Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Saturday, January 09, 2010

himpunan aman hadapan kedutaan mesir

08.01.10(jumaat) pemuda pas menganjur satu lagi demo bagi menghalang kekejaman dan kezaliman yang dibuat terhadap saudara seagama kita di palestin. kerajaan mesir menutup sempadan dengan tembok yang begitu besar seperti penjara sedangkan keadaan di negera itu masih dalam keadaan peperangan dan tidak aman. kemana kah mereka akan pergi sekiranya mesir menutup sempadan itu? tidak cukup dengan itu kerajaan mesir ini diberi dana untuk pembinaan tersebut oleh barat dan segala bantuan terhadap saudara kita di palestin terhenti...


kedutaan mesir dan dibarisi oleh polis-polis malaysia untuk menjaga keamanan...



orang ramai yang hadir melimpah memenuhi jalan dihadapan kediaman kedutaan mesir.


ust ridwan mohd noor(dakwah pemuda pusat) sebagai pengerusi majlis prog. cukup bersemangat


turut kelihatan setiausaha pemuda pas neg perak(DR RAJA AHMAD AL-HISS).


ketua penerangan pas pusat(ust. idris ahmad) memberi semangat dan penerangan apa kah pekara yang berlaku dan perjalanan kisah kezaliman kerajaan mesir sejak dari dahulu lagi sehingga syahid seorang pejuang islam ketika itu( as-syahid said khutub)


orang ramai menunjukkan perasaan dengan menulis pelbagai perkataan terhadap kerajaan mesir, mengecam tindakan mesir.


ajk pas pusat-guaman pas(sdr hanifa maidin) berucap mengecam tindakan mesir membelakangkan kemanusiaan.



simbolik pada kebencian kerajaan mesir dan pemerintahan boneka zionis, pemuda membakar gambar presiden mesir...


wakil pelajar-pelajar mesir berucap mengutuk kekejaman mesir dan dianggap mesir adalah sebagai tali barut kepada zionis, malah beliau mencerita pengalaman semasa beliau berada disana apa yang kerajaan mesir buat terhadap pelajar-pelajar juga. sesungguhnya sebagai seorang yang pernah berada di mesir beliau sendiri tahu akan apa yang berlaku disana dan kekerasan yang dibuat oleh kerajaan mesir tehadap rakyatnya.


sdr.kamarul zaman(setiausaha pemuda pusat) berucap menandakan sokongan dan bantahan kita perlu berterusan terhadap zionis ini.



ketua pemuda pas pusat(ust nasruddin tantawi) menyampaikan apa yang dihasratkan oleh pemuda pas didalam memorendum yang diserahkan antaranya kita minta agar pihak kerjaan mesir tidak bersengkokol untuk menzalimi rakyat palestin dengan menutup sempadan mesir dengan tembok yang begitu tinggi dan besar. beliau juga menyatakan apabila kedutaan mesir memberitahu pintu sempadan tersebut telah di buka pada petang khamis kerana ramai pertumpahan darah yang berlaku di mesir untuk rakyat palestin malah kita pemuda berpendirian bukan sahaja umat islam di mesir tetapi diseluruh pelusuk dunia yang beragama islam akan menumpahkan darah bagi saudara mereka di palestin. malah pemuda juga memberitahu kepada mesir, pintu ini hendak lah dibuka setiap masa dan perlu lah dibuka kepada rakyat palestin bagi menyelamatkan diri dari kezaliman zionis. pemuda mengecam sekeras-kerasnya tindakan ini dan minta jangan kerajaan mesir mengulangi.


yb salahuddin ayob(naib presiden), menyampaikan ucapan mewakili pimpinan tertinggi parti.



sebelum habis, semua berdoa bagi allah membantu pihak yang ditindas dan menghancurkan kerajaan mesir yang zalim.