Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Thursday, April 29, 2010

mb pilihan rakyat datang ke program budaya india di teluk intan

28/04/2010(rabu)
10.00 pagi
bermula dengan yb dari pr berkumpul di gulam rasul teluk intan
kemudian bergerak ke destinasi untuk mensantuni kaum india dan mendekati budaya mereka.



sambil menunggu ds sampai sempat lagi memberi kenyataan.









bergambar kenang-kenangan di belakangi menara condong.





tutut hadir yb monogaran mp teluk intan



ds mensatuni kaum muda




yb anuar sudin sedang bermesra dengan rakyat




ds sedang mendukung seorang kanak-kanak



semua adun2 dari pr memberi kan minuman kepada pengunjung.





datuk nge ko ham sedang memberi ucapan kepada yang hadir dan diikuti mb pihan rakyat perak.





ds nizar mb pilhan rakyat sedang memberi ucapan di hadapan kaum india.




ds nizar dan adun2 yang lain sedang diberi pakai kain kebesaran di kepala masing-masing.



setelah dipakaikan kebesaran dikepala yb adun2 pakatan rakyat untuk memberi perhatian kepada yang melihat.




ds nizar jamaluddin sedang bermain dengan seorang kanak-kanak




yb anuar sudin adun n56 cangkat jong




khemah dap/pr teluk intan




di khemah dap semua yb dari pr memberikan bungkusan makanan




pemberita sedang bertanya perihal prk hulu selangor

Wednesday, April 28, 2010

CERAMAH ISU SEMASA 26.04.2010

CERAMAH ISU SEMASA BERTEMPAT DI PERKARANGAN MARKAZ PAS KAWASAN TELUK INTAN BERJALAN LANCAR.
DI MULAKAN DENGAN YB ANUAR SUDIN DAN DUA LAGI PENCERAMAH JEMPUTAN.
BANYAK INPUT2 YANG DIBERIKAN YANG TIDAK DIBERITAHU OLEH MEDIA SEMASA.
PERLUNYA CERAMAH UNTUK MEMKABARKAN APA YANG KURANG JELAS DARI KAMI PEMBANGKANG KHUSUSNYA PAS
AGAR RAKYAT TIDAK DITIPU LAGI.





KENYATAAN YB ANUAR SUDIN KETIKA UCAPAN BELIAU.
Saya dimasukkan ke wad Hospital Teluk Intan selama 6 hari kerana jangkitan kuman dalam air kencing. Tetapi laporan akhbar milik BN menyatakan bahawa YB kena jangkitan kuman paru-paru yang kritikal. Inilah bentuk laporan media yang amat tidak tepat yang dikuasai oleh kerajaan BN. Demikian kata-kata YB ADUN Changkat Jong semasa menyampaikan ucapan. Seterusnya YB menyebut bagaimana pemimpin Umno Bahagian memfitnah beliau dengan mengatakan beliau tidak masuk kampung tetapi tinggal di Ipoh dan bina rumah besar di Ipoh. Inilah kerja jahat pemimpin Umno.




antara mereka pimpinan yang turut hadir.
(kelihatan ydp pas kawasan teluk intan, pengerusi himpunan penyokong pas dan pengarah pihanraya pas kawasan)




penceramah pertama (nazri din) pengarah pilihanraya negeri pemuda negeri perak.
beliau yang juga merupakan calon kubu gajah yang bertanding melawan yb raja ahmad zainuddin tewas kerana talian hayat beliau adalah kebanyakan ladang-ladang dan felda-felda.
kerana dun kubu gajah ini tidak lah sejauh mana dengan dun hulu bernam yang menjadi talian hayat kepada bn dalam prk hulu selangor, malah beliau menyatakan cukup mudah kaum felda ini ditipu oleh umno/bn dalam mana-mana pilihanraya.
saya cukup kesian melihat mereka, setiap kali pilihanraya mereka dijanjikan dengan pelbagai janji malah mereka merasa terdesak dengan janji lalu memberikan nya kepada bn malah ada di kawasan saya mereka yang duduk dirumah yang berdindingkan buloh dan ada yang masih beratapkan nipah, tuan2 dan puan2 dialu-alukan untuk kesana melihat sendiri keadaanya.
mereka umno/bn tidak pernah lagi dalam sejarah mereka membantu rakyat menggunakan duit mereka dan ada yang di antara mereka yang sanggup membiarkan rakyat mereka merasa miskin dan tidak mampu.
apabila pr perak memerintah perak dengan baik lalu mereka ganggu dan perkara yang tidak ada tiba-tiba jadi ada.
sekarang mereka katakan aman walupun banyak perkara yang mereka sembunyikan, jenayah kes rogol dan pelbgai perkara.
malah diantara yang kita rakyat perak tidak ketahui berkenaan pembalakan, balak yang sepatutnya di di jual secara tender ketika pr memerintah akhir dibuat secara kroni abis lah diteroka secara besar-besaran agar mereka dapat menggunakanya untuik diri mereka sendiri.





