Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Tuesday, November 17, 2009

pemuda pas pandang surius sokongan muda


KUALA LUMPUR, 17 Nov: Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat sedang serius mengkaji dakwaan kemerosotan sokongan anak muda terhadap parti itu seperti yang didedahkan Dr. Abu Hassan Hasbullah pada seminar politik 7 November lalu.

Ketuanya, Nasarudin Hassan berkata, Institut Kajian Polisi (IPS) dewan itu telah diarah membuat kajian terperinci terhadap perkara itu sebelum tampil dengan pelan strategik baru menarik anak muda bersama parti itu.

"Kita mengarahkan Institute Policies Study Dewan Pemuda PAS untuk membuat kajian susulan sebab dia (Dr. Abu Hassan Hasbullah) hanya menyebut angka tetapi tidak menyebut faktor, jadi kita nak tahu faktornya apa.

"Lepas tahu faktor, baru kita boleh menyusun pendekatan strategik," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Hasil kajian yang bakal diperolehi dalam sedikit masa lagi itu katanya, akan melihat sejauh mana keseriusan dakwaan itu dan pendekatan bagaimana harus diguna oleh DPP bagi memperbetulkan keadaan.

"Dalam masa terdekat IPS akan menyediakan laporan untuk melihat angka dan faktornya, sejauh mana kajian itu bertepatan.

"Atau masih kekal ataupun ianya adalah lebih kepada satu persepsi yang boleh diubah oleh beberapa tindakan politik dan seumpamanya," katanya lagi.

Kajian ini juga katanya sebagai respon dewan itu bertindak berdasarkan pandangan dari orang luar termasuk ahli akademik.

Ianya juga menunjukkan bukti mereka bersikap terbuka dan mendengar sebarang pandangan dari luar.

DPP Pusat pada waktu ini juga beritahunya sedang giat mempromosikan slogan "Orang Muda Geng Kita" bagi menarik lebih ramai anak muda negara ini bersama dengan PAS.

Semua lajnah dan jabatan dewan itu sedang digerakkan secara maksimum bagi mencapai matlamat tersebut.

Selain menarik anak muda menyokong PAS, kempen itu juga bertujuan memastikan mereka yang layak mengundi, didaftarkan dengan SRP dan pada masa yang sama dialu-alukan mendaftar sebagai ahli PAS

Sehingga kini, kempen tersebut telah berjaya dilancarkan di Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Kedah dengan penyertaan yang sangat memberangsangkan.

Pada seminar memperkasa PAS, 7 November lalu, Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa UIA, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari dan Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya (UM) Dr Abu Hassan Hasbullah telah dijemput sebagai panel memberi pandangan terhadap PAS.

Mereka antara lain mendedahkan bahawa sedang berlaku kemerosotan sokongan terhadap PAS khususnya dari kalangan orang muda dan memerlukan perubahan segera sebelum berlaku Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sehubungan itu, DPP Pusat sekali lagi mahu menjemput kedua-dua tokoh tersebut bagi mendapat gambaran lebih jelas berhubung dakwaan mereka.

Pertemuan susulan dengan Abdul Aziz bagaimanapun telah selesai diadakan pada minggu lalu.

Manakala pertemuan dengan Abu Hassan Hassan pula dijadual Disember ini.

majlis pelancaran orang muda geng kita peringkat teluk intan


alhamdulillah syukur selesai sudah pelancaran orang muda geng kita peringkat teluk intan. pemuda mengharapkan suasana politik di teluk intan akan berubah sedikit sebanyak di teluk intan khususnya orang muda agar lebih bersemangat dan istiqamah dalam perjuangan. walaupun halangan dan dugaan harap dapat hadapi dengan sabar dan berkhemah. agar islam ini akan dapat dinaikkan. segala masalah yang tidak dapat diselesaikan sendiri harap dapat melalui pimpinan dan dekati lah kami. kami sentiasa bersama. apa yang dapat kami bantu sebagai pimpinan dan sahabat kami akan cuba bantu sedaya mungkin.


ceramah pada malam tadi dimulakan dengan ceramah sedara azhar rafai(pengarah pilihanraya teluk intan) dengan ucpan alu-aluan mewakili kaw teluk intan dan diberi sedikit ruang pada pengerusi kelab penyokong pas perak(tiada dalam gambar) sedara suria yang menyatakan bahawa kalau india boleh menyokong pemerintahan islam kenapa tidak orang melayu dan islam? tuan-tuan pikir lah.


ust. mustafa saari yang merupakan tpj3 pas perak menyampaikan ucapan dan beliau banyak menyentuh suasana diperak dan dikaitkan dengan ayat al-quran. lebih kepada kesimpulan apa yang dicanang oleh umno/bn dalam media masa tidak sama apa yang dibuatnya ini terbukti apabila setelah 52tahun mereka memerintah mereka banyak menangguhkan fail-fail rakyat dikampung-kampung dan fail-fail ini akan dikeluarkan apabila menjelang pilihan raya, mereka pun berjanji akan menunaikannya apabila menang dalam pru itu nanti akan tetapi apabila menang mereka(umno/bn) membuat seribu macam alasan untuk menagguh pekara tersebut dan akan dibuat pada pru-pru akan datang dan seterusnya. ini berbeza apabila kita(pr) memerintah 11 bulan dalam pada itu mereka yang menuggu begitu lama pekara ini terkejut akan penyelesaian perkara tersebut dengan mudah malah diberitahu nya lagi mereka bukan tidak boleh buat dan selesaikan masalah ini akan tetapi mereka simpan untuk bertemu pru nanti dan antara yang banyak timbul di kaw2 kg adalah berkaitan tanah. sesuai dengan hujahnya kerana ceramah pada malam tadi adalah kubu kuat umno/bn dikaw teluk intan.



