Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH

Monday, December 07, 2009

boikot btn

(ust. akmal kamaruddin- k.penerangan pemuda perak)


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) juga mengesa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak untuk mengambil langkah yang sama sepertimana Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang memutuskan bahawa semua penuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan arahan tersebut turut melibatkan kakitangan jabatan Kerajaan Negeri dan pegawai dari anak-anak syarikat serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri tidak dibenarkan mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa serta-merta.

DPPN Pk berharap tindakan yang sama akan di ambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak setelah mengambil kuasa kembali setelah di umumkan oleh Mahkamah Persekutuan bila-bila masa sahaja kelak. DPPN Pk juga melihat kursus BTN yang dijalankan merupakan satu proses ‘indoktrinisasi’ Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan boleh menimbulkan fenomena yang agak rasis seolah-olah ingin memecahkan penduduk-penduduk pelbagai bangsa dan agama di negara ini yang sudah lama ditolak oleh pelbagai pihak terutama Pilihan Raya Umum ke – 12 (PRU 12) sebagai bukti yang sedia ada.
Contoh yang ketara unsur yang tidak sihat dalam kursus BTN ialah penayangan sedutan filem yang berunsur provokasi yang keterlaluan, mengambil peluang untuk menghentam parti selain BN, kebanyakan peserta akan gagal dalam kursus sekiranya memberi pandangan yang kontra dan banyak lagi unsur-unsur yang tidak menyumbang kepada kebaikan dan keharmonian agama, bangsa dan negara.

Dengan tindakan oleh BN dan UMNO untuk mengubah setelah Kabinet bersetuju merombak semula kurikulum BTN dan juga komen pihak-pihak tertentu yang mengesahkan wujudnya usaha memecah belahkan rakyat negara ini telah berlaku di dalam kursus-kursus yang telah di anjurkan oleh BTN. Oleh yang demikian, DPPN Pk berharap usaha untuk memastikan perpecahan rakyat di dalam negara kita mesti di tanggani segera dan BTN sebagai alat untuk perpecahan tersebut perlu dihapuskan segera.