Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Wednesday, September 09, 2009

52 tahun dah berbangga dengan bangsa.

prog ihyak ramadhan pas kaw teluk intan kali ke3 dalam ramadahan menampilkan emej baru apabila kelab penyokong sama-sama berbuka puasa di markaz pas kaw teluk intan. prog yang bermula dengan berbuka puasa dan seperti biasa solat maghrib, isyak dan terawikh dan diikuti dengan tazkirah. 9 orang kesemua yang hadir dari kalangan kelab penyokong pas terdiri daripada kaum india dan cina. penyampai tazkirah pada malam tersebut adalah ust mustafa saari(timb pesuruhjaya pas neg perak) dan banyak disentuh isu berkenaan melayu masa kini yang sudah hampir 52 tahun hidup tetapi tidak mengenali apa agama yang dianuti dengan sebenar-benarnya malah ditipu berapa lama akan pemimpin mereka tanpa disedari.




suasana di tempat agihan hidangan kepada tetamu yang hadir. gambar diatas petugas-petugas sedang sibuk menyediakan hidangan untuk di hidangkan kepada jemaah yang hadir untuk berbuka puasa.




jemaah yang untuk berbuka puasa turut kelihatan sekumpulan kelab penyokong yang hadir bersama meraikan/merasai suasana jemaah islam yang lain berbuka. kami mengucapkan selamat datang dan kami berharap menerima jamuan yang tidak seberapa... dan ini lah dia selama kami berjuang di dalam jemaah islam.




sudah 52 tahun dah, tetapi masih tahap yang lama. (tok, nenek kami tak buat cam nie ust) nie lah orang melayu sampai tidak reti membezakan ulama dan pengampu. kenapa, kerana dia nie ust pandai baca doa, pandai baca tahlil dan tak kan orang yang jadi imam pun jahat? ini lah diantara pengisian semalam, melayu apabila diceritakan tok guru dia bezakan dengan tok guru mereka di depan mata dan mereka kata pula kalau dia kamu panggil tok guru jadi yang nie kamu panggil apa?
sahabat yang membaca blog ini, dalam al-quran menyebut untuk kita membezakan ulama dan juga orang yang dikatakan ulama tetapi apa bila datang kepentingan disembunyi hukum tersebut(mereka ini dipanggil ulama kebendaan) apa yang kita tahu kalau betul ia ulama semua yang ternyata dalam al-quran mereka mesti mengunakannya termasuk lah undang-undang, sistem jual beli, jihad dan pelbagai lagi yang banyak orang melayu kita tidak tahu. ini lah yang terpaksa ulama terangkan kepada umat melayu yang mahu belajar tetapi yang tidak mahu belajar, mereka akan sesat sampai bila-bila. ini diantara cebisan pengisian yang diterangkan oleh timb pesuruhjaya pas perak(ust mustafa saari) dalam prog ihyak ramadhan anjuran pas kaw teluk intan.