Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Saturday, September 19, 2009

zon 2 lawatan kebajikan pemuda

pemuda menyambung xpdc kebajikan yang dibuat sebelum hari raya yang lalu dan tempat yang pemuda dan juga yb anuar sudin adun c.jong pergi sebanyak 3 tempat dan rata-rata adalah penyokong kuat umno/bn. dan ini adalah lawatan ke-2 pemuda iaitu pemuda pergi dan menziarahi yang memerlukan sekitar kaw cangkat jong dan pemuda hanya sempat melawat hanya 5 buah rumah setiap tempat atas fakto masa.



rumah yang pertama pemuda sampai adalah rumah keluarga yang cukup ramai dan anak perempuan nya yang sulong selah berkahwin dan mempunyai seorang anak baru sahaja kehilangan suami atas nahas jalan raya. jadi keluarga ini bertambah tangungan dan suami beliau hanya seorang pengawal keselamatan dan beliau tidak berkerja.



seorang penerima yang sungguh terharu akan kehadiran yb dan juga bantuan daripada pemuda dirumahnya. beliau yang hidup berseorangan dan tidak mempunyai keluarga merasakan masih ada yang mengambil berat dan bersimpati akan beliau.



mak cik nie pula adalah ibu tunggal yang minta pertolongan yang tidak tahu pada siapa lagi perlu diminta. beliau yang pernah memhon agar kebajikan masyarakat membetulkan dapur beliau kerana bocor ketika pr memrintah telah datang mengambil gambar tetapi apabila bertukar tangan pemerintah mereka terus mendiamkan diri. malah aduan mak cik ini setiap kali hujan beliau tidak boleh memasak dengan suasana sperti ini dan perlu tunggu hujan reda. beliau juga memberi tahu kerana pekara ini dah sirius dan mana-mana orang boleh memasuki rumah beliau pada bila-bila masa begitu juga dengan binatang-binatang yang tidak di undang.




pak cik ini dahulu ketika pr memerintah mendapat perhatian oleh tok sidang pr yang lama dan membawa pegawai pejabat kebajikan untuk membantu beliau dan beliau sehingga kini masih belum mendapat jawapan, pak cik ini cacat ditangan kirinya dan isteri beliau pula sakit dan selalu berulang ke hospital dan beliau mempunyai ramai tanggungan. anak beliau yang kerja pun hanya berkerja pekerjaan kg. rumaah beliau cukup daif, macam nie tempat yang dikatakan cangkat jong yang umno/bn bangga kerana kaw ini kaw yang paling banyak undi kepada mereka tapi kenapa mereka tidak membantu kerana mereka rasa selesa. malah kami sempat menerangkan kepada pak cik ini kuasa kami apabila memerintah sahaja jikalau kami tidak memerintah kami hanya dapat tolong setakat mana kemampuan kami seperti mana hari ini "ujar yb". cuma nasihat yb beliau harus ke pejabat kebajikan untuk mendesak mereka agar meneruskan apa yang telah dilaporkan dahulu... satu gambar lagi menunjukkan keadaan rumah yang begitu menyentuh hati dan diceritakan atap ini bocor setiap kali hujan.



mak cik ini dahulu tiada masalah hidup dan boleh lihat rumah beliau juga o.k tapi masalahnya beberapa bulan yang lepas suami beliau jatuh sakit dan sehingga hari ini tidak mampu bekerja, kami sebagai orang yang bersimpati menghulurkan bantuan dan ini adalah rumah yang terakhir bagi zon 2 ini. kami berharap atas bantuan kami mereka dapat menikmati hari raya dengan penuh kesyukuran dan bertaqwa kepada allah atas kesusahan yang diberi.