Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH

Sunday, October 25, 2009

GAMBAR-GAMBAR PERLANCARAN SEKTERIAT PEMUDA PAKATAN RAKYAT PERAK

perlancaran pemuda pakatan rakyat neg perak akhir terpaksa bertukar ke markaz bt 10 lekir. ini diantara gambar-gambar sepanjang prog.





sekatan jalan dibuat tidak jauh dari tempat prog walau pun prog ini diadakan jauh dari pekan lumut. gambar diatas sekatan yang dibuat di pekan bt10 lekir dan polis ini hanya menahan pada yang memakai pakaian pakatan rakyat sahaja. malah ada diantara kereta yang tidak mempunyai rote tax di lepaskannya. kelihatan petugas pemuda teluk intan mengedar risalah di pekan tersebut tidak jauh dari tempat sekatan malah kita memberi pada mereka yang berhenti. kebetulan pada hari tersebut adalah pasar pagi bagi tempat tersebut.



lujnah ekonomi pemuda buka gerai di markaz pas lekir semperna perlancaran sekteriat pemuda pakatan rakyat neg perak.





pemuda pas yang keletihan menghilangkan letih dan dahaga bersama selepas mengedarkan risalah di pasar pagi di pekan lekir.




ketibaan pimpinan pr. kelihatan timb ketua pemuda pas pusat(ust azman shapawi) dan dato nge kor ham(exco kanan kerajaan neg perak) dan beberapa pimpianan yang lain.

PROG BERMULA SAMBIL MENUNGGU KETIBAAN PIMPINAN YANG LAIN DAN MENDAPAT MAKLUMAT BAHAWA KETUA PEMUDA PAS PERAK(ust zawazi hassan) DITAHAN OLEH SEKATAN POLIS DI AIR TAWAR. SEMENTARA YANG LAIN DALAM PERJALANAN KE TEMPAT TERSEBUT.




ucapan pengarah prog perlancaran skteriat pemuda pakatan rakyat perak(sdr salman saleh) yang merupakan naib ketua pemuda pas neg perak. kelihatan v.sivakumar(speaker perak yang sah) sampai ke majlis.





dap perak nge ko ham yang merupakan exco kanan keraajan neg perak berucap bagi mewakili dap perak beliau banyak menentuh tentang bajet 2010 yang dibentangkan najib dalam bajet tersebut ada berkenaan cukai jualan harta yang dikenakan terhadap penjual harta. ketika beliau sedang berucap kehadiran mb perak( ir.nizar jamaluddin) disambut penuh meriah, turut kelihatan pj pas perak(ust abu bakar hussein bersama ketua pemuda pas perak(ust zawawi hassan) disambut meriah).



v.sivakumar(speaker sah neg perak) menggantikan ktua pemuda dapsy pusat yang banyak menyentuh akan kekuasaan speaker untuk memanggil sidang dun pada 28.10.09 ini.


timb ketua pemuda pas pusat(ust azman shapawi) menggantikan ketua pemuda pusat memberikan semangat kepada yang hadir antara ucapan nya, pr mempunyai 3 parti sahaja berbanding dengan umno/bn yang berpuluh parti dan tidak hairan lah dengan pelbagai parti dalam bn kerana mereka takut akan kita yang hanya tiga parti ini. buktinya sekatan yang dibuat terhadap prog ini agar rakyat tidak dapat semua yang hadir keprog ini. beliau juga menyeru semua agar yakin dengan allah apabila kita menentang parti yang tidak akan diredai allah kerana penuh dengan maksiat dan kezaliman, malah kita boleh lihat dengan adanya pertelingkahan dan tidak sefahaman dalam komponen bn itu sendiri. mic dengan kemelut gila kuasa yang tidak kesudahan, mca parti yang mempunyai rasuah dari pelbagai aspek(wang, sex dan kuasa) dan yang mutakhir adalah parti ppp yang tidak tahu mana kah peneraju parti tersebut hingga menyebabkan mereka terpaksa menambah parti baru bagi menguatkan mereka. sesuai lah dengan parti yang dikatakan ppp ini duduk dalam komponen mereka kerana pi pi pi dan terus bn pi sampai bila-bila, kita yakin lah akan tumbangnya kerajaan umno/bn ini dan akan lenyap lah diatas muka bumi ini.



pj pas perak sedang diantara yang berucap dan mendedahkan kejahatan umno/bn. pj juga berpesan agar yang hadir berkerja bersungguh-sungguh dalam persediaan menghadapi pembubaran dun.



ucapan akhir oleh mb perak yang sah sekali gus merasmikan pelancaran tersebut.





seorang pemuda sedang menangis berdoa kepada allah agar dihancurkan kezaliman setelah mb perak(ir nizar jamaluddin) menyatakan apa yang akan berlaku pada 28 hb secara zalim dan tidak berperikemanusiaan nanti.



perasmian sekteriat pemuda pakatan rakyat neg perak yang dirasmikan oleh mb sah neg perak(ir nizar jamaluddin) bersama pimpinan pr yang lain.




diantara pemuda-pemuda teluk intan yang hadir dan bergambar setelah prog selesai di markaz pas bt 10 lekir.




sidang media pemuda pakatan rakyat yang dijawap oleh ketiga-tiga ketua pemuda parti. diantara soalan respon terhadap apa yang polis buat terhadap perlancaran ini dan apa yang mereka buat ketika mereka menahan ketua pemuda perak(ust zawazi hassan) di air tawar.





sidang media adun-adun pr yang dijawab oleh mb perak(yb ir nizar jamaluddin) yang banyak ditanya akan persidangan yang kan membawa kepada gengterisme di sidang dun 28.10.09 yang membabitkan ke dua-dua speaker perak memanggil untuk mengadakan sidang dun dalam masa yang sama iaitu speaker perak v.sivakumar(speaker sah perak) dan juga ganesan haram(speaker haram perak). diatas umno/bn perak mengetahui tiada jalan lain kerana perlantikan ganesan adalah haram dan tidak sah mereka sekali lagi merancang akan mengadakan keganasan dalam dewan undangan neg 28 ini.



aktiviti santai selepas habis program tersebut sepatutnya pemuda mengedar risalah di pekan lumut akan tetapi kerana kehadiran polis yang cukup ramai pimpinan membatalkan disana dan terus ke panglor kerana prog akan bermula jam 3ptng di pangkor. pemuda teluk intan mengambil tindakan mengedar risalah sambil berehat iaitu di teluk batik. sambil mengedar risalah kita merehatkan badan dalam melihat keindahan alam. kelihatan seorang pemuda teluk intan mencuba menaiki kuda di pantai teluk batik.