gambar diatas ketua pemuda pas teluk intan(ust. abd fatah awang) sedang menampalkan stiker salah sebuah motor pada malam tadi. pada masa yang sama ust azman sedang menyampaikan ucapan/amanat beliau.



ust azman membakar semangat pemuda yang hadir dengan memberi amanat agar pemuda mesti bersama dengan pas dan kita membuktikan dengan hujah-hujah yang bahawa pemuda masa kini yang lebih berpengetahuan tidak akan terpengaruh dengan umno/bn. mereka yang juga menyayangi masa depan negara, bangsa dan agama tidak akan sesekali bersama umno/bn. ini yang perlu jelas apa yang pemuda pas lancar ini agar mereka tidak akan boleh membuat apa pada pemuda kita kerana kita telah ikat mereka dengan melancarkan orang muda geng kita.

Monday, November 16, 2009

Sunday, November 15, 2009

penghargaan kepada pemuda


pemuda pas kawasan teluk intan telah menyediakan stiker motor bagi sesiapa yang menaiki motor pada malam 16 november ini disamping itu kita menjemput timb ketua pemuda pas pusat untuk memberikan amanat kepada orang muda dan semangat baru dalam menghadapi politik pada masa sekarang dan terus kehadapan. perasmian ini amat penting bagi pemuda-pemuda khususnya yang berada disekitar teluk intan.
pemuda berharap akan mendapat sambutan yang luar biasa dan semakin ramai pemuda-pemuda baru yang mengikuti aktiviti dan program pemuda.

Friday, November 13, 2009

lawatan pas negeri perak ke teluk intan

teluk intan, semalam lawatan rombangan perhubungan pas neg perak ke teluk intan.

yb c.jong(yb anuar sudin) turut sama menjamu selera.


pimpinan pas kaw teluk intan menjamu selera.


orang ramai menjamu selera.


kehadiran pj perak(ust. abu bakar hussein) dengan rombangan.


pengerusi majlis, saudara rostam malik(tydp pas kaw teluk intan)


masa untuk pimpinan perhubungan neg perak memberi respon terhadap pas kaw teluk intan. antara yang hadir mewakili perhubungan pj perak, s.u dan bendahari. yang berucap hanya 2orang mereka iaitu pj dan s.u perhubungan.



Malam tadi PJ, Setiausaha dan Bendahari PAS Perak berada di Teluk Intan bersama dengan pimpinan PAS kawasan dan cawangan-cawangan Teluk Intan. Dalam ucapan Pesuruhjaya & Setiausaha PAS Perak, PAS Teluk Intan dianggap antara contoh kawasan yang terbaik di Perak berdasarkan komitmennya yang tinggi kepada Badan Perhubungan PAS Perak dan juga dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

Ahli Kelab Penyokong PAS dari kalangan masyarakat Cina dan India sahaja berjumlah 1500 orang. Kelab Penyokong PAS juga antara yang paling aktif di Teluk Intan. Kehadiran Pengerusi dan salah seorang AJK Kelab Penyokong PAS malam tadi menunjukkan komitmen mereka juga tinggi.

Thursday, November 12, 2009



STIKER AKAN DIBERI PERCUMA KEPADA SESIAPA YANG MENAIKI MOTOR PADA MALAM TERSEBUT.

MINTA MAAF DAN TARIK BALIK KENYATAAN `wang ehsan`



KUALA LUMPUR, 12 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menuntut agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik keputusan pusat membayar wang ihsan kepada karajaan negeri itu.

Sebaliknya Najib tegas mereka harus membuat pengumuman baru bahawa Kerajaan Persekutuan akan membayar wang royalti seperti yang telah termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Pemuda Kelantan turut menuntut agar Najib membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Kelantan di atas tindakan kerajaan merampas royalti rakyat negeri itu.

Tiga tuntutan tersebut dibuat dalam satu penyerahan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di bangunan parlimen tengahari tadi.

Ketua Pemuda Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman dalam satu sidang media di lobi parlimen selepas penyerahan tersebut berkata, penyerahan memorandum berkenaan bagi menunjukkan kesungguhan mereka mewakili rakyat Kelantan menuntut agar kerajaan memberikan royalti, bukannya wang ihsan seperti yang diumumkan.

"Kami dari Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini dapat menyerahkan memorandum kepada Datuk Seri Nazri Aziz, dan memorandum ini kami tujukan kepada Perdana Menteri sebagai usaha kami untuk menuntut supaya Kerajaan Pusat melalui Petronas mengkaji balik keputusan untuk memberi wang ihsan kepada rakyat Kelantan serta syarat tiga batu nautika plantar minyak dari pesisir pantai untuk melayakkan negeri pengeluar mendapat royalti,". katanya.

Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dalam satu sidang media yang sama berkata, ahli Parlimen Pakatan Rakyat khususnya dari Kelantan akan menanti penjelasan yang terperinci daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Nor Ya'kob.

Nor Ya'kob sewaktu sesi perbahasan di peringkat dasar enggan menjawab walaupun sepatah berkenaan isu ini.

