Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Thursday, September 17, 2009

RM 5351.20



RM5351.20
15.09.09(selasa) prog bersama wakil palestin daripada ghaza shiekh dr mahmood as-siami(bekas imam besar masjid al-aqsa) ini lah jumlah kutipan pada malam tersebut yang luar biasa selepas rampasan kuasa neg perak ini. prog yang cukup meriah. prog yang dihadiri oleh pimpinan pas neg dan ngo yang bersimpati akan penderitaan warga palestin atas kekejaman rejim zionis/israil laknatullah. prog ini diatur diawal ramadhan untuk mengelilingi seluruh malaysia semperna bantuan terhadap saudara kita untuk menyambut syawal dengan penuh ketaqwaan, segala urusan telah diatur oleh malaysia care dan prog ini telah dibuat di dewan bandaraya ipoh bersebelahan masjid neg.




pesuruhjaya pas perak(ust abu bakar husein) sedang memberi penerangan kepada yang hadir apa pentingnya kehadiran seperti ini yang terus dari palestin dan apa tanggungjawab kita sebagai saudara seislam dan sepatutnya kita yang duduk didalam parti islam ini lebih memahami kerana perjuangan yang dibawa adalah matlamat yang sama dan sebagai parti islam kita lebih memahami segala halangan yang dihadapi mereka.



wakil palestin tersebut sedang menyampaikan hasrat beliau dan pejuang/pemimpin palestin di ghaza dan semua pertuturan beliau dibahasakan dalam bahasa arab dan di terjemah oleh seorang ust dari malaysia dalam bahasa melayu. turut hadir mb perak(ds nizar jamaluddin) dan beliau begitu kusyuk mendengar apa yang dikatakan, ust yang menjadi penterjemah itu sempat mengusik "awak depan nie naik mengeletar mb duk kusyuk dengar"




MAHMOOD SIAMI baru selesai majlis malam tersebut dan ingin turun dari pada pentas dan bertemu dengan semua untuk bersalaman. beliau yang berumur 73tahun masih sanggup untuk mengililingi seluruh malaysia untuk meminta simpati daripada rakyat malaysia atas kekejaman israel kepada palestin. ini lah contoh perjuangan islam, mahu pun ia berjalan bertongkat ia tetap menjalankan tugas dan amanah sebagai perjuang setakat mana ia mampu.