Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Sunday, September 25, 2011

ISU HUDUD - MUSIM PILIHAN RAYA MAKIN HAMPIR

KETUA Pemuda Pas Pusat Nasrudin Hasan menyifatkan bahawa isu hudud yang ditimbulkan oleh pemimpin dan mantan pemimpin Umno sebagai satu petanda akhir musim pilihan raya akan menjelang.

 
Beliau dipetik dari blognya:
Isu perlaksanaan hukum hudud tidak akan kedengaran atau ia tidak akan menjadi polemik jika tidak kerana datangnya musim pilihanraya. Isu ini tidak pernah muncul pada musim panas mahupun musim sejuk. Juga tidak timbul pada musim kemarau atau musim hujan. Bahkan isu hukum hudud ini tidak langsung kedengaran pada musim - musim lain seperti musim haji, musim perayaan, musim cuti hatta musim durian sekalipun. Isu hudud hanya muncul dengan segala ribut polemiknya apabila tiba musim pilihanraya.

Ini dibuktikan lagi dengan perubahan mendadak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang giat mendekati golongan muda dengan imej segar yang 'cool' pada pandangan beliau. 

Namun demikian, Perdana Menteri masih belum menampakkan kesungguhan untuk menyokong hukum hudud bahkan dilihat seakan-akan menolak hukum Allah ini.

NONE"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Kenyataan ini menampakkan pemikiran Perdana Menteri yang tidak serius dalam hal ini. 


Mengulas keengganan Datuk Seri Najib menyokong isu ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tidak ada yang perlu ditakutkan sangat dengan hukum hudud kerana ia adalah perundangan yang digariskan Allah SWT. 

Malahan katanya, undang-undang sedia ada yang dilaksanakan di negara ini jauh lebih zalim kerana memperuntukkan hukuman gantung sampai mati untuk kesalahan tertentu yang tidak terdapat dalam hukum hudud.

Tuesday, September 20, 2011

FILEM TEMPATAN - ELAK "AZIMAT PELARIS"

Dewan Pemuda PAS menggesa filem Hantu Bonceng yang sedang ditayangkan di pawagam dihentikan segera kerana mengandungi unsur penghinaan kepada agama Islam.

Ketua Pemuda Pas Pusat Nasrudin Hassan berkata, filem komedi baru yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.

Babak tersebut ketika Zizan di atas katil wad hospital menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

Jika mahu ditayangkan juga, sekurang-kurang babak mengucap syahadah secara salah itu mesti di potong untuk tayangan berikutnya.

"Menyebut perkataan "Muhammadar Syaithan" yang bermaksud Muhammad adalah syaithan dalam sebutan syahadah yang dijenakakan adalah haram dan boleh memesongkan aqidah.

"Saya dan seluruh ummat Islam yang sensitif terhadap agama tidak mampu tidur lena. Selagi ia menjadi tontonan umum, fikiran saya gelisah dan perasaan saya resah,".

Filem arahan sutradara terkenal Ahmad Idham dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.

Selain Zizan ia turut membariskan aktres terkenal Juliana Evans dan Jue Aziz.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata pihak pengarah dan penerbit termasuk Zizan sendiri wajar memohon maaf kepara seluruh umat Islam di atas jenaka keterlaluan itu.

Sama ada Zizan sedar atau tidak keterlanjuran itu katanya, ia tetap salah kerana menghina Rasulullah SAW.

"Saya dengan segala baik sangka mengharapkan saudara Zizan selaku pelakon babak ini tidak menyedari implikasi aqidah sewaktu melakonkan watak tersebut, namun saya menyarankan agar Zizan segera memohon maaf kepada umum terhadap jenaka yang keterlaluan itu.

"Saya yakin, Zizan akan lebih dihormati kerana saya juga meminati beliau selaku anak seni dalam negara ini."


Kemaskini 21 September (Malaysiakini):

Pemuda PAS mengucapkan tahniah kepada pelakon komedi terkenal Zizan - atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak - kerana memohon maaf atas ucapan dialognya dalam filem Hantu Bonceng yang didakwa menghina Islam.

NONEKetuanya Nasrudin Hassan (kiri) berkata, langkah itu diharap menjadi pengajaran kepadanya dan artis lain agar lebih berhati-hati di layar perak dan tidak mencetus kekeliruan yang membuka pintu fitnah dan dilihat mempersendakan agama.

"Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi mengucapkan tahniah atas keberanian saudara Zizan memohon maaf, semoga ia benar, ikhlas dan tidak mengulanginya di masa hadapan," katanya.

Selepas kontroversi itu, Zizan dilaporkan memohon memohon maaf di laman Twitter dan menjelaskan tidak mungkin dia sengaja atau tergamak menghina agama dan rasulnya sendiri.

“Takkanlah saya hendak hina rasul saya sendiri. Kan dalam babak perkataan setan itu diajukan kepada Kunyit (watak pembantu). Dalam penapisan filem ada empat ulama dan telah diluluskan filem ini.

“Saya faham, apa yang salah. Tetapi fasal hina Islam memang jauh dari otak fikiran saya. Tak ada langsung terniat. Ini adalah agama dan Rasul saya. Maaf sekiranya saya silap,” beliau dipetik sebagai berkata di laman blog mikro itu.

Dalam kenyataannya hari ini ini, Nasrudin berkata, bukan sahaja kalimah syahadah tetapi aksi lain seperti mendedahkan aurat, pergaulan bebas dan adegan tahyul juga perlu dielakkan kerana bertentangan dengan hukum Islam.

Katanya, masih terdapat ruang yang luas untuk seniman berkarya tanpa melanggar syariat dan mencacatkan keindahan Islam, seperti filem-filem Iran terkenal, seperti Children of Heaven dan The Moonlights yang mendapat pengiktirafan antarabangsa.

"Malah filem tanpa adegan wanita seksi yang menampakkan aurat sehingga ke paras paha serta mendedahkan sebahagian besar di bahagian dadanya, masih mampu mencapai box office dan menerima award (anugerah) di peringkat antarabangsa...," katanya.

Katanya, sudah sampai masanya industri filem negara dibebaskan dari "serkap filem" yang rendah mutu, terkepong dalam realiti yang tidak patut dibanggakan dan mengeksploitasi tubuh wanita dan tahyul sebagai "azimat pelaris".

Tuesday, August 30, 2011

GUNAKAN KUASA ANDA SEBAGAI PENGGUNA DI HARI RAYA INI


“Marilah bersama-sama kita mengubah apa yang berlaku sekarang supaya kita dapat menghayati suasana ‘raya’ dengan lebih bermakna lagi.

“Rayakan rakyat dengan membuat perubahan di dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang,” kata Pengerusi Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LaPAS), Mohd Firdaus Jaafar.

sambutlah tetamu yang berkunjung bukan sekadar dengan juadah tapi juga dengan maklumat terkini dan isu-isu yang tidak dimainkan di media arus perdana.

jadikan minda rakyat bebas daripada penipuan Umno BN, juga ‘rayakan’ rakyat dengan menolak kebatilan.

Beliau juga mengajak umat Islam bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang telah melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada semua sepanjang bulan Ramadhan ini sehingga dapat mengisinya dengan agenda-agenda yang membawa kepada ketaqwaan yang sejati.

“Setelah kita berjaya menyempurnakan latihan Ramadhan selama sebulan, dan kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri sebagai satu tanda kesyukuran kita terhadap nikmat-nikmat Allah SWT,”.

Ramadhan diharap dapat membentuk diri mengenali sifat kehambaan kepada Allah SWT dengan lebih mendalam supaya selepas ini akan senantiasa mematuhi setiap suruhan-Nya.

dengan latihan ubudiyah selama sebulan insya Allah telah dapat memenuhi KPI berpuasa iaitu ketaqwaan kepada Allah SWT.

Bagi mereka yang akan pulang ke kampung, LaPAS ingin menasihati agar sentiasa berhati-hati ketika memandu.

banyakkan bersabar memandangkan jumlah kenderaan yang banyak dan keadaan jalan raya yang sesak sudah pastinya menimbulkan suasana yang tidak selesa namun sekiranya patuh pada undang-undang yang ada, sekurang-kurangnya dapat melancarkan perjalanan.

LaPAS juga, ujarnya ingin berpesan kepada semua pengguna agar lebih bijak dalam berbelanja bagi menghadapi musim raya.

Serunya, gunakanlah sepenuhnya hak sebagai pengguna supaya tidak diambil kesempatan oleh para peniaga dengan sewenang-wenangnya.

