Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Monday, September 14, 2009

mercun ooooo mercun



setiap tahun dalam bulan ramadhan mercun menjadi barang yang paling hangat diperkatakan dan mercun menjadi tarikan terutama budak-budak melayu/islam di malaysia semperna menyambut syawal yang dinanti. apa yang kita tahu tiap-tiap tahun ada yang menjadi mangsa kepada mercun dan apa yang mereka amalkan ini.
betul ke mercun budaya bagi orang melayu? apa yang kita tahu mercun datang dari permainan orang-orang cina dari dahulu kala dan ini adalah budaya mereka. bagaimana pula dengan islam adakah ia melarang?
pemuda bawakan ayat al-quran untuk renungan bersama:-

من ضَارَّ أَضَرَّ الله بِهِ وَمَنْ شَاقَّ شَاقَّ الله عليه

Ertinya : Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudartkan dirinya sendiri, sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyuasahkannya pula" (Riwayat Abu Daud, no 3635, 3/315; Ahmad, 3/453 ; Tirmidzi : Hasan Gharib ; Syeikh Syuaib, Hasan Bi Syawahidi)

seperti mana yang kita tahu mercun juga membawa kepada lalai dan kerosakan kepada kanak-kanak yang suka akan nya, mereka sanggup meninggalkan solat dimalam hari iaitu selepas berbuka puasa mereka sudah bersiap bila ditanya katanya hendak ke masjid dan surau akan tetapi mereka mencari kawan dan mulakan permainan merbahaya ini. solat isyak yang wajib hilang malah solat terawikh lagi lah tidak ada.
malah budaya main mercun ini juga mengamalkan sifat bermusuh sesama islam. mereka berlumba-lumba sesama untuk kehebatan. siapa yang hebat dialah juara dan dianggap menang dan kerana yang kalah tidak akan berdiam diri mereka akan cari jalan untuk mencari mercun yang lebih kuat bunyinya dan sehinggalah salah satu kumpulan mendapat mudarat. akhirnya kawan yang tidak kena bukan insaf malah kadang-kadang bersifat takabur "padan muka siapa suruh tak pandai buat, ngok macam aku tak jadi apa pun"
apa yang kita tahu dia juga mendatang kan suasana yang tidak senang kepada orang yang hendak mengejar malam-malam akhir ramadhan dengan kusyuknya tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya malah kadang-kadang mendatang kan dosa kerana di dalam hatinya memaki siapa yang bermain mercun terbabit.
tanpa bendungan dari ibu-bapa perkara ini akan berterusan tanpa henti dari jenerasi ke jenerasi maka akan terus jatuh lah martabat jenerasi kita kerana terus bersama dengan pekara yang tidak mendatang kan faedah kepada orang melayu/islam khususnya. malah tiada suruhan daripada agama kami daripada pemuda berharap pekara ini menjadi bualan bersama agar ada yang membendungnya secara berperingkat dan berkesan.