Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Sunday, September 06, 2009

sepanjan prog badar al-qubra neg perak

prog badar al-qubro peringkat neg perak yang dianjurkan oleh badan perhubungan pas neg perak bersama pemuda pas neg telah diadakan di surau al-ikhlasiah jalan pemimpin, kg manjoi, ipoh, perak. mendapat sambutan yang luar biasa. prog yang dimulakan untuk orang ramai dengan berbuka puasa bersama presiden pas dan pimpinan pas, solat maghrib , kuliah maghrib solat isyak, terawikh dan ceramah badar al-qubro yang disampaikan oleh presiden pas, pj pas perak dan mb perak. prog yang penuh dengan pengisian dan mengingati sejarah hidup dan jihad nabi sebagai contoh tauladan dan kelebihan dalam mengikutinya.



prog yang dipenuhi dengan pengisian dan ilmu untuk umat islam, selepas solat maghrib diadakan kuliah maghrib yang dsampaikan oleh ust shuib din ketua dewan ulama perak sehingga masuk waktu solat isyak.




orang ramai yang hadir sedang mengerjakan solat secara berjemaah, solat yang dianjurkan bermula maghrib, isyak dan terawikh. perbezaan antara prog yang dianjurkan antara parti-parti lain dan pas.




orang ramai setelah menyelesaikan solat terawikh secara berjemaah dan sedang bersedia untuk mendengar ceramah dimulakan.




tuan guru presiden yang baru sampai setelah rehat untuk berceramah pada malam tersebut. kerana beliau tidak dapat bersama atas faktor musafir dan keletihan. beliau yang hadir keyika pesuruhjaya perak ust abu bakar husein baru mahu memulakan ceramah.






ceramah ke-2 yang disamapaikan panglima bukit gantang perak iaitu ds ir nizar jamaluddin menteri perak yang sah, yang merupakan ahli parlimen bkt gantang, timb pesuruhjaya pas perak menyampaikan isu berkenaan perak lebih tepat kepada orang ramai dan ketika sedang berceramah hujan turun secara perlahan malah beliau tidak sedar sehinggalah ada yang datang untuk memayungkan beliau. semangat... teruskan perjungan rakyat tetap bersama kebenaran.




tuan guru presiden ketika menyampaikan ceramah berkenaan badar al-qubro peringkat neg perak walau pun ketika ia berceramah turun hujan, namun orang tidak berganjak dari terus mendengar penerangan tentang apa yang dikatakan dengan peristiwa badar al-qubro dan kenapa umno menyorok peristiwa ini daripada mata masyarakat dan hanya mengangkat nuzul al-quran sebagai peristiwa yang penting untuk umat islam. juga diceritakan peristiwa ini bagi dihayati untuk pejuang-pejuang allah mencontohi peribadi nabi dan cara jihad nabi.




semua yang hadir sedang menghayati peristiwa badar al-qubro yang diceritakan oleh tuan guru presiden pas ust abd hadi awang. turut serta pada malam tersebut pimpinan-pimpinan neg perak yang memberi penghormatan kepada presiden parti dan turut mendengar apa yang disampaikan untuk diterjemahkan dalam jemaah islam.