib.

Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada para peserta yang menyertai ekspedisi tersebut sebelum bergerak ke stadium kira-kira jam 7.30 malam.

Monday, October 11, 2010

UMNO kapal yang sedang `ROSAK` -KU LI-


(Artikel daripada Tengku Razaleigh Hamzah, menarik untuk dibaca)

Petikan ucapan Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Kelantan, Semasa Merasmikan Persidangan Perwakilan Khas UMNO Bahagian Gua Musang, Bertempat Di Balai Rakyat, Bukit Cekati, Gua Musang Pada Hari Jumaat 4hb April, 2008, bersamaan 27hb Rabiulawal, 1429 Jam 10.00 pagi


"
Masalah UMNO bukan masalah beberapa orang yang berkepentingan sahaja, tetapi masalah bersama semua ahli UMNO. UMNO bukan kelab golongan elit, golongan hartawan dan peniaga, kelab ‘eksklusif’. UMNO ialah parti politik kebangsaan Melayu. Tugasnya bukan untuk menjaga periuk nasi anggota atasannya tetapi untuk memperjuang, menegakkan, dan memperkukuh tiga tiang kekuatan bangsa Melayu, yang saya sebut tiang Alif, Ba, Ta: Alif bererti Agama, Ba bererti Bahasa, Budaya dan Bangsa, dan Ta bererti ‘Tanah Air’.

Apabila UMNO tidak lagi mempedulikan perjuangan Alif, Ba, Ta ini, yang merupakan perjuangan Melayu yang asas, yang fundamental, alamat UMNO akan kehilangan pedoman dan petunjuk daripada Allah dan akan ditinggalkan oleh bangsa Melayu.


Masalah kita sekarang ialah, bagaimanakah anggota UMNO sebahagian besarnya tidak akan lari meninggalkan kapal yang sedang rosak dan bila-bila masa boleh tenggelam kerana nakhodanya lemah, dan seringkali meninggalkan kemudi atau menyerahkannya kepada anak-anak kapalnya."



akta kampung perlu diwujudkan -naib presiden-


PAS mahu satu akta khusus mengenai kampung tradisi khususnya di Kuala Lumpur dan di bandar-bandar besar lain diwujudkan bagi mengelakkan kampung-kampung ini hilang ditelan pembangunan dan pemodenan.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, ahli Parlimen PAS akan membawa isu itu untuk dibahaskan di persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula hari ini.

"Sudah sampai masanya ada satu akta khusus untuk kampung warisan yang kita boleh kenali sebagai akta kampung warisan atau kampung tradisi dan perlu kepada suatu jaminan kewujudan mereka supaya tidak tertinggal atau hapus oleh cabaran zaman," kata beliau yang ditemui di majlis pengisytiharan kampung-kampung tradisi Melayu sebagai Kampung Warisan, dekat sini, semalam.

Majlis pengisytiharan itu dianjurkan oleh Muafakat Kampung-kampung Tradisional (Muafakat) sempena sambutan dirgahayu 150 tahun Kampung Bandar Dalam, Kuala Lumpur.

Kampung Bandar Dalam merupakan salah satu kampung daripada tujuh kampung yang terbabit untuk diambil alih kerajaan melalui Draf KL2020.

Salahudin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian juga berkata, kerajaan harus bertanggungjawab mewujudkan akta kampung tradisi kerana ianya merupakan peninggalan golongan terdahulu yang telah bersusah payah meneroka bandar kepada generasi akan datang.

"Kerajaan harus lebih bertanggungjawab untuk mewujudkan akta ini untuk kepentingan generasi masa depan.

"Ia perlu kepada satu bentuk akta yang perlu kita suarakan di Parlimen akan datang iaitu akta yang lebih menyeluruh supaya kampung-kampung ini dapat kita pertahankan atas nama penjagaan warisan yang sangat tinggi nilainya kepada pemikiran dan budaya bangsa," katanya.

Beliau juga bimbang kampung-kampung ini akan digunakan golongan kapitalis untuk kepentingan mereka.

"Saya cukup bimbang kampung-kampung ini akan menjadi mangsa kepada golongan kapitalis yang memang melihat tentang peluang perniagaan atau tanah-tanah yang begitu mahal harganya hari ini.