“Berhemahlah dalam berbelanja kerana umumnya pasti mengetahui bahawa janji ‘pak menteri’ yang harga barang tidak akan naik menjelang musim perayaan hanyalah ‘omong kosong’ demi untuk ‘menyelerakan’ halwa telinga rakyat yang mana pada hakikatnya sudah pasti berlaku kenaikan harga barang yang mendadak dek kerana kelemahan kerajaan yang ada,”.

Dan yang pastinya, kata beliau alasan serupa yang akan di’recycle’ oleh pihak berkuasa ialah kerajaan tidak mampu mengawal kenaikan harga.

Oleh itu, LaPAS menyeru kepada semua agar sesuatu dapat dilakukan untuk mengubah kembali suasana yang ada kepada yang lebih baik lagi.

Menurutnya, Malaysia sebuah negara yang kaya dengan hasil mahsul namun dek kerana dimonopoli oleh hanya segelintir golongan, maka natijah kenaikan harga barang yang cukup membebankan rakyat tidak dapat dielakkan.

dan yang paling menyedihkan lagi apabila yang terpaksa menanggung kesannya adalah rakyat marhaen.

“Sebulan kita membina keimanan, Ramadhan menjadi pembersih hati umat Islam. Selamat Hari Raya Idul Fitri 1432H. Maaf zahir dan batin,”.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA PEMUDA PAS NEGERI PERAK


Kepada :
Semua Kakitangan Perkhidmatan Awam



Y.Bhg. Tan Sri / Puan Sri / Datuk Seri / Datin Seri / Datuk / Datin / Tuan / Puan / Saudara / Saudari;

UCAPAN SALAM AIDIL FITRI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA

“Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; – Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).”

(Surah Al-Syams: Ayat 7-10)

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dengan segala hormatnya, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengambil kesempatan mengucapkan salam Aidil Fitri dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang serentak disambut pada tahun ini agar ianya membuka satu lembaran baru buat kita semua.

Oleh kerana kebanyakkannya akan mula bercuti pada hari ini, kami mengambil kesempatan menghulurkan kemaafan di hari yang mulia ini bersempena bulan Syawal nanti dengan ucapan maaf zahir dan batin kepada semua di atas salah dan silap kami selama ini.

Kami juga tidak ketinggalan mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang tercinta yang akan kita sambut diambang Syawal tahun ini. Kami yakin semangat patriotisme kita tidak akan hilang walaupun menyambut hari lembaran iaitu Hari Raya Aidil Fitri pada hari yang sama.

Kami mengharapkan kita semua akan diketemukan lagi dengan bulan Ramadhan tahun depan dan diberikan kekuatan dan Maghfirah sepanjang menjalankan ibadah puasa ini. Gunakanlah ruang dalam masa Aidil Fitri ini untuk ziarah-menziarahi sanak-saudara serta sahabat handai dan saling bermaaf-maafan.

Perkara yang penting juga untuk diingati dalam perjalanan ke kampung halaman, agar berhati-hati di jalanraya dan semoga selamat tiba ke destinasi yang di tuju. Kami juga berharap agar keselamatan diri dapat dijaga di mana sahaja anda berada hendaknya. Akhirnya, sayang Agama dan sayang Negara!

Sekian, terima kasih.

“Pemuda nadi rakyat”


Saya yang benar,
Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak




ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Thursday, August 11, 2011

pembelian saham MAS oleh AIR ASIA ada bentuk memonopoli


Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa bimbang terhadap usaha kerajaan menjual saham MAS kepada Air Asia sebanyak 20 peratus.

Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar DPPM, Mohd Firdaus Jaafar berkata, penjualan itu berkemungkinan akan menyebabkan syarikat berkaitan kerajaan atau government link company (GLC) akhirnya akan hilang ditelan syarikat konglomerat gergasi seperti Air Asia.

DPPM, mempersoalkan apakah relevannya kerajaan menjual saham MAS kepada Air Asia sedangkan perlu ada usaha lain bagi menyelamatkan masa depan syarikat penerbangan milik kerajaan Malaysia itu.

MAS sepatutnya mengkaji dan memperbaiki prestasi akibat kerugian yang dihadapinya sebanyak RM243.3 juta pada suku pertama tahun ini berbanding keuntungan sebanyak RM310.60 juta untuk tahun 2010.

penjualan saham MAS kepada Air Asia akan mewujudkan monopoli dalam sistem penerbangan negara di samping merugikan rakyat.

sifat persaingan antara syarikat penerbangan ini mungkin tidak akan wujud lagi kerana masing-masing perlu menjaga kepentingan sesama mereka.

ujarnya apa yang sangat dibimbangkan daripada wujudnya monopoli dalam penerbangan ini adalah akan menyebabkan harga tiket melambung tinggi mengikut selera pemilik syarikat berkenaan.

syarikat ini menjadi penentu terhadap harga tiket dan penerbangan, bukan lagi mengikut permintaan pasaran semasa.

“Jika jadi demikian, siapakah yang akan rugi jika tidak rakyat biasa?” soalnya.

DPPM merasa dengan penjualan saham ini akan menyebabkan sebuah lagi syarikat GLC milik kerajaan bakal lingkup selepas beberapa GLC ‘gulung tikar’ sebelum ini seperti yang berlaku kepada Dawama.

Akhirnya, akan tinggal hanya Petronas sahaja yang memainkan peranan bagi menyelamatkan ekonomi negara daripada musnah.

kerajaan sepatutnya memainkan peranan penting dalam memastikan syarikat GLC terus bernafas dan bersaing dalam pasaran semasa.

kegagalan GLC dalam menempatkan diri dalam pentas perniagaan menunjukkan kegagalan kerajaan mengatur ekonomi negara.

“Apakah akan jadi kepada ekonomi negara jika GLC semakin banyak yang lingkup dan tidak mampu meneruskan lagi perniagaan mereka?” tanya beliau lagi.

yang rakyat bimbangi akan menyebabkan peningkatan kadar inflasi, jurang kemiskinan yang semakin melebar serta mengakibatkan persengketaan berpanjangan akibat permainan monopoli oleh syarikat-syarikat bertaraf gergasi.

mengapa GLC yang bernaung dibawah kerajaan Umno BN kebanyakkannya menjadi tidak berdaya saing seperti mana syarikat-syarikat swasta yang dilihat lebih terkehadapan.

“Apakah GLC ini menjadi ‘lubuk’ kepada pimpinan Umno BN mengaut keuntungan demi untuk kepentingan peribadi dan bukannya untuk GLC itu sendiri?” soalnya.

DPPM mengingatkan kepada rakyat sekiranya mahu melihat GLC yang selebihnya tidak menuju kehancuran, kerajaan yang sedia ada harus ditukar kepada kerajaan yang lebih telus dan beritegriti demi memastikan kestabilan ekonomi negara terus dipacu kehadapan bukannya ‘dibelasah’ oleh mereka yang berkepentingan.

Dengan berkembangnya GLC sehingga ke tahap global juga boleh memastikan sosio ekonomi juga turut berkembang.

Ini juga, akan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada rakyat Malaysia kerana negara sekarang sedang berdepan dengan kadar pengangguran yang agak membimbangkan.

“Ini berdasarkan jawapan di Parlimen dan kenyataan akhbar oleh Menteri Sumber Manusia Datuk S. Subramaniam pada Jun 2010 dan statistik Jabatan Perangkaan Jun lepas, menyatakan kadar pengangguran adalah pada tahap 3.7 peratus atau sekitar 426,600 orang yang menganggur,”.