penceramah ke dua(ust azman shapawi) timb ketua pemuda pas pusat.
beliau banyak menyentuh peranan ketua atau pemimpin yang dipilih.
ada satu kisah dimana nabi sedang membaca kutbah lalu seorang badwi(orang kampung yang kurang ilimu pengetahuan) bertanya ya rasul bila kah akan datangnya kiamat, maka nabi ketika itu yang sedang kusyuk membaca kutbah meneruskan kutbah lalu setelah selesai segala urusan kemudian beliau bertanya siapa yang bertanya ketika aku sedang membaca kutbah itu tadi.
lalu badwi itu mengangkat tangan dan berkata aku lah ya rasul, lalu nabi menjawab apa yang kamu mahu???
aku mahu bertanya bilakah datngnya kiamat, agar aku boleh bersiap sedia diatas persiapan aku.
lalu nabi menjawap siapa kah yang kamu sayang maka menjawap badwi itu tadi maka aku akan paling sayang akan engkau ya rasul, barang sesiapa mengapa-apakan dikau aku lah yang akan mempertahankan lalu nabi menjawap engkau akan ditempatpatkan bersama-sama orang yang engkau ikuti.
banyak lagi kisah-kisah yang di ceritakan berkenaan pemimpin dan nilaian pemimpin bukan lah boleh dinilai dengan pembahagian harta benda yang sementara shaja malah merekalah yang akan menentukan kemana akan kita bawa diakhirat nanti, maka jikalau seorang pemimpin yang zalim kamu ikuti akan mendapat balasan seperti mana mereka dapat.
manakala pemimipin yang kamu ikuti itu adalah seorang yang soleh dan pegangan adalah al-quran dan sunnah kamu akan bersama-sama beliau ditempatkan bersama orang-orang soleh.





orang ramai yang hadir pada malam tersebut.




ust abd fatah awang selaku ketua pemuda teluk intan mempengerusikan majlis pada malam tersebut

Tuesday, April 27, 2010

kenangan hari mengundi di kg skc PRK HULU SENGOR

inilah pilhanraya malaysia!!!
rakyat perlu lihat...




umno/bn ketandusan pekerja, mereka terpaksa mengupah remaja-remaja yang belum cukup umur agar bersama mereka dalam pilihanraya untuk menunjukkan kekuatan.
(kebanyakan gambar diatas yang dikalangan mereka masih tidak boleh mengundi tetapi masih boleh melibatkan diri secara terang-terang dalam pilhanraya)
berjaya nya umno/bn agar pemantau pilihanraya yang bebas(mafrel) dihapuskan agar mereka terus bebas seperti ini.







siapa umno???
cuba tengok betul-betul.
nie lah umno, sanggup mengutuk bangsa dan seagama dengan mereka untuk mempertahankan kaum dan agama yang lain.
mereka kata pas menjadi boneka dap,
lihat gambar adakah mereka ini india???
mana akhlak seorang islam dan budaya melayu yang dilaungkan???




sb polis meminta agar semua penyokong pakatan tidak kutuk mengutuk,
siapa ada disana cukup terasa.
takut mereka dengan umno/bn???
naper tak tegur penyokong umno/bn???
kamu polis dibayar rakyat bukan umno/bn???
ikut peraturan dan laksanakan tugas masing-masing...




apa yang huru-hara nie???
apa yang membuat kan spr dan polis kelam kabut???
macam ada seseorang yang datang, siapa ya???
pengarah spr ker???



la rupanya mamat nie ka. naper ble plak kita bertanding pilihanraya mengikut arahan umno/bn?
apa guna ada spr kalau seorang menteri keluar arahan untuk spr bergerak.
petugas dari pakatan(pkr) menyatakan biar spr adil.
kita akui semua tempat lain tiada barong tetapi umno/bn tidak mematuhi peraturan dahulu.
tidak adil lah spr membutakan mata.
apabila kita membuka barong barulah mereka(spr) mengambil tindakan.
barulah nampak keadilan sikit.
nak wat camnea memang spr tak pernah bebas, mereka terus mengikut pimpinan umno/bn.
bukan kah hanya berkuasa spr.




santai ketua pemuda pas kaw teluk intan(ust abd fatah awang) bersama pemuda-pemuda lain pemuda teluk intan santai rehat dalam prk hulu selangor.




gambar kenangan bersama exco negeri selangor, iskandar abd samad(baju biru) dan ketua kampung tersebut(baju kuning).

