Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Monday, March 21, 2011

isu libya: usul pas bn tolak untuk kebaikan umat islam


Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) berhubung ketegangan di Libya.

Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menolak usul yang dibuat di bawah peraturan mesyuarat 18(1) itu atas alasan ia tidak perlu disegerakan.

Nasir ketika ditemui di lobi Parlimen selepas itu menyatakan rasa kesal usul yang penting itu ditolak.

"Tadi ada wakil rakyat mahupun daripada BN dan Pakatan Rakyat, mereka mengatakan isu ini sangat penting.

"Kalau kita prihatin terhadap rakyat Jepun yang dilanda tsunami kenapa dalam isu Libya ini kita tidak mengambil ketetapan khas dalam sidang Parlimen untuk kita bahaskan,".

usul yang dikemukakan itu merupakan satu isyarat keprihatinan wakil rakyat PAS dalam isu antarabangsa lebih-lebih lagi melibatkan keselamatan 6.4 juta rakyatnya.

"Mungkin speaker menggunakan kuasa beliau dan menolak (usul) atas alasan tidak perlu disegerakan tapi saya kira apa yang saya kemukakan tadi sebagai isyarat kprihatinan kita berkaitan nasib rakyat Libya,".

Dalam usul yang dikemukakan itu, Nasir antara lain mahu Malaysia, sebuah negara anggota OIC, bertindak segera menyelamatkan nyawa rakyat di Libya.

Beliau juga turut mengemukakan enam cadangan termasuk mendesak kerajaan Malaysia segera menghantar misi bantuan kemanusiaan ke negara bergolak itu.

Beliau juga mahu sidang Parlimen Malaysia yang berjalan sekarang segera mengusulkan supaya semua agensi antarabangsa sepetrti OIC, UN, Liga Arab, Kesatuan Eropah, Kesatuan Afrika mengambil inisiatif supaya krisis di Libya diselesaikan dengan rundingan demi mengelakkan pertumpahan darah terus berlaku.

Ketegangan yang sedang berlaku, antara golongan anti Gadafi dan tentara pro-kerajaan sekarang semakin meruncing sehingga mencetuskan perang saudara yang amat merbahaya.

Sejak pergolakan pertengahan Februari lalu, ribuan termasuk orang awam dilaporkan terbunuh apabila tentera Gaddafi menggunakan jet pejuang untuk menyerang kawasan yang dikuasai oleh golongan pemberontak.