Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Friday, April 23, 2010

NAK KATA POLIS TAK BOLEH TAPI NAK KATA SPR DIA NIE POLIS

apa dah jadi dengan kewibawaan undang-undang negara kita???
ikuti cerita yang berlaku di tempat bertugas kontinjen pas perak pada siang hari tadi...
tengok jangan tak tengok, baru korang tau.


nak kata polis, pakai baju spr.
nak kata spr, dia adalah polis.
bukankah itu adalah 2 perwatakan berbeza???



pegawai polis tersebut menyatakan bahawa baju itu adalah pengenalan bahawa ia bertugas bersama spr, abis apa guna kad petugas spr???
bukankah itu pengenalan yang menyatakan kamu bertugas bersama spr???
kenapa perlu pakai baju spr yang lebih penting kenapa perlu menjalankan tugas spr, sepatutnya anggota polis hanya mengawal keselamatan pegawai-pegawai spr bukan menjalankan tugas?




gambar diatas menunjukkan seorang petugas pemuda pas sedang menanyakan apa kah undang-undang yang membolehkan beliau sebagai anggota polis dibenarkan berbuat demikian hingga menyebabkan beliau dan semua beredar tanpa hujah yang tepat.

kisah ini bermula apabila pegawai-pegawai spr yang bertugas tidak menjalan kan tanggungjawap dengan adil, hingga menyebabkan salah seorang polis yang sepatutnya menjaga keamanan kemudiannya menyebelahi spr sedangkan ia menjaga keamanan.
baju rasmi anggota polis telah ditutup dengan baju spr???
apa dah jadi dengan negara kita.
bermula dengan tindkan spr menurunkan bendera-bendera pas disekitar upu skc sehingga lah kami mempersoalkan undang-undang yang dibawa.



ini lah kerja spr secara tradisi iaitu berat sebelah dalam menjalankan tugas,
gambar diatas seorang pegawai spr meminta agar tuan rumah tersebut menurunkan bendera pas.
mereka tidak tanya pun adakah itu rumah ataupun tempat petugas!!!
sebenarnya ini adalah rumah petugas muslimat apabila diberitahu baru lah pegawai tersebut memainkan isu agama.
` saya pun islam apabila diakhirat nanti mereka tak tanya najib atau hajia hadi ataupun anuar ibrahim yang ditanya adalah siapa saudara kamu, saya menjalankan tugas`
ujar beliau
malah petugas kita tidak berpuas hati kononnya pas hujah beliau untuk menurunkan bendera adalah kerana pas tidak bertanding tetapi buat pengetahuan spr, umno juga tidak bertanding `tetapi kenapa tarik berdera kami tapi bendera umno tidak diusik???

sehingga lah pergelutan ini berpanjangan dan kami menelefon pengarah pilihan raya negeri perak yang merupakan peguam
-sdr asmuni alwi-
beliau menyatakan tiada peruntukan undang-undang yang menyatakan demikian, sesiapa sahaja dibenarkan untuk mempamirkan bendera khususnya tempat persendirian ataupun kediaman.

dalam hal ini maka terbukti lah spr dan segala badan dalam negara ini masih tidak bersih...
jadi sekarang sesiapa pun boleh nilai apa yang media selalu nyatakan itu adakah betulnya???