bersih 3.0
Thursday, January 07, 2010
allah selamat mb kite
Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dilaporkan dalam keadaan stabil selepas kereta dipandu beliau terbalik dalam kemalangan jalan raya di Ipoh,Perak awal pagi ini.
Kejadian berlaku di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah ketika Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dalam perjalanan berjumpa doktor untuk pemeriksaan bulanan.
Pegawai Khas kepada menteri besar Perak itu, Amran Harun berkata Nizar mengalami kecederaan pada siku kanan dan dimasukkan ke Hospital Ipoh sebagai langkah berjaga-jaga dan untuk membolehkan beliau berehat.
"Datuk Seri cuba mengelak sebuah kereta yang keluar daripada persimpangan di Jalan Raja Dr Nazrin Shah. Beliau terbabas melanggar bahu jalan," kata Amran.
"Kereta Datuk Seri remuk, tapi Alhamdulillah beliau hanya mengalami luka di siku kanan," tambah beliau.
"Doktor nasihatkan Datuk Seri berehat sebab beliau sangat aktif berkerja sebagai ADUN dan Ahli Parlimen," tambahnya lagi.