"Kami ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat khususnya dari Kelantan akan meneruskan perjuangan ini di parlimen dan kami berjanji dalam sesi perbahasan bajet di peringkat jawatankuasa kita akan terus membahaskan isu royalti ini.Bagi kami kerajaan pusat seharusnya akur kepada perlembagaan negara dan mengikuti dengan serius apa-apa perkara yang terkandung dalam akta 144,"

Menurutnya juga, ahli parlimen dari Kelantan dan kerajaan negeri sendiri bersedia membuka pintu rundingan berkenaan pemberian royalti ini dengan Kerajaan Pusat
"Atas nama pemberian royalti kami sedia pada bila-bila masa membuka pintu rundingan dengan kerajaan pusat," Ujarnya.

Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) kesal dengan jawapan Nazri yang meminta mereka merujuk perkara itu ke mahkamah yang disifatkan sebagai angkuh.

Ujarnya, jawapan Nazri itu menunjukkan Kerajaan Pusat tidak menghormati perjanjian di antara Petronas dan negeri pengeluar petroleum bahawa tiap-tiap negeri akan menerima lima peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai atau diperoleh dalam kawasan atau di luar perairan negeri tersebut.

Nazri sewaktu menerima penyerahan memorandum itu meminta kerajaan Kelantan menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan samaada Kelantan berhak mendapat royalti atau pun tidak.

"Saya nak meluahkan rasa kecewa saya terhadap respon yang diberikan Datuk Nazri tadi kepada kami.Bagi saya respon yang diberikan kerajaan seperti yang disebut oleh beliau (adalah) satu benda yang tidak sihat kepada konsep federalisme dalam negara kita.Ini akan memberi kesan buruk kepada pertumbuhan ekonomi dalam negara kita.

Kerajaan akan dilihat begitu angkuh apabila sudah jelas mengenai pemberian royalti itu dari sudut akta dan perjanjian kerajaan negeri dengan Petronas," katanya.

Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah Dr. Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Khalid Samad (PAS-Shah Alam), Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) dan Ketua Penerangan PAS Kelantan Ustaz Baihaqi Atiqullah yang juga Adun Pasir Tumboh.

Tuesday, November 10, 2009

KHASIAT BUAH DELIMA


“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.
Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.
Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.
Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.

Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt.
Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.

Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.
(dari buku Plants Of The Quran oleh Dr M I H Farooqi)

Monday, November 09, 2009

ambil perhatian, luahan ketua pemuda...


tulisan ini ditulis oleh ketua pemuda pada hari seminar memperkasa parti. dalam blog beliau http://episodeperjuangan.blogspot.com/
untuk renungan bersama jemaah semua khususnya pemuda.


1. Hari ini antara hari - hari bahagia dalam sejarah hidup saya semenjak saya mewaqafkan diri buat perjuangan Islam bersama Parti Islam Se Malaysia [ PAS ]

2. Sungguh bahagia dan cukup gembira menyaksikan komitmen seluruh perwakilan bersama pimpinan parti untuk menamatkan segala konflik dan persengketaan demi memperkasakan parti dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat .

3. Berlabuhnya tirai Seminar Pemerkasaan Parti yang berlangsung di Taman Melewar pada hari ini bermakna tamatlah sebuah kemelut yang agak panjang melanda parti . Insyaallah , selepas ini PAS akan mengorak langkah dengan gagah bersama gandingan mantap saff pimpinan yang telah bersetuju untuk menjadikan seminar ini penamat kepada segala konflik yang melanda parti .

4. Apa pun syabas saya ucapkan kepada al Fadhil Prof Dr. Abd Aziz Bari dan Dr. Abu Hassan Hasbullah [ Dr. Google ] , dua tetamu yang diundang untuk melontarkan idea mereka . Biar pun pedas dan keras , ianya diterima dengan penuh lapang dada dan sikap terbuka . Alhamdulillah , saya sendiri menerima teguran yang cukup pedas bukan sahaja dari pembentang [ Dr. Abu Hassan Hasbullah ] tetapi juga dari rakan - rakan , antaranya dari sahabat saya Dr. Rosli Alani Exco DPPN Kelantan .

5. Saya sebenarnya sangat terbuka malah gemar di kritik jika kritikan itu membina berbanding orang memuji justeru pujian itu melekakan saya . Adapun bidasan saya terhadap Dr Aziz Bari bukan bermakna saya tidak menerima kritikan beliau .

6. Dr Abdul Aziz Bari telah mengkritik PAS dan pimpinan tertingginya secara konsisten melalui Sinar Harian dalam beberapa artikel [ 5 artikel ] beliau yang keras . Saya tidak respon sebaliknya tekun membaca baris demi baris untuk memahami dan meneliti apakah sebenarnya yang mahu diserlahkan oleh beliau . Sementara PAS membuka ruang dan memberi peluang kepada beliau untuk memberi pandangan dalam Seminar yang dianjurkan .

7. Malangnya , dalam tempoh beberapa jam sahaja sebelum seminar politik PAS berlangsung , kelihatan Dr Aziz tidak sabar dan masih menggunakan ruang di media untuk menghentam pimpinan PAS sehingga membuatkan saya hilang kepercayaan kepada beliau , apakah beliau ikhlas mengkritik atau ada sesuatu yang ingin beliau capai dengan mencipta kemelut ini .

