Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Wednesday, September 16, 2009

nuzul quran sabak bernam




14.09.09(isnin)Ceramah nuzul quran pas kaw sabak bernam Selangor,diadaakan di stadium mini sabak bernam. Wakil pemuda pas kaw teluk intan pergi kesana bagi mendapatkan gambaran sebenar apa yang berlaku diselangor dan membuat liputan. prog yang bermula selepas solat terawikh, prog yang pada mula nya adalah cermah nuzul quran yang disampaikan oleh priseden akan tetapi terpaksa digantikan oleh ketua penerangan pas pusat ust idris ahmad atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan . walau bagaimana pun ust. Idris ahmad juga tidak kurang hebatnya dalam penyampaian malah hadirin yang hadir tidak berganjak daripada mendengar apa yang hendak disampaikan. Ceramah pada malam tersebut cukp bersemangat dan ust. Idris yang mempunyai pengalaman yang lama dalam politik dan sudah faham akan politik umno yang kolot itu menerangkan dengan penuh isi penting.

Ceramah yang dimulakan dengan penjelasan tentang nuzul quran iaitu memperingati turunnya al-quran dalam bulan ramadhan(shahrul quran) dan pada masa yang sama bulan ramadhan dikenali dengan shahrul jihad(bulan perjuangan), peristiwa yang berlaku pada tahun 2 hijrah(baru 2 tahun nabi sampai di madinah) iaitu mengingatkan kita tentng peristiwa badar qubro yang memaparkan tentera islam seramai 313orang yang menetang kaum musyrikin seramai 1000 orang dan kemenagan memihak kepada islam dengan menangnya kumpulan yang kecil melawan kumpulan yang besar. Ini di panggil perang tetapi berbeza akan batang pinang walau apa pengundinya adalah tetap 1 undi. Allah memberi kemenangan kepada islam sehingga nabi berdoa kepada allah.

: “ya allah sesungguhnya jikalau engkau kalah 313 orang pada hari ini tidak ada lagi yang akan menyembah mu ya allah”

Ini munajat nabi bagi memenangkan islam dalam peperangan badar, maka ini tugas kita dalam Malaysia ini tugas kita adalah untuk menyelamatkan sahabat-sahabat kita yang tidak bersama dengan perjuangan kita yang kita perlu selamat kan kawan-kawan kita yang berada dalam umno kerana mereka mengabdikan diri sesame manusia dan tidak mengabdikan diri pada allah. Tugas kita adalah mengajak sahabat kita bersama dalam perjuangan islam dan landasan yang betul sepertimana ucapan yang pernah di ucapkan rustam kepada panglima rubaie daripada parsi. Apabila panglima rustam bertanya pada rubaie kenapa kamu datang ke sini. Rubaie menjawab, wahai rustam kami ke sini adalah nak mengembalikan manusia mengabdikan pada allah daripada manusia mengabdikan diri pada manusia dan kami bertujuan mengubah system yang zalim kepada system islam dan daripada kesempitan hidup di dunia dan hidup yang lebih selesa. Ini lah dia yang dikatakan perjuangan pas yang dari dahulu lagi bersama pr memerintah Selangor, masjid-masjid makmor dan ada perubahan daripada pemerintah umno ini atas dasar daripada respon orang ramai. Daripada 5 saf kepada 9 saf daripada 8 saf ke 10 saf. Kita mengajak kepada majlis-majlis ilmu kerana pemahaman agam kepada seluruh rakyat diselangor, nak menyatakan ini lah islam malah bukan sahaja itu daripada pemerintahan ini masyarakat bukan islam juga berasa selesa malah apabila ditanya kepada mereka, mereka menjawab kami bukan sahaja menyokong pas akan tetapi mereka menyatakan kami sokong pas kerana ia bawa islam kerana kami yakin islam membawa keadilan kepada semua tidak mengira agama dan kaum.berbeza ngan umno yang mengaku islam tapi tidak boleh menerima islam. Ada 1 peistiwa yang berlaku diantara bualan seorang ahli pas dan juga seorang orang India agama hindu. India in menyatakan hasrat untuk menyaman kerajaan neg Selangor berkenaan isu arak diselangot, bila kawan daripada pas mendengar dia pun menerangkan isu tersebut tetapi apa yang dikatakan oleh India ini tadi dia kata saya marah sebab sepatut kerajaan Selangor haram sama kaum India membeli arak, lega ahli pas itu tadi kerana dia tahu bahawa kaum bukan islam amat memahami apa yang pas ingin sampaikan berbanding kaum melayu/islam malah mereka tidak mahi kepada arak akan tetapi kaum melayu pulak yang suka pada arak, contoh anak tun dr mahathir iaitu mirzan mahthir jadi salah seorang lembaga arak di filiphina. India tak mahu pada arak “kalu mereka nie kaum India masuk islam jadi imam umno jadi umno jadi mualaf”
Kita dalam pas nak kenal kan masyarakat kepada agama, umno cemburu apabila masjid diselangor makmor dan orang diselangor serba sedikit berubah. Noh omar baru ini menyentuh isu kononya perlantikan ajk masjid dipolitikkan, noh yang kita kenali adalah noh yang orang kata tiada mesra alam langsung malah dia perlu tahu pada zaman pemerintahan umno ajk masjid yang dilantik mestilah ditapis oleh ajk caw umno terlebih dahulu. Berbeza akan kita yang tidak buat kerja bodoh seperti itu. Sekarang bila kita memerintah baru ingat peranan masjid. Apa yang kita tahu pada zaman umno memerintah mereka tutup rumah ibadat islam(masjid, surau) kerja siapa? Khir toyo, mb ketika itu. Selagi tempat itu makmor mereka kerajaan umno/bn tutup tmpat tersebut. Kita tahu mereka tidak mempunyai isu. Mereka mahu rakyat tidak mengikuti kuliah maghrib dan in terbukti dahulu apabila ketika pas memerintah di Terengganu dahulu mereka akan tarik mana-mana bantuan sesiapa yang mendengar kuliah maghrib. Jahatnya mereka malah ust idris menyifatkan jahatnya mereka dan hati mereka lagi busuk daripada ikan temenung masin. Ceramah yang diakhiri dengan doa tamat jam 11.50 mlam.
gambar diatas ust idris sedang menyampaikan ceramah, sementara gambar ke-2 gambar ketika prog blum dimulakan.