Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH

Saturday, November 28, 2009

pas kaw teluk intan korban 10 ekor lembu

28.11.09(sabtu)/ hari raya ke-2 aiduladha pas kaw teluk intan menjalankan ibadah korban seperti tahun-tahun yang lain berbezanya dari segi jumlah yang cukup mendapat sambutan berbanding dari sebelumnya. sebanyak 10 ekor lembu jumlah yang cukup besar yang telah diamanah kepada kaw dan semuanya dilaksanakan dan diagihkan melalui lujnah kebajikan pas kaw untuk diagihkan kepada umum. ibadah korban adalah suatu ibadah yang dituntut tidak kira sebagai orang yang mahu berkorban ataupun bagi yang menjalankan amananh untuk mengagihkannya. semua mempunyai bidang tugas masing-masing.



veteran juga tidak ketinggalan menunjukkan bakat dan ketika ini lah mereka tidak takut malah memberikan lotmitmen kepada parti, ngok 2 sorang pun boleh yop. teruskan berjuang...




mari kita melapah...





proses tulang-tulang untuk dimasak. orang-orang kuat sedang berusaha untuk memecahkan tulang-tulang tersebut, hentakan yang kuat diperlukan untuk meleraikan tulang tersebut.


golongan muda memerhatikan cara-cara penembelihan dan melapah yang sedang dijalankan...



kempen RM1 selamatkan pasukan bola sepak perak juga turut diberitahu kepada yang hadir dan dirasmikan dengan gimiknya ydp pas kaw teluk intan(ust ismail cik nik) memasukkan derma beliau bagi kaw teluk intan dan bagi hasrat bersama-sama kita membantu meringankan beban yang ditanggung pafa dan ds nizar jamaluddin selaku pengurus pafa. selepas ini tabung ini akan pemuda kaw gerakkan dalam setiap prog yang diadakan disekitar kaw teluk intan...




bahagian agihan sedang bertungkus lumus mengagihkan bahagian kepada panggu dan petugas




masa untuk menjamu selera. sup gear box disedikan untuk menghilangkan penat petugas sambil dibungkus untuk dibahagikan. kelihatan sedara samsuddin mahmood(timb ketua pemuda pas kaw teluk intan/ ketua lujnah kebajikan kaw teluk intan) sedang menikmati sup tersebut. sup tersebut habis sehingga tinggal tulang, pandai sape yang masak nye yop...



agihan kepada petugas dan hadirin yang hadir disampaikan ydp pas kaw teluk intan(ust ismail cik nik) mewakili pas kaw teluk inTAN dan selebih baki nya pas kaw teluk intan akan mengagihkan mengikut caw-caw dan diberikan kepada yang memerlukan.

pas kaw teluk intan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakannya.