Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH

Wednesday, August 18, 2010

takziah buat keluarga ust abu bakar hussein


dewan pemuda pas kawasan(dppk)
teluk intan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga
pesuruhjaya perak yang baru kehilangan orang yang tersayang

Ustazah Siti Rafeah Ramli menghembuskan nafas terakhir jam 2.20 petang di Hospital Ipoh.

Penderitaan kanser payudara yang sudah ditahap kritikal telah ditanggung sejak 4 tahun yang lalu. Namun dalam keadaan sedemikian , beliau terus memberikan galakan kepada PJ menjalankan tugasnya.

Pada awal Ramadhan yang lalu, beliau bertambah kritikal sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir petang semalam.

Jenazahnya telah selamat disemadikan jam 9.30 malam tadi di Tanah Perkuburan Kg Melayu Ipoh dengan dihadiri ribuan insan yang terdiri dari berbagai bangsa.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempat bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.

dppk berharap allah tabahkan hati pj kami untuk terus menjalankan tugas dan tidak putus asa,
dengan ini sama-sama kita sedekah kan
al-fatihah
kepada roh beliau...