bersih 3.0
Saturday, August 14, 2010
`duit raya` adalah gimik FELDA
Pengumuman Perdana Menteri untuk memberi RM350 duit raya kepada setiap peneroka adalah cubaan Felda menunjukkan imej baik mereka, kata.
Sebaliknya, Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka (Anak) berkata, 'duit raya' tersebut adalah sememangnya duit peneroka yang diambil Felda.
"Mereka cuba memberi gambaran bahawa Felda melayan peneroka dengan baik. Padahal itu adalah duit hasil usaha peneroka yang mereka ambik dan dikembalikan atas nama 'duit raya',"
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Razak semalam berhubung pemberian duit raya RM350 kepada setiap peneroka Felda dan RM150 kepada yang tidak bersama Felda.
Menurut Najib, Pemberian itu melibatkan jumlah RM37.14 juta kesemuanya.
Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, pengumuman Najib itu juga hanya gimik bagi menutup isu Felda yang akan bankrap.
"Tak padan PM yang umum, sepatutnya cukup setakat Pengarah Besar Felda sahaja yang umum,"
jumlah pemberian itu juga katanya tidak berbaloi dengan usaha peneroka selama ini dan sangat kecil jika dibandingkan dengan peningkatan harga komoditi sawit semasa.
"Kalau nak kira, jumlah yang diberi terlalu kecil, tak berbaloi dengan usaha peneroka,"
Dalam perkembangan lain, Mazlan akan memfailkan saman terhadap Felda ekoran menahannya di Felda Lembah Klau pada 9 Mac lalu.
Saman tersebut akan difailkan peguam mewakilinya, Wan Rohaimi Wan Daud di Mahkamah Tinggi Temerloh jam 11 pagi Isnin, 16 Ogos ini.
Beliau mendakwa, penahanannya oleh Felda adalah tidak sah, berniat jahat dan menjejaskan reputasinya.