yb anuar sudin adun n56 cangkat jong menyampaikan ucapan, beliau sempat menyentuh peranan pemimpin terhadap rakyat, jangan tahu apabila tiba pilihan raya baru turun melihat rakyat itu bukan pemimpin malah mereka adalah pekerja pilihan raya. malah beliau juga mengingatkan kepada yang hadir akan peranan kita malah dia juga meminta agar yang ada menyampaikan kepada yang lain iaitu ketika memilih pemimpin perlu lah berhati-hati kerana apabila kita ditimpa musibah pemimpin memainkan peranan penting.
turut kelihatan yang hadir pada hari tersebut untuk menerima bantuan dan tekun mendengar apa yang disampaikan oleh yb mereka sendiri, malah mereka patut bersyukur akan apa yang dikatakan sebagai pemimpin berjiwa rakyat yang sanggup turun padang bertemu dengan rakyat dan sanggup menyampaikan bantuan dengan tangan sendiri seramai 100 orang.
ust abdul fattah awang yang mempengerusikan majlis tersebut yang berpakaian serba lengkap akan baju koprat dewan pemuda pas. ust fattah yang merupakan ketua pemuda pas kaw teluk intan dan beliau juga salah seorang daripada ajk pas caw batak rabit.
kelihatan yb anuar sedang memberi bantuan kepada penerima lelaki dan isteri nya memberikan kepada penerima perempuan masing-masing di teman bersama ketua caw dan ketua muslimat caw batak rabit. diantara 100 penerima yang menerima bantuan. bantuan ini diadakan sebagai upacara tahunan dari dahulu lagi dan sebelum kita memenangi kaw tersebut. buat pengetahuan dikalangan yang menerima bantuan iaitu miskin tegar adalah dikalangan penyokong-penyokong setia umno/bn dan kelihatan ada dikalangan mereka yang tidak hadir dan kita hantar kerumah dan kita dapati kebanyakan mempunyai bendera umno/bn. apa yang umno/bn buat kepada penyokong mereka yang rata-rata adalah daripada melayu/islam itu sendiri.