Justeru, DPPM mengajak semua rakyat agar melakukan perubahan demi menyelamatkan GLC yang masih ‘bernyawa’ terus subur dan tiada jalan lain iaitu dengan memastikan Umno BN hendaklah ditumbangkan di dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

Tuesday, August 09, 2011

Tuesday, July 26, 2011

raja perlu penasihat berani menyatakan kebenaran


Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah bertitah adalah amat penting Raja-Raja disembah maklumkan secara berterus terang mengenai cerita sebenar dan sama sekali tidak dipagari oleh mereka yang berkepentingan diri sehingga Raja tergamak diperalatkan. "Raja wajib memiliki kumpulan penasihat yang jujur lagi ikhlas, kumpulan penasihat yang peka kepada denyut jantung dan denyut nadi warga, kumpulan penasihat yang tegas lagi berani menyatakan yang benar," titah baginda dalam Wacana Ilmu Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang bertema "Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Warga" di Shah Alam hari ini. Menurut baginda, Raja sendiri hendaklah bersedia menerima hakikat dan kenyataan, betapa pahit dan berat sekalipun, kerana keadilan tidak mungkin dapat ditegakkan tanpa kebenaran. Raja Nazrin Shah bertitah bahawa Raja tidak dapat berperanan secara bermakna sekiranya Raja sentiasa dilukiskan dengan sebaik-baik gambaran. "Ia bukan sahaja melukiskan gambaran palsu tetapi telah tidak bersifat adil kepada Raja, menidakkan hak Raja menyempurnakan tanggungjawab secara saksama untuk membolehkan peranan Raja diterima baik oleh warga," titah baginda. Baginda bertitah adalah benar persaingan politik semakin sengit dan juga benar isu agama dan isu kaum amat sensitif tetapi persaingan politik hanyalah mengambil kesempatan memperjudikan isu agama dan isu kaum serta mengeksploitasi sentimen ketidakpuasan hati rakyat yang lebih rencam. "Dalam setiap perselisihan dan dalam segala perbalahan tidak mungkin satu pihak betul semua dan tidak mungkin satu pihak salah semua tetapi kaedah mencarikemenangan mutlak dan kaedah mahu menjatuhkan lawan telah mengetepikan elemen adab, elemen adat, elemen moral dan elemen agama," titah Raja Nazrin. Baginda bimbang jika suhu politik semakin panas, impian untuk membina perpaduan akan menemui mimpi ngeri yang sangat menakutkan. Oleh itu baginda bertitah perlu ada institusi yang berwibawa untuk menurunkan suhu politik yang semakin panas, institusi yang kekal berkecuali dan institusi yang dapat diterima untuk membantu menenangkan suasana. Raja Nazrin bertitah untuk itu amatlah penting dipastikan Raja kekal dalam disiplin yang berada di atas polemik politik tetapi Raja juga ada amanah, ada tanggungjawab untuk memastikan negara aman dan warga hidup secara rukun secara damai. "Tetapi Raja tidak memiliki lampu ajaib yang boleh memupuk perpaduan dalam sekelip mata apatah lagi jika suasana sudah terlalu berkecamuk," titah baginda. Menurut Raja Nazrin, sebaik peranan kepada Raja adalah untuk memberi nasihat secara tertutup kepada pelbagai instrumen negara mengenai tanggungjawab masing-masing supaya Raja tidak disalahtafsir mencampuri secara langsung urus tadbir negara. Baginda bertitah bahawa perpaduan tidak akan berjaya dipupuk dalam situasi politik yang tidak stabil dan tidak matang selepas pilihan raya umum ke-12 di mana perlu ada penerimaan kepada realiti dan pemahaman bahawa tuntutan melakukan perubahan kepada yang lebih baik adalah lumrah alam. "Perpaduan memerlukan kesediaan melakukan pengorbanan, menerima kekalahan dengan reda dan merayakan kemenangan dengan keinsafan," titah baginda. Raja Nazrin Shah juga bertitah bahawa dalam dinamik politik yang sedang berlaku, adalah bertambah penting Raja selaku tonggak kestabilan dan payung penyatuan rakyat, bersifat berkecuali supaya semasa berlakunya krisis, Raja berupaya memberikan nasihat, teguran dan pandangan yang mencerminkan keadilan tanpa memihak. "Payung kedaulatan negara ini (Raja) jangan sama sekali dirosakkan, jangan sama sekali ditiriskan, jangan hanya dicari bila panas terlalu terik atau hujan sudah turun. "Payung negara ini adalah lambang kedaulatan warga, lambang kedaulatan negara, memberi teduh di hari panas, menangkis air di hari hujan," titah baginda.

Sunday, June 26, 2011

Friday, May 06, 2011

OSAMA `lambang keberanian`


Ketika pelbagai teori konspirasi menjelma di sebalik dakwaan Osama Ben Laden dibunuh tentera Amerika Syarikat, umat Islam dicadang mengingati tokoh terbabit di atas keberaniannya.

Keberanian berdepan Amerika Syarikat yang dianggap sebagai polis dunia bukan perkara mudah tanpa ada kekuatan dalaman.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, orang ramai boleh mengabdikan nama Osama pada bangunan, jalan atau apa sahaja sebagai penghormatan terhadapnya.

“Slogan mengenai keberanian Osama juga boleh dipamerkan. Ini sebagai usaha kita menghormati kehebatan yang ada padanya.

”Tidak ada tokoh yang berani berdepan dengan kuasa besar dunia itu, biar pun mereka menuduh Osama sebagai pengganas.

”Kita boleh pamerkan perkataan US is the killer Osama,”.

Beberapa hari lalu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengumumkan kematian Osama berikutan dakwaan kejayaan tentera negara terbabit membunuhnya di sebuah rumah di sempadan Pakistan.

Ramai menganggap Amerika Syarikat memalsukan pengumuman tersebut sebagai alasan bagi mengundur 130,000 anggota tentera Bersekutu di Afghanistan, sebagai menamatkan peperangan 10 tahun melawan Taliban.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, dakwaan kematian Osama juga agak meragukan kerana tiada gambaran jelas diberi.

”Dakwaan mereka mayat Osama dibuang ke laut cukup meragukan kerana tidak disertakan sebarang bukti.

”Kalau pun benar begitu, ia juga merupakan suatu tindakan yang amat tidak kena memandangkan mayat orang Islam mesti diurus mengikut peraturan ditetap agama.

”Membuang mayat orang Islam ke laut ditentang ulama Islam di seluruh dunia termasuk Universiti al Azhar. Dalam Islam mayat perlu diberi penghormatan dan bukan dihina,”.

Kata beliau umat Islam juga hendak tahu sama mayat yang didakwa Osama tersebut diurus dengan cara Islam sebelum dibuang ke laut.

Menurutnya Amerika Syarikat tidak boleh mengurus jenazah orang Islam dengan cara sekular sehingga membelakangkan peraturan agama.

Oleh itu beliau mencadangkan sebagai menghormati dan simpati terhadap keberanian Osama berdepan dengan negara imperialis barat, umat Islam boleh mengabdikan namanya pada tempat-tempat tertentu.

cadangan itu bukan bermakna menyokong keganasan seperti didakwa barat, sebaliknya mengenangkan keberaniannya berdepan kuasa besar dunia.

Saturday, April 23, 2011

pelajar disingkir dari kolej kediaman angkara politik


Lebih 40 mahasiswa, termasuk 9 ahli Pro Mahasiswa (Pro M) disingkirkan dari Kolej Kediaman Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) tanpa sebab yang munasabah walaupun masing-masing memenuhi merit minimum iaitu 60 mata untuk menghuni di kolej tersebut.

Antara ahli Pro M yang disingkirkan termasuk mereka yang mempunyai lebih 100 merit.

Seorang pemimpin mahasiswa yang enggan namanya disiarkan mendakwa pengetua di kolej tersebut merupakan dalang di sebalik tindakan tidak berperundangan tersebut.

pengetua sejak seminggu yang lalu secara tidak bertanggungjawab sanggup menghilangkan diri ketika diminta menjelaskan motif penyahsenaraian mahasiswa terbabit dari menghuni di kolej tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut dipertikai kerana menawarkan kediaman dalam universiti kepada seorang pelajar pro Aspirasi walaupun siswi itu hanya mempunyai 52 merit. Dia juga menganggotai MPP sesi 2011/2012.

Pengetua kolej itu merupakan pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM yang boleh dihubungi melalui telefon pejabat 03-89467357.

Kolej tersebut boleh menampung melebihi 350 penghuni, namun sehingga kini khabarnya masih banyak tempat dikosongkan.

Thursday, April 07, 2011

Monday, April 04, 2011

Saturday, April 02, 2011

sokongan pr di sarawak meningkat


Seorang pengkaji media yang juga Pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah hari ini memberitahu sokongan semasa terhadap Pakatan Rakyat (PR) meningkat antara 40 hingga 42 peratus di Sarawak pada masa ini.

Bagaimanapun, Barisan Nasional (BN) masih menguasai sokongan masyarakat negeri itu dengan sekitar 60 peratus dan angka tersebut boleh berubah sekiranya isu-isu tempatan dapat diuruskan dengan bijak oleh parti politik bertanding.

"Setakat ini, data menunjukkan kedudukan PR semakin meningkat iaitu antara 40 hinga 42 peratus, manakala BN yang menguasai pengaruh di lingkaran demografi kawasan luar bandar secara keseluruhan menguasai 60 peratus.

"Namun prediksi persepsi kepercayaan politik ini boleh berubah sekira isu-isu lokal dapat diuruskan dengan baik oleh mana-mana pihak khususnya krisis tanah adat dan perkongsian ekonomi," kata Prof Abu Hassan dalam satu emel yang dikirimkan kepada wartawan bebas.

