Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH

Thursday, January 08, 2009

KERAJAAN SELANGOR, MISI KEMANUSIAAN PALESTIN


Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan menghantar bantuan misi kemanusiaan ke Palestin yang diterajui Yayasan Amal salah satu Ngo yang mempunyai pengalaman luas di seluruh dunia.
Iklan

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor telah memutuskan menghantar misi itu yang berpangkalan di sempadan Mesir bagi memberi bantuan perubatan dan sosial kepada penduduk Gaza.
Segala bantuan yang diberikan dalam misi itu akan dibiayai penuh oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Sehubungan itu, kerajaan negeri turut mengalu-alukan NGO yang ingin menyertai misi dan mereka yang berminat hendaklah menghubungi terus Exco Kebajikan Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dak Komunikasi Rodziah Ismail atau Adun Meru Dr Abdul Rani Osman.
"Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan kini menghadapi serangan bertubi-tubi yang telah mengorbankan beribu-ribu orang awam yang tidak bersalah," demikian menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya.