Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Sunday, September 25, 2011

ISU HUDUD - MUSIM PILIHAN RAYA MAKIN HAMPIR

KETUA Pemuda Pas Pusat Nasrudin Hasan menyifatkan bahawa isu hudud yang ditimbulkan oleh pemimpin dan mantan pemimpin Umno sebagai satu petanda akhir musim pilihan raya akan menjelang.

 
Beliau dipetik dari blognya:
Isu perlaksanaan hukum hudud tidak akan kedengaran atau ia tidak akan menjadi polemik jika tidak kerana datangnya musim pilihanraya. Isu ini tidak pernah muncul pada musim panas mahupun musim sejuk. Juga tidak timbul pada musim kemarau atau musim hujan. Bahkan isu hukum hudud ini tidak langsung kedengaran pada musim - musim lain seperti musim haji, musim perayaan, musim cuti hatta musim durian sekalipun. Isu hudud hanya muncul dengan segala ribut polemiknya apabila tiba musim pilihanraya.

Ini dibuktikan lagi dengan perubahan mendadak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang giat mendekati golongan muda dengan imej segar yang 'cool' pada pandangan beliau. 

Namun demikian, Perdana Menteri masih belum menampakkan kesungguhan untuk menyokong hukum hudud bahkan dilihat seakan-akan menolak hukum Allah ini.

NONE"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Kenyataan ini menampakkan pemikiran Perdana Menteri yang tidak serius dalam hal ini. 


Mengulas keengganan Datuk Seri Najib menyokong isu ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tidak ada yang perlu ditakutkan sangat dengan hukum hudud kerana ia adalah perundangan yang digariskan Allah SWT. 

Malahan katanya, undang-undang sedia ada yang dilaksanakan di negara ini jauh lebih zalim kerana memperuntukkan hukuman gantung sampai mati untuk kesalahan tertentu yang tidak terdapat dalam hukum hudud.