Isu video seks Anwar tidak beri kesan di Sarawak

Menurut Prof Abu Hassan yang turut terkenal sebagai penganalisis politik dalam dan luar negara turut menganggap isu video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim turut kurang mendapat tempat di Sarawak berbanding isu-isu tempatan.

"Isu ini (video lucah) tidak akan memberi kesan langsung yang begitu berpengaruh dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kerana isu ini adalah isu nasional yang amat jauh dari pengetahuan masyarakat Sarawak.

Masyarakat Sarawak juga dijangkakan lebih menumpukan kepada isu tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial masyarakat bumiputera dan isu rasuah serta penyelewengan kuasa politik.

"Di Sarawak krisis adalah lebih banyak pada persoalan masalah-masalah lokal atau tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial bagi masyarakat bumiputera di sana khususnya masyarakat yang berpendapatan rendah dan masih miskin serta isu rasuah dan penyelewengan kuasa politik.

"Isu Video Lucah mungkin hanya diambil berat oleh masyarakat Melayu dan sebahagian dari pemerhati politik yang terdedah pada krisis nasional.

"Sebaliknya hampir 70 peratus masyarakat di Sarawak masih bertarung untuk mengukuhkan posisi dalam ekonomi dan sosial, maka tentulah isu-isu lokal akan lebih mempengaruhi kepercayaan politik mereka,".

ketika mengulas isu video lucah yang sedang hangat diperkatakan beliau menyifatkan Melayu moden hari ini masih belum keluar dari kemelut krisis peradaban.

""Isu Video Lucah bukan soal isu meningkatnya simpati masyarakat terhadap Anwar sekali gus menderu sokongan kepercayaan politik terhadap Pakatan Rakyat.

Melayu mengalami krisis peradaban


"Isu Video Lucah bagi masyarakat adalah krisis peradaban kaum Melayu yang sudah cukup lama terbeban dengan sejarah semacam ini melalui peristiwa-peristiwa sejarah bangsa Melayu yang turut mengheret krisis yang sama,".

Prof Abu Hassan turut menyingkap kembali sejarah Melayu yang menurutnya adalah bukti kepada sikap sesetengah orang Melayu yang menggunakan fitnah sebagai senjata politik mereka semenjak zaman dahulu lagi.

"Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja, sehingga menyebabkan dia terhukum bunuh dan seterusnya mencetuskan kebangkitan revolusi Hang Jebat yang kemudian menyebabkan pertempuran saudara di Melaka.

"Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura.

"Kita juga diberitahu dalam sejarah tentang kisah Mahsuri yang dituduh berzina dengan Deramang yang menyebabkan pembunuhan ke atas Mahsuri, jadi isu-isu ini adalah berhubungan dengan politik Melayu.

"Dalam keadaan bangsa lain telah berjaya mencipta Google, Facebook, Twitter, iPad, dan sebagainya sedangkan bangsa kita pula tidak habis-habis hidup seperti apa yang dilalui oleh Hang Tuah, Sang Rajuna Tapa dan Mahsuri,".

Bagaimanapun menurutnya lagi, misi untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sia-sia apabila Ketua Umum PKR itu sekali lagi diangkat sebagai simbol perjuangan membela maruah diri, keluarga dan masyarakatnya.

"Perspektif dari mediasfera, isu ini akan menempatkan kembali Anwar sebagai simbol perjuangan diri, keluarga dan masyarakat di kalangan masyarakat tanahair kerana bukan mudah untuk seseorang dan sebuah keluarga menanggung penghinaan yang semacam ini, malah secara berterusan.

"Tentulah masyarakat mula melihat keperluan untuk bersekutu buat perubahan kerana masyarakat sudah tidak mampu menanggung situasi dan krisis politik yang semakin teruk dan semakin mengerikan," kata Prof Abu Hassan.

Prof Abu Hassan turut mengingatkan masyarakat Melayu negara ini yang umumnya berugama Islam dengan ayat 12, Surah Al-Hujurat akan dosa yang ditanggung daripada berprasangka, mencari kesalahan orang lain dan perbuatan fitnah.

"Pertamanya, Allah mengeluarkan perintah yang jelas di dalam Al Quran, Surat Al Hujurat, ayat 12, yang bermaksud - Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang berbuat fitnah dan tuduhan sebahagian yang lain.

"Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang".

Tuesday, March 29, 2011

utusan tipu rakyat, saya mahukan keadilan bukan penipuan


Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan mendakwa akhbar Utusan Malaysia memutar belit kenyataannya berhubung penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang.

Nasrudin menafikan bahawa beliau bersetuju dengan penubuhan suruhanjaya itu sebaliknya berkata, perkara yang harus diutamakan adalah mengenai prinsip keadilan berhubung tuduhan tersebut.

beliau berkata pihak yang membuat tuduhan itu mesti menampilkan saksi.

"saya tak nak bercakap soal mekanisme. Saya nak cakap pasal prinsip.

"Yang menuduh dan memfitnah kena bagi bukti saksi yang jelas dan pengadilan mesti diberikan,".

siasatan selepas video itu disebar kepada umum adalah tindakan yang salah.

"Tuduh merata-rata dulu selepas itu baru nak nak buat siasatan, ini tindakan tak betul,".

Pakatan Rakyat tidak takut untuk disiasat namun keadilan mesti diutamakan.

"Kita tidak takut pada siasatan tapi keadilan mesti ditegakkan. Suruhanjaya atau apa itu mekanisme. Prinsipnya keadilan dan ini mesti ditegakkan dulu,".

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kononnya Nasruddin menyambut baik cadangan supaya pemimpin Pakatan Rakyat dijemput sebagai pemerhati dalam suruhanjaya tersebut.

Saturday, March 26, 2011

pelan jangka panjang atasi air



Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) bersimpati terhadap penduduk di sekitar Daerah Kerian yang mengalami bencana banjir seperti tiada kesudahan.

ust Zawawi Hassanm ketua dppn pk berkata kerana saban tahun mereka dilanda banjir, seolah-olah tiada usaha Kerajaan Negeri Perak bagi mengatasinya.

penduduk sudah kerap kali membuat aduan kepada jabatan-jabatan berkenaan tetapi respons yang diterima menyalahkan penduduk tentang penggunaan air.

“DPPN Pk melihat satu kerangka pelan jangka masa panjang perlu bagi memastikan bencana banjir di daerah sekitar Kerian serta zon utara dapat dirancang bagi tujuan mengatasinya,”.

walaupun ada pihak mengatakan punca utama daripada banjir tersebut datangnya dari pembinaan landasan keretapi, tetapi sudah tentu semua jaminan sebelum pembinaan tersebut telah ditetapkan.

Justeru, beliau berharap pihak kerajaan negeri mencari inisatif konkrit bagi memastikan satu projek bagi mengatasi banjir dapat dibentuk dan dirancang dengan rapi.

Tambahnya, perancangan tersebut diharap akan memastikan punca utama akibat bencana banjir tersebut tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

Dalam masa yang sama, ujarnya DPPN Pk berharap kerajaan negeri dapat memohon sumbangan khas daripada Kerajaan Pusat bagi membantu mangsa-mangsa banjir tersebut.


walaupun Kerajaan Negeri Perak telah membuat sumbangan pendahuluan sebanyak RM300 satu keluarga tetapi sumbangan ehsan daripada Kerajaan Pusat juga amat diperlukan kepada seluruh mangsa banjir tersebut.

Kerajaan Pusat dahulu telah memberikan bantuan khas kepada mangsa banjir seperti di Kelantan, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu dan terbaru di Johor sebanyak RM500 satu keluarga.

“DPPN Pk berharap pihak kerajaan negeri agar memohon bantuan khas tersebut untuk disalurkan kepada mangsa banjir yang semakin bertambah di Daerah Kerian tersebut,”.

Friday, March 25, 2011

nukilan ketua pemuda pusat di lembah multazam



1. Mencari redha Allah swt, memburu kasih sayang serta merebut kurniaanNya adalah satu perjuangan yang mesti dilakukan oleh setiap insan bergelar hamba. Meskipun terpaksa jauh berkelana, meredah samudera, membelah awan, merentasi sahara, menuruni curam, berselut lumpur, berlangir debu, berpenat lelah, bermandi peluh, bersengkang mata dan mengikat perut.

2. Insan bergelar hamba tentu sahaja tidak selesa menjalani kehidupan di alam buana ini tanpa restu Tuhan yang menciptanya. Justeru itu, mahu tidak mahu mereka terpaksa mencari jika belum ketemui, mereka terpaksa memburu jika masih jauh ketinggalan, mereka terpaksa merebut jika ruang dan peluang sangat tipis. Namun hitungan mereka sebagai seorang hamba ialah mendapatkan redha, kasih sayang dan kurniaan Allah swt.