Friday, April 23, 2010

NAK KATA POLIS TAK BOLEH TAPI NAK KATA SPR DIA NIE POLIS

apa dah jadi dengan kewibawaan undang-undang negara kita???
ikuti cerita yang berlaku di tempat bertugas kontinjen pas perak pada siang hari tadi...
tengok jangan tak tengok, baru korang tau.


nak kata polis, pakai baju spr.
nak kata spr, dia adalah polis.
bukankah itu adalah 2 perwatakan berbeza???



pegawai polis tersebut menyatakan bahawa baju itu adalah pengenalan bahawa ia bertugas bersama spr, abis apa guna kad petugas spr???
bukankah itu pengenalan yang menyatakan kamu bertugas bersama spr???
kenapa perlu pakai baju spr yang lebih penting kenapa perlu menjalankan tugas spr, sepatutnya anggota polis hanya mengawal keselamatan pegawai-pegawai spr bukan menjalankan tugas?




gambar diatas menunjukkan seorang petugas pemuda pas sedang menanyakan apa kah undang-undang yang membolehkan beliau sebagai anggota polis dibenarkan berbuat demikian hingga menyebabkan beliau dan semua beredar tanpa hujah yang tepat.

kisah ini bermula apabila pegawai-pegawai spr yang bertugas tidak menjalan kan tanggungjawap dengan adil, hingga menyebabkan salah seorang polis yang sepatutnya menjaga keamanan kemudiannya menyebelahi spr sedangkan ia menjaga keamanan.
baju rasmi anggota polis telah ditutup dengan baju spr???
apa dah jadi dengan negara kita.
bermula dengan tindkan spr menurunkan bendera-bendera pas disekitar upu skc sehingga lah kami mempersoalkan undang-undang yang dibawa.



ini lah kerja spr secara tradisi iaitu berat sebelah dalam menjalankan tugas,
gambar diatas seorang pegawai spr meminta agar tuan rumah tersebut menurunkan bendera pas.
mereka tidak tanya pun adakah itu rumah ataupun tempat petugas!!!
sebenarnya ini adalah rumah petugas muslimat apabila diberitahu baru lah pegawai tersebut memainkan isu agama.
` saya pun islam apabila diakhirat nanti mereka tak tanya najib atau hajia hadi ataupun anuar ibrahim yang ditanya adalah siapa saudara kamu, saya menjalankan tugas`
ujar beliau
malah petugas kita tidak berpuas hati kononnya pas hujah beliau untuk menurunkan bendera adalah kerana pas tidak bertanding tetapi buat pengetahuan spr, umno juga tidak bertanding `tetapi kenapa tarik berdera kami tapi bendera umno tidak diusik???

sehingga lah pergelutan ini berpanjangan dan kami menelefon pengarah pilihan raya negeri perak yang merupakan peguam
-sdr asmuni alwi-
beliau menyatakan tiada peruntukan undang-undang yang menyatakan demikian, sesiapa sahaja dibenarkan untuk mempamirkan bendera khususnya tempat persendirian ataupun kediaman.

dalam hal ini maka terbukti lah spr dan segala badan dalam negara ini masih tidak bersih...
jadi sekarang sesiapa pun boleh nilai apa yang media selalu nyatakan itu adakah betulnya???

Wednesday, April 21, 2010

KERAHKAN SELURUH TENAGA KE HULU SELANGOR



dipetik dari blog rasmi ketua pemuda pas pusat

1. Semua anggota pemuda PAS [ ahli dan pimpinan ] telah dikerah turun bertugas dan berjuang di P094 Hulu Selangor bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat [ Zaid Ibrahim ] mewakili Parti Keadilan Rakyat .

2. Atas semangat dan akhlak kita bertahaaluf siasi [ kerjasama politik ] , biarpun ia bukan calon dari parti kita sewajarnya kita bekerja dan membantu laksana ia dari parti kita sendiri . Justeru sekali - kali kita tidak boleh memberi ruang kepada Barisan Nasional mendekati jumlah 2/3 majoriti penguasaan mereka di parlimen .

