Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Tuesday, October 20, 2009

e-undi adalah cara umno menipu di kampus

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) hari ini turun padang bertemu mahasiswa bagi menjelaskan berkaitan kepincangan sistem undian elektronik, e-undi yang didakwa mereka sebelum ini.

Tindakan itu ekoran tiada sebarang jawapan konkrit dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi KPT terhadap memorandum mereka yang menuntut sistem pengundian cara baru itu dimansuhkan.

Sehubungan itu mereka hari ini memulakan sesi penerangan yang diberi nama 'speaker corner' kepada mahasiswa bagi menarik sokongan lebih ramai untuk bersama mereka menbantah sistem pengundian cara baru itu.

Program berkenaan hari ini bermula di kampus Universiti Malaya (UM) dan akan diteruskan di seluruh universiti awam utama negara.

Mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di sekitar kampus khususnya di kawasan tumpuan pelajar.

"BANTAH akan turun ke segenap penjuru kawasan dimana mahasiswa berada dan berhasrat meluaskan lagi ke fakulti-fakulti dan seterusnya ke luar kampus," ujar pengerusinya Mohd Aizat Bin Mohd Saleh.

Menurutnya juga kaedah tersebut dilihat paling sesuai buat masa dan secara tidak langsung mampu mencapai sasaran untuk bertemu majoriti warga kampus tersebut.

"Mahasiswa juga tidak dikongkong dengan apa-apa tekanan apabila kita sampaikan hasrat kita membantah e-undi secara berdepan kepada mahasiswa, malah mereka sendiri menyambut baik," katanya lagi.

Selain penerangan, BANTAH turut mengedarkan risalah kesedaran berkenaan ketidak telusan di dalam sistem e-undi dengan mengemukakan kajian daripada kampus-kampus lain yang sudah menggunakan sistem itu sebelum ini.

Penerangan berbentuk edaran risalah itu juga dimulakan di stesen-stesen bas dan perpustakaan utama Universiti UM.

"BANTAH menyatakan keyakinan bahawa mahasiswa akan bangkit dengan kesedaran dan kefahaman berkenaan ketidak telusan dan mereka kini sudah tahu menilai kepimpinan yang bagaimana boleh diharapkan untuk menerajui Majlis Perwakilan Mahasiswa kelak," katanya.

Minggu lalu, BANTAH telah mengemukakan memorandum bantahan kepada Menteri KPT Datuk Khaled Nordin mendesak pengundian secara eloktronik dimansuhkan kerana didakwa wujud ruang yang boleh dimanipulasi.

Sehingga hari ini mereka memaklumkan tiada sebarang jawapan dari pihak kementerian terbabit.

Turut menyokong gesaaan BANTAH itu termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan beberpa pertubuhan mahasiswa lain. _