3. Sayugianya buat hamba berstatus pejuang yang gigih menggalas tanggungjawab syariah dan amanah ummah. Mereka lebih berhak memiliki redha Allah berjanjikan pahala, berhak memiliki kasih sayang Allah berjanjikan kemenangan dan mereka juga berhak memiliki kurniaan Allah swt berjanjikan syurga Jannatu Naim.

4. Tentunyalah tidak semudah menatah bicara, melakar ungkapan dan melintas idea kerana sang pejuang mesti mencari, memburu malah merebutnya agar redha, kasih sayang dan kurniaan Allah menjadi hak milik kekal mereka bersama. Sementara musuh rakus mengepong, ghairah memfitnah, nekad menyerang dan licik memboloskan diri mereka, maka :
  • pejuang mesti rapat dan akrab dengan Allah swt.
  • pejuang mesti ramah dan mesra dengan Allah swt.
  • pejuang mesti ingat dan cinta dengan Allah swt.
  • pejuang mesti baik dan asyik dengan Allah swt.
5. Pengalaman saya dan rakan - rakan anggota rombongan Umrah Tarbawi DPP Malaysia berada di dua Tanah Haram benar - benar menginsafkan. Bermula langkah kanan dari rumah beriringan azan yang dilaungkan, kami berkelana memasuki bumi Bangkok selama lapan jam, Cairo sepuluh jam sebelum sampai ke Jeddah, Madinah al Munawwarah dan Makkah al Mukarramah.

6. Sejurus tiba di Kota Madinah al Munawwarah, operasi mencari redha Allah, memburu kasih sayang dan merebut kurniaan Allah swt berjalan serentak. Kehidupan para tetamu Allah dan NabiNya saw berubah menjadi pantas segalanya. Kelihatan mereka mencari - cari . Mereka cari di mana pintu masuk Masjidin Nabawi. Mereka cari di mana Mihrab Nabi saw, mereka cari di mana Raudhah syurgawi, mereka cari di mana maqam Rasulullah dan para sahabat baginda saw. Mereka cari semuanya itu kerana mereka mahu mencari Redha Allah swt.

7. Kota Makkah al Mukarramah pula menyaksikan mereka mencari Babus Salam pintu masuk ke Masjidil Haram yang paling digemari oleh Rasulullah saw, mereka cari di mana letaknya kaabah al Musyarrafah, mereka cari di mana Maqam Ibrahim, mereka cari di mana Hijr Ismail, mereka cari di mana Multazam, mereka cari telaga zam - zam. Mereka cari segalanya kerana mereka mahu mencari Redha Allah swt.

8. Kedua Kota suci ini juga menjadi medan dan lapangan manusia memburu. Mereka buru waktu solat setelah mengintai jadual rutin hariannya. Mereka buru detik sesuai untuk meluru ke Raudhah, demikian juga ke arah Multazam, mereka buru miqat untuk memulakan ibadah umrah, mereka buru saf hadapan menghampiri maqam Rasulullah di Madinah dan menghampiri Kaabah di Masjidil Haram. mereka buru segalanya adalah kerana mereka mahu memburu kasih sayang Allah swt.

9. Seluas - luas bumi al Haram ini menjadi sempit disebabkan jutaan tetamu Allah swt. Situasi menjadi getir dan mencabar. Pergerakkan mereka seperti berebut - rebut. Sebenarnya mereka berebut peluang untuk minum air zam-zam, mereka rebut ruang untuk munajat di Raudhah Nabi saw, mereka rebut peluang untuk munajat di Multazam, mereka rebut peluang kucup Hajarul Aswad, mereka rebut segalanya adalah kerana mereka mahu merebut kurniaan Allah swt.
10. Rugi sungguh hamba yang malas dan pejuang yang pasif. Tidak mahu mencari, tidak mahu memburu dan tidak mahu merebut redha , kasih sayang dan kurniaan Allah swt. Sedang mereka sangat memerlukan redha, kasih sayang dan kurniaan Allah swt. Jika sejelas Kaabah, mereka malas nak cari, jika sedekat Raudhah, mereka malas nak buru, jika semudah Maqam Ibrahim, mereka malas nak rebut peluang sedang mereka mengaku pejuang, tolonglah sampaikan salam saya dan para tetamu Allah dari lembah Multazam buat mereka dengan lafaz, Assalamualaikum!

Monday, March 21, 2011

isu libya: usul pas bn tolak untuk kebaikan umat islam


Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) berhubung ketegangan di Libya.

Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menolak usul yang dibuat di bawah peraturan mesyuarat 18(1) itu atas alasan ia tidak perlu disegerakan.

Nasir ketika ditemui di lobi Parlimen selepas itu menyatakan rasa kesal usul yang penting itu ditolak.

"Tadi ada wakil rakyat mahupun daripada BN dan Pakatan Rakyat, mereka mengatakan isu ini sangat penting.

"Kalau kita prihatin terhadap rakyat Jepun yang dilanda tsunami kenapa dalam isu Libya ini kita tidak mengambil ketetapan khas dalam sidang Parlimen untuk kita bahaskan,".

usul yang dikemukakan itu merupakan satu isyarat keprihatinan wakil rakyat PAS dalam isu antarabangsa lebih-lebih lagi melibatkan keselamatan 6.4 juta rakyatnya.

"Mungkin speaker menggunakan kuasa beliau dan menolak (usul) atas alasan tidak perlu disegerakan tapi saya kira apa yang saya kemukakan tadi sebagai isyarat kprihatinan kita berkaitan nasib rakyat Libya,".

Dalam usul yang dikemukakan itu, Nasir antara lain mahu Malaysia, sebuah negara anggota OIC, bertindak segera menyelamatkan nyawa rakyat di Libya.

Beliau juga turut mengemukakan enam cadangan termasuk mendesak kerajaan Malaysia segera menghantar misi bantuan kemanusiaan ke negara bergolak itu.

Beliau juga mahu sidang Parlimen Malaysia yang berjalan sekarang segera mengusulkan supaya semua agensi antarabangsa sepetrti OIC, UN, Liga Arab, Kesatuan Eropah, Kesatuan Afrika mengambil inisiatif supaya krisis di Libya diselesaikan dengan rundingan demi mengelakkan pertumpahan darah terus berlaku.

Ketegangan yang sedang berlaku, antara golongan anti Gadafi dan tentara pro-kerajaan sekarang semakin meruncing sehingga mencetuskan perang saudara yang amat merbahaya.

Sejak pergolakan pertengahan Februari lalu, ribuan termasuk orang awam dilaporkan terbunuh apabila tentera Gaddafi menggunakan jet pejuang untuk menyerang kawasan yang dikuasai oleh golongan pemberontak.

Tuesday, March 15, 2011

pemuda perak masih tunggu fatwa letak ancak -kp-


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menghantar surat kepada Mufti negeri, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini memohon diwartakan fatwa perbuatan menteri besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menghadiri dan melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri rumah program Projek Infra Bina Upaya (Ibu) di Kampung Guar, Manong pada 16 Oktober 2010 lalu.

Ketuanya, Zawawi Hassan berkata, Pemuda PAS negeri terus terpanggil bagi mendapatkan penjelasan tersebut setelah Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini mengeluarkan fatwa mengharamkan ajaran Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiyah Kampung Menderang Sungkai yang mana permohonan pihaknya masih belum terjawab sehingga berbulan-bulan.

“Kami merasa agak kesal kerana permohonan kami telah dipolitikkan dan telah meragukan kerana persoalan yang telah dikemukakan adalah perkara besar yang jauh lebih penting berbanding politik semata-mata.

“Dan ianya membabitkan seorang pemimpin besar dan akidah seorang Muslim ujarnya dalam surat berkenaan,” ujarnya dalam surat berkenaan.

Beliau menambah, pihaknya tidak akan memberikan jaminan bahawa perbuatan yang bertentangan dengan akidah umat Islam akan terus menjadi penyakit yang ‘dibenarkan’ oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Ini, ujarnya kerana dengan tanggapan Pemuda PAS negeri bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak sengaja membiarkan perkara itu terus berlaku.

“Akhirnya, sekali lagi kami merayu agar keikhlasan dan kekuatan Y.Bhg. Tan Sri bersama Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak untuk menegakkan kebenaran dan keadilan di dalam perkara ini,”.

Tegasnya, perkara asas bagi seorang muslim yang sejati ialah akidah yang benar dan tidak dipesongkan.

