Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Saturday, October 24, 2009

NAJIB PENIPU UTAMA NEGARA



PERLANCARAN PEMUDA PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK
yang berlangsung hari ini berlaku perubahan disaat akhir apabila pihak berkuasa tempatan dan bantuan dari polis raja di malaysia menutup tokong kong hock keong di lumut. pada malam tadi segala persiapan dibuat disana termasuk mengibarkan bendera ke-tiga2 parti, segala persiapan siap telah siap di tempat tersebut berupa khemah dan sebagainya. apabila perkara ini dicampur tangan pihak atasan umno/bn neg kerana mb haram jadah akan mengadakan prog pada hari yang sama. bermula lah tindakan zalim kerajaan kudita ini apabila kerahan ratusan pihak polis untuk berkawal disekitar tokong dan menutup tokong tersebut, bukan itu sahaja banteng dan bendera ketiga-tiga parti dirampas dan ada yang dikoyak oleh majlis perbandaran atas arahan mb haram ini. sehingga subuh segala rayuan prog yang pada mulanya mendapat permit polis kerana dibuat di tempat persendiriaan tidak dapat diteruskan, walau apa pun mereka tidak membenarkan tempat itu dan sekitar lumut menjadi tempat prog tersebut.
prog yang sepatutnya bermula jam 10 pagi terpaksa ditunda sejam lewat atas sebab pertukaran tempat dibuat pagi tadi dan maklumat itu lewat sampai pada mereka yang konvoi bermotor dari jauhuntuk ke tempat prog kerana tidak mudah untuk maklumat sampai kepada mereka kerana mereka menaiki motor. dan ramai yang tidak tahu perubahan ini dibuat. kerana maklumat diberi kepada kaw masing-masing, majlis ini terpaksa diteruskan dan tempatnya berubah ke markaz bt10 lekir dan segala persiapan yang telah dirampas mereka pihak berkuasa berkeras dan tidak dapat diambil untuk digunakan dalam majlis tersebut. jadi lah majlis serba kekurangan dan yang mana kita terdaya sahaja majlis dibuat secara ala kadar.

pada mula nya prog ini dirancang apabila kita membuat himpunan gmi di ibu negara baru-baru ini najib pm yang zalim ini(yang merancang merampas neg perak) telah membuat kenyataan bahawa jikalau sesiapa yang ingin membuat program apa sekali pun dia akan sedia/lulus kan dewan dan padang akan tetapi apabila pada awalnya kita memohon agar dibuat distadium perak, dato bandar ipoh menolak secara mentah. kemudian kita membuat perancangan kedua iaitu memohon di kaw yang strategi kemudian kita mohon stadium mini tempat itu akhirnya kita bercadang untuk membuat di kaw manjung yang menempatkan adun zambri haram dengan yb ir.nizar mb sah yang dipilih rakyat dan pemuda pakatan neg memohon stadium mini manjong juga ditolak oleh ydp majlis perbandaran manjong. dan akhir kita membuat perancangan ke tiga iaitu kita mencari di sekitar kaw manjong ini yang tempat nya ditepi jalan untuk memudahkan semua untuk datang dan tempat itu tempat persendirian jadi kita pun tidak mempunyai pilihan yang ada hanya lah tokong di lumut betul-betul dihadapan masjid lumut, stelah permohonan kita ditolak mereka dan ini adalah yang pilihan terakhir. itu pun mereka ganggu hingga keakhirnya.

bagi sesiapa yang merasakan diri itu adalah anak muda dan remaja ikuti dan hayatilah perkara ini betul-betul kalau tidak percaya lagi tak tahu lagi apa masalah nya. periksa lah hati mungkin tidak dapat hidayah allah kerana dah hitam. kalau golongan ini lah yang memegang negara, apa yang dia cakap lain yang dibuat lain yakinlah negara tidak pernah aman dan maju tetapi itu hanya lah cakap kosong najib tun razak. cakap kosong yang perlu kita sedari dan semat dihati kita anak-anak muda...