14.02.10(ahad) bermula jam 10 pagi kaunter daftar pemilih yang dibuka disalah sebuah restoran mendapat sambutan yang cukup baik kerana ada dikalangan mereka yang telah lanjut usia baru dapat mendaftarkan diri sebagai pemilih pemimpin yang sebenar, ini yang umno bn takutkan. umno/bn lebih suka agar kurang pengundi yang keluar mengundi kerana bnyak undi makin susah lah umno untuk mendekati pengundi dengan hadiah pilihanraya pada pilihanraya akan datang sekali gus terhapus/terkuburlah umno/bn dimata dunia ini.
gambar diatas menunjukkan seorang perempuan berbangsa india sedang berdaftar yang tinggal disekitar kawasan tersebut, ini menunjukkan bahawa umno/bn tidak mahu akan pengundi yang ramai. kerana beberapa kali sudah beliau tidak diberikan hak untuk memilih pemerintah negara ini. sudah 54tahun umno/bn memerintah ini kah nilai sebagai satu parti yang kononnya memikirkan hal ehwal rakyat sehingga menyusahkan rakyat untuk terpaksa mencari tempat untuk mendaftar sebagai seorang yang layak memilih pentadbir negara?
lebih kurang 30 orang yang dapat didaftarkan sepanjang wakil pas yang dilantik spr berada disana.
(dari kiri ust abd fatah awang, tengah yb adun c. jong dan kanan sdr. mohamad hamzah)
kehadiran dan kotmitmen yang berhormat yb adun c.jong dalam memastikan pengundi yang sepatutnya boleh mengundi tetapi dinafikan hak mereka dan ada yang diantara mereka menceritakan sudah beberapa kali mengundi tetapi apabila tiba masa mengundi nama tidak tertera dan tiada dalam senarai. ini menandakan kesungguhan yb dalam memastikan semua diberikan hak untuk mengundi.