Monday, March 14, 2011

KEJAYAAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT



KEJAYAAN KELANTAN UNTUK RAKYAT



-menerajui kerja 5 hari oleh kakitangan kerajaan dan cuti 2 hari seminggu

-menerajui cuti bersalin 60 hari

-takaful kifalah untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas apabila meninggal, waris si mati akan mendapat wang rm2`500.00

-zaman bn memerintah kelantan, kelantan adalah no 2 termiskin tetapi sekarang kelantan adalah negeri ke-6 termiskin di malaysia.

-melunaskan hutang kerajaan pusat sehingga 2010 ialah rm 220 juta.
hutang umno tinggal tahun 1990 rm 718 juta.
sekarang berbaki rm 498 juta

-melancarkan bulan SOLAT untuk menghadapi/mengatasi gejala sosial

-pinjaman untuk kakitangan kerajaan tanpa riba

-dasar rumah 3 bilik untuk mengasingkan anak perempuan dan lelaki daripada tidur bilik yang sama

-sejak menang tahun 1990 menutup semua premis judi

-projek ladang rakyat. sahamnya diagih kepada penduduk miskin tanpa mengira kaum, agama dan parti.
mereka diberikan dividen dalam bentuk kewangan secara bulanan.

-memperuntukkan rm1.5 juta untuk skim "al-ziwaj" untuk membantu belia mendirikan perkahwinan

-pajak gadai islam untuk mengelak rakyat menjadi mangsa penindas.

-pegawai halaqat setiap daerah untuk mengembangkan ilmu agama di kalangan rakyat

-kadar kemiskinan di kelantan menurun pada 4.1% 2008 berbanding 7.2% pada tahun 2007. pada tahun 2004 kadar kemiskinan 10.4%.

Saturday, March 12, 2011

bagi menjawab tohmahan umno pas kuda tunggangan pr sebenarnya umno keldai tunggangan bn


PERBEZAAN KERJASAMA PAS DENGAN PR DAN KERJASAMA UMNO DENGAN BN


PERBEZAAN KERJASAMA PAS DAN UMNO


1) kerjasama pas dengan bukan islam ialah "tahluf siasi" tanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang di bawa oleh pas.


manakala umno dalam bn "wala" atau lebih dikenali bersifat patuh atau mengikut kehendak rakan sehingga menggadaikan islam


2) Pas sebagai parti yang berdasarkan islam, rujukannya pula ialah al-quran, sunnah, ijma dan qias. pas tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjerumus ke dalam neraka semata-mata untuk mendapatkan kuasa jika kuasa menjadi perhitungan pas! Pas akan menerima pelawaan umno dan berkerjasama dengan bn iaitu sama-sama menjana program-program maksiat dan melakukan kemungkaran, menjalankan rasuah yang bakal meruntuhkan tamadun negara ini.


3) Pas tidak menggadaikan prinsip islam dan memusnahkan islam di negara ini, contoh: tiada masjid atau surau yang di tutup mahupun di roboh di zaman pas bersama pr!

sebaliknya umno yang berkerjasama dengan mca, mic, gerakan dalam bn telah bertindak biadap terhadap agama, banyak masjid dan surau di tutup malah ada yang di roboh antaranya masjid bujal kemaman, surau kg berembang, surau puchong perdana dan surau seksyen 8 shah alam yang di tutup 2 minggu sebelum bulan puasa 2007.


4) tahaluf siasi membolehkan pas melakukan dakwah lebih cergas contoh: masjid dan surau di meriahkan dengan majlis ilmu dan program2 yang dakwah.

manakala umno berkerjasama dengan bukan islam telah mematikan majlis ilmu, meletakkan ajk masjid yang bukan ahlinya atau yang layakakhirnya masjid dan surau mati sebelum manusia mati.


5) kerjasama pas dan pakatan rakyat menentang undang-undang zalim seperti Isa, Auku, Osa dan akta mesin cetak yang zalim malah tidak adil.

sedangkan umno bersama rakan menyokong akta yang zalim walaupun ia bertentangan islam malah umno dan bn bukan sahaja menyokong malah melaksanakannya.


6) pas dan pakatan bersama untuk memelihara harta negara supaya tidak musnah manakala umno dan bn telah mengkhianati khazanah negara sehingga di katakan oleh datuk idris jala menteri di jabatan perdana menteri negara akan muflis pada tahun 2019(8 tahun dari sekarang)


7) kerjasama pas dan pr telah menjinakkan orang bukan islam untuk memahami islam dengan lebih dekat

manakala umno dan bn telah meliarkan orang bukan islam dengan pelbagai tuduhan terhadap islam


8) kerjasama pas dan pr yang menentang kezaliman terhadap negeri-negeri yang di lakukan terhadap rakyat khusunya melayu islam

manakala umno/bn berkerjasama adalah untuk menindas rakyat dan bangsa sendiri.


9) pas dan pr berkerjasama untuk mengukuhkan lagi kerusi parlimen orang melayu islam sedangkan umno dan bn menurangkan kerusi yang di pertandingkan dan layak di pertandingkan melayu/islam

umno menakutkan rakyat dan dakwaan kerusi parlimen orang melayu akan terhakis jika calon bn tumbang kepada pr walaupun hakikatnya apabila pr bertanding kerusi melayu bertambah di parlimen contohnya parlimen kota raja dr.siti mariah mahmud menewaskan s. vigneswaran a/l msanase(mic) tan sri khalid ibrahim menewaskan datuk tan chai ho(mca) dan banyak lagi...

manakala umno memberikan kerusi kepada bukan islamwalaupun mejoriti tempat itu melebihi 70% islam/melayu contohnya parlimen grik datuk tan lian hoe menewaskan haji mohd nor abd rahman dan bersama 17 kerusi lagi antaranya lumut, tanjong malim, cameron highland, raub, hulu selangor, alor gajah, air hitam, simpang renggam, teberau, putatan, beluran, batu sapi, tawau dan beberapa lagi...

semoga semua ini menjawab keraguan yang telah di tipu oleh umno


Wednesday, March 09, 2011

seminar pilihanraya dewan pemuda pas kawasan teluk intan berjaya dan sampai kepada sasaran

DI BAWAH DI SEDIAKAN ANTARA SEDUTAN-SEDUTAN PADA HARI SEMINAR TERSEBUT


"dewan pemuda teluk intan dengan usaha sama dan para wakil dari kawasan pasir salak dan bagan datoh merasa bangga dan berbesar hati dengan ketiga-tiga pembentang yang hadir dan juga pemuda yang hadir dengan penuh istiqamah kerana ia membabitkan program yang begitu panjang, program yang bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang!
tujuan kami menerapkan kembali semangat yang semakin kurang dalam gerak kerja pemuda apabila kemenangan berlaku secara tidak di jangka, bukan tidak buat kerja mungkin kerja agak tidak teratur berbanding sebelum ini.
saya mengharapkan melalui program seperti ini semua ahli pemuda lebih kotmitmen kepada parti dan terutamanya memperbanyakkan program sebagai kerajaan yang bersedia memerintah"

















"kita menjalankan amanah allah dalam mepertahankan dun cangkat jong, tetapi kita kena ingat apabila kita menang semakin banyak cabaran, ujian dan rintangan.
terutama apabila kita memerintah dahulu banyak yang kita membantu rakyat setakat mana kemampuan kita walaupun bukan semua intitusi kerajaan ketika itu di bawah pemerintahan kita.
walaupun kita kalah isu-isu rakyat dan juga kebajikan setempat tidak kira parti yang kita bawa, isu banggunan terbengkalai, isu kemiskinan rakyat, isu burung walit dan pelbagai lagi tetapi media tidak memainkan peranan dan kita perlu mengambil anesarif sendiri untuk terangkan kepada rakyat"









"kita pakatan rakyat sedang diperhatikan oleh rakyat semenjak pru-12 lagi, apa yang berlaku sekarang sesiapa yang perasan kita akan nampak jelas bahawa rakyat tanpa kita sedar dia kenal kita.
ujian memang lar ada apabila kita menang tanya yb macamana dahulu, saya selaku penyelia dun sahaja ada satu masa ust misbah telefon dan tanya betul ker ada tander yang minta di luluskan datang dari ust kerana ada tanda tangan ust?
saya kata memang lar bumi kubu gajah ini cukup kaya dengan balak, keluar rumah dah nampak balak tetapi saya tiada lulus mana-mana pun syarikat atau minta tanda tangan.
itu baru penyelia dun kalau jadi yang berhormat tak tahu lah macamana mereka menggunakan nama saya"



"pakatan rakyat menang di kawasan ilmu itu berkembang, itu yang umn/bn takutkan kepada rakyat khususnya melayu kerana apabila rakyat cerdik mereka tidak akan mengundi umno/bn. apa yang berlaku di galas apabila kerajaan mengumumkan akan memberi WIFI kepada perkampungan orang asli, jadi tok batin pun bertanya kepada kementerian berkenaan! minta maaf encik tok nak bertanya WIFI makan terus atau rebus dulu"
(ust riduan mohd noor/ketua lujnah dakwah pemuda pas pusat)













"perjuangan ini biasa lah mempunyai pasang surut sehinggalah pernah kelantan hampir lumpuh disebabkan suasana keselesaan apabila kemenangan tetapi kita mesti mempunyai istiqamah kepada perjuangan kerana ini adalah satu wardah dan yang wajib kita pertahankan, manakala kita tidak harus jemu berada di dalam perjuangan"
(ust nik mohd abduh nik abd aziz/ ketua lujnah tarbiah pemuda pas pusat)










perlancaran dana pilhanraya yang di lancarkan ust nik mohd abduh nik abd aziz(ketua lujnah tarbiah dewan pemuda pas pusat)

gambar di sebelah ust nik sedang memasukkan duit beliau sebagai gimik kepada perlancaran tabung tersebut, mudah-mudahan Allah yang menghitung setiap helaian kertas yang di sedekahkan kejalan allah.i sedekahkan kejalan allah.