8. Saya beritahu kepada Dr Abdul Aziz Bari tengahari tadi , sebagaimana beliau menuduh Tuan Guru Hj Abdul Hadi sebagai Pro UMNO tanpa sebarang bukti , maka saya pula menuduh Dr Abdul Aziz Bari sebagai Agent UMNO dan sememangnya saya tidak mempunyai apa - apa bukti . Dr Abdul Aziz hanya ketawa kecil mendengar penjelasan saya . Sebenarnya saya juga tidak bermaksud mahu melempar tuduhan sedemikian kepada beliau , tetapi sekadar memberi isyarat kepada beliau agar beliau tidak lagi menuduh pimpinan PAS sebagai pro UMNO .

9. Seperti mana marahnya sahabat saya Dr Rosli Alani [ Exco DPPNK ] kerana saya menuduh Dr Aziz Bari sebagai Agent UMNO , begitulah jua marahnya saya dan seluruh ahli PAS kepada Dr Abdul Aziz Bari kerana menuduh Tuan Guru Presiden PAS sebagai Pro UMNO .

10. Alhamdulillah , segalanya telah saya settle dengan Dr Abdul Aziz Bari dan insyaallah pada hari rabu ini , harian DPPP akan mengunjungi Prof Dr Agus dan saya sedang mengusahakan satu tarikh dari Dr Abdul Aziz bari untuk satu sessi diskusi tertutup antara harian DPPP dengan beliau . Begitu juga Dr Abu Hassan Hasbullah . Dewan Pemuda PAS [ DPPP ] akan terus mencari ruang dan bertemu dengan pelbagai pihak yang boleh memberi in put kepada pemuda untuk terus memacu perjuangan ini .

ceramah bulan ini





TOLONG AMBIL PERHATIAN DAN SEBARKAN...
TERIMA KASIH.

Friday, November 06, 2009

mereka semakin biadap



banner diatas diambil oleh petugas-petugas pemuda pas kaw teluk intan di hadapan sek sri setia dan persimpangan masuk ke kg. selabak.


pemuda teluk intan mengecam tindakan umno/bn yang sengaja meletakkan banner yang mahu memburukkan pas di teluk intan ini. apa yang kita tahu di peringkat teluk intan pas tidak pernah sentuh sensitif umno/bn sebegini rupa. akan tetapi jikalau umno/bn mencabar kesabaran kami, insyaallah kita akan keluarkan baner yang membabitkan salah laku pemimipin atasan umno/bn.
pemuda juga telah mengambil langkah awal dengan mencabut semua baner tersebut atas laporan orang yang menyayangi parti islam ini. pemuda juga akan memastikan perkara ini tidak selesai disini sahaja. sesiapa yang nampak akan perkara ini dilakukan lagi terus lah berurusan dengan petugas pemuda, pemuda akan bertindak dan mengambil tindakan awal begitu juga dengan banner ini jikalau perlu pemuda akan cuba membuat laporan polis walaupun pemuda tahu tidak akan ada tindakan yang akan diambil. oleh yang demikian, umno/bn betul-betul tersepit dengan suasana politik sekarang sehingga sanggup membuat pekara seperti ini, pesanan pemuda pas kepada umno/bn teluk intan. jangan uji kesabaran kami, jangan nanti kami buat kamu semua umno/bn tidak senang duduk dengan tindakan kami. allah sentiasa bersama orang-orang yang benar dan solleh.

kalau betul hebat, tunjukkan siapa kamu dan guna lah saluran yang betul...

Thursday, November 05, 2009

serang `sahabat satu jemaah` lebih bahaya dari musuh



KUALA LUMPUR, 5 Nov: Seluruh petugas PAS diingatkan jangan terperangkap dengan 'agenda musuh' sehingga mencetuskan polimik sesama sendiri dan lupa fokus paling utama untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sama ada sedar mahupun tidak, PAS katanya sedikit demi sedikit telah masuk ke perangkap musuh apabila menyerang 'sahabat dalam satu jemaah' lebih hebat dari menyerang musuh sebenar.

Selain merugikan jemaah, membuang masa, tenaga dan wang ringgit, tindakan itu juga seperti menghulurkan peluru kepada musuh untuk menyerang PAS itu sendiri.

"Jangan masuk perangkap musuh yang sengaja menimbulkan perpecahan di kalangan kita. Di mana ukhuwah jamaah, sehingga kita menyerang sahabat dalam satu jamaah lebih hebat dari kita meyerang 'musuh' kita sebenar.

Image "Apakah sudah hilang ukhuwah jamaah, sudah hilang rasa sayang pada saudara sesama jamaah, sehingga kita sanggup memberikan peluru kepada musuh untuk menyerang sahabat kita," tulis dalam blognya http://tuanibrahim.blogspot.com.

Beliau yang juga pengerusi Lembaga Disiplin PAS berkata, Petugas PAS perlu sedar bahawa Umno sudah menukar strategi mereka setelah melihat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin meningkat sejak PRU ke-12 dan tujuh pilihanraya kecil berikutnya.

Umno kini katanya menggunakan strategi menimbulkan pergolakan dalaman parti parti dalam PR sehingga timbul pelbagai pandangan dalaman yang berbeza yang mampu menggawatkan parti masing masing.

Strategi itu katanya dilihat berjaya apabila disokong sepenuhnya media arus perdana dan media baru yang mengalihkan perhatian masyarakat dengan menumpukan kepada krisis dalaman PR.

"Kaedah mengalih perhatian diguna sepenuhnya oleh media perdana dan media baru sehingga kini dilihat berjaya.

"Pengalihan pandangan dan pemerhatian ini menyebabkan seluruh pemerhatian tertumpu kepada soal krisis yang diciptakan menyebabkan terlalu banyak masa, tenaga dan fikiran tertumpu kepada perkara yang tidak sepatutnya dihabiskan," tulisnya lagi.