"Kita bimbang dengan tawaran yang lumayan satu demi satu kampung ini hilang dari peta Kuala Lumpur. Ini bukan sahaja berlaku di Kuala Lumpur tapi juga berlaku di bandar-bandar besar seperti di Johor Baharu, Ipoh dan Alor Setar," katanya lagi.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas majlis pengisytiharan itu, Pengerusi Muafakat, Ishak Surin berkata, pihaknya dan penduduk kampung membuat keputusan untuk mengisytiharkan kampung mereka sebagai kampung warisan kerana segala tindakan terhadap pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kerajaan tidak mendapat perhatian.

"Sebelum ini, pelbagai langkah dan usaha telah kita lakukan termasuk mengadakan dialog dan menghantar memorandum kepada pihak terbabit namun tidak dihiraukan mereka," kata beliau yang juga ketua kampung Bandar Dalam.

Muafakat juga tegasnya tidak akan berganjak daripada mempertahankan kampung-kampung mereka kerana tidak ada sebarang surat hitam putih daripada DBKL untuk mendraf kampung tersebut sebaliknya hanya menaburkan janji kepada penduduk.

Dalam majlis itu juga, buku 'Sejarah 150 Tahun Kampung Bandar Dalam' turut dilancarkan oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

Pelbagai acara menarik berlangsung antaranya deklamasi puisi oleh A. Samad Said, karyawan Pyan Habib, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dari Rusia, Dr. Peter Porgade dan kumpulan anak-anak Kampung Bandar Dalam yang dipimpin oleh Prof. Dr. Siti Zainon Ismail.

Model-model kampung warisan hasil rekaan pelajar fakulti seni bina UIA turut dipamerkan dan dijangka akan direalisasikan setelah mendapat persetujuan kerajaan.

Wednesday, October 06, 2010

dppk bersetuju pas perak lancar baitul muslim untuk mencegah gejala sosial



Dewan pemuda pas kawasan teluk intan amat bersetuju dengan perlancaran yang dilakukan oleh pas perak baru-baru ini, dppk berharap perlancaran kali ini mendapat sambutan terutama dikalangan ahli khususnya pemuda pas itu sendiri.

ketua dewan pemuda pas kawasan teluk intan merangkap ketua lujnah tarbiah pemuda pas perak mencadangkan bukan sahaja di mainkan di peringkat negeri tetapi ia turut di perjelaskan di peringkat kawasan kerana ada ahli-ahli yang kurang jelas akan peranan baitul muslim malah ada juga dikalangan mereka yang sanggup membiarkan anak mereka bergaul secara bebas malah takut untuk menjadikan anak-anak perempuan mereka isteri kepada pemuda-pemuda pas.

sebagai pimpinan pemuda di peringkat kawasan dan negeri, saya merasakan amat lah sesuai perkara ini di laksanakan dan biarlah kita sebagai parti islam memulakan langkah bijak dan menyelesaikan masalah dan gejala yang melanda negara kita malah ahli pas menjadi contoh tauladan kerana sesuai dengan landasan yang kita ikuti iaitu sunnah nabi saw.



PAS Perak melalui Lajnah Kebajikan telah melancarkan penubuhan Unit Baitul Muslim Wal Mawaddah baru-baru ini. Pelancaran telah disempurnakan oleh Al Fadhil Pesurujaya PAS negeri Perak di Markaz PAS Air Kuning sempena program Liqa' Fikri.

Unit ini ditubuhkan dengan tujuan membantu ahli-ahli PAS mencari jodoh yang soleh dan solehah, membantu membentuk keluarga muslim yang sakinah, membantu menyelesaikan permasalahan keluarga dan sebagainya.

Dengan adanya unit ini diharap tidak ada lagi ahli PAS yang membujang sampai ke tua, tidak lagi berlaku permasalahan keluarga sehingga bercerai berai dan tidal wujud suasana keluarga yang tidak bahagia dan sakinah. Ahli-ahli PAS juga orang ramai bolehlah menghubungi sekretariat Unit Baitul Muslin sekirannya pemasalahan mereka mahu dibantu.