Friday, March 04, 2011

SEMINAR PILIHANRAYA DAN PENTAS PEMUDA




Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Teluk Intan akan menganjurkan Seminar Pilihan Raya dengan tema Mempertahankan DUN N56 Changkat Jong. Program akan diadakan pada 6 Mac 2011 bersama hari Ahad di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.


Menurut Ketua Penerangan DPP Teluk Intan, Sdr. Mohd. Nur Basyir, seminar yang bakal dirasmikan oleh ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin akan menampilkan tiga orang pembentang kertas kerja dalam kalangan pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat iaitu Ustaz Nik Mohammad Abduh Nik Aziz, Ustaz Riduan Mohd. Nor dan Sdr. Nazri Din.


Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kepada semua pemuda PAS cawangan-cawangan seluruh Teluk Intan agar dapat hadir beramai-ramai ke seminar tersebut.


"Antara objektif seminar ini adalah untuk meniupkan semangat kepada para pemuda PAS dalam berhadapan pilihan raya khususnya dalam mempertahankan kemenangan DUN Changkat Jong yang telah dimenangi pada PRU12 yang lepas,".



Pada sebelah malamnya pula, para pimpinan DPP Pusat yang terdiri daripada Ustaz Nik Mohammad Abduh, Ustaz Riduan Mohd. Nor dan Sdr. Nazri Din akan berceramah di tempat yang sama.

Thursday, February 24, 2011

maher zain insyaAllah versi melayu

himpunan PTPTN dan MARA


Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan satu majlis pertemuan dengan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mengalami masalah pembayaran balik pinjaman mereka.

Himpunan tersebut dijadualkan pada hari Sabtu ini, 26hb Februari 2011 \ jam 2 petang di Dewan Semantan Perdana, Hotel Sri Malaysia, Temerloh, Pahang.

Menurut Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiat, Pemuda PAS mengambil inisiatif tersebut kerana perihatin dengan nasib mereka yang tidak mampu membayar balik pinjaman kerana faktor kekangan ekonomi negara.

"Mereka dalam keadaan tertekan kerana mereka tidak mampu membuat bayaran. "Faktor utama adalah kerana tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan kos hidup yang meningkat setiap tahun khususnya di bandar," katanya.

Menurutnya sehingga kini terdapat 1.7 juta peminjam PTPTN yang mengalami masalah tersebut. Dari Jumlah itu terdapat 191,262 orang peminjam yang langsung tidak mampu membuat bayaran balik pinjaman. PTPTN telah membelanjakan sebanyak RM 37 bilion sejak 13 tahun yang lalu.

Agensi itu juga telah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% kepada peminjam dan ianya didakwa membebankan. Masalah yang dihadi peminjam ketika ini katanya berkaitan jumlah pinjaman mereka yang meningkat setiap tahun jika mereka tidak membuat pembayaran. Mereka juga tidak dibenarkan pergi ke luar negara jika tidak membuat pembayaran yang ditetapkan oleh PTPTN.

Sebahagian mereka menghadapi kesukaran untuk mendapat pinjaman lain khususnya pinjaman perniagaan. Selain PTPTN, masalah sama turut menimpa peminjam MARA yang ada diantara mereka terpaksa membayar balik jumlah pinjaman terlalu besar sehingga RM80 ribu.

"Pihak PTPTN pula sedang berusaha untuk membuat pindaan terhadap akta PTPTN yang berkemungkinan pada sidang parlimen akan datang bagi mengetatkan lagi kawalan pembayaran balik pinjaman. Tindakan ini sudah semestinya akan memberikan lebih tekanan kepada mereka.

"Dalam usia mereka yang masih muda mereka telah dibebankan dengan hutang yang banyak. Hidup mereka menjadi tidak tenteram dengan hutang tersebut," tambahnya lagi. Menurutnya juga, pertemuan itu turut akan dihadiri ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang akan sama-sama mendengar rintihan mereka.

Semua pandangan mereka akan dirumuskan dalam persidangan meja bulat dan akan diserahkan kepada pihak kerajaan dalam sidang parlimen akan datang. Sehubungan itu, beliau menjemput semua peminjam PTPTN dan MARA untuk hadir ke program itu.

Monday, February 21, 2011

pemuda pas serah memorendum bantahan kezaliman kerajaan libya rabu ini


Dewan Pemuda PAS Pusat melalui lajnah antarabangsa akan menyerah memorandum membantah kekejaman yang telah mengorbankan rakyat tanpa senjata ke kedutaan Libya pada Rabu 23 Februari, jam 11.00 pagi.

Nasrudin Hasan At-Tantawi berkata, kebangkitan rakyat yang meletus di negara-negara Arab mutakhir ini yang telah pun menumbangkan rejim pemerintahan Tunisia dan Mesir, kini semarak kebangkitan itu terus menjalar deras seperti lahar yang sedang menuruni lurah dari puncak gunung berapi.

suara dan himpunan kebangkitan rakyat itu telah melintasi sempadan Yemen, Bahrain dan Libya.

“Suatu kebangkitan yang saya sifatkan sebagai time bomb setelah mereka selama ini mendekam penuh sengsara dan derita berada di bawah sistem pemerintahan separa diktator,”

kerajaan Bahrain dan Libya menggunakan kekerasan dalam menangani kebangkitan rakyat dengan menggunakan pihak keselamatan untuk menembak rakyat dan orang ramai yang menyertai rally kebangkitan rakyat tersebut.

“Sehingga kini saya difahamkan telah ratusan orang ramai yang terdiri dari masyarakat awam yang tidak bersenjata menyertai himpunan kebangkitan itu ditembak mati,”.

Pemuda PAS Pusat mengecam sekeras-kerasnya cara kerajaan Bahrain dan Libya menangani kebangkitan rakyat tanpa senjata dengan kekejaman yang menumpahkan darah dan nyawa rakyat mereka sendiri.

tegas beliau rejim yang telah berkuasa dan memerintah sewajarnya mendengar suara rakyat mereka dan bertindak sewajar tanpa pertumpahan darah sekalipun mereka terpaksa berkorban meninggalkan takhta.

Kenapa Bob Lokman sertai PAS

himpunan 30k pemuda pas malaysia

Wednesday, February 16, 2011

perutusan maulidur rasul ketua pemuda pas pusat


Rasulullah saw Pencetus Transformasi Ummah

1. Dunia ini pernah gelap gelita tanpa cahaya hidayah. Penghuninya hidup berpelitakan nafsu dan syahwat. Sang perkasa menindas marhaen sementara sikaya menguasai fuqara' . Manusia berpetualang dengan hukum rimba. Tiada nilai kemanusiaan jauh sekali nilai intergriti . Arak membuih merosakkan aqal, pelacur dilanggan meruntuhkan maruah. Penipuan dan penindas menjadi rutin bermasyarakat. Siapa licik dialah cerdik. Kualiti orang kenamaan mereka terletak pada ketajaman lidah yang mampu melukakan hati dan perasaan insan yang lain.

2. Dunia kala itu dijolok sebagai jahiliyah. Biar kaya, biar pandai, biar kuat, biar berkuasa penghuninya, namun mereka adalah jahiliyyah. Justeru mereka tiada pedoman dan terhindar dari petunjuk Tuhan yang Mencipta, agar hidup mereka sejahtera, harmoni, aman, selamat dan bahagia.

