Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Wednesday, September 02, 2009

SIDANG DUN 2 SEPT

mereka ini masih dalam tahap yang lama dan tak tahu bila akan berubah segala ini, pagi tadi berlangsung lagi sekali kebiadapan umno/bn mencabuli undang2 yang sedia ada yang mereka buat sendiri, mereka kata hukum allah tidak sesuai maka mereka membuat undang-undang sendiri walaupun mereka mengaku menyembah allah yang satu tetapi undang-undang yang mereka buat itu pun mereka langgar dan rakyat dapat lihat sendiri secara terang-terang.
situasi berlaku dengan perlantikan kerajaan haram dan kerajaan ini merancang untuk melantik speker mereka sendiri tanpa mengindahkan undang-undang tubuh kerajaan neg perak dan perlantikan yang mempunyai kesalahan yang secara terang-terang dengan melantik orang luar menjadi speker dun. kita lihat satu pekara ibarat kita sebagai ayah mempunyai anak tapi anak itu yang boleh menjaga dan menjatuhkan hukum adalah orang lain. pelikkan tapi itulah yang sebenar berlaku di perak.




dsebelah pagi selepas semua telah abis waktu atau tempoh untuk injuksi dikeluarkan, pada mulanya yb semua mengambil keputusan untuk menunggu injuksi dan berharap agar mahkamah mengubah keputusan dan setelah masa habis barulah mereka turun dan berkumpul di depan wisma dap dengan selogan hidup rakyat beberapa kali dan kemudian barulah berarak untuk memasuki bangunan dewan undangan neg yang terletak bersama bangunan suk.







suasana ketika perbincangan berlaku di kalangan pegawai polis, mb, dato nge dan siva kumar untuk memahamkan polis akan maksud mahkamah dan perintah mereka. sementara mereka tidak memahami akan akta yang sedia ada yang dicipta ketika kepentingan umno dahulu dan alasan yang diberi pada mula tidak boleh berkumpul kemudian dikemukakan akta yang membenarkan dan tidaka ada alasan ditukar kepada alasan tidak boleh berarak. ape kan daya sape yang ada di tempat kejadian yang lebih memahami, pihak berkuasa patut bersyukur kamu berlawan dengan penyokong dan petugas pas kerana kita terikat dengan arahan pemimpin. kami bukan lawan dengan benda yang tidak patut.



pegawai yang mengira 3 dan mengarahkan perilaku polis yang cukup kasar kepada bukan lawan nya.







berlaku lah keganasan polis setelah arahan dikeluarkan dan setelah perbincangan berlaku dan kiraan 3 daripada pegawai polis bertugas, mereka menangkap beberapa orang yb secara kasar dan beberapa orang awam. dan mereka merempuh perhimpunan tersebut beberapa miter menyebabkan arahan bersurai terpaksa di keluarkan dan mereka mengangap orang ramai adalah musuh dan lawan mereka sedangkan yang hadir pada perhimpunan tersebut adalah yang cukup beradab dan tidak melanggar etika berhimpun dan perhimpunan pagi tadi melebihi 30 meter daripada bangunan kerajaan neg dan berbeza dengan arahan mahkamah iaitu penyokong-penyokong mana2 pertubuhan dan mana yang mewakili yb tidak dibenarkan berkumpul 30 meter dari bangunan suk tersebut. dan tiada menyatakan yb tidak boleh menghadirkan diri atau sebagainya.



kelihatan mb perak(ds nizar) mengarahkan balik ahli2 yb ke wisma dap dan semua berundur dengan strategi lain kerana pasukan pihak polis merempuh perhimpunan tersebut secara kasar dan ganas. bersama beliau adun c.jong yb anuar sudin.



ahli majlis teluk intan menyatakan perasaan tidak puas hati beliau terhadap polis dan pihak yang menjadi pengganggu/provokasi hingga menghalang daripada mereka untuk bersidang. mereka bergerak ke wisma dap untuk mengadakan perjumpaan bersama media. yang memutuskan mereka akan meneruskan persidangan di hotel heritage dan media diminta membuat liputan disana.




kelihatan pihak polis yang menjaga agar yb tidak boleh melepasi mereka dan ada 3 anggota menjaga pengganggu keamanan yang jauh dari pandangan mata berwarna kuning takut2 penyokong pas nie mengejar mereka. itu bukan kerja kami, biar lah allah balasnye.



polis seperti mendapat arahan daripada atasan agar tidak berkumpul di wisma dap dan menyuruh orang ramai agar bersurai sebelum tindakan keras akan diambil.





suasana di ruang utama hotel haritage selepas kegagalan yb dari pr untuk memasuki dewan undangan kerana dihalang daripada melakukan persidangan dengan mengunakan lunas undang2 dan ini sebagai plan ke-2 daripada persidangan hari ini. kelihatan mb(ds nizar tengah menunggu semua ahli yb agar semua tiada masalah dalam perjalanan dari bangunan dap ke hotel heritage, dan yb lain juga sama-sama menunggu. yb anuar sempat berbual dengan k.pemuda pas kaw t.intan, turut hadir pj pas neg perak(ust abu bakar husein).





suasana di luar bilik persidangan dun di heritage hotel, yang hanya dibenarkan masuk hanya orang yang mempunyai pas atas arahan speaker perak v sivakumar supaya tidak timbul gangguan dari luar. termasuk ada media umno/bn yang tidak dapat membuat liputan.