Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Monday, February 23, 2009

PERLANCARAN JENTERA PEMUDA PRK P BKT GANTANG



























PADA 19.02.09(KHAMIS) PEMUDA NEG PERAK TELAH MELANCARKAN JENTERA PEMUDA PRK P BKT GANTANG, BERTEMPAT DI MARKAZ BESAR PEMUDA BKT GANTANG BT 8, JLN BKT GANTANG. (KEDAI MAKAN SELATAN TOMYAM) 2 KM DARI SUSUR KELUAR TOL CNGKAT JERING MENGHALA KE JALAN TERONG SEBELAH KANAN JALAN.
tempat ini terletak dibawah dun cngkat jering, kerana tempat yang strategik. betul-betul ditepi jalan utama yang menghubungkan taiping-terong tempat ini menjadi pilihan pemuda neg sebagai markaz pemuda semperna prk p bkt gantang. dijangkakan pemuda yang hadir adalah 300 orang sahaja, pemuda yang hadir pada malam tersebut adalah seramai 600 orang sehinggakan baju yang disediakan tidak mencukupi. sambutan yang amat menggalakkan dari pemuda sekitar kaw bkt gantang adalah permulaan yang amat memberansangkan. ini boleh dikatakan sebagai suara pemuda menolak umno-bn keseluruhannya.
prog ini dirasmikan oleh ust zawawi, naib ketua pemuda neg perak. 2 wakil kaw bkt gantang dan 2 wakil pemuda neg memberi ucapan pada malam tersebut, turut memberi maklumat-maklumat dan amanat/kata-kata semangat untuk pemuda berkerja dengan penuh semangat.
yang banyak diperkatakan pada malam tersebut tentang taktik-taktik kotor pihak musuh, dan mereka juga akan menggunakan isu derhaka untuk mengelirukan pengundi p bkt gantang. malah para pimpinan pada malam itu mencontohkan peribadi saidina ali ketika mana saat genting yang dihadapi oleh rasulallah dan apabila rasulallah meminta saidina ali menggantikan dirinya sebagai seorang remaja ketika itu saidina ali sedikit pun tidak membantah(kami dengar dan kami patuh), ini lah yang perlu dicontohi oleh pemuda-pemuda. segala apa jua arahan dari pimpinan perlulah dipatuhi, kurang provokasi yang bercanggah sama sekali dengan peribadi pemuda islam.
harapan bagi prog ini adalah kita sebagai pemuda dapat mengeluarkan gelombang pemuda yang cukup luar biasa di prk p bkt gantang. semua pemuda mesti mewajibkan diri masing-masing dalam prk p bkt gantang daripada pernamaan calon sehinggalah pas meraih kemenangan kembali.
selagi tidak tertegak negara islam, sebagai seorang pejuang islam wajib baginya dirinya dalam menghadirkan dirinya dalam segala situasi, gerak kerja islam.
selamat bertugas, kerja kerana islam dan sesungguhnya islam adalah agama allah.
takbir, takbir, takbir. perjuangan berterusan dan tidak akan putus.