Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH

Thursday, January 07, 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KPD PARA PELAJAR DAN GURU-GURU SESI 2010.


Diucapkan selamat kembali ke sekolah, kepada semua pelajar dan guru-guru untuk tahun 2010. kepada para Ibu-Bapa, tentu sibuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak terutama anak tahun satu sekolah rendah. Apapun, itu adalah tanggungjawab mereka sebagai ibu-bapa untuk memastikan anak-anak diberikan didikan serta ilmu pengetahuan terutamanya ilmu agama.

Kepada para guru, diucapkan selamat bertugas. Di bahu kalian terpikul amanah yang besar dan harapan yang tinggi untuk mendidik anak bangsa menjadi insan berguna di masa sekarang dan akan datang. Tentu kalian juga mempunyai ikrar dan keazaman baru bersempena sesi baru persekolahan.

Kepada para pelajar, selamat belajar dan selamat kembali ke sekolah. Untuk pelajar tahun satu sekolah rendah, diucapkan selamat datang ke alam persekolahan. Semoga tahun baru ini bakal membawa kejayaan yang lebih cemerlang kepada semua para pelajar. Tanamkan keazaman yang benar, buktikan dengan usaha yang gigih, insyaAllah Berjaya.

Eratkan hubungan dengan Allah, cintai Rasulullah, taati serta berbuat baik kepada ibu-bapa, menghormati guru dan mereka yang lebih tua, berakhlak dengan akhlak terpuji dan jauhi perkara-perkara yang melalaikan serta merosakkan diri. Semoga kita semua dipimpin Allah menuju kejayaan dunia dan akhirat.



Salam hormat dari saya,



Ustaz Hj Abdul Fatah Awang

Ketua Pemuda PAS Kaw Teluk Intan