Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH

Saturday, October 30, 2010

penyokong kelantan diminta beretika -kp kelantan-


Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman mengingatkan 200 penyokong bola sepak Kelantan dari Dun Galas yang akan ke Bukit Jalil supaya menjaga disiplin sebagai seorang penyokong yang berhemah.

para penyokong seharusnya menjaga kewajipan sebagai seorang Islam sebagaimana tuntutan agama.

"Islam tidak menghalang umatnya menyertai apa-apa aktiviti termasuklah bermain atau menonton apa jua bentuk permainan sukan termasuk bola sepak asalkan ia tidak bercanggah dengan norma-norma agama.

"Sebab itu kerajaan PAS sentiasa menyokong aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat kepada semua ummah. Cuma satu perkara yang perlu kita jaga ialah, elakkan diri daripada keghairahan yang melampau sehingga menyebabkan kita lalai terhadap kewajipan kita sebagai umat Islam,"

Beliau berkata demikian ketika melakukan pelepasan konvoi lima buah bas membawa 200 penyokong bola sepak Kelantan ke Stadium Nasional Bukit Jalil pagi tadi, untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan.

Hadir sama calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed serta barisan kepimpinan Pemuda PAS negeri.

Abdul Latiff mengharapkan Kelantan dapat mencipta sejarah menerusi aksi perlawanan akhir yang akan berlangsung malam ini untuk menjulang juara piala Malaysia yang sememangnya menjadi idaman rakyat Kelantan.

"Insya Allah kita akan bertemu dengan dua kemenangan selepas ini. Satu, menang Piala Malaysia. Kedua menang Pilihan Raya Kecil di Galas.

"Jadi, hari kita pergi dengan memakai baju merah sebagai tanda sokongan kepada skuad bola sepak kita, insya Allah pulang nanti dengan memakai baju hijau,"

Beliau turut mengingatkan para penyokong yang mengikuti rombongan tersebut agar selain pergi dengan semangat kesukanan tetapi tidak lupa untuk menjaga sembahyang sebagai ibadat fardhu.

Pemuda akan menempatkan seorang wakilnya sebagai ketua pada setiap buah bas yang membawa rombongan bagi menjaga segala keperluan yang berkaitan.

"Wakil Pemuda ini akan menyusun segala perisian yang perlu kepada penyokong seperti menjaga waktu sembahyang dan tazkirah semasa dalam perjalanan,"

ucapan ringkas Dr Zulkefli berpesan kepada para penyokong supaya menjaga akhlak diri ketika menyaksikan perlawanan akhir yang dilihat agak sengit ini.

"Jaga disiplin. Jaga nama baik negeri kita, negeri Kelantan. Saya doakan selamat pergi dan selamat kembali untuk meneruskan perjuangan bagi memastikan pilihan raya kecil Galas menjadi milik kita,"