Namun katanya, keadaan masih belum terlewat untuk petugas PAS kembali kepada fokus sebenar iaitu merancang straregi menang PRU ke-13.

"Jangan kita terperangkap dengan agenda musuh agar kita menghabiskan masa kepada perkara yang bukan menjadi tugas kita.

"Dengan kata lain jangan anda habis masa, tenaga dan wang ringgit memikirkan masalah yang sebenarnya bukan masalah," tegasnya.

Keadaan yang berlaku pada PAS kini turut dianalogikan dengan kisah 'enam pelabur' bercadang menternak kambing.

Biarpun projek mereka belum berjalan namun masing-masing sudah bergaduh memikirkan pembahagian keuntungan.

Sehingga salah seorang dari mereka dilaporkan berkata:

"Kita nak bahagi keuntungan, tapi di mana kambingnya. Kambing pun tak ada lagi, dah bincang untung rugi". ceritanya dipetik.

"Barulah mereka sedar rupanya mereka bincang perkara yang tak ada. Menghabiskan masa, tenaga dan memeningkan kepala saja," katanya. _

Wednesday, November 04, 2009

doakan kesihatan beliau




Untuk makluman semua, Ketua Dewan Pemuda PAS Perak sedang mengalami masalah kesihatan. Pimpinan DPPN Perak menyeru semua pihak khususnya ahli Pemuda PAS Perak untuk mendoakan kesihatan beliau agar cepat sembuh dan dapat meneruskan kembali tugasan beliau.
pemuda teluk intan sentiasa mendoakan kesembuhan beliau.

SOLAT & MUNAJAT SALAH SATU JALAN KELUAR



1. Selangor terus dihimpit pelbagai isu dan kontraversi yang mencetus rasa resah dan gelisah dikalangan rakyat khasnya muslim .

2. Keadaan terus bergolak dan panas dengan pelbagai isu termasuk Arak , kepala lembu , selcat , kuil dan terkini Dr Asri . Sedikit sebanyak meletakkan kerajaan negeri Selangor dalam keadaan tertekan .

3. Kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertekad ingin mengambil semula Kerajaan Selangor dari Pakatan Rakyat , sekali - kali tidak boleh dipandang ringan .

4. Sebelum ini Kerajaan Kelantan di bawah Kepimpinan YAB Tuan Guru Datuk Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat telah di dera dan dibuli oleh kerajaan pusat [ UMNO dan BN ] . Seluruh penumpuan dan tekanan di jurus kepada kerajaan Kelantan yang bersendirian berdepan karenah kerajaan persekutuan .

5. Namun apa yang menarik ialah cara Kelantan menangani tekanan dan melayan gangguan musuh tidak sahaja bergantung kepada kelicikan politik dan kemahiran berunding tetapi sangat bergantung kepada Allah Azza wa Jalla melalui siri solat hajat dan munajat yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Kelantan .

6. Solat hajat dan munajat ini sangat tinggi nilai dan sungguh dalam kesannya kepada kerajaan dan rakyat negeri Kelantan . Paling minima kesan segera yang boleh dirasai melalui kaedah ini [ solat dan munajat ] ialah ketenangan kerajaan dan rakyat dalam menangani sebarang kemelut yang berlaku .

7. Ketenangan itu pula menghasilkan aqal yang bestari dan jiwa yang budiman . Ianya adalah antara nusrah [ pertolongan Allah ] yang dianugerahkan oleh Allah swt buat hambaNya yang senantiasa mengharapkan pertolongan dariNya .

8. Saya lihat , apa yang berlaku di Selangor mutaakhir ini juga perlu kepada seluruh pemimpin dan rakyat Selangor kembali kepada Allah swt . Sujud dan bermunajat mengharapkan kekuatan , petunjuk dan pertolongan Allah swt .

9. Bukan sahaja di Selangor tetapi sangat wajar bagi semua pendokong dan aktivis PAS di seluruh negara menganjurkan himpunan solat dan munajat memohon pertolongan dari Allah swt agar kerajaan rakyat ini dapat dipertahankan sekaligus melumpuhkan segala perancangan musuh untuk menggagalkan hasrat kita menegakkan syari'at , keadilan dan sekaligus melahirkan sebuah kerajaan yang telus dan amanah .

10. Saya cadangkan kepada Dewan pemuda PAS di semua negeri dapat menganjurkan satu himpunan besar di peringkat negeri masing - masing untuk solat dan munajat agar Allah swt memberi petunjuk dan kekuatan kepada kita untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah rakyat bukan sahaja di Selangor tetapi juga seluruh negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat termasuk Kedah dan Kelantan .

DIPETI DARI BLOG KETUA PEMUDA PUSAT
(UST.NASARUDDIN TANTAWI)

Monday, November 02, 2009

PROJEK DAH MULA YOP...




gambar ini diambil betul-betul persimpangan kg. selabak dan kita yakin tempat ini adalah cara mereka untuk mengambil hati orang-orang kg yang merungut akan jalan yang teruk. da lar satu-satu projek wajib bagi umno/bn adalah jalan tapi itu pun tak elok ka?




gambar ini diambil di sekitar jalan simpang selabak ke simpang masjidut taqwa padang tembak. jalan ini dahulunya penuh kontravasi kerana jalan tidak pernah elok baru beberapa hari diturap sudah berlubang dan ini wajah baru yang mereka turap setebal-tebalnya. persoalannya apa yang mereka buat dan apa kah yang mereka rancang betul kah untuk rakyat? kalau betul, terima kasih.

pemuda mengingatkan kepada semua agar bersedia dengan pelbagai andaian boleh berlaku dalam masa terdekat ini. mereka menggunakan kepentingan semua ini apabila datang pilihan raya sahaja. berhati-hati dan gembleng semua tenaga di teluk intan untuk menghadapi besar kemungkinan pilihan raya semakin hampir.

