Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Monday, February 01, 2010

lagi kenyataan pemuda berkenaan mpti

(gambar) ust hazlan hasrijal -bekas ketua penerangan pemuda teluk intan-
Rasa terkejut dan marah apabila saya terbaca kenyataan KP DPPTI mengulas keengganan pihak MPTI membenarkan PAS Teluk Intan menganjurkan majlis makan malam di Arena Square. Disini ingin saya ingatkan bahawa MPTI telah bertindak salah dan melampau dalam hal ini. Adalah tidak wajar badan yang diamanah menguruskan daerah perbandaran tunduk atas desakan politik pihak tertentu. MPTI sepatutnya sedar bahawa cukai yang dikutip dalam kawasan perbandaran ini sebahagiannya juga datang daripada ahli dan penyokong PAS atau PR. Dalam hal ini juga satu alasan yang munasabah perlu diberikan oleh pihak MPTI. Atas dasar apa kami tidak dibenar menggunakan Arena Square. Kenapa sebelum ini ada parti politik dibenarkan menggunakan kawasan ini ? Apakah MPTI telah menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung dan talinya dipegang oleh tangan-tangan ghaib. Ingin saya ingatkan disini agar pentadbiran MPTI dapat berlaku adil dan jalankanlan tugas selaras dengan profesionalisme sebagai sebuah badan berkanun. Banyak lagi masalah rakyat di Bandar Teluk Intan yang masih belum diambil perhatian oleh pihak MPTI dan wajarlah perkara ini didahulukan daripada menjadi pak turut pihak tertentu. MPTI harus sedar kami ingin menggunakan kawasan ini dengan membayar sewa bukannya percuma. Belum lagi pernah berlaku dalam sejarah perjuangan kami di daerah ini menggunakan kawasan dibawah seliaan MPTI secara percuma. Kami pejuang Islam yang berpegang dengan janji.
dpetik dari blog rasmi http://ustazhazlanasrijal.blogspot.com/