3. Kasih sayang dan kasihan belas Tuhan yang Maha Pencipta telah mengutuskan Muhammad saw sebagai Rasul ummah untuk membawa satu perubahan dasar dan prinsip yang utama dalam kehidupan manusia. Berbekalkan Kitab Petunjuk [Al Quranul Karim] dan kemuliaan peribadi [akhlak] , Rasul al Amin ini meredah cabaran dan halangan yang bertolak dari dendam Yahudi dan Nasara serta kebodohan golongan Musyrikin .

4. Rasulullah saw hadhir sebagai Duta Penyelamat dan Kasih sayang bersama agenda menyelamatkan ummah dari murka Allah swt sekaligus mengangkat martabat kemanusiaan mereka agar tidak lagi terperangkap di bawah tempurung jahiliyyah. Sekurang - kurangnya 10 agenda perubahan besar digerakkan oleh Rasulullah saw :

Pertama : Aspek Aqidah, dari syirik kepada tauhid
Kedua : Aspek Akhlak, dari fasiq kepada soleh
Ketiga : Aspek Ideologi, dari jahiliyyah kepada Islam
Keempat : Aspek Tamadun, dari hamba kepada daulat
Kelima : Aspek Sosial, dari bathil kepada haq
Keenam : Aspek Pemerintahan, dari zalim kepada adil.
Ketujuh : Aspek Ekonomi, dari monopoli kepada agihan
Kelapan : Aspek Politik, dari rakus kepada kesaksamaan
Kesembilan : Aspek Ilmu,dari jahil kepada membaca [alim]
Kesepuluh : Aspek Kekeluargaan, dari kebencian kepada kasih sayang [mawaddah]

5. Menggerakkan agenda perubahan ini, Rasulullah saw berdepan dengan 1001 tekanan dan ancaman seperti :
  • buang daerah
  • penjara
  • bunuh
  • sukar
  • jauh perjalanan.
Namun Rasulullah saw tidak pernah menyerah kalah sebaliknya mengorbankan segalanya demi melihat tercetusnya satu perubahan besar dalam hidup masyarakat jahiliyyah pada waktu itu.

6. Pelbagai pendekatan dan kaedah dakwah digerakkan oleh Rasulullah saw untuk meledak satu kebangkitan total dari ummat manusia agar berani dan nekad untuk bangkit menolak cara hidup 'lama" yang bergelumang dengan rasuah, riba, arak, judi, khurafat, penindasan, kezaliman, penipuan dan 1001 kepincangan hidup yang tidak berlandaskan sistem moral yang baik.

7. Rasulullah saw terpaksa menelan segala kepahitan berjuang, sungguhpun demikian Baginda saw tidak pernah mengalah justeru menyedari bahawa inilah sunnatullah dalam perjuangan untuk mendaulatkan syariat Allah swt. Nabi - nabi terdahulu telah melakar sejarah dalam episod perjuangan mereka yang matlamat dan cabarannya serupa untuk mentauhidkan Allah Jalla wa A'ala.

8. Sempena menyambut ulangtahun keputeraan Rasul saw, sayugianya kita menghayati ruh perjuangan Baginda saw dalam menggerakkan kesedaran dan membangkitkan keinsafan menolak regim jahiliyyah moden yang masih mengekalkan warisan jahiliyah kuno dalam corak kehidupan hari ini.

9. Mudahnya menafsirkan asas perjuangan Baginda saw ialah menentang mungkar dan menegakkan syariat dengan dakwah yang penuh hikmah. Sementara kemungkaran itu bukan sahaja pada keruntuhan moral seperti pergaulan dan seks bebas tetapi juga kemungkaran di dalam ekonomi yang memerangkap masyarakat dalam riba, rasuah, monopoli dan lingkaran kekayaan negara dikalangan pembesar. Kemungkaran juga berlaku dalam politik seperti penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan amanah rakyat.

10. Negara kita turut menerima kesan tempias dengan kemungkaran - kemungkaran tersebut. Oleh kerana terlalu lama membiarkan ia berlaku sehingga mengjangkau lebih 50 tahun sejak negara ini merdeka, akhirnya tempias itu telah membuatkan negara kita kini basah kuyup dengan kemungkaran tersebut. Ummat yang menyambut ulangtahun keputeraan Rasul saw mesti bangkit menjiwai dan melandasi perjuangan Rasul saw meledak gelombang perubahan total ke arah peradaban yang diredhai oleh Allah swt. Tidak hanya berselawat dan berarak dengan sampin dan tanjak yang tidak mempunyai nilai sebuah transformasi.

Monday, February 14, 2011

HIMPUNAN 30K


kata kan tidak kepada valentine


Pemuda Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru masyarakat menghayati kefahaman sebenar Maulidur Rasul menolak sambutan Hari Valentine.

Justeru, pengerusinya , Mohd Fadzil Saleh menyeru pihak kerajaan dan institusi berkenaan memberi kesedaran kepada para pelajar sekolah mengenai budaya songsang hari Valentine dan membuat penguatkuasaan agar ianya tidak menjadi satu budaya yang diraikan sejak peringkat sekolah.

Katanya, virus sosial yang dibawa Hari Valentine di semua IPT perlu diperangi habis-habisan di samping menggembleng tenaga, membuat penguatkuasaan dan mengambil tindakan untuk melumpuhkan sebarang aktiviti dan usaha-usaha untuk memeriahkan atau menyambut Hari Valentine itu.

kata beliau masyarakat Islam menghayati semangat dan kefahaman sebenar perayaan bersempena Maulidur Rasul sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah saw.

belia dan remaja mengalihkan sudut pandang mereka kepada mencontohi Rasulullah s.a.w. sebagai qudwah hasanah (contoh teladan terbaik) dalam konteks menzahirkan kasih sayang selain melibat diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membina akhlak dan intelektual mereka.

beliau juga menyeru belia dan remaja agar mengetahui latar belakang dan matlamat Hari Valentine, agar tidak terikut-ikut budaya liar yang langsung tiada kaitan dengan Islam; malah tersasar darinya.

mereka hendaklah mengelakkan terbabit dalam sebarang bentuk aktiviti meraikan hari tersebut seperti ‘dating’ yang akhirnya membawa kepada keruntuhan akhlak seperti penzinaan, arak dan pembuangan bayi.

Bagi keluarga dan ibu bapa pula, katanya mereka perlu mendapatkan maklumat yang betul mengenai Hari Valentine dan menyampaikannya kepada anak-anak, menghidupkan budaya kasih sayang dalam kehidupan berkeluarga.

“Memastikan anak-anak tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang merosakkan ini dan mewujudkan aktiviti-aktiviti alternatif agar anak-anak dapat dijauhkan dan tidak terlibat dengan sambutan Hari Valentine,”.

Beliau juga menyeru media massa menyampaikan maklumat sebenar mengenai Hari Valentine agar masyarakat menjauhi sebarang aktiviti-aktiviti berkaitan dengan sambutannya di samping menghentikan sebarang bentuk promosi yang menjurus kepada mempopularkan sambutan Hari Valentine.

saban tahun, 14 Februari merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih, malahan seminggu sebelum tarikh tersebut, ianya hangat diwar-warkan di media massa mahupun di laman sosial.

“Saban tahun juga, kita menyaksikan ramai belia dan remaja ternoda,”.

Laporan Polis Diraja Malaysia yang dikongsikan di dada akhbar bertarikh 10 Februari 2011 (Sinar Harian, hlm N15) menunjukkan sebanyak 517 kes pembuangan bayi yang dilaporkan dari 2005 sehingga Januari lalu.

Manakala dalam tempoh Januari sahaja, sebanyak 19 kes pembuangan bayi telah dilaporkan yang amat membimbangkan.

Pergaulan bebas tanpa kawalan antara puncanya.

Pengurusan institusi Raudatus Sakinah mendapati bahawa punca fenomena tersebut adalah hasil daripada kemaksiatan dan penzinaan yang berlaku bersempena dengan sambutan Hari Valentine dan juga sambutan Hari Kemerdekaan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 pada 24hb November 2005 telah memutuskan bahawa amalan merayakan ‘Valentine’s Day’ bukan amalan Islam. Malah, ia menegaskan bahawa, roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur agama Kristian dan amalannya bercampurbaur dengan perbuatan maksiat yang bercanggah dan terlarang dalam Islam.

sehingga kini, ia masih lagi menjadi budaya dalam masyarakat dan diamalkan oleh penganut-penganut beragama Islam – khususnya dalam kalangan belia dan remaja. Tahun lepas, misalnya, ada pihak telah mencetuskan kempen ‘No Panties’ pada Hari Valentine.

“Ini jelas menggambarkan betapa kroniknya budaya songsang telah menular dalam masyarakat kita,”.