Sunday, November 01, 2009

pas berpegang kepada prinsip



KOTA BHARU, 1 Nov: PAS tidak pernah mengadaikan prinsip perjuangan biar pun berkawan dengan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat, kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ia berbeza jauh berbanding cara Umno berkawan dengan parti-parti bukan Melayu dalam gabungan Barisan Nasional (BN).

"Kita berkawan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat bagi sama-sama menentang kezaliman yang berlaku dalam negara dan sama-sama berusaha menegakkan keadilan untuk rakyat," kata Abdul Hadi.

"Sedangkan Umno berkawan dengan parti-parti bukan Melayu dalam komponen BN sehingga sanggup mengadaikan prinsip perjuangan asal mereka," kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada ceramah sempena ulangtahun Pasti ke-25 di Dataran Warisan, perkarangan Stadium Sultan Mohammad ke-IV di sini, malam semalam.

Sebelum ini beberapa pemimpin Umno mendakwa PAS mengikut telunjuk DAP dalam Pakatan Rakyat sehingga sanggup mengadai prinsip perjuangan asal parti itu.

Sambutan ulangtahun ke-25 Pasti diadakan di sini selama dua hari dan berakhir petang semalam.

Ribuan orang ramai hadir mengikuti ceramah tersebut biar pun pada awal malam hujan turun dengan lebatnya di Kota Bharu.

Hadir sama pada ceramah tersebut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah.

Presiden PAS berkata, pendekatan yang digunakan PAS berkawan dengan DAP mengikut kaedah tahaluf siasi.

"Sebab itulah sekarang pemimpin DAP mudah yakin kepada PAS kerana kaedah berpolitik yang diamalkan mementingkan soal dosa dan pahala," tegasnya.

"Dengan kefahaman dosa dan pahalalah yang menyebabkan PAS mampu bertahan lama kerana tidak mudah menjual prinsip perjuangan," ujar Abdul Hadi.

"Contoh yang dapat dilihat di Kelantan apabila kerajaan PAS pada penggal lalu hanya memerintah dengan kelebihan satu kerusi sahaja, namun pemimpinnya istiqamah," kata presiden PAS.

Pada penggal lalu PAS mempunyai 23 Adun, manakala BN memenangi 22 kerusi di Kelantan. Biar pun kedudukan begitu genting namun Adun PAS menolak segala tawaran melompat parti.

Nizar dalam ceramahnya pula memberitahu ketika Adun Pakatan Rakyat masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri Perak pada persidangan Dun baru-baru ini, Menteri Besar BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sudah selesai membentang bajetnya.

Katanya, Adun Pakatan Rakyat sengaja diperlambatkan memasuki Dewan dengan pemeriksaan ketat anggota polis di dua tempat berasingan.

Menurut beliau anggota polis yang bertugas di dua check point tersebut merampas kamera, komputer riba dan telefon bimbit yang dibawa Adun Pakatan Rakyat.

"Ketika kami sampai ke dalam dewan Speaker Dun BN, Datuk R Ganesan telah menangguhkan persidangan," katanya. _

umno lupa bahawa pas bukan di didik dari kekayaan

walaupun mereka umno/bn mengganggu penggunaan dewan di bt.12 dewan pemuda tidak berputus asa dan terus dengan agenda seterusnya berkenaan pertukaran tempat dan tempat yang dipilih ini adalah pekan di bawah n56 c.jong iaitu berhadapan hospital teluk intan. mereka umno/bn lupa bahawa kami yang sekian lama mengadakan ceramah di merata tempat bukan seperti umno/bn lekas berputus asa. pas juga tidak akan jemu dan akan terus memnyebarkan kebenaran dan pas juga tidak pernah takut kerana ingatlah bahawa berani kerana benar dan takut kerana salah. ini lah salah satu saluran kami untuk memberitahu rakyat perkara yang sebenar dan alhamdulillah banyak rakyat semakin sedar walau pun sekian lama pas dikatakan menyampaikan daiyah. yakin lah bahawa kezaliman dan kekufuran akan lenyap dan allah sentiasa golongan yang benar.



ketua pemuda teluk intan/ ajk pemuda pas neg perak(ust abd fattah awang) memberi kata-kata aluan selaku wakil dari pemuda dan penganjur yang banyak disentuh berkenaan sewaan dewan yang disekat dizaman pemerintahan umno/bn sedang apabila kita memerintah dahulu tiada masalah bagi mereka menggunakannya. malah mereka takut berdepan dengan pas secara profesional/gentle. kita tidak mempunyai masalah kerana kita juga masih mempunyai tempat kita sendiri yang boleh digunakan bila-bila masa. beliau juga turut berterima kasih kepada tuan rumah kerana tuan rumah sudi memberi ruang dan menjadikan tempat beliau sebagai tempat ceramah.




sdr kabir maidin berucap bagi pihak yang berhormat dan pas kaw teluk intan. gambar diatas saf pimpinan yang turut hadir bersama.