3. Ia tidak hanya berpaksi kepada kepentingan politik lantaran politik hanya alat . Apa yang paling penting ialah perjuangan kita untuk menghalang UMNO dan BN berkuasa dan memperkukuhkan kuasa mereka di Parlimen.

4. Andai diberi peluang UMNO dan BN memperkukuhkan kuasa mereka di Parlimen kelak , ianya akan menjadikan mereka lebih angkuh dan sombong . Ia juga kelihatan seperti kita terus membenarkan segala penyelewengan , penyalahgunaan kuasa , rasuah dan 1001 mungkar Barisan Nasional yang sekian lama telah didedah serta dibongkar .

5. Turun ke medan pilihanraya atas tujuan menghalang kemaraan UMNO dan BN memperkukuhkan kuasa mereka di Parlimen adalah sebahagian dari perjuangan kita [ an nahyu a'nil mungkar ] dan ianya satu ibadah suci . Sungguhpun peribadi calon Pakatan Rakyat di P 094 teruk dipertikai oleh blogger - blogger yang pro Barisan Nasional , perlu disedari bahawa UMNOlah yang bertanggungjawab mengheret saudara Zaid Ibrahim terperangkap dalam situasi yang sedemikian seketika dulu .

6. Saya yakin dan percaya , andai Zaid Ibrahim sedari awal lagi tidak bersama dengan UMNO dan BN beliau tidak akan terjebak dalam situasi mungkar yang sedemikian rupa . Nyata UMNO dan BN tidak menawarkan penghayatan agama yang baik kepada anggota mereka . Kemungkaran itu hanya dilihat salah apabila individu terbabit bertindak keluar dari UMNO dan BN .

7. Kini Zaid Ibrahim bersama Pakatan Rakyat . Beliau mendekati Tok Guru dan sering menghadhiri pentas bersama dengan pimpinan PAS selain PKR dan DAP . Hasilnya , beliau kini dengan berani mengakui bahawa beliau telah memohon maaf [ ampun ] atau taubat kepada Allah swt . malah beliau juga tidak lagi mengulangi kesilapan lalu . Ertinya mudah - mudahan beliau telah menemui "jalan pulang" yang benar dan selamat .

8. Nabi saw pernah menyebut bahawa semua anak Adam berdosa dan sebaik - baik orang yang berdosa ialah orang yang bertaubat [ kesal dan tidak lagi mengulangi kesilapan lalu ] . Sementara pintu taubat belum ditutup , Allah swt senantiasa berbangga dengan hambaNya yang bertaubat . Justeru inilah calon pilihan terbaik berbanding UMNO dan BN yang jelas kelihatan terus mempertahankan kemungkaran yang mereka lakukan .

9. Seperkara yang utama perlu saya tegaskan di sini buat semua pemuda , setelah kita menyedari bahawa kita perlu menang dan kemenangan yang kita mahu capai bukan untuk memuaskan nafsu tamakkan pengaruh dan kuasa , sebaliknya kerana mahu melunaskan cita - cita suci menegakkan keadilan , kesaksamaan , kesejahteraan dan keharmonian serta memastikan syariat serta syiar Islam terpelihara dan mampu didaulatkan , maka :

1. bertugas dan berjuanglah dengan ikhlas dan tulus .
2. hubungkan diri dengan Allah seraya mengharap pertolonganNya
3. jaga akhlak dan etika berkempen justeru ia satu dakwah
4. tampilkan ketinggian budi dan ketulusan hati
5. jauhkan diri dari provokasi dan kawal emosi
6. fahami pilihanraya juga adalah sebuah perjuangan
7. bezalah diri dari penampilan dan pendekatan musuh
8. elakkan fitnah dan bercakap bohong
9. bertindak benar dalam tindakan dan perkataan
10. senantiasa bersedia dan mematuhi arahan pimpinan

10. Kemenangan adalah anugerah Allah swt. Pastikan hubungan kita dengan Allah swt erat dan rapat . Ianya adalah sebahagian pra syarat kemenangan yang wajib dipatuhi . Jangan pisahkan kerja - kerja pilihanraya dari tanggungjawab ubudiyyah kita kepada Allah swt. Jangan kerana sibuk dan leka berkempen sehingga terlupa waktu solat dan baca al mathurat . Manafaatkan semua ruang dan peluang untuk mendekati madu'u dan berikan maklumat yang benar lalu doakan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar jua . Elakkan diri daripada :

* pergaduhan dan mencetus keganasan [ provokasi ]
* caci maki dan sorak sorai yang tidak bermoral / akhlak
* menabur fitnah dan melakukan perbuatan khianat
* mengganggu ketenteraman awam dan meresahkan pengundi



hentikan rancangan SEX


Bagi membendung peningkatan kes jenayah seks, PAS mendesak kerajaan menghentikan penayangan rancangan televisyen dan filem yang berunsur seks (18SX) dan ganas (18SG) dihentikan.

