Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Monday, December 07, 2009

kerajaan neg cakap tidak serupa bikin

(zairul azrun- bendahari pemuda pas neg perak)


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal dengan sikap Kerajaan Negeri Perak yang tidak membantu dan juga memberikan jaminan untuk membantu Persatuan Bolasepak Negeri Perak berkaitan hutang lapuk sejak tahun 2006 yang masih belum diselesaikan bagi melayakkan Pasukan Bolasepak Seladang Perak menyertai Liga Super tahun hadapan.

DPPN Pk kesal kerana Kerajaan Negeri bersikap lepas tangan bagi membantu Persatuan Bolasepak Negeri untuk memastikan Pasukan Bolasepak Negeri layak menyertai Liga Super musim baru ini. DPPN Pk berharap pihak Kerajaan Negeri mengambil tindakan segera dan berharap supaya diadakan pertemuan bagi menyelesaikan perkara tersebut.

Malah DPPN Pk berharap Kerajaan Negeri membuka Tabung Khas bagi membantu Persatuan Bolasepak Negeri untuk meneruskan agenda pembangunan bolasepak Negeri ini. Contoh yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat di Selangor, Kelantan dan juga Kedah ini mesti dicontohi bagi memastikan pembangunan bolasepak akan terus dimertabatkan tanpa sentimen politik.

Jesteru, DPPN Pk menyeru Kerajaan Negeri segera menyalurkan bantuan kewangan bagi merealisasikan Pasukan Bolasepak Negeri untuk terus cemerlang di arena bolasepak tanah air kita.