penceramah jemputan yang pertama iaitu yb drs khalil idham lim abdullah(adun titi serong- merangkap ketua penerangan pas neg perak) banyak menyentuh mengenai isu-isu perak diantara yang disebut polis datang seperti babi mengejar kami, tuan-tuan tahu babi lari lau mana? seperti itu lah mereka mengejar yb sivakumar(speaker sah) dan adun-adun pakatan rakyat untuk mendapatkan songkok dan jubah yang di pakai beliau dan adun-adun mempertahankan sedang kan beliau yang sah dan beliau juga sempat menyatakan 4 pekara yang mengukuhkan bahawa sampai ke hari ini yb sivakumar masih speaker yang sah. malah apabila masuk yang haram dipertahankan hampir 20 orang mengelilingi meja speaker, kalau betul lah dia yang betul kenapa mesti jaga? orang betul siapa nak marah? beliau juga sempat memberitahu yang hadir bahawanya bajet yang dibuat oleh kerajaan haram ini adalah bajet cocacola. bajet yang tidak dibahaskan. malah atas kelemahan polis yb nizar telah meminta agar menteri dalam negeri berundur dari jawatan sekarang kerana telah melanggar etika kerja.



penceramah kedua dan terakhir iaitu yb khalid abd samad(ahli parlimen shah alam) berbaju serba hijau penuh semangat menceritakan siapa kah sebenarnya umno. diantara yang dapat di ceritakan tentang kuat nya perkauman didalam umno ataupun dipanggil semangat melayu yang ada dalam setiap hati pemimpin umno/bn. diantara apabila beliau bertanya akan kes terhadap apa yang berlaku dengan kezaliman umno terhadap kugan, ada yang menjawap biar lah kerana berapa banyak kereta orang melayu yang telah dicuri. yang kedua tentang kes teoh beng hock yang dibunuh bukan lah di bunuh diri, utusan malaysia memberi tahu rakyat malaysia bahawa jangan lah melayu bergadoh kerana seorang tiong hwa. ini lah tarbiah yang dididik didalam umno dan pemuda-pemuda mereka. itu yang berlaku di bagan pinang pemuda mereka hilang pertimbangan dan kawalan.



masih meriah walau pun ada pertukaran tempat dan pemuda hanya dapat menyebarkan berita pertukaran tempat tidak melebihi dari 24 jam. ini lah hasilnya dan kami tahu mereka di teluk intan khususnya kerana yang menjadi pegawai khas mb haram sekarang adalah s.u suli haram beliau(dato idris hashim) ketua bahagian umno teluk intan yang dahulunya pernah menghadapi muflis dan dalam pru 12 menipu rakyat bahawa beliau telah bersih...

Saturday, October 31, 2009

HADIRKAN DIRI DAN SEBARKAN



PEMUDA IGIN MEMAKLUMKAN ADA UNSUR SABOTAJ DARI PEMERINTAH NEGERI PERAK ATAS USAHA MEMBATALKAN PERMOHONAN SEWAAN DEWAN MPTI DI BT.12
KAMI PIHAK PEMUDA TERPAKSA MENUKAR TEMPAT KE TAMAN CICELY DAN HARAP SESIAPA YANG MEMBACA BLOG INI DAPAT MEMAKLUMKAN PADA KENALAN UNTUK MAKLUMAN.

Friday, October 30, 2009

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PERTAMA KALI DIADAKAN



Konvensyen Pakatan Rakyat Perak Sabtu ini akan menghimpunkan seluruh pimpinan Pakatan Rakyat di semua peringkat bertujuan diperkukuhkan lagi ikatan kesetikawanan, memupuk solidariti, memantapkan semangat perjuangan dan menjalin persefahaman.

Pimpinan utama Pakatan Rakyat Pusat akan membentangkan kertas masing-masing yang lebih menjurus ke arah memantap dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Senario politik Perak terkini akan menjadi fokus utama perbincangan.

YAB Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyampaikan ucapan penutup konvensyen. Tan Seri Khalid Ibrahim dan YB Lim Guan Eng turut menjadi panel penting dalam program tersebut, manakala YB Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin akan mengulas senario politik Pakatan Rakyat Perak.

RAPATKAN SAFF



1. Kewajipan ternyata lebih banyak dari masa yang ada pada kita . Justeru itu , jangan lengah , alpa dan bersahaja . Sebaliknya tangkas , tuntas dan cergas .

2. Jangan buka terlalu luas ruang untuk berkhilaf kerana disana terlalu banyak sudut yang boleh kita bersama .

3. Padam secepat mungkin api fitnah yang semakin merebak dan membinasakan jamaah . Sebaliknya , segeralah nyalakan obor persaudaraan [ ukhuwwah fillah ] dan sematkan jiwa berjuang untuk menjulang panji perjuangan ke arah membina negara Toiyyibah [ sejahtera ] dan mengharapkan curahan Maghfirah [ keampunan ]

4. Peliharalah wadah perjuangan suci ini daripada panahan syaithan dan racun iblis agar ia tidak musnah binasa . Korbankanlah perasaan dan apa jua kepentingan diri dan dunia kita andai ia membuatkan jamaah terpelihara , lantaran pengorbanan adalah syarat kemenangan bagi perjuangan suci ini .

5. Mengorbankan tenaga , masa dan wang ringgit barangkali mudah bahkan jauh lebih mudah berbanding korban perasaan terutama saat berdepan keputusan yang tidak memihak kepada kemahuan dan keinginan kita . Sungguhpun demikian , mengorbankan perasaan untuk menerima keputusan mesyuarat [ syura ] sebagai contoh , adalah sebahagian dari ketaatan yang dituntut oleh syara' biar dikala sukar dan getir .