"PAS tegas agar rancangan (yang dikategorikan sebagai) 18SX dan 18SG tidak lagi dibenarkan penayanganya dalam sebarang media di negara ini.

NONE"Ini semua penting sebagai langkah pencegahan di peringkat awal, di samping memberikan didikan dan pemahaman kepada rakyat tentang seriusnya peningkatan jenayah seks ini," kata ketua penerangannya Idris Ahmad.

Beliau berkata, pada masa ini terdapat begitu banyak rancangan dalam kategori kategori tersebut dipaparkan di kaca televisyen.

Idris membuat gesaan itu sebagai respons kepada jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang memberitahu parlimen, terdapat peningkatan 50 peratus jenayah seks di negara ini sejak 2005-2009.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris juga berkata, Kerajaan perlu mengakui bahawa sistem pencegahan jenayak seks yang diamalkan selama ini "mempunyai masalah".

"Walaupun banyak kempen dilakukan, namun itu semua dilihat seolah-olah tidak mendatangkan kesan. Pihak Kerajaan, termasuk kerajaan negeri perlu mencari jalan bagi mengatasi masalah ini secara bersama," katanya.

Idris menambah, teknologi semasa - seperti penyebaran klip video melalui MMS, VCD dan DVD lucah - yang disifatkannya sebagai "rangkaian media lucah" - yang terlalu banyak dalam pasaran turut menyumbang kepada peningkatan gejala negatif itu.

"Di sudut yang lain, PAS tetap melihat (hukum) hudud sebagai undang-undang terbaik yang perlu dimasukkan dalam enakmen syariah di semua negeri bagi memastikan wujudnya undang-undang yang lebih tegas, sesuai dengan kehendak Allah yang telah memberikan cara terbaik bagi manusia mengatasi jenayah tegar sebegini.

"PAS berharap kerajaan persekutuan melihat keperluan undang-undang ini dan memberikan sokongan kepada negeri-negeri di negara ini bagi menguatkuasakan undang-undang ini," katanya.

Monday, April 19, 2010

CERAMAH ISU SEMASA

CERAMAH ISU SEMASA
PRK HULU SELANGOR

BERSAMA:
1) NAZRI DIN
(PENGARAH PILIHANRAYA PEMUDA PAS NEGERI PERAK)


2) UST AZMAN SHAPAWI ABD RANI
(TIMB KETUA PEMUDA PAS PUSAT)


MARKAZ PAS KAWASAN TELUK INTAN
KAMPUNG PADANG TEMBAK


9.20 malam
26/04/2010(isnin)

hadirkan diri anda sebagai pendengar yang prihatin

Friday, April 16, 2010

himpunan bantah apco terus berada di malaysia.










wakil gamis perak turut membantah apco dari terus berada di malaysia. sebagai wakil kepada semua remaja dan mahasiswa bahawa membantah sekeras-keras perlantikan apco sebagai sebuah syarikat utama kerajaan.












wakil muslimat turut berucap menandakan marah terhadap tindakan pimpinan di negara ini kerana mendiamkan diri dalam isu membabitkan kerajaan zalim dunia yahudi.
turut diminta agar kerajaan pimpinan najib membawa keluar syarikat ini dari malaysia serta-merta.



ust norazli musa mewakili pas negeri perak berucap dan mengecam pemerintah negara bahawa kami rakyat muslim perak mengharamkan walaupun 1 sen diberikan kepada penindas umat islam palestin.
rakyat palestin yang ditindas tidak henti-henti oleh rejim zionis manakala kita umat islam di malaysia dengan pemerintahan umno/bn memberi sumbangan kepada kerajaan yahudi ini agar terus menindas rakyat palestin.



1 malaysia : 1 israil umno:zionis




balingan telur tanda marahnya terhadap zionis dan kerajaan yang memberi saham kepada mereka israil





wakil ngo perak berucap dan mengecam kerajaan umno/bn agar menghentikan segala perhubungan dengan apco wide






doa untuk allah memberkati himpunan dan allah laknat mereka yang menyokong penentang allah.




ketika balik semua yang hadir melanggar bendera 1 israil : 1 malaysia
tanda marah kepada kerajaan penindas dan yang bersekongkol dengannya.