Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Monday, February 01, 2010

HEMPAP 2010 program petang



pemangku ketua pemuda pas perak berucap bagi menyatakan bahawanya pemuda harus memberikan kotmitmen kepada apa yang diceritakan dan akan disampaikan oleh pimpinan. beliau turut mengucapkan terima kasih kepada yang hadir malah tahniah kerana bersama dengan himpunan ini malah beliau mengaharapkan semua pemuda harus mengambil apa yang akan disampaikan dan dibawa balik untuk berkerja di kawasan masing-masing nanti.



ust akmal kamaruddin selaku ketua penerangan pemuda pas negeri perak menjadi pengurusi majlis untuk prog hempap 2010 sebelah petang. malah beliau turut memaklumkan ada yang ditahan, disaman dan dilengahkan dalam sekatan jalan raya malah pemuda yang hadir tidak merasa menyesal sekali pun dan beliau yakin jikalau diadakan himpunan dalam masa terdekat sekali pun makin bertambah bilangan kepada perjuang-perjuang allah. tetapi kalau ini berlaku kepada majlis umno/bn yakin lah bahawa tidak akan ada yang hadir.




kita sebagai pemuda perlu istiqamah dalam menjalankan tugas, tiada alasan dalam mencari alasan. pemuda harus lah melangkah kedepan dan sanggup menhadapi mehnah dalam perjuangan ini. tidak perlu terlalu cepat untuk berputus asa dan bersiap sedia dalam apa jua badai yang melanda. dalam masa yang sama tidak melupai allah yang satu, jangan jadi seperti umno/bn yakin lah kemenangan itu milik allah.



pemuda sedang mengambil perhatian mendengar amanat penting dari pimpinan tertinggi pemuda(ust nasruddin tantawi) k.p pas pusat.


antara pimpinan yang hadir dalam hempap 2010



penyerahan baju hempap 2010 kepada kawasan-kawasan. (gambar) ust abd fatah awang ketua pemuda teluk intan sedang menerima baju hempap2010 dari ketua pemuda pusat bagi mewakili pemuda pas teluk intan, simbolik perlancaran jentera pemuda pilihanraya pas perak.




beliau amat mengucapkan tahniah kepada pemuda pas perak kerana berjaya mengadakan himpunan hempap 2010 ini, tidak lupa kepada semua bikers yang hadir. apa pun keputusan kepada saya pada 09.02.10 di mahkamah nanti bukan lah satu perkara yang menjadi perjungan kepada pemuda akan tetapi pemuda harus bersedia dalam menghadapi segala andaian dan keputusan. persediaan bukan sahaja untuk menawan semula perak akan tetapi dalam memamstikan kemenangan bersama dengan pas dan menghancurkan kezaliman. moh kita hempap umno biar mereka tidak lagi boleh bernafas di malaysia ini khususnya negeri perak yang kita cinta ini, balik ini mari bersama kita menghempap yop jangan mengoloh lagi. antara ucapan yang diungkap beliau.



pemuda sedang tekun apa yang diceritakan oleh ds nizar jamaludin(timb pj pas perak)




naib presiden(yb mahfuz omar) yang merupakan mp pokok sena memberi amanat kepada pemuda yang hador selaku mantan dan pernah menjadi ketua pemuda beliau menceritakan perbezaan yang banyak antara pemuda dizaman beliau dahulu dan pemuda dizaman sekarang malah beliau meminta agar pemuda dapat membaca kemahuan pemuda sekarang sekali gus mendekati keinginan mereka yang tidak melanggar prinsip agama dalam memenangi hati pengundi muda dan mendekati mereka agar bersama dengan perjuangan islam ini.




pemuda berkumpul untuk bersama-sama dengan pimpinan dalam melafazkan ikrar.




Lajnah Kebajikan PAS (LKP) Pusat dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat, Dewan Pemuda PAS Pusat telah melancarkan satu program yang dinamakan 'We Care' bagi mendekati dan menyelami masalah masyarakat khususnya golongan kurang berkemampuan.

Program tersebut dilancarkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semalam sempena Himpunan 10 ribu Pemuda PAS Perak (HEMPAP).

(Gambar: Salahudin dipakaikan baju oren bercetak 'we care' sebagai gimik pelancaran)
Mohd Nasir Zakaria yang mewakili Dr. Lo' Lo' Ghazali sebagai pengerusi LKP ketika ditemui memberitahu antara usaha yang akan dibuat termasuklah turun ke lapangan masyarakat mencari golongan dan kumpulan yang memerlukan.

" Kita akan turun ke 'grassroot' mendekati mereka yang dizalimi, orang kurang upaya, ibu tunggal, golongan miskin dan sebagainya.

" Kita akan menjadi jambatan menyalurkan permasalahan mereka kepada agensi yang bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah mereka," katanya.

Selain itu, LKP juga akan berusaha mencari dana bagi disalurkan kepada golongan-golongan ini.

Program 'we care' ini adalah inisiatif Dr. Lo' Lo' sendiri bagi memastikan PAS terus memberi sumbangan kepada masyarakat sesuai dengan prinsip berkebajikan yang diperjuangkan.





ikrar pemuda bahawa mereka akan bekerja dan terus berkerja dalam menjatuhkan umno/bn yang zalim sekaligus menaikkan keadilan di dalam pemerintahan khususnya di perak ini.




kata-kata semangat yang terakhir dalam hempap 2010, bekas ketua pemuda pas pusat yang banyak membuat perbaharuan dalam pemuda dahulu. beliau merupakan mp kubang kerian(sdr salahuddin ayub) dan merupakan naib presiden pas pusat yang berjiwa pemuda.
beliau banyak menyatakan adakah himpunan seperti ini dapat menghentikan tindakan buruk umno/bn iaitu memasukkan pengundi baru yang begitu banyak tanpa disedari dan bukan lah saya untuk menyatakan himpunan seperti ini tidak patut dibuat akan tetapi apa kah tindakan kita apabila pulang ke kawasan masing-masing untuk membiarkan penipuan ini berlaku??? ujar beliau.



perasmian buku perak darul kartoon episod yang sama dan cetakan kali ke-2, dirasmikan oleh naib presiden pas pusat yang merupakan mp pokok sena(yb mahfuz omar)

bersurai, pemuda dibahagikan kepada zon masing-masing untuk menguruskan dan membantu ceramah.