Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Friday, September 11, 2009

melentur buloh biar dari rebung.


(ihsan dari hjazhar.blogspot.com)

apa yang dibawa pemuda pada hari ini adalah pengenalan kepada semangat pemuda yang perlu ada pada diri-diri anak ahli pas itu sendiri, tidak kira ia adalah pemimpin atau pun ia ahli biasa. kerana apa yang kita tahu ayat dalam lagu iman adalah mutiara ada menyebut iman bukan diwarisi akan tetapi ini bukan menjadi alasan untuk seseorang itu memupuk nilai-nilai murni pada diri anak-anak. nabi pernah memaparkan kepada kita bagaimana ia mengajar cucu beliau untuk mendekati islam seawal keremajaan atau pun masih dipanggil kanak-kanak. bagaimana antara satu contoh apabila nabi membawa 2 orang cucu beliau iaitu hassan dan hussein bagaimana cara menegur seorang orang tua yang salah mengambil air sembahyang dan peribadi yang ditunjukkan kepada cucu baginda walaupun salah. baginda mengajar cara menegur yang tidak menyentuh hati orang tua terbabit.
ini satu contoh dan ada contoh yang lain.
contoh berkenaan saidina umar iatu sahabat nabi yang mencarikan jodoh untuk anak beliau diceritakan ketika saidina umar sedang berjalan untuk meninjau rakyat jelata tiba sampai ke sebuah rumah dan diceritakan ada dialog berkaitan antara dua beranak tersebut iaitu berkaitan penipuan dan anaknya tidak bersetuju sehingga ia berkata jikalau amirul mukminin tiada disini sekali pun allah sentiasa melihatnya dan mengetahuinya kerana ahlak dan peribadi gadis tersebut saidina umar yang merupakan sebagai pemimpin utama negara mengambil gadis itu sebagai menantunya dan hasilnya keluarlah umar abd aziz yang disebut-sebut sekarang oleh dunia besar kerana keadilan beliau kepada pemerintahannya dan sehingga kini menjadi rujukan kepada negara-negara maju tidak kira agama yang paling hampir dengan kita adalah negeri pulau pinang.
yang pemuda ingin bawa pada hari ini peribadi kedua-dua cerita dan boleh dijadikan contoh kepada semua ahli pas itu sendiri. pertama adalah berkenaan dengan kanak-kanak berdasar dari cerita pertama diceritakan bahawa dari awal nabi dedahkan dengan agama secara berperingkat ketika ia dimasjid disurau patut lah ibu dan bapa mengajar mereka begitu juga dengan jemaah mereka juga perlu pendedahan tersebut dan satu-satu jemaah yang mengamalkan amalan yang berpandukan al-quran dan sunnah nabi adalah pas.
cerita kedua mengisahkan seorang pemimpin negara menjodohkan anaknya kepada orang biasa kerana peribadi dan ketaqwaan kepada allah maka hasil lah anak yang pemerintahan berdasarkan paksi allah maka tidak ada masalah sehingga menjadi contoh.

kita tidak boleh sama seperti umno/bn mereka mencari jodoh kepada anak-anak mereka atas dasar pangkat dan harta kerana itu allah turunkan bakanya hasil daripada benih yang bermasalah maka terhasillah ahli-ahli yang serba sedikit merosakkan umno/bn itu sendir sehingga meletakkan umno sebagai parti yang korup. kita semua yakin akan janji allah dan rezeki dari allah kenapa ada diantara kita masih mengamalkan pekara yang sama yang ada dalam umno dan bn ini? apa yang kita tahu atas perkahwinan yang terjalin maka cucu kepada saidina umar juga dikenali oleh dunia sehingga kehari ini kenapa? kerana atas dasar perkahwinan yang memahami apa yang dikehendaki islam maka mudah lah jenerasi berikutnya mengamalkan apa yang islam mahukan.

sebagai orang-orang yang mendukung pegangan dan perjuangan islam sepatutnya memahami situasi ini agar jenerasi dan pewaris kepada kepimpinan islam terjaga dan terbela.



(sebilangan kanak-kanak yang berbuka puasa di markaz pas teluk intan semperna program ihyak ramadhan pas kaw teluk intan baru-baru ini, kelihatan mereka diajar makan didalam talam iaitu sunnah nabi dan mereka juga diajar mengenali makan secara berjemaah yang boleh merapatkan silaturahim)

mereka tidak takut kah apa yang dikatakan umno/bn bahawa pas mendidik anak-anak menjadi pengganas? ntah-ntah dalam makanan itu dimasukkan dawai ka atau apa pun untuk aniaya anak-anak mereka? ini lah dia dunia akhir zaman apa yang mereka katakan semuanya dusta tetapi siapa yang boleh mengetahui mereka ini berdusta? pada mereka yang merasai dan melihat sendiri apa yang umno/bn ini katakan bertentangan dengan fitrah perjuangan yang dibawa pas.
anak-anak ini di didik berkenaan agama dan mentafsirkan apa yang dikatakan dengan jihad yang selama ini disorok oleh umno/bn daripada anak-anak muda konon-konon mereka terdedah dengan jihad mereka akan menjadi pengganas. mereka lupa apa yang mereka kata kan itu adalah sunnah terbesar nabi muhammad kekasih allah dan arahan terbesar allah. mereka bukan sahaja menghina nabi malah menyorokkan apa yang disuruh oleh allah melalui qalamnya al-quran. mudah-mudahan allah tunjukkan kelebihan nya supaya makin ramai yang memahami agama mu ini dan menjadi pejuang kepada agamamu.