Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Monday, September 28, 2009

rumah terbuka ketua pemuda kaw



semalam(27.09.09) rumah terbuka ketua pemuda pas kaw teluk intan yang dibuat dirumahnya sendiri iaitu di perumahan awam batak rabit semalam mendapat sambutan terutama dikalangan pemuda dan ahli pas caw tersebut dan turut hadir juga orang-orang disekitar tempat tersebut. majlis ini secara tidak langsung menggantikan prog rumah terbuka anjuran pemuda kerana bajet yang terhad dan pemuda lebih menumpukan kepada pekara-pekara dan hal-hal lain yang berkaitan dengan bantuan pemuda untuk menyemarakkan semangat bubarkan dun perak kepada orang ramai yang masih melupakan.



ini adalah wakil pemuda yang dapat diambil yang kebetulan hadir bersama. kelihatan naib ketua pemuda(naziruddin) sedang tekun bersama k.p mendengar cerita daripada bekas ketua penerangan pemuda teluk intan akan peristiwa yang berlaku berkenaan rombangan mufti dan umno menggunakan duit baitul mal dan sekali gus beliau menceritakan beliau telah ditukar kan tempat bertugas oleh pengarah jaipk yang telah dipolitikkan jawatanya pada zaman pemerintahan umno/bn ini.



antara pemuda yang hadir dalam jamuan tersebut. kelihatan bendahari pemuda tengah selera menjamu selera tidak mengendahkan langsung gambar beliau diambil. turut hadir adalah ust firdaus yang masih lagi berbalut tangan akibat dari kemalangan yang lalu yang pernah pemuda ceritakan dahulu, malah beliau baru sahaja pergi ke hospital dan pihak hospital menyatakan tempat yang dahulu mereka kata untuk disambung besi tidak perlu lagi kerana tulang tersebut telah pun bersambung hanya belum sembuh sepenuhnya.