03.02.10(rabu) perbicaraan anuar ibrahim yang membabitkan pertuduhan liwat terhadap pembantunya siful azlan menjadi medan untuk polis dan umno/bn membuat kekasaran terhadap penyokong dan orang awam yang hadir untuk mendengar perbicaraan bekas timb perdana menteri malaysia yang ditangkap atas tuduhan yang sama dahulu. semalam seawal jam 1.30 petang semua wartawan dan orang awam mula memenuhi ruangan lobi kompleks mahkamah kuala lumpur dan polis tidak membenarkan juru gambar untuk melepasi tangga lobi parlimen sekali pun, hanya dibenarkan mengambil dan membuat liputan ditempat menurunkan penumpang ataupun dibahagian hadapan mahkamah sahaja.
ketibaan peguam bela anuar ibrahim, yb karpal sing sekitar jam 2.15petang di iringi pembantu-pembantu beliau.
ketibaan yb mp batu(tian chua)bersama baner dan ada beberapa polis telah pegang beliau dan polis tidak membenarkan beliau masuk bersama dengan baner tersebut. lalu yb pun minta apa alasan yang tidak membenarkan beliau membawa baner ini masuk? ini bukan bom atau merbahaya? -ujar beliau-
berlaku pertelingkahan kecil kerana orang awam dan penyokong ds anuar ibrahim memintak surat perintah yang menyatakan bahawa tidak dibenarkan membawa baner dan tulisan sebagai penyokong. hinggakan polis tidak ada alasan lain selain menyatakan bahawa bahawa ini adalah arahan, -itu sahaja-
setelah pergelutan berlaku, akhirnya mereka tidak dibenarkan masuk walaupun berlaku kekasaran polis terpaksa menolak semua untuk tidak terus masuk ke dalam bangunan mahkamah kerana ini adalah arahan kerajaan. tiada mana-mana akta atau pun larangan yang menyatakan sedemikian. akhirnya baner terus dibuka dan dilaungkan laungan reformasi dan hidup rakyat yang tetap adalah hancur kezaliman.
suasana dari luar mahkamah seperti adanya rusuhan dan pemberontak besar, inilah yang umno/bn takutkan akan kebangkitan rakyat. bukan sekatan yang dapat menahan dari rakyat dari terus bangun dan melawan kerajaan yang zalim ini.