Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH

Sunday, September 25, 2011

ISU HUDUD - MUSIM PILIHAN RAYA MAKIN HAMPIR

KETUA Pemuda Pas Pusat Nasrudin Hasan menyifatkan bahawa isu hudud yang ditimbulkan oleh pemimpin dan mantan pemimpin Umno sebagai satu petanda akhir musim pilihan raya akan menjelang.

 
Beliau dipetik dari blognya:
Isu perlaksanaan hukum hudud tidak akan kedengaran atau ia tidak akan menjadi polemik jika tidak kerana datangnya musim pilihanraya. Isu ini tidak pernah muncul pada musim panas mahupun musim sejuk. Juga tidak timbul pada musim kemarau atau musim hujan. Bahkan isu hukum hudud ini tidak langsung kedengaran pada musim - musim lain seperti musim haji, musim perayaan, musim cuti hatta musim durian sekalipun. Isu hudud hanya muncul dengan segala ribut polemiknya apabila tiba musim pilihanraya.

Ini dibuktikan lagi dengan perubahan mendadak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang giat mendekati golongan muda dengan imej segar yang 'cool' pada pandangan beliau. 

Namun demikian, Perdana Menteri masih belum menampakkan kesungguhan untuk menyokong hukum hudud bahkan dilihat seakan-akan menolak hukum Allah ini.

NONE"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Kenyataan ini menampakkan pemikiran Perdana Menteri yang tidak serius dalam hal ini. 


Mengulas keengganan Datuk Seri Najib menyokong isu ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tidak ada yang perlu ditakutkan sangat dengan hukum hudud kerana ia adalah perundangan yang digariskan Allah SWT. 

Malahan katanya, undang-undang sedia ada yang dilaksanakan di negara ini jauh lebih zalim kerana memperuntukkan hukuman gantung sampai mati untuk kesalahan tertentu yang tidak terdapat dalam hukum hudud.

Tuesday, September 20, 2011

FILEM TEMPATAN - ELAK "AZIMAT PELARIS"

Dewan Pemuda PAS menggesa filem Hantu Bonceng yang sedang ditayangkan di pawagam dihentikan segera kerana mengandungi unsur penghinaan kepada agama Islam.

Ketua Pemuda Pas Pusat Nasrudin Hassan berkata, filem komedi baru yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.

Babak tersebut ketika Zizan di atas katil wad hospital menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

Jika mahu ditayangkan juga, sekurang-kurang babak mengucap syahadah secara salah itu mesti di potong untuk tayangan berikutnya.

"Menyebut perkataan "Muhammadar Syaithan" yang bermaksud Muhammad adalah syaithan dalam sebutan syahadah yang dijenakakan adalah haram dan boleh memesongkan aqidah.

"Saya dan seluruh ummat Islam yang sensitif terhadap agama tidak mampu tidur lena. Selagi ia menjadi tontonan umum, fikiran saya gelisah dan perasaan saya resah,".

Filem arahan sutradara terkenal Ahmad Idham dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.

Selain Zizan ia turut membariskan aktres terkenal Juliana Evans dan Jue Aziz.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata pihak pengarah dan penerbit termasuk Zizan sendiri wajar memohon maaf kepara seluruh umat Islam di atas jenaka keterlaluan itu.

Sama ada Zizan sedar atau tidak keterlanjuran itu katanya, ia tetap salah kerana menghina Rasulullah SAW.

"Saya dengan segala baik sangka mengharapkan saudara Zizan selaku pelakon babak ini tidak menyedari implikasi aqidah sewaktu melakonkan watak tersebut, namun saya menyarankan agar Zizan segera memohon maaf kepada umum terhadap jenaka yang keterlaluan itu.

"Saya yakin, Zizan akan lebih dihormati kerana saya juga meminati beliau selaku anak seni dalam negara ini."


Kemaskini 21 September (Malaysiakini):

Pemuda PAS mengucapkan tahniah kepada pelakon komedi terkenal Zizan - atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak - kerana memohon maaf atas ucapan dialognya dalam filem Hantu Bonceng yang didakwa menghina Islam.

NONEKetuanya Nasrudin Hassan (kiri) berkata, langkah itu diharap menjadi pengajaran kepadanya dan artis lain agar lebih berhati-hati di layar perak dan tidak mencetus kekeliruan yang membuka pintu fitnah dan dilihat mempersendakan agama.

"Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi mengucapkan tahniah atas keberanian saudara Zizan memohon maaf, semoga ia benar, ikhlas dan tidak mengulanginya di masa hadapan," katanya.

Selepas kontroversi itu, Zizan dilaporkan memohon memohon maaf di laman Twitter dan menjelaskan tidak mungkin dia sengaja atau tergamak menghina agama dan rasulnya sendiri.

“Takkanlah saya hendak hina rasul saya sendiri. Kan dalam babak perkataan setan itu diajukan kepada Kunyit (watak pembantu). Dalam penapisan filem ada empat ulama dan telah diluluskan filem ini.

“Saya faham, apa yang salah. Tetapi fasal hina Islam memang jauh dari otak fikiran saya. Tak ada langsung terniat. Ini adalah agama dan Rasul saya. Maaf sekiranya saya silap,” beliau dipetik sebagai berkata di laman blog mikro itu.

Dalam kenyataannya hari ini ini, Nasrudin berkata, bukan sahaja kalimah syahadah tetapi aksi lain seperti mendedahkan aurat, pergaulan bebas dan adegan tahyul juga perlu dielakkan kerana bertentangan dengan hukum Islam.

Katanya, masih terdapat ruang yang luas untuk seniman berkarya tanpa melanggar syariat dan mencacatkan keindahan Islam, seperti filem-filem Iran terkenal, seperti Children of Heaven dan The Moonlights yang mendapat pengiktirafan antarabangsa.

"Malah filem tanpa adegan wanita seksi yang menampakkan aurat sehingga ke paras paha serta mendedahkan sebahagian besar di bahagian dadanya, masih mampu mencapai box office dan menerima award (anugerah) di peringkat antarabangsa...," katanya.

Katanya, sudah sampai masanya industri filem negara dibebaskan dari "serkap filem" yang rendah mutu, terkepong dalam realiti yang tidak patut dibanggakan dan mengeksploitasi tubuh wanita dan tahyul sebagai "azimat pelaris".