6. Suatu yang paling bernilai dan penting dalam jamaah kita ialah persaudaraan [ ukhuwwah fillah ] dikalangan kita . Ukhuwwah yang diperkaya dengan nilai mahabbah [ kasih sayang ] dan tasaamuh [ tolak ansur ] yang tinggi . Jauh dari bayangan hasad dengki , dendam dan khianat .

7. Seketika jamaah kita terpaksa mengharungi zon sukar . Badai yang mampu menghancurkan seluruh struktur utama jamaah , jika pemimpin dan anggota tidak benar - benar mempertahankannya dengan semangat cintakan Islam dan jamaahnya .

8. Jamaah yang benar dan suci ini mengundang dendam dan cemburu yang sungguh dahsyat dari musuh durjana . Inilah yang telah didedahkan oleh Allah swt di dalam kitab suciNya . Kelicikan mereka dengan bara dendam yang tidak kunjung padam terhadap cita - cita perjuangan Islam ini bisa sahaja membuatkan mereka berani dan nekad menyusup masuk , menyelinap dari celah saf pejuang - pejuang kita lalu membisikkan sejuta fitnah yang menjarakkan mereka malah mencetus sengketa .

9. Sejarah semalam memang masih membekas bahkan pedihnya masih terasa angkara panahan fitnah . Namun bukankah kita selalu dituntut agar berkorban demi perjuangan ? lalu , lupakan lah sengketa lama dan padamkan lah api kebencian . Kita tautkan kembali ikatan ukhuwwah yang longgar akibat gegaran semasa melintasi zon sukar tersebut . Kini kita fokus tanggungjawab dan amanah perjuangan yang belum selesai ditunaikan . Mentari esok masih sedia menyinar . Terpulang kepada kita , apakah mahu terus melangkah atau kita masih tidak mahu mengalah .

10. Fikirkan masa depan perjuangan ini buat generasi akan datang . Janganlah kita rosakkan segalanya kerana mengidam sebuah kepuasan yang belum pasti . Hulurkan tangan kalian , kita bersilang menderap langkah tanpa menoleh lagi mengenang tragedi silam demi masa depan Islam yang gemilang . Ayuh , kita hadapi musuh tanpa ragu !

DITULIS OLEH KETUA PEMUDA PUSAT
(ust nasruddin hassan tantawi)

Wednesday, October 28, 2009

TEMPAT CERAMAH




CERAMAH ISU SEMASA ANJURAN PEMUDA PAS KAW TELUK INTAN

31.10.2009(sabtu) jam:9.20 mlm

penceramah: 1) yb khalid samad (mp shah alam)
2) yb drs khalil idham lim (adun titi serong)

TEMPAT: DEWAN MPTI KG BARU BT.12, JALAN BIDOR. TELUK INTAN.

pemuda sediakan tempat dan kaw tempat yang diadakan pada ceramah nanti bagi sesiapa yang kurang pasti akan tempatnya dan memudahkan bagi sesiapa yang kurang jelas akan tempatnya.

tempat ini bersebelahan taman kjp bt12, teluk intan.
bagi sesipa yang berada disekitar pekan teluk intan yang ingin kesana kaw tersebut sebelum sampai di kg.air hitam dan sesiapa yang dari selatan tempat tersebut selepas kg.air hitam.

minta semua yang membaca blog ini dapat menghebahkan dan sertainya seramai mungkin.

rugi siapa tak hadir yop. kami bawa kan berita panas.

jamuan pr perak dapat sambutan semua kaum rakyat perak.

25oktober2009(ahad) lepas, pr neg perak julung kali mengadakan jamuan pakatan rakyat neg perak bertempat di markaz pas neg perak. kehadiran yang memuaskan dan berbilang bangsa. turut hadir pimpinan ketiga-tiga parti dan semua adun pr neg perak. jamuan tersebut juga memuaskan tetamu yang hadir malah tiada masalah untuk mereka menjamu selera. kerana tempat makanan disediakan cukup selesa dan memuaskan.



pengerusi majlis antara yang mencerikan majlis dan orang ramai yang hadir tidak jemu.



ust abu bakar husien(pj pas neg perak) merasmikan dan meraikan yang hadir. antara yang disebut adalah fahaman terhadap apa yang di perjuang pr.





kehadiran adun-adun pr antara yang memeriahkan majlis tersebut. gambar diatas semua adun bergambar bersama.



pelbagai juadah disediakan untuk santapan semua yang hadir, gambar di atas salah satu juadah yang disediakan.





orang ramai membanjiri kaw jamuan dan menikmati jamuan dengan penuh selera.





diantara persembahan yang dipersembahkan pada malam tersebut. nasyid, tarian budaya kaum cina dan juga tarian budaya kaum india.



sdr mudtapha kamil ayob antara yang berucap mewakili adil neg dan beliau merupakan pengerusi keadilan perak yang baru dilantik.





mb perak(ds ir.nizar jamaluddin) berucap untuk menutup majlis dan beliau antara yang ditunggu-tunggu para tetamu untuk berucap. beliau cukup bersemangat dan beliau sempat mendendangkan lagu durian berbunga(lograt perak) pada awal majlis tersebut. beliau juga menceritakan kebenaran apa yang berlaku sepanjang panggilan sidang dun 28.10.09 secara terpeinci dan beliau meminta semua untuk bersama-sama mendoakan keselamatan adun-adun pr.