Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH

Thursday, October 22, 2009

elaun kafa pemuda sokong kenaikan


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat terkejut dengan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan bersempati dengan semua 2,898 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang mengendalikan 105,594 murid di 664 SRAR di Perak yang hanya mendapat RM500 sebulan walaupun mengajar 60 jam sebulan yang sepatutnya menerima elaun bulanan berjumlah RM1,249.88.

DPPN Pk menyokong penuh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang yang berkata guru KAFA berkenaan sepatutnya menerima elaun tambahan berjumlah RM749.88 sebulan kerana mengajar 36 jam melebihi tempoh masa 24 jam dalam sebulan yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). DPPN Pk amat kesal pembelaan ini tidak langsung di ambil berat oleh kerajaan di dalam meningkatkan kualiti pendidikan Islam khasnya.

DPPN Pk berharap guru KAFA ini diberikan pembelaan yang adil serta memastikan kebajikan mereka terus diberikan perhatian yang sepatutnya dan adalah menjadi tanggungjawab penuh sesebuah kerajaan untuk memberikan pembelaan tersebut. DPPN Pk berharap perkara ini menjadi perhatian oleh kerajaan di dalam perbentangan Bajet kelak.