Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Monday, October 25, 2010

tinjau-tinjau isu semasa..


Umno, Gerakan dan MCA sama saja dari segi sikap rasis mereka. Di Pulau Pinang Umno memberitahu orang Melayu bahawa PAS ikut telunjuk DAP yang disifatkan mereka anti Melayu.

Lain pula halnya di Kedah, Gerakan dan MCA memberitahu masyarakat Cina bahawa DAP dan pemimpin Cina dari parti KeADILan menjadi lembu yang dicucuk hidung oleh PAS.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Gerakan Kedah, Dr. Cheah Soon Hai, beliau menyifatkan DAP dan KeADILan bacul kerana kononnya berdiam diri dalam menangani isu kenaikan kuota perumahan Bumiputera dari 50 peratus kepada 70 peratus oleh Kerajaan Negeri Kedah pimpinan PAS.

Tambahnya, sikap DAP dan KeADILan tentu berbeza jika kenaikan kuota itu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di bawah BN. Senario ini menunjukkan kedua parti dalam Pakatan Rakyat itu tidak konsisten membuat kritikan dan bersikap berat sebelah.

“Saya juga menyifatkan pemimpin KeADILan dan DAP menipu rakyat Kedah kerana membiarkan rakan parti komponen mereka melaksanakan polisi berat sebelah yang merugikan rakyat,” ujarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan Dato’ Ir. Phahrolrazi Zawawi menjelaskan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Dr. Cheah Soon Hai serta MCA dan Gerakan Kedah bahawa syarat pemilikan untuk Bumiputera dinaikkan sehingga 70 peratus adalah tidak benar sama sekali.

“Polisi asal kekal,” tegasnya. “Apa yang sebenarnya berlaku ialah terdapat syarikat pemaju membuat permohonan kepada saya untuk menjual 30 peratus kepada bukan Bumiputera, syarat yang dibuat adalah atas permintaan pemaju tersebut sendiri, itu yang kita luluskan.”

Isu kuota perumahan 50-50 adalah satu-satunya isu yang dimainkan secara konsisten oleh MCA dan Gerakan di negeri kedah.

Keputusan menaikkan kuota perumahan untuk Bumiputera daripada 30 peratus kepada 50 peratus bagi tanah-tanah Simpanan Melayu yang ditukarganti (swapping) dibuat serta diputuskan dalam mesyuarat Exco.

Exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal masyarakat Cina ketika itu ialah Tan Wei Su (KeADILan Bakar Arang) yang sekarang sudah menjadi ADUN bebas. Kelemahan Tan sebagai Exco ialah dia tidak begitu memahami apa juga isu yang ‘berat-berat’ terutama melibatkan fakta dan angka. Kadang-kadang dia keluar dari bilik mesyuarat hanya untuk merokok. Sudahlah tidak faham, banyak perkara pula yang dia terlepas dari mengikuti.

Apabila isu kuota perumahan 50-50 ini dimainkan oleh Gerakan dan MCA (dari perspektif perkauman) di peringkat awal kelulusan dulu, Tan yang termanggu-manggu apabila diserang, lalu terikut dengan rentak pembangkang. Dalam waktu yang sama, dia tidak dapat menjawab soalan, “Mengapa YB tak lawan dalam mesyuarat Exco?”. Agak kelakar untuk menjelaskan, bagaimana dia nak lawan, faham pun tidak.

Dato’ Ir. Phahrolrazi menjelaskan bahawa tanah Simpanan Melayu yang diswapping cuma sekitar 15 peratus dari tanah perumahan yang akan dimajukan.

“Kira-kira 70 peratus lagi adalah berstatus milikan bebas (free hold) di mana kuota untuk Bumiputera hanya 30 peratus, bermakna bukan Bumiputera boleh membeli sehingga 70 peratus.

“Memandangkan bukan Bumiputera hanya merupakan 22.6 peratus dari penduduk Kedah, dari jumlah itu Cina adalah 14 peratus; maka mereka tiada masalah langsung untuk membeli rumah di negeri kedah, kerana peluang untuk mereka memiliki rumah sangatlah besar,” katanya.

Timbul pula persoalan mengapa kuota Melayu untuk tanah Simpanan Melayu yang ditukarganti itu sehingga 50 peratus sedangkan di zaman BN dulu cuma 30 peratus?

“Kerana tanah yang ditukarganti itu dibuat berdasarkan keluasan semata-mata, bukannya berdasarkan nilai tanah,” terang Phahrolrazi.
Maksudnya begini; apabila pemaju mahu menukar status tanah Simpanan Melayu di pinggir Bandaraya Alor Setar (contohnya) untuk dijadikan free hold, pemaju perlu mencari tanah ganti dengan keluasan yang sama. Pasti pemaju akan mencari tanah yang nilainya lebih murah untuk swapping, asalkan keluasannya sama. Maka berlaku susutan nilai terhadap tanah Simpanan Melayu. Jadi adillah, jika susutan nilai itu ditampung oleh kenaikan lagi 20 peratus dalam kuota pemilikan rumah bagi tanah Simpanan Melayu yang diswapping.

Isu kuota perumahan 50-50 ini bukan isu besar bagi bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina. Orang Cina tiada masalah untuk beli rumah di Kedah. Belilah seberapa banyak pun asalkan ada duit.

Ia menjadi besar kerana diputarbelit oleh Gerakan dan MCA yang rasis macam Umno. Tunggulah sehingga pilihanraya umum ke 13 nanti, di mana kita akan menyaksikan semua parti-parti rasis ini akan dihumban ke laut oleh rakyat. Rakyat dak muak dengan sentimen perkauman yang tak habis-habiskan ditiup oleh parti-parti komponen BN.