isnin(15.02.2010) zunar yang sentiasa menjadi buruan kerana kononya kartun-kartun lukisan beliau itu menjadi pengancam negara.
kartunis zunar sedang memberi keterangan apakah yang sebenarnya kementerian dalam negeri takutkan dengan karya beliau sehinggakan setiap keluaran mesti ada yang dirampas malah beliau menyatakan jikalau mereka minta pada beliau sendiri beliau sendiri boleh sedekahkan, sekadar hendak membuat kajian tidak perlu hingga menakutkan penjual-penjual.
malah kalau adalah keluaran yang tidak dirampas maka beliau sendiri akan menjadi gelisah kerana mustahil mereka tidak merampas. -ujarnya-
perasmian buku baru beliau yang dirasmikan yb anuar sudin(adun cangkat jong), buku yang baru dikeluarkan sebelum hari raya cina ini telah dirasmikan diteluk intan dan akan berada dipasaran tidak lama lagi.
perkara-perkara yang akan diadili oleh beliau sendiri tanpa mengira siapa yang menyertai.
kroni-kroni tarak ha.
mengambil kira pemilihan warna(sesuai dengan gambar)
gambar mesti ceria dan cara mewarna juga diambil kira. semua diadili oleh beliau dan geng kartunis beliau.
peserta sedang bersiap sedia dengan senjata masing-masing untuk berjuang didalam pertandingan untuk menentukan kemenangan. turut kelihatan adalah remaja perempuan berbangsa inidia turut menyertai pertandingan.
gerai jualan majalah karya zunar n geng mendapat sambutan yang memberansangkan. dan tidak putus-putus peminat-peminat kartun berkunjung.
pertandingan bermula. masa diberikan selama 45 minit untuk setiap ketegori menyiapkan karya masing-masing.
bloger remaja turut serta dalam pertandingan mewarna.
yb anuar sudin turut memberi sokongan moral.
ketua penerangan teluk intan(sdr.muhammad hamzah) turut serta dalam pertandingan ketegori umum iaitu melengkapkan kartun.
yb anuar sudin sedang tekun melihat zunar mengajar cara-cara melukis.
tunjuk ajar cara melukis yang mudah.
seorang kanak-kanak sedang diberi peluang menunjukkan bakatnya melukis.
lelongan lukisan kartunis zunar yang dibeli dengan harga rm20, gamabar yang cukup menarik menggambarkan rosmah mansur sedang menarik telinga najib tun razak(nazak) san disebelah tangan